PRU-13: Siapa dia Nik Aziz, kata solat orang UMNO tak ada pahala - Rujhan
KOTA BHARU 5 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW
sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang
manusia biasa.Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd.
Rahman berkata, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan
surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh
ditentukan Allah.
Jesteru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan
hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak
memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam."Atas
alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat
pahala kerana kononnya UMNO telah menolak
Islam. Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu?
"Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan
adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam
perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan Pas
yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.
"Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru
oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik
Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara
semata-mata untuk mengekalkan kuasa."Dan, selepas ini pasti akan banyak
lagi akan keluar bukan hanya setakat sembahyang orang UMNO tidak
mendapat pahala," katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah
Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh di sini malam tadi.Kira-kira 5,000 orang
menghadiri ceramah berkenaan yang turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian
Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Semalam, semasa menyampaikan ceramah di Padang Jambu di sini Nik Aziz
telah mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala
kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT
kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar
Islam dalam pemerintahan.Pada 17 November tahun lalu, pada sidang akhbar
sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO
merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan
Islam dalam dasar parti itu.Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut
melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian,
Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.
Tambah, Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada
fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan
akidah umat Islam.Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak
pernah dipertahankan oleh Pas, malah Pas boleh melihat sahaja ia berlaku
kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan
Putrajaya."Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap
bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara
sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara
muklak," katanya.
No comments:
Post a Comment