Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 6, 2019

Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah? Inilah hikmah yang Allah SWT nak tunjukkan agar jangan curangi duit hasil titik peluh rakyat yang ikhlas.

Jelas sudah penjelasan tentang hibah terendah TH. jika benar, Siapa yg dulu menipu dgn membayar hibah gunakan duit para deposit tanggunglah sendiri. Inilah hikmah yang Allah SWT nak tunjukkan agar jangan curangi duit hasil titik peluh rakyat yang ikhlas.



Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?: ULASAN | Lalu muncul ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, sebahagian yang lain bersumberkan kebencian dan perseteruan politik.




   
ULASAN | Ada
yang bertanya mengapa hibah Tabung Haji sangat rendah? Lalu muncul
sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari
kebimbangan tulen, sebahagian yang lain pula hanya bersumber kepada
sebab kebencian dan perseteruan politik.
Adalah diingatkan tulisan
ini bukan dari orang politik, saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk
bacaan orang ramai yang bertanya.

Info dan fakta dalam ulasan
saya ini bersumber dari pihak Tabung Haji sendiri dan saya tiada
kepentingan dalam TH malah saya telah pun beberapa menunaikan haji
melalui perjalanan sendiri sewaktu belajar dahulu, tiada satupun bersama
TH.

Ulasan ini dibuat bagi melaksanakan tugasan menjawab soalan mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.

Saya
hanya sekadar menyampaikan maklumat sebenar sekdar yang saya faham,
saya juga tiada sebarang autoriti atau kuasa untuk menjustifikasi
berlebihan, mempertahankan atau mempengaruhi sebarang keputusan
komersial, operasi dan penstrukturan oleh pihak TH.

Justeru, jika
ada keputusan dan tindakan TH yang tidak dilihat tepat dari sudut
komersial, itu adalah perbezaan biasa sudut pandangan komersial dari
seseorang individu atau institusi dengan pengurusan TH.

Ia tidak
semestinya lebih tepat atau lebih baik dari keputusan TH, kerana TH
diyakini lebih fahami luar dalam organisasi yang diurusi mereka.

Tak pelik kadar 1.25 peratus
Telah
beberapa bulan saya dan TH memberikan gambaran bahawa hibah memang akan
rendah tahun 2018, malah saya juga telah berkongsi info bahawa 1 hingga
2 peratus adalah kemungkinan besar hibah TH bagi tahun 2018, hasil
kajian dari kaedah pensturktuan semula yang dilaksana oleh TH.

Justeru,
sesiapa yang ikuti isu ini sejak dari awal, sudah tentu tidak pelik dan
tidak mengejutkan dengan kadar 1.25 peratus tersebut.

Hibah itu
dari Bahasa arab yang ertinya adalah hadiah. Dari sudut kontrak dalam
fiqh muamalat, adalah pelik dan tiada kewajaran untuk penerima hibah
memarahi hadiah yang kecil diberi oleh pemberi hadiah.

Maka hibah
kecil berbanding sebelum tentunya bersebab. Kerana kontrak syarah yang
digunapakai oleh Tabung Haji dengan penyimpan adalah Wadi’ah Yad Dhamanah yang bererti kontrak pinjaman wang.

Maka
hadiah dan jumlahnya mestilah diberi secara tanpa paksa dan sukarela
oleh pemberi hadiah bagi mengelakkan elemen riba. Hal ini juga telah
diteliti oleh Majlis Penasihat Shariah TH.

Sekarang apa sebab hibah TH terlalu rendah?

Baiklah,
namun apa sebabnya ia terlalu rendah ? Ada pelbagai sebabnya yang
tercantum dan membarah antaranya kelemahan pengurusan TH terdahulu,
pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 serta faktor politik ekonomi dalam dan
luar negara.

a) Kelemahan pengurusan terdahulu

Kelemahan
pengurusan TH yang dahulu (kerana hibah 2018 adalah refleksi tugasan
dan keputusan pengurusan TH sejak dari tahun sebelumnya sehinggalah
tahun 2017 dan 2018), sebahagian keputusan ini tidak dianggap jenayah
kerana menurut undang-undang, kelemahan ‘certain type of bad investment decision is not a crime’, maka tidak semua jenis kelemahan boleh diheret ke mahkamah.

Sebahagian lagi yang lain, telah pun dilaporkan kepada polis dan dalam siasatan iaitu kes yang merugikan Tabung Haji.

Antara
kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham
FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings
Bhd (nama lama sebelum ditukar kepada nama TH Heavy Engineering Bhd)
sehingga kerugian RM670juta dan TH membeli 30 peratus peilikan dalam
syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan RM144 juta kerugian.

Menurut
laporan TH, Lembaga Pengarah TH baru telah membuat laporan kepada pihak
polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli
lembaga pengarah dan pengurusan lama.

Laporan pertama melibatkan
Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih
daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai
kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel
Persatuan YTH.

Laporan
kedua dibuat ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan
salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan
saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo
Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms
Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo
Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Laporan ketiga dibuat pada bulan Januari 2019 berhubung dengan akaun kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (FY17).

Laporan
ini melibatkan pembentangan laporan kewangan oleh bekas para eksekutif
utama TH sehingga berjaya mengisytiharkan hibah walaupun keuntungan
tidak mencukupi, bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Pihak polis sedang membuat siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selain
itu, SPRM juga sedang menyiasat ahli lembaga pengarah dan pengurusan
yang lama. Lebih banyak laporan polis akan dibuat pada masa hadapan
berkaitan dengan kerugian yang dialami oleh TH.



b) Melanggar Akta Tabung Haji 1995
Mantan
gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat
kepada mantan menteri yang bertanggungjawab pada 23 Disember 2015 untuk
memberi amaran bahawa TH mengalami masalah kekurangan aset.

Walau
bagaimanapun, kerajaan tidak mengambil iktibar daripada amaran tersebut
dan terus membenarkan TH membayar hibah (dividen) yang tinggi, walaupun
keuntungannya tidak mencukupi.

Melihat laporan kewangan TH tahun
2017, mencatatkan kemerosotan nilai sebanyak RM120.4 juta sahaja, maka
seolahnya TH tiada kerugian dan serta asetya melebihi liabiliti termasuk
kerugian, namun hakikat sebenarnya ukur rujuk kemerosotan nilai telah
diubah, menyalahi standard piawaian perakaunan yang dipakai oleh TH
sendiri iaitu menurut Financial Reporting Standard Consensus no 14 di
bawah ‘impairment’ mengkehendaki TH merekodkan semua ini sebagai
kerugian, apabila ia dikembalikan menurut standard yang betul,
kemerosotan nilai tahun 2018 menokok sebanyak 12.5 kali ganda sehingga
menjadi RM1.507 bilion.

Inilah yang menjadikan TH kekurangan aset berbanding liabiliti serta menyekat pemberian hibah yang lebih besar.

c) Politik ekonomi dalam dan luar negara

Faktor
politik dan ekonomi dalam negara dan juga faktor ekonomi luar negara
seperti Federal Reserve USA menaikkan kadar faedahnya sebanyak 4 kali
pada tahun 2018, naik dari 2 peratus kepada 2.25 peratus, ini
menyebabkan pelabur global mengutamakan Pasaran Saham USA yang lebih
menyakinkan berbanding pasaran negara-negara membangun termasuk
Malaysia, Trade War di antara China & USA turut beri kesan besar
kepada kesatabilan pasaran saham.

Begitu juga juga kekalutan isu
Brexit yang pengaruhi seluruh pasaran saham serantau termasuk Asia. Ini
tentunya menjadi salah satu penyebab tambahan bagi jatuhnya nilai
pelbagai saham yang dipegang oleh TH juga.

Tidak dinafikan,
perubahan kerajaan PH dari BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia
turut menambah lagi perisa ketidaktentuan pasaran saham di Malaysia. Ia
perkara lumrah bagi sebuah perubahan besar dalam sesebuah negara.

Tak untung cuma pusing wang penyimpan

Menurut CEO Tabung Haji Zukri Ab Samat dalam sidang media pengumuman hibah, akta TH menghadkan pemberian hanya pada lebihan (surplus)
aset berbanding liabiliti, maka walaupun keuntungan semasa TH adalah
RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkan berdasarkan Akta TH
(bagi memastikan agar liabiliti tidak lebihi asset lagi) hanayalah RM913
juta sahaja. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018
yang terendah dalam sejarah.

Dijelaskan juga oleh pengurusan
terkini TH, sejak beberapa tahun dahulu TH mampu memberikan hibah tinggi
kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan juga ketidaktepatan
kedudukan akaun TH.

Akibatnya hibah bagi beberapa tahun lalu
adalah datang dari wang depositor bukannya dari untung perniagaan
sebenar. Ia adalah resepi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta tidak
diperbaiki dan diperbetulkan.

Bermakna, hibah tinggi masih boleh
diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang
kemerosotan nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH
sendiri dan menggunakan deposit penyimpan.

Ini semua kalau
dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih dari 6 peratus
hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syarak serta
menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya pak man telo yang
menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan
didasari oleh untung perniagaan tetapi memusing-musing wang penyimpan.

Kerajaan biaya kos selamatkan TH

Berdasarkan
maklumat dari sidang akhbar TH, Iaitu melalui suntikan dana bersih
sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH akan dibiayai oleh kerajaan dalam
tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Kerajaan
menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle
(SPV), iaitu Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh CEO yang baru
dilantik iaitu Izad Shahadi, membeli aset TH yang kini bernilai hanya
RM9.7 bilion dengan harga yang lebih tinggi pada RM19.9 bilion.

Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:

a. RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun.

b. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun.

c. RM0.3
bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7
bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperolehi).

Dengan
penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan
bertambah dan melebihi liabilitinya sambil mematuhi piawaian yang
sepatutnya.

Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan yang diperolehi pada masa depan.

Dengan kata lain, kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk menyelamatkan TH.

Kos
yang akan ditanggung oleh kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion
tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai
oleh kerajaan. Ini menjadikan tanggungan kasar kerajaan untuk
menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang disandarkan kepada aset
bernilai RM9.7 bilion.

Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7
bilion, kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8
bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan kenyataan CEO TH, rumusannya keadaan TH sekarang adalah:

  • Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji.
  • Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
  • Kedudukan kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing.
  • Sokongan daripada kerajaan melalui peruntukan tahunan diberikan untuk memastikan semua sukuk ditebus semula oleh SPV.
  • Hak keutamaan dimiliki TH yang mana TH boleh mengambil semula aset yang telah dipindahkan setelah dipulihkan.
  • Tadbir
    Urus dan ketelusan yang lebih baik. Pengawalseliaan yang diperkukuhkan
    serta pengurusan pelaburan dan risiko yang lebih mampan.
  • Subsidi haji masih ada bagi mereka yang ingin menunaikan haji termasuk pengiring.
  • Simpanan penyimpan semua selamat malah dijamin 100 peratus oleh kerajaan.
  • Aset
    yang dipegang oleh SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) kini diuruskan
    sendiri oleh UJSB yang diketuai oleh CEO Melayu Muslim bernama Izad
    Shahadi Mohd Sallehuddin dengan dibimbing oleh 5 orang ahli Lembaga
    Pengarah yang semuanya Islam. Prokhas dan CEO berbangsa Cina tiada lagi
    peranan dalam hal ini.
  • Keputusan besar dan penting berkaitan
    urusan TH semuanya dibawa ke kabinet menteri dan tiada sama sekali
    dikawal oleh menteri kewangan atau mana-mana bukan muslim. TH adalah di
    bawah tugasan perdana menteri dan menteri hal ehwal agama sahaja.
Pandangan
saya bagi pendepositor, bagi sesiapa yang menyimpan untuk menunaikan
haji, terlebih baik untuk mereka kekal dalam TH bagi melunaskan hasrat
mulia dan kewajiban haji terbabit serta mendapat subsidi haji dari TH.

Bagi
penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 peratus
penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM37 bilion daripada
keseluruhan jumlah simpanan RM74 bilion wang penyimpan, bertenanglah
sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak Tabung Haji dan
bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang
atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan).

Sebaiknya fahamkan penjelasan CEO Tabung Haji Zukri Samad sebagaimana yang beliau huraikan dalam suatu sidang media.

Biarlah kita mengambil maklumat dari bukan orang politik, ia lebih terpercaya.
Jika masih tidak percaya, maka duit simpanan itu adalah duit anda, anda paling berhak menentukan keputusan terbaiknya.

Tahniah
bagi mereka yang mampu membaca dan berusaha faham dari awal sehingga di
para terakhir ini. Semoga hidayah dan kebenaran milik kita bersama.


DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN ialah Prof Adjung Unisel dan juga Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution.
Tulisan ini asalnya hantaran di media sosial beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

'Sebab ada orang nak memukul sesuka hati' - Transkrip penuh Dr M

'Sebab ada orang nak memukul sesuka hati' - Transkrip penuh Dr M: Disiarkan semula sidang akhbar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan keputusan kabinet untuk menarik balik penyertaan ke dalam perjanjian Statut Rome.





  •  
    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan keputusan
    kabinet untuk menarik balik penyertaan ke dalam perjanjian Statut Rome
    Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai Malaysia.

    Menurut
    Dr Mahathir ini berpunca daripada kekelirruan yang dicipta oleh orang
    tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti
    itu" .

    Menegaskan penarikan itu dibuat bukan kerana perjanjian
    tersebut membahayakan negara, Mahathir mendakwa terdapat percubaan untuk
    melibatkan raja-raja menentang kerajaa serta untuk memburuk-burukkan
    kerajaan PH dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan
    isu Statut Rome dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa
    kepada pihak asing.

    Transkrip
    penuh dari sidang akhbar di mana Mahathir menghabiskan lebih daripada
    20 minit menjelaskan kepada pemberita mengenai keputusan kabinet
    diterbitkan semula dalam bentuk asalnya di bawah:

    Mahathir:
    Sekarang ini ada pihak-pihak yang berkata bahawa kalau kita terima
    Statute of Rome, maka kes-kes yang berlaku di Malaysia, yang
    bertentangan dengan so called rights of men, can lead to our being
    charged for non-observing human rights, dan banyak lagi.
    But
    actually what they are saying is that if we sign this Statute of Rome,
    we will lose our independence. Our independence to form kita punya own
    policies, dasar-dasar kita, dan kita punya undang-undang di negara.

    Ini
    tidak benar. Yang benar ialah kalau kita keterlaluan membuat sesuatu
    yang dianggap amat buruk sekali, barulah Statute of Rome will be applied
    to us. If we sign.

    But even if we don’t sign, if we do things that are excessive, the whole world will still turn against us.

    Saya
    dapati umpamanya Myanmar, Myanmar tidak sign Statute of Rome, tetapi
    kerana perbuatan dia yang begitu keterlaluan, excessive, maka dunia
    ambil pandangan yang berat terhadap Myanmar.

    Dan United Nations juga memberi pandangan yang serius kepada Myanmar, tanpa apa-apa pengakuan berkenaan dengan Statute of Rome.

    Jadi Statute of Rome ini hanya terkena pada kita kalau kita excessive.

    Excessive
    bermakna katalah discrimination in favour of the Malays, carried out by
    seizing all properties of the Chinese and killing the Chinese. That
    would be excessive.

    But what we are doing now is not excessive,
    because it is meant to ensure that everyone has a share in the wealth of
    this country.

    To distribute wealth in order that everybody benefits from the distribution or from the opportunities in this country.

    That is the purpose.

    It
    is not about seizing properties of the Chinese, or Indians, or
    whatever, and then bunuh semua orang. Itu excessive. That will invite
    the world, the UN to condemn us.

    But even if we don’t sign, they would still condemn us.

    But
    the rumour passed around is that if we sign the treaty, the Statute of
    Rome ini, kalau kita tak tarik balik ratification kita, maka negara kita
    ini tidak boleh ada sebarang undang-undang yang boleh dianggap sebagai
    discriminating.

    Umpamanya kalau di Eropah, mereka percaya bahawa LGBT is okay. But with us it is not okay.

    But if we drag all these people and shoot them, or put them in jail, then of course it is excessive.

    But if we say you will be charged in a court of law, and the court will decide, that is not excessive.

    And besides that, the Statute of Rome says that if we are unwilling or unable.

    Masa tu kita tau berlaku satu perkara yang dahsyat dan kita tak ambil tindakan, kerana kita unwilling ataupun kita unable.

    Pada
    masa itu, maka kalau kita accede to the Statute of Rome, they will take
    action against us because we are not doing something.

    But what is it that we are not doing?

    We are doing for all cases of crime in Malaysia, everybody is equal before the law.

    And
    we are going to rule this country according to the law, and the law is
    the law in this country, not the law in other countries.

    In other countries, they may decide that it’s okay to smoke marijuana. But not here.

    You do that here you will be arrested, tried according to the law, and the UN won’t have any rights to take action against us.

    But
    on the other, hand even if you don’t sign the Statute of Rome, if you
    do something excessive like you prevent people from being gay and all
    that by collecting all of them, and lining them before the wall and then
    shooting them, that would be excessive.

    But if they are only
    taken in because they break the laws of this country, not the laws of
    the UN, but the laws of this country, then the UN Statute of Rome does
    not come into play and action will be taken against us.

    So, it is
    whether we are willing and able to implement the laws regarding
    excessiveness, then I think the Statute of Rome would apply.

    But when we... kalau kita excessive, samada kita sign tak sign pun, the whole world will condemn us. That is the situation.

    I
    am very surprised as some people who try to make use of this signing of
    the Statute of Rome as evidence that this government has surrendered
    everything to the Statute of Rome.

    I know that there is an attempt
    to try and undermine this government by saying that we have now
    surrendered all power to foreigners.

    We haven’t.

    There is no way that they can take action against us.

    If for example, the previous government

    Bossku curi duit, and we take action according to the law, there is no way they can interfere.

    But
    during that time, when this country was being sold to outsiders, these
    people who talk about Statute of Rome, did not say anything.

    Did not say anything and yet the country was being soldd to foreigners.

    Even when we produced petition to the Raja-raja, signed by one million people, there was no result.

    But now on this issue mereka nak cuba gunakan untuk memburukkan kerajaan terutama saya, konon pengkhianat kepada bangsa saya.

    Takpa la kalau nak panggil pengkhianat boleh la, tapi mereka lebih pengkhianat daripada saya.

    Pasal masa Najib curi duit, Najib jual tanah, macam-macam dia buat, mereka tak satu patah pun tegur.

    They were hiding I don't know where, but they were worried that action may be taken against them.

    But now that we want to have a rule of law, and we won’t take action against them, they bring up this matter.

    This is a political issue, not a question about the law. It is about political issue.

    Trying
    to blacken the name of this government including myself, and I know
    why, because I have been very strict about money laundering and things
    like that.

    And if we find whoever breaches the law we don’t care
    who they are, we will take action, whether they are prince or pauper, we
    will take action. That is our stand.

    But they have been able to
    create confusion in the minds of the people that this law negates the
    rights of the Malays and the rights of the Rulers and all that. It is
    absolute nonsense.

    They can’t possibly come and depose our King because somebody under him, some soldier, might have shot somebody.

    That
    cannot be done, because the King is not an executive, the King is not
    an executive king or monarch, but acts on the advice of the prime
    minister.

    Of course, they can come to take action against me, but for what?

    Am I going to kill people? Am I going to take away the privileges of the Malays?

    I
    was the one who helped them, the Malays more than anyone else until I
    was known as ultra Malay. But now they are trying to damage that image
    because they can't make any progress politically.

    Also some
    believe that if we don't sign the Statute of Rome, then kita boleh curi,
    then kita boleh buat macam-macam, tak boleh ada tindakan.

    But this government will take action against those people.

    Whether
    we accede to the Statute of Rome or not, if you break the law, we don't
    care who you are, we will take action against you.

    If you sell land in this country to others because you are looking for money, then we will take action against you.

    But, having said all that against the Statute of Rome, we understand that this is a political move.

    A political move to get the Rulers to back them up.

    Of
    course, some members of the royal family also may be involved, but the
    whole idea is to get the royalty in Malaysia to go against this
    government. That is the motive.

    But because of this confusion, and
    the confusion also among the Rulers, we have made a decision that we
    will not recognise the Statute of Rome. We have ratified it, but we
    still have time to withdraw, and we will withdraw.

    Not because the
    Statute of Rome is harmful to us, but because of the political
    confusion raised by some people, including some people who have some
    political ambition. We know this.

    Jadi kita punya keputusan
    kabinet this morning is that we will withdraw our ratification of the
    Statute of Rome kerana confusion, bukan kerana we believe it is going to
    be bad for us but because of the confusion created by one particular
    person who wants to be free to beat up people and things like that.

    And if he beats up people again, I will send the police to arrest him, I don't care who he is.

    That is the move that is being taken in order to blacken the good name of this government.

    So, while we will withdraw our ratification of the Statute of Rome, it is not because

    we
    think it is harmful to our country, but it is because of the politics
    of this country where sometimes people are easily misled by resulted
    emotional feelings, that what we are doing is against our own interest.

    So that is the true reason I have to explain to you.

    And
    I would like to say this of these cowards, who during the last regime
    saw Najib stealing money, doing all kinds of things, and they said
    nothing.

    There were a lot of cowards who want to benefit from Najib's misrule so that they also can benefit.

    I
    am saying this directly at them. Who they are, you can guess. But that
    is the reason why they were silent then, but sekarang ni wah bukan main
    lagi jaguh nak pertahankan hak orang Melayu, kononnya.

    Okay any other question you may have?

    Soalan: You said this a Cabinet decision, but you sound very angry and upset that this decision has to be made. Why are you very upset?

    Mahathir: Because I see this as a way to blacken my face because they know that they cannot oust me very easily.

    So
    they have to paint a black picture of me. This is like old times, you
    know when I was called mahazalim, maha this maha that, but now they
    accept me as their leader. Because in politics that happens.

    But I
    find that this particular attempt to get the rulers involved so that
    they can get leverage, and even trying to get the rulers to sign
    something order against me.

    For that, I think I will have to tell them in their faces, through you of course, that they are not going to do it.

    It's not because we are afraid of them, but because they make use of this politics on people who are ignorant.

    Soalan: The
    way you describe this person that is against the signing of the Rome
    Statute, is this a certain prince from a southern state?

    Mahathir: You can make your guess, you are welcome.

    Soalan: Why
    did the Cabinet not seek approval from Parliament first before signing
    to ratify the Statute of Rome? Wouldn't it be good, then you can avoid
    all this?

    Mahathir: No, the thing is that, we see no harm
    in this. It is a normal thing, and we are not going to be excessive in
    the exercise of power of the government.

    We are not going to beat people, we are not going to jail people for no reason like the previous government.

    We are not going to massacre people. So it was harmless to ask.

    And in future also they will be prevented from doing this thing because we have signed this statute.

    But on the other hand, believe me, if you do something wrong the whole world will jump on your back.

    Soalan:
    Tun, bodeh dikatakan agak terlalu cepat dan mudah kabinet menukar
    keputusan. Kenapa dalam masa saya rasa dalam tiga minggu, tekanan tak
    berapa sangat Tun?

    Mahathir: Kita dapat makluman tentang
    usaha ini, usaha untuk libatkan Raja-raja supaya menentang kerajaan,
    khususnya menentang perdana menteri.

    Sebab itu kita perlu jelaskan
    usaha ini kerana saya dapati ramai yang tak faham isu ini. Mereka tak
    faham apa ianya Statute of Rome.

    We cannot go to war. Are we going to war? Are we going to commit genocide? Are we taking away human rights?

    I am not seeing anything being done here.

    The
    previous government yes, arrested people under fictitious law, and then
    find there is no case, then because they lost we are able to brush
    aside their decision.

    Soalan: Tun, so we see similar things
    happening back when the government was trying to ratify Icerd. How can
    we ensure certain parties will not create misunderstandings about
    international laws so that if the government decided to ratify another
    international convention or law, this does not happen again?

    Mahathir: We
    must study what the law is all about, what does it subject us to, and
    if we find that this agreement will not do us any harm, we do not have
    to go around telling everybody.

    The government has dthe authority to approve and to sign treaties, that is our rights.

    I
    don't think we have to debate everything in public because we debate in
    public, there will be differences in opinion versus our opinion, and we
    cannot make a decision.

    Soalan: Is this a collective decision by the cabinet?

    Mahathir: Yes, that is the cabinet decision

    Question: Does it mean the International Court of Law cannot hold us accountable when we do something like ethnic cleansing?

    Mahathir: Ethnic cleansing, you think we are going to do ethnic cleansing?

    You
    see what's happening to the Rohingya. The blatant massacre of people in
    Rohingya, pushing them out to sea, killing them through drowning,
    hundreds of thousands of them.

    Well, the world has condemned, but the world has not done anything. The rohingyas are still afraid to go back.

    So
    if it happens in our country, I don't think the world will do very
    much. I don't think they will send an army to subjugate us, to place us
    like a colony before.

    It won't happen. But, the fact is that, if
    there is no such threat, rulers, members of the government of this
    country might abuse the law, might be excessive, like the previous
    government.

    But as you know the previous government, when it was excessive, beyond reporting all over the world, what did it do? Nothing.

    We
    had to overthrow the government through the election. I have made a
    petition to the rulers, one million people signed that petition, but
    nothing happened.

    And the foreigners do not say anything about that, in fact, they were quite happy to receive Najib and play golf with him.

    Soalan: Tun, apakah kesan daripada keputusan kabinet kepada kerajaan dan negara?

    Dan
    kedua, pada masa depan adakah kemungkinan untuk kerajaan meleiti semula
    keputusan ini setelah beri penjelasan dan rakyat boleh faham, dan
    institutsi Raja pun faham, adakah keputusan ini akan dikaji semula?

    Mahathir:
    Ya saya fikir boleh kerana kita tak akan teruskan dengan statute ini,
    maka isu ini tidak boleh dipermainkan dalam politik, dan Raja-raja yang
    percaya kepada penjelasan oleh pihak lain ini akan berasa senang kerana
    dianya takkan dilaksanakan.

    Sebaliknya, saya ingin jelas
    berkali-kali bahawa statute ini takkan menidakkan hak kita untuk
    menentukan dasar kita, amalan kita, undang-undang kita, the rule of law
    in this country.

    They cannot stop us from having our own ideas.

    Yes in the west, of course, they think that LGBT is great, but in this country, it is not great

    But if you are like that, don't come and flaunts all over the country saying I am a member of LGBT, you see.

    But you do that, you offend people, then we have to take action against them.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...