Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 7, 2015

Tangisan Perwakilan UMNO Mahathir Letak Jawatan KINI Jangan Percayakan Tun Mahathir




Ketiga tiga pihak di atas terus mengulang ulang tuduhan terhadap 1MDB dengan bahan cerita yang dikitar semula kerana kehabisan modal.
Mereka mengejar masa kerana bimbang kepada dua perkara berikut;
a. Bimbang rasionalisai 1MDB akan berjaya. Justeru perlaksanaannya mesti disabotaj.
b. Bagi memastikan Najib digulingkan sebelum akhir tahun.

1. Baru-baru ini SR menyiarkan dokumen yang membuktikan Jho Low adalah penasihat Terengganu Investment Authority (TIA). Seolah-olah ini satu pembongkaran yang MAHA BESAR. Sedangkan tiada siapa yang menafikan hubungan Jho Low dengan kerajaan Terengganu dan TIA. Jho Low sendiri tidak pernah menafikan dan mengakui bahawa dia pernah dilantik sebagai penasihat TIA. Jho Low telah MELETAK JAWATAN sebagai penasihat TIA pada bulan Mei 2009, sebelum TIA diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan bertukar nama kepada 1MDB. Apa yang SR gagal siarkan adalah bukti pelantikan secara rasmi Jho Low sebagai penasihat, ahli lembaga pengarah mahupun sebarang jawatan di dalam 1MDB.

2. SR mengulangi tuduhan bahawa Good Star adalah syarikat Jho Low. Sekali lagi tiada sebarang bukti yang kukuh seperti sijil pendaftaran syarikat dan maklumat pemegang saham Good Star disiarkan. Sedangkan PetroSaudi telah membuat kenyataan menafikan tuduhan SR, melaporkan penipuan ini kepada Polis London dan menunjukkan bukti bahawa Good Star adalah anak syarikatnya.

3. Paling penting, SR juga cuba menggambarkan wang AS$1.83 bilion ini lesap tanpa menunjukkan bukti ke mana wang ini telah pergi. Kononnya wang ini diambil oleh Jho Low, membeli rumah mewah di New York, membiayai filem Riza Aziz di Hollywood, kemudiannya masuk ke dalam akaun Najib. Sedangkan penyata kewangan diaudit 1MDB menunjukkan pelaburan ini tidak berkurangan sebanyak AS$700 juta, sebaliknya bertambah menjadi AS$2.318 bilion. Bukan sahaja tiada dana yang hilang, malah keseluruhannya telah digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB; pengeluaran pertama pada tahun 2014 dan penebusan kedua pada tahun 2015.


4. Tun M banyak menggunakan sumber palsu ini. Sebenarnya kredibiliti Tun M tercalar kerana dua perkara berikut;

a. Tun M banyak menggunakan sumber palsu daripada Sarawak Report dan Tony Pua DAP. Mereka bersekongkol.

b. Menurut Tunku Abdul Aziz bekas Presiden Intergriti Malaysia, Tindakan Tun M itu boleh menyebabkan kerajaan BN akan tumbang (marahkan nyamuk kelambu dibakar). Tun M mencacatkan imej Negarawannya kerana keadaan lebih teruk berlaku di zaman beliau seperti bail out PERWAJA sebanyak RM 20 Bilion dan kerugian FOREX sebanyak RM 33 Bilion.

Selanjutnya KLIKSINI - http://www.suara.tv/2015/10/20/jangan-percaya-sarawak-report-tun-mahathir-dan-tony-pua/

Dr Mahathir Sedang Disiasat Susulan Gesaa Perdana Menteri Supaya Meletakkan Jawatan.


Ibarat Madu diberi Tuba yang dapat.... Bagai Kacang Lupakan Kulit ..
UMNO bercakaran sesama sendiri kerana lalokkan kuasa dunia.... Umno terus meminggirkan diri daripada kenyataan sebenar... Roda terus berputar dulu UMNO di atas di hati pengundi... sekarang mula ke bawah dihati pengundi Melayu.

 

'Polis Tanya, Saya Tak Jawab' 

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilaporkan telah diambil keterangan oleh pasukan penyiasat Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Memetik laporan The Star, Dr Mahathir yang bercakap kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary berkata, beliau tidak menjawab soalan yang dikemukakan pegawai tersebut.

"Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab. Saya tak jawab," katanya.

Beliau juga menyerahkan kepada polis sama ada mahu menahannya ataupun tidak.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen bahawa Dr Mahathir sedang disiasat susulan gesaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan.

Pasukan peguam Dr Mahathir yang diketuai Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tiga pegawai polis dari Bukit Aman mengambil masa kira-kira 45 minit untuk merakam keterangan Dr Mahathir.
Menurut Haniff, Dr Mahathir dinasihatkan untuk tidak menjawab beberapa soalan.

Namun Haniff enggan mendedahkan sebarang soalan yang dikemukakan secara spesifik.

"Kadang-kadang kami peguam pun pelik, kenapa polis ambil keterangan. Jika ada bukti, tangkap sajalah dan dakwa di mahkamah," katanya.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada sesi soal siasat lain, Haniff berkata, pihaknya tidak pasti namun beliau berpendapat sesi tadi sudah memadai bagi polis.

- Sinar Harian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...