Saturday, June 22, 2013
Oh Malaysiaku... Oh menteri-menteriku...Fitnah & Menipu Tak Mengapa - Perhimpunan Dibiarkan Atas Nama 'Aman' #BlackOut505
"Tiada wang sebanyak itu dalam poket!"
Jawapan yang diberikan oleh seorang menteri apabila cadangan agar menurunkan beberapa bloggers dan pemain media sosial ke lapangan perhimpunan Black Out 505 bagi merakam aksi sebenar perhimpunan yang dijadualkan berlangsung esok.
Memandangkan pembangkang sering 'spin' dari segi kehadiran, layanan pihak berkuasa dan sebagainya. Jadi penting untuk pihak kita turut sama berada di lokasi bagi mengimbangi laporan bloggers-bloggers PR.
Tapi nampaknya menteri-menteri tertentu masih buta perut, tidak belajar dari pengalaman perhimpunan BERSIH3.0 yang mencetuskan suasana tegang. Ironinya walaupun menang PRU13, BN masih lagi 'takut' untuk bertindak berlandaskan undang-undang.
Mana tidaknya satu demi satu perhimpunan yang dibuat bertujuan membangkitkan emosi rakyat dibiarkan atas alasan 'perhimpunan aman'.
Atas nama 'perhimpunan aman' kita biarkan mereka berhimpun walaupun ternyata ia merupakan fitnah dan rekayasa Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.
Berapa banyak 'perhimpunan aman' yang dibuat oleh pembangkang berakhir dengan aman?
Mungkin menteri tidak sedar di sebalik 'perhimpunan aman' yang dianjurkan pembangkang. Mereka hanya mampu meraih sokongan dari 'circle' yang sama dari BERSIH1 iaitu 30-80k.
Berbicara bukan main, ada menteri kita sehari bertukar kementerian terus bertindak ke atas beberapa pemimpin pembangkang, malangnya selepas itu sunyi sepi. Kuku dan taring KDN hanya bersifat sementara?
Mereka tidak sedar di sebalik nama 'aman' ini sebenar beratus ribu rakyat berasa tidak aman setiap kali perhimpunan dibuat oleh pembangkang di tengah-tengah ibu kota.
Hahaha!
Ada juga menteri yang menerangkan kepentingan untuk mantapkan jentera siber bla bla bla, tapi akhirnya jentera dibina hanya untuk kepentingan sendiri bagi memastikan jumlah [likes] naik mencanak.
Kahkahkah!
Oh Malaysiaku...
Oh menteri-menteriku...
Label:
blackout505
Friday, June 21, 2013
Memorandum Seluruh Negara Kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Setiap Negeri!
BROKEN WALL : Anwar Sila Jawap!!!
Rakyat Malaysia
yang cintakan negara diharapkan akan dapat menyumbang dalam gerakan ini
untuk menjayakan memorandum kepada Anwar Ibrahim di seluruh negara.
Sesiapa yang berminat sila hubungi https://www.facebook.com/syaforthenation
Anwar Ibrahim
dicabar supaya membuktikkan memorandum yang akan dikemukakan oleh
Pertubuhan Hak Belia Malaysia . Sekirannya tempoh hari untuk menjawab
memorandum yang dicabar oleh Pertubuhan Hak Belia Malaysia maka wakil
Pertubuhan Hak Belia Malaysia akan membuat laporan polis atas kesalahan
menipu , menyebar maklumat palsu , menfitnah dan menghasut rakyat
1. Anwar
Ibrahim dicabar untuk mengemukakan bukti kenyataannya yang mengatakan
Air Asia menerbangkan 40 000 Bangla daripada Sarawak ke Kuala Lumpur
dalam tempoh 1 minggu ( dilaporkan oleh FMT dan Malaysia Insider )
2. Anwar Ibrahim dicabar untuk membuktikkan terdapatnya Blackout di Bentong
3. Anwar Ibrahim dicabar untuk membuktikkan twitternya yang mengatakan Pakatan Rakyat sudah menang pada jam 7pm ( 5 Mei 2013 )
4. Anwar Ibrahim juga dicabar untuk membuktikkan terdapatnya Bangla yang berjaya mengundi sehingga menjejaskan keputusan PR 13.
5. Anwar
Ibrahim juga dicabar untuk membuktikkan silapnya negara Amerika Syarikat
mengesahkan keputusan pilihan raya 13 Malaysia
( The United
States has recognized Malaysia’s election result, calling it the “most
competitive” in the Southeast Asian nation’s history, despite opposition
claims of irregularities in the vote. )
6. Anwar
Ibrahim juga perlu mengemukakan bukti untuk menolak Laporan Pemantau
Antarabangsa Mengatakan Pilihan Raya 13 dianjurkan dengan Telus dan
Bersih
7. Anwar
Ibrahim juga perlu membuktikkan bahagian mana dalam sistem perundangan
mana di negara kita yang berlandaskan kepada sistem popular vote
8. Terdapat 222
agen Pakatan Rakyat yang menandatangani borang perkiraan sebelum
keputusan boleh diumumkan. Sekirannya terdapat mana - mana penipuan di
mana - mana tempat yang disyaki ( ada bukti ) maka Anwar Ibrahim dicabar
untuk membuat laporan polis dan mendakwa agen yang dilantik oleh
Pakatan Rakyat sendiri yang mengesahkan dan menandatangi keputusan
pilihan raya 13
Please do not just click attend for supporting but be there to do everything to help us to make this a successful 1
Shen Yee Aun
Presiden
Pertubuhan Hak Belia Malaysia ( Malaysia Youth Right Movement )
PENENTANG KERAJAAN BOLEH DIHUKUM ATAS DAKWAAN SEBAGAI 'BUGHAH' (PENDERHAKA) NASIHAT MUFTI KELANTAN
MUFTI KELANTAN SAHKAN PENENTANG KERAJAAN BOLEH DIHUKUM ATAS DAKWAAN SEBAGAI 'BUGHAH' (PENDERHAKA)
WAJAH-WAJAH PENDERHAKA
Label:
blackout505
Thursday, June 20, 2013
Sertai 505, hanya jika ada arahan - Harun Taib
Sertai 505, hanya jika ada arahan - Harun Taib
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjawab persoalan tersebut.
Beliau juga seolah-olah tidak mahu campur tangan dalam keputusan dibuat pucuk pimpinan parti untuk bersama PKR dan DAP dalam perhimpunan terakhir membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijadualkan di Padang Merbok, di sini.
"Tak tahu, saya tidak mahu komen... saya sudah cakap banyak kali, saya tidak mahu campur.
"Kalau parti dah putuskan (untuk sertai perhimpunan), Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulama dan sebagainya kena terima.... kalau tak putuskan (tidak akan turun)," katanya kepada Antarapos dengan nada keras.
Pemimpin veteran ini juga enggan menyatakan pendirian akan menyertai perhimpunan itu atau tidak.
Sebelum ini, Harun menyatakan bantahan terhadap penganjuran beberapa siri perhimpunan bantahan anjuran Pakatan Rakyat atas alasan tindakan itu tidak akan mengubah keputusan PRU13 yang kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak membangkang apa-apa yang nak buat tapi saya tidak berminat untuk berbuat demikian.
"Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya)," katanya.
Ternyata tindakan menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya baru-baru ini tidak didokong sepenuhnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Datuk Harun Taib berkata, walaupun beliau tidak membantah penganjuran himpunan tersebut namun Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu berkata beliau tidak berminat untuk menyertai acara seumpama itu.
Beliau yang dihubungi Antarapos berkata, secara peribadinya, beliau tidak faham mengapa himpunan itu diadakan hanya semata-mata mahu membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), awal Mei lalu.
Label:
Pas
Sunday, June 16, 2013
RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA . anwar kalah tapi tetap mahu jadi PM.. Apa punya gila ni???
EKSKLUSIF: RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA
Abu Syifa on
Sunday, June 16
Pada mulanya
saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak
menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya
berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.
Pertama sekali, pertemuan saya dengan
Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen
Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan
Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan.
Hubungan
Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan
sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari
selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang
ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS
Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak
Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi,
manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di
Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak
A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA |
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan
Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau
memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali.
Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac
di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan
Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi
orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan
meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara
mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan
satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.
Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak,
dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia
sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris,
kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah
sahabat Anwar.
Namun demikian, selepas keputusan PRU-13
memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim
telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh
berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya
itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar
Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA |
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".
Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika
kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab
kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral
(parti)".
Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu
kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih
ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan
orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang
tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".
MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan
Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla
dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam
pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.
Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.
Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang
menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia
akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar
hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap
dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana
Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak
Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
Tekanan Washington
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal
lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington
dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan
Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan
kepada Anwar.
Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla
memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia
untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi
pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk
menerima tekanan Washington itu.
Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
Bersambung...
Label:
PRU 13
PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH (School Performance Development Programme – SPeeD-uP)
PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH
(School Performance Development Programme – SPeeD-uP)
anjuran
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
10-13 JUN 2013
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
15 BUAH SEKOLAH SKM TURUT SERTA
TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA
PUAN MERIAM BINTI ALLIAS
Pensyarah Kanan
Jabatan Memperkasa Sekolah
IAB Pusat
PUAN HAJJAH HALIJAH BINTI ARIFFIN
Pensyarah Kanan
IAB Zon Selatan
PUAN NOOR AZILAH BINTI JAMURI
Pensyarah Kanan
IAB Zon Selatan
(School Performance Development Programme – SPeeD-uP)
anjuran
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
15 BUAH SEKOLAH SKM TURUT SERTA
TERIMA KASIH DAUN KELADI KEPADA
PUAN MERIAM BINTI ALLIAS
Pensyarah Kanan
Jabatan Memperkasa Sekolah
IAB Pusat
PUAN HAJJAH HALIJAH BINTI ARIFFIN
Pensyarah Kanan
IAB Zon Selatan
PUAN NOOR AZILAH BINTI JAMURI
Pensyarah Kanan
IAB Zon Selatan
Label:
SPeed-uP
Subscribe to:
Posts (Atom)