Hari ke 6 Hadi menghilang diri menyorok dari wartawan dan pandangan
awam, sedang menunggu laporan mengenai kedudukan aisbok dan gerobok
makanan di rumah ketiga-tiga isterinya. Dah masuk hari ke 6,
barang-barang dapor dah surut.
Hadi dah tak pergi ceramah. Takde ceramah, takde pitih. Mengikut cara
PAS adakan ceramah, penganjur akan buat pecahan dari pungutan malam dan
bayaran sewa dari peniaga-peniaga. Ada peratusan untuk Pusat Pusat,
untuk PAS negeri, PAS cawangan, penceramah, dan penganjur yang termasuk
jaga kereta.
Itulah sebab PAS rajin dan bermotivasi untuk anjur ceramah dan pemimpin
turun. Tapi nama yang star macam Mat Sabu, banyaklah yang turun dari
sana sini. Mutakhir ini, jumlah dah menurun dan isu-isu yang ditimbulkan
banyak cerita kitar semula yang dah kalah di mahkamah, didedahkan
pembohongan dan dah tak dilayan orang ramai.
Maka itulah pasal PAS bayar orang macam Abby Abdadi jadi instant ustazah
untuk tarik orang muda. Satu malam Abby dapat RM2,500, lebih dari
pelacur high class untuk kerja menabur fitnah dan mengeluarkan kata-kata
bodoh dan main Twitter tak henti2. Orang yang mengata orang lain dan
mengeluarkan fitnah lebih teruk dari berzina. Pelacur = zina.
Berbalik kisah, Hadi sedang leka memancing untuk mencari makanan untuk
sarapan pagi di kemah pelarian bagi orang yang dah murtadkan orang Islam
di satu tempat persembunyian. Tiba-tiba ada pengiringnya beritahu, ada
surat sampai dari Mufti Kelantan.
Hadi terfikir apa pasal Mufti Kelantan hantar surat. Dia hanya tanya,
"Rumah yang mana?" Orang banyak isteri lah konon. Baju dan seluar dalam
pun tak tahu tertinggal di rumah mana satu?
Surat mufti berikut:
Isi Kandungan Surat2 ini seperti
berikut :-
Pada masa akhir-akhir ini terdapat
beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau
pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta
membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri
Kelantan.
Diantara masalah yang telah
dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-
1). Tidak sah sembahyang dibelakang
imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)
2). Haram dimakan daging binatang
sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan
Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.
3). Terfasakh nikah diantara suami
isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan
orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
4). Tidak sah akad nikah oleh iman
dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).
5). Kena diperbarui nikah yang
diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan
Nasional).
6). Tidak boleh ditanam mayat orang
Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)
diperkuburan Islam.
7). Orang Barisan (UMNO- Barisan
Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya
kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh
sembahyangkan keatas mayat
orang Pas.
8). Orang Barisan (UMNO- Barisan
Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji
kerana tidak diterima oleh
tuhan amalan itu daripada
mereka.
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu
Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak
surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa
atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai
kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau
fatwa-fatwa yang disebarkan itu.
Oleh kerana kesan daripada
pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada
perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat
khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato'
Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang
terdiri dari :-
1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail
Bin Haji Yusoff -
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin
Hj.Abu Bakar -
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin
Awang Chik -
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj
Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota
Baru.
5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj
Ismail -
Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin
Hj.Abd Rahman -
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin
Hj. Mohd Hassan -
Iman Besat Masjid Muhammadi.
8). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin
Hj.Idris -
Penolong Pengarah Yayasan
Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.
Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut
diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam
kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau
pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:-
"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA
TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB
TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH
ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT
ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT
MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG
ISLAM"
Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan
Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya
jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang
menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang
yang tidak bertanggungjawap.
Sekian dan
diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.
(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang
Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam
Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.
KREDIT JAWABER6