Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 17, 2012

RIBUAN PENGIKUT TEGAR PAS GESA TARIK BALIK AMANAT HAJI HADI

AIR MATA MEMALI! HADI DIDESAK TARIK BALIK AMANAT MENGKAFIRKAN UMNO!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C. N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila


Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

"Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.


"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 


Haji Hadi Wajib Tarik Balik Amanat Tuduh UMNO Kafir! - Mufti 

"Hadi Awang wajib tarik balik," itulah yang dikatakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria ketika diminta mengulas mengenai amanat yang pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang telah mengkafirkan UMNO.

"Tidak semudah itu kita nak menuduh orang kafir. Selagi dia mengucap dua kalimah syahadah, macamana kita nak tuduh orang kafir... itu hanya satu pendapat yang melulu dan tidak ada asas. Ini bukan dari segi parti tapi dari segi syarak, saya ketengah bagi menjawab perkara ini," ujarnya kepada UMNO-Online.

Di dalam amanat tersebut, Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas menentang UMNO bukan kerana UMNO, menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana telah lama memerintah tetapi kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir dan mengekalkan peraturan jahiliyah.



Hadi Awang turut menyebut bahawa perjuangan PAS menentang UMNO dan BN ini adalah jihad dan mati mereka adalah syahid kerana menentang UMNO yang menjadi kafir disebabkan mengamalkan politik suku dan agama suku.

Akibat daripada amanat ini maka terjadi perpecahan ummah di kalangan umat Islam. Penyokong taksub PAS mula mempercayai bahawa UMNO adalah kafir yang akhirnya mengundang peristiwa Memali pada 19 November 1985. Disebabkan amanat ini jugalah tercetus permulaan solat dua imam yang semakin memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Kenyataan daripada Harussani ini turut disokong oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Menurut Wan Zahidi, fatwa Haji Hadi Awang ternyata bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah.

"Wajib tarik balik. Bahayanya bukan kepada UMNO tetapi kepada orang itu sendiri... Mereka sendiri yang boleh jadi kafir... Kita kena kembali semula kepada ajaran sunnah wal jamaah... tuduhan ini boleh menyebabkan semua amalan seseorang itu tidak diterima oleh Allah SWT...," jelas beliau. -UMNOonline

1 comment:

  1. dah kalu dia tak tarik balik.. dia yg susah.. lantak le.. nanti dia yg susah.. kita dah suruh tarik balik amanat tu.. habis lah usaha kita.. yg kita pulak susah hati tu mengapanya.. atau kita pun tak pasti samada kita ni duduk di laluan yang betul ke.. dia yang betul..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...