Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, June 23, 2018

ZAHARIN MOHD YASIN-PEMILIHAN UMNO:TUN MAHATHIR (TUN M) VS PELINGKUP UMNO...


 
TERKINI,TERBARU 2018:ZAHARIN MOHD YASIN-PEMILIHAN UMNO:TUN MAHATHIR (TUN M) VS PELINGKUP UMNO SEPERTI RAHMAN DAHLAN DLL

Umno dakwa HARAPAN ugut penjawat awam

Umno dakwa HARAPAN ugut penjawat awam: Kerajaan HARAPAN pimpinan Dr Mahathir Mohamad mula nampakkan ciri diktatornya, dakwa unit komunikasi Umno.



 Ni lagi satu penipuan UMNO/BN. Bukan kah
semasa UMNO/BN ramai pejawat awam bersara atas tekanan, diberhentikan
dan ditukar sesuka hati. Bukan UMNO/BN yg ajar supaya kakitangan walak
kpd pemerintah semasa. Bukankah semasa UMNO/BN ramai pejawat awam tidak
naik pangkat walaupun memang berhak tetapi atas faktor politik mereka
dinafikan hak. Tapi kalau penjawat awam itu adalah LANTIKAN POLITIK
BARISAN NASIONAL, memang sepatutnyalah dilucut jawatan atau disarankan
letak jawatan! Bukan kah dah tiba giliran lantikan politik BN angkat
kaki... 






Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Unit Komunikasi Strategik Umno mendakwa pentadbiran HARAPAN pimpinan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengugut penjawat awam
dengan pelbagai cara supaya menyokong kerajaan.


"Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) pimpinan Tun Dr
Mahathir Mohamad mula menampakkan ciri-ciri diktatornya apabila
menteri-menteri kabinetnya mula mengugut penjawat awam dengan pelbagai
cara.


"Timbalannya, Datin Seri Wan Azizah Ismail mengingatkan semua
penjawat awam di seluruh negara agar menyokong kepimpinan Pakatan
Harapan atau kemungkinan dikenakan tindakan, termasuk buang kerja.


"Datuk Seri Azmin Ali pula mengugut ketua dan pegawai agensi kerajaan
yang disyaki melakukan salah laku agar meletak jawatan atau disingkir,"
kata kenyataan unit Umno itu hari ini.


Dakwaan tapisan politik


Umno juga mendakwa berlaku tapisan politik bagi mereka yang ingin menyertai sektor awam.


"Bagi yang ingin menyertai sektor awam pula akan dikenakan tapisan
politik sebelum diambil bekerja. Ini lebih teruk dari sistem sosialis
dan menjengkelkan.


"Mereka nampaknya diberikan dua pilihan - sama ada menyokong HARAPAN
untuk kelangsungan hidup mereka atau meletak jawatan atas syak
wasangka," kata kenyataan itu.


Umno juga menyoal jika dakwaan yang dibuatnya itu merupakan cara Dr
Mahathir mengecilkan perkhidmatan awam serta menjimatkan kos kerajaan.


"Mungkinkah ini cara halus Dr Mahathir untuk mengecilkan perkhidmatan
awam, serta menjimatkan kos kerajaan? Atau ini taktik ugutan bagi
menakut-nakutkan rakyat, khasnya mereka yang mengundi BN?" Soal
kenyataan itu.


Unit komunikasi Umno itu juga mendakwa zaman pemerintahan Barisan
Nasional mengamalkan demokrasi berpolitik dalam kalangan penjawat awam.


"Ini tidak pernah berlaku di zaman pemerintahan Barisan Nasional yang
mengamalkan demokrasi berpolitik dalam kalangan penjawat awam.


"Hak menyokong mana-mana parti di luar Barisan Nasional (BN) amat
dihormati, asalkan mereka bertugas mengikut atur-kerja yang digariskan
untuk mereka, iaitu berkhidmat kepada rakyat," dakwa kenyataan itu lagi.


Bagaimanapun, pada era pemerintahan BN, para pemimpinnya biasa membuat gesaan supaya penjawat awam menyokong kerajaan.


Menjelang PRU14, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru kakitangan kerajaan supaya walak (setia) kepada kerajaan dan memastikan Putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang (pada waktu itu HARAPAN).


Bercakap dalam perhimpunan penjawat awam di pusat pentadbiran
kerajaan itu, Najib Razak menyifatkan golongan itu sebagai setia kepada
kerajaan dan pendukung utama negara.


'Tindakan disiplin sokong pembangkang'


Manakala itu bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid pernah dilaporkan memberitahu akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah pada awal tahun ini bahawa tindakan disiplin akan dikenakan terhadap guru dan pegawai kementerian yang menyokong pembangkang.


Mahdzir berkata kakitangan awam, pegawai jabatan pendidikan dan guru
dihalang daripada menyertai mana-mana parti pembangkang atau mengkritik
kerajaan.


“Mereka patut letak jawatan dan gunakan kapasiti parti untuk bercakap
atau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka mahu
melawan kerajaan,” beliau dipetik Kwong Wah sebagai berkata demikian.


Kementerian akan mengarahkan golongan itu meletakkan jawatan, tambahnya.


“Kita tidak benarkan mereka bekerja dalam agensi kerajaan ketika menjadi pembangkang atau memegang jawatan parti,” katanya.


Bagaimanapun, kata Mahdzir lagi, mereka yang menyertai dan memegang jawatan dalam parti pemerintah (waktu itu BN) dibenarkan.


Friday, June 22, 2018

Jamal akan serah diri pada polis, dengan syarat...

Jamal akan serah diri pada polis, dengan syarat...: 'Gua tak cabut, gua tak lari. Gua steady punya kaki.' kata ketua kumpulan Baju Merah itu.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Ketua Umno Sungai Besar yang sedang dikehendaki polis hari ini muncul dan menegaskan dia bukan seorang penakut.


Malah Datuk Seri Jamal Md Yunos membayangkan dia akan tampil dan
menyerah diri kepada polis - dengan syarat dia dipilih menjadi ketua
Pemuda Umno Malaysia.


Dalam kenyataan dikeluarkan melalui klip video ringkas hari ini,
Jamal, 48, berkata dia berada dalam keadaan sihat dan tidak melarikan
diri ke luar negara seperti didakwa sesetengah pihak.


"Gua masih lagi dalam keadaan sihat wal afiat, dan masih lagi berada di dalam nengara, sekitar dalam kawasan saja," katanya.


Tidak dapat dipastikan di mana rakaman video berkenaan dibuat, malah
latar belakang Jamal bercakap itu juga diletakkan tabir berwarna biru.


Jamal yang terkenal dengan pelbagai aksi pegun - termasuk bertuala di
depan bangunan pusat pentadbiran kerajaan Selangor di Shah Alam -
dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan
terhadapnya.


Dia melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.


Jamal didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes
gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan
memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat
kerajaan negeri Selangor.


Jamal juga disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.


Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke
atas Jamal pada 8 Jun. Polis percaya Jamal melarikan diri ke negara
jiran menggunakan 'laluan tikus'.


Walaupun begitu Jamal menjadi salah seorang calon bagi merebut
jawatan ketua Pemuda Umno yang ditinggalkan Khairy Jamaluddin. Calon
lain yang bersaing ialah Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan
bekas timbalan menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Kata Jamal dia akan hadir ke balai polis sehari selepas disahkan menjadi ketua Pemuda Umno.


"Don't worry, besok gua menang ketua Pemuda Umno Malaysia, lusa gua datang balai. No problem, gua tak cabut, gua tak lari. Gua steady punya kaki," katanya lagi.


Hal-hal yang disepikan dalam Umno

Hal-hal yang disepikan dalam Umno: ULASAN | Semakin lanjut usia Umno, pemilihan parti semakin dikuasai oleh 'panglima' di peringkat cawangan dan bahagian.



Mas Ermieyati Samsudin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

ULASAN | Buat pertama kalinya
dalam sejarah, kerajaan BN yang ditunjangi parti Umno telah ditolak oleh
rakyat sekali gus kehilangan kuasa untuk terus memerintah.


Penolakan ini memberi isyarat yang sangat jelas kepada Umno. Umno
wajib melakukan perubahan drastik di semua peringkat untuk mengembalikan
keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini
menaruh sepenuh kepercayaan kepada parti ini untuk menerajui kepimpinan
negara.


Walaupun saya telah mengumumkan tidak akan bertanding apa-apa jawatan
pemilihan pada kali ini, sebagai Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia,
saya mengharapkan agar keputusan pemilihan sayap esok akan
diterjemahkan dengan akal dan bukan perasaan semata-mata.


Terlalu banyak perkara penting yang sepatutnya diberi perhatian tetapi dipandang sepi.


Tinggal kurang dari 24 jam saya akan menamatkan tempoh kepimpinan
Puteri Umno dan menyerahkannya kepada ketua yang baru. Maka besar
harapan saya agar perkara-perkara berikut dapat diberi perhatian dan
diperjuangkan terus.


  • Keahlian parti
Kerap kali perkara ini diketengahkan tetapi masih terdapat banyak
kepincangan, seperti penolakan keahlian oleh individu tertentu, alasan
kehilangan borang dan kelewatan mendaftar ahli baru.


Kesukaran dan halangan yang tidak sepatutnya berlaku ini merencatkan
niat dan hasrat ramai khususnya anak muda untuk menyertai Umno.


Begitu juga dengan isu ramai yang kecewa (termasuk Wanita dan Pemuda
Umno) apabila mendapati mereka tidak layak menjadi calon hanya
disebabkan tidak cukup tiga tahun menjadi ahli sedangkan mereka telah
menghantar borang keahlian lebih awal dari itu.


Malah, ramai ahli baru yang terkejut kerana nama mereka tiada dalam
senarai keahlian semasa cawangan bermesyuarat baru-baru ini. Kegagalan
Umno mewujudkan sistem yang lebih cekap untuk menangani isu ini amat
saya kesali dan perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.


Begitu juga dengan cadangan keahlian automatik di bawah 35 tahun haruslah diberikan.


  • Kaedah pemilihan parti
Sejak penubuhan Umno khususnya menjelang pemilihan parti, pelbagai
sekatan dalam bentuk peraturan baru dan tatacara persidangan telah
diperkenalkan. Sistem pemilihan berdasarkan peraturan sayap parti yang
diperkenalkan pada pemilihan lepas telah dibangkitkan oleh Puteri Umno.


Beberapa isu dan permasalahannya dirujuk untuk tindakan. Malang sekali tiada respon dan tindakan oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia.


Akibatnya, senarai pertama yang dikeluarkan oleh ibu pejabat
menunjukkaan ahli Puteri Umno yang menawarkan diri untuk pelbagai
jawatan parti di 41 dari 191 bahagian di seluruh negara didapati tidak
layak untuk menjadi calon.


Ini bukan sahaja mematahkan semangat pemimpin pelapis malah
menyebabkan Umno dipandang sinis sebagai parti elit yang dikuasai dan
disertai oleh orang tertentu sahaja.


Malah, ini sudah pasti akan membantutkan usaha Pergerakan Puteri Umno
Malaysia yang selama ini bertungkus lumus mendekati serta menyemai
benih bakat kepimpinan untuk melahirkan pemimpin wanita muda yang
berkaliber melalui program seperti ADINDA dan SWiNAS.





Perkara ini juga mesti dilihat dan pindaan peraturan perlu dibuat segera untuk memulihkan imej parti secara total.


Hapuskan sekatan yang hanya menguntungkan individu dan merugikan parti. Kajian semula kaedah pemilihan parti perlu dilakukan .


  • Membuka ruang
Jumlah calon yang menawarkan diri pada pemilihan Puteri Umno kali ini
telah meningkat lebih dua kali ganda berbanding pemilihan 2013.
Daripada 30 orang kepada 71 orang. Ada antara mereka tidak pernah
menjawat jawatan utama dalam Puteri sebelum ini.


Mereka adalah anak- anak muda yang penuh potensi serta terlibat
secara langsung di dalam program Umno dan Puteri yang kemudiannya
menjadi ahli.


Pada kali ini rela menawarkan diri sebagai calon untuk perjuangan memulihkan semula Umno.


Umno di semua peringkat perlulah membuka seluas-luasnya ruang kepada ahli baru melalui inisiatif dan langkah-langkah proaktif.


  • Umno lebih relevan dan inklusif
Semakin lanjut usia Umno, pemilihan parti semakin dikuasai oleh
'panglima' di peringkat cawangan dan bahagian. Bukanlah rahsia lagi
bahawa mereka inilah yang menentukan siapa yang akan mengundi dan siapa
akan diundi.


Malah ada yang dengan angkuhnya mengatakan kepada umum bahawa mereka menang tanpa bertanding selama berpenggal-penggal.


Isu ini memberikan impak negatif kepada pemimpin baru seperti Puteri Umno.


Oleh yang demikian, tindakan drastik seperti mengehadkan tempoh
pejawatan di semua peringkat perlu diperkenalkan. Ini dapat mengelakkan
orang yang sama menguasai cawangan dan bahagian.


Diharapkan langkah ini akan memberi lebih banyak peluang kepada
pemimpin pelapis untuk menyerlah dan mengekang pengaruh individu yang
tidak lagi relevan di semua peringkat.


  • Membenteras gejala rasuah dan salah guna kuasa
Kepimpinan Umno yang baru mestilah sentiasa peka dengan gaya dan
penampilan pemimpin parti. Mereka yang terlibat dengan unsur-unsur
negatif seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mempamerkan
kemewahan yang diragui puncanya memberi persepsi negatif kepada parti.


Mereka ini hendaklah dirujuk kepada lembaga disiplin untuk semakan
dan pengisytiharan harta. Ini dapat memastikan imej Umno terjaga.


Para perwakilan sekelian. Rakyat di luar sana sedang memerhati setiap
gerak geri kita. Ramai yang masih berharap agar Umno dapat dipulihkan
dan kelangsungan membela agama, bangsa dan tanah air dapat diteruskan.





Tanamkan sifat keikhlasan dan ketepikan sikap angkuh kita. Jangan
sekadar laungan retorik. Lihat semula kenapa rakyat menolak kita.


Esok adalah hari yang penting buat hala tuju Umno. Buatlah pilihan
yang bijaksana. Ketepikan perasaan taasub kepada individu. Sebaliknya,
undilah calon yang mampu memulihkan imej parti dan memperbetulkan semua
kepincangan yang menyebabkan Umno ditolak.


Selamat bersidang dan selamat memilih.



DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN ialah ketua Puteri Umno dan bekas timbalan menteri.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Mudahnya HARAPAN menyalahkan orang lain

Mudahnya HARAPAN menyalahkan orang lain: ULASAN | Di manakah kebijaksanaan Lim yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir sebagai berjaya menguruskan ekonomi Pulau Pinang?



Unit Komunikasi Strategik Umno  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

ULASAN | Penyusutan rizab
antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) daripada AS$108.5 bilion pada 31
Mei kepada AS$107.9 bilion, seperti laporan bank pusat itu, amat
menggusarkan Umno dan rakyat Malaysia.


Ia juga jauh lebih rendah ketika rizab negara berjumlah A$110.0
bilion pada April 2018 atau sebelum PRU14. Ketika itu, ia di bawah
pentadbiran kerajaan BN.


Penarikan balik dana asing di Bursa Malaysia yang berjumlah RM2.48
bilion, kerugian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bernilai RM6 bilion
dalam bentuk pelaburan dan nilai ringgit yang jatuh daripada RM3.91
kepada RM4.01 bagi AS$1 juga bukan sesuatu yang kebetulan.


Ini bukannya salah BN dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Ketika
semua pelan pembangunan dan penarikan minat pelabur asing memuncak di
zamannya, Pakatan Harapan (HARAPAN) cuba memusnahkannya.


Pengakuan HARAPAN bahawa bukan semua manifestonya dapat ditunaikan,
pelabur asing melihat helah politik mereka lebih kepada mencari
kesalahan kerajaan silam, dan bukannya merangka strategi untuk
pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan suasana keyakinan dalam pasaran serta
pelaburan.


Pembohongan berterusan mereka mengenai kaitan Najib dan 1MDB,
pembentukan Tabung Harapan Malaysia serta putar-belit tentang ekonomi
negara menggusarkan pelabur asing untuk terus menanam modal atau
menyuntik modal baru di Malaysia.


HARAPAN hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan. Penipuan dan
propaganda bohong yang merendah serta memperkecilkan negara sendiri di
luar negara mula menampakkan hasil yang mereka inginkan.


Ekonomi negara yang bankrap serta pembohongan fakta-fakta lain selama
empat tahun kini menjerumuskan HARAPAN ke dalam kesukaran untuk
menunaikan janji dan menarik semula keyakinan pelabur.


Dr Mahathir Mohamad sendiri terpaksa mengkitar semula Dasar Pandang
ke Timurnya dan merayu bantuan pinjaman daripada Jepun. Dasar
jimat-cermatnya pula diragui dengan pelan kereta nasional yang baru dan
peranan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, yang tugasnya hanya
mencari kesalahan lalu, tanpa sikit pun usaha untuk membangunkan ekonomi
negara.


Di manakah kebijaksanaan Lim yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir sebagai begitu berjaya dalam menguruskan ekonomi Pulau Pinang?


Kalau setakat untuk mengorek kesalahan pentadbiran silam, sesiapa pun boleh jadi menteri kewangan.


Sepatutnya sebagai Menteri Kewangan yang berkaliber dan berwawasan,
Lim perlu mengadakan segera pertemuan dengan pengurus asing bagi
mengembalikan keyakinan mereka untuk terus melabur di pasaran saham
Malaysia.


HARAPAN perlu melihat dan menyalahkan diri sendiri di atas kemelut
ini. Biarpun menggunakan "kami kerajaan baru" sebagai helah untuk
mengelabui mata rakyat, kesedaran mulai timbul betapa mereka sebenarnya
menggunakan kesempatan ini untuk mentadbir dalam gelap semata-mata.


Sampai bilakah pembohongan dan putar-belit ini akan digunakan untuk
terus menipu rakyat dan pengundi? Dan sampai manakah Dr Mahathir
merasakan kabinetnya dianggotai oleh mereka yang benar-benar berguna
kepada rakyat dan negara?


Taktik mereka selama ini sudah mula memakan diri. Pelabur asing
mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat kepada perkembangan pasaran
tempatan, atau mungkin mengalihkan perhatian ke negara lain.


Oleh itu, apa inisiatif HARAPAN untuk menarik dan meyakinkan pelabur
luar? Menyalahkan orang lain amat mudah tetapi mengakui silap sendiri
memang sukar dibuat!



Kenyataan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Mustahil Najib tidak tahu tentang transaksi 1MDB - Dr M


 

2018-06-22 21:00:00

Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mustahil bagi perdana menteri
sebelumnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu akan transaksi
1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwanya dalam wawancara
baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata tanda tangan Najib terdapat pada semua dokumen melibatkan perbadanan dana negara itu.

"Siapa
mahu percayakan beliau bahawa beliau tidak tahu apabila beliau
menurunkan tandatangan (namanya)? Setiap wang yang masuk dan keluar bagi
pinjaman pertama sebanyak RM42 bilion, semua mengandungi tandatangan
beliau.

"Jika beliau tidak tahu, semestinya beliau tidak faham
apa makna tandatangan," kata Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif
dengan Malay Mail yang diterbitkan akhbar harian itu hari ini.

Temu bual itu sebagai respons kepada wawancara eksklusif dengan Reuters yang diterbitkan oleh agnesi berita itu pada Rabu.

Dalam
wawancara dengan Reuters, Najib dipetik sebagai berkata beliau tidak
mendapat faedah daripada 1MDB kerana beliau percaya perbadanan itu
ditubuhkan untuk berbuat sesuatu yang baik untuk negara.

"Jika
saya tahu akan berlaku penyelewengan dana, jika saya mengetahuinya, saya
pasti akan ambil tindakan," katanya dipetik sebagai berkata demikian.

Najib
turut dipetik oleh Reuters sebagai berkata kira-kira US$681 juta
dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah, daripada apa yang
diketahuinya, ialah derma daripada almarhum Raja Arab Saudi, mendakwa
beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang mana-mana transaksi
melibatkan akaun peribadinya kerana beliau telah melantik Nik Faisal
Ariff Kamil, ketika itu ialah pengarah SRC International, bekas unit
1MDB, untuk mengendalikannya.

Berhubung perkara itu, Dr Mahathir
memberitahu Malay Mail bahawa adalah tidak munasabah untuk seseorang
mengarahkan RM2 bilion (US$681 juta) dimasukkan ke dalam akaunnya tetapi
enggan dimaklumkan tentang soal wang itu.

"Ini tidak munasabah.
Kerana saya perlu tandatangan untuk gunakan wang itu. Untuk menggunakan
wang itu, saya perlu keluarkan cek. Najib selalu mengandaikan yang
rakyat adalah bodoh," katanya.

Dr Mahathir mendakwa terdapat dokumen untuk membuktikan sebaliknya apa yang dikatakan oleh bekas perdana menteri.

"Kami ada semua itu. Kami tahu berapa banyak wang yang masuk ke dalam akaunnya," kata Dr Mahathir.

1MDB dilaporkan mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion sejak ditubuhkan pada 2009.

Perdana
Menteri sebelum ini memberitahu Reuters bahawa tangkapan pertama dalam
kes 1MDB dijangka dibuat dalam beberapa bulan lagi dan "diharapkan "
perbicaraan akan bermula menjelang akhir tahun ini. - BERNAMA

Read more at https://www.kinitv.com/video/62527O74#CvuG8FyLsHzzlrvf.99

Hutang RM1 trilion: Pihak swasta dunia tak berpihak pada Najib

Hutang RM1 trilion: Pihak swasta dunia tak berpihak pada Najib: ULASAN | Ini walaupun bekas perdana menteri tegur cara menteri kewangan kira hutang negara kerana masukkan hutang GLC.



Kim Beng Phar  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

ULASAN | Walaupun mantan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menegur cara dan corak pengiraan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dimana contingent liabilities
(tanggungan bersyarat) telah dimasukkan ke dalam akaun hutang negara,
namun pihak swasta seluruh dunia tidak berpihak kepada Najib lagi.


Terdapat dua sebab mengapa terjadi sedemikian.


Pertama, ekonomi Malaysia sememangnya berat sebelah. Banyak syarikat
swasta Malaysia, sebenarnya mempunyai penajaan pihak kerajaan pusat atau
negeri.


Ini merupakan salah satu faktor dimana Dasar Ekonomi Baru mungkin
telah menyeleweng. Kerana sasarannya bukan lagi untuk membantu rakyat
miskin jelata.


Tetapi untuk memperbanyakkan ekuiti dan saham-saham syarikat yang
berbentuk begini, dimana setengah saham masih terletak di tangan
kerajaan dan setengah lagi di pihak swasta.


Cara urus niaga ini tidak diterima oleh banyak pusat pengajian di
Barat, atau pun, Jepun sebagai urus niaga yang sah. Ia mengandungi
elemen-elemen bantuan kerajaan, biar pun tidak secara terbuka.


Pengiraan Lim langkah radikal


Kedua, kerajaan pusat serta negeri telah membantu banyak pihak swasta
dengan tidak berbelah bagi. Cara pengiraan Lim Guan Eng merupakan
langkah radikal serta pertama kali demi memisahkan hubungan-hubungan
politik yang tidak sihat ini.


Jika tidak, perakaunan hutang negara akan menjadi lebih tercelaru.
Daripada sudut pemegang saham, ini merupakan satu faktor negatif, kerana
pengurusan syarikat-syarikat ini bukan berpandukan pasaran bebas.


Malah, banyak pakar penyelidik ekonomi dan perakaunan telah menyerap
angka terbaru hutang negara ini sebagai jumlah yang betul. Cara
pengiraan Najib telah diketepikan.


Perbebanan (tanggungan) kontingen sebenarnya merupakan satu konsep,
dimana kerajaan pusat ataupun negeri sedia membayar hutang-hutang yang
telah diambil oleh pelbagai syarikat kerajaan, atau lebih dikenali
sebagai "government linked companies" (GLCs).


445 syarikat naungan kerajaan


Mengikut catatan Professor Edmund Terence Gomez daripada Universiti
Malaya, terdapat lebih kurang 445 syarikat di bawah naungan kerajaan
pusat di seluruh Malaysia.


Hutang kesemua syarikat-syarikat ini harus direkodkan sebagai
tanggungan kontingen (bersyarat). Ini adalah kerana risikonya yang bakal
gagal dalam urus perniagaan.


Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, cara pengiraan
terbaru ini memang tepat dan kena pada waktunya. Hutang negara biasanya
termasuk surat penjaminan untuk membayar kesemua hutang GLCs.


Malah, Tun Dr Mahathir juga turut mengatakan bahawa Rakyat Malaysia
telah memilih kerajaan yang berhemah pada pilihanraya ke-14. Mengapa?




Menurut Tun, sekiranya Pakatan Harapan tidak menang, pembayaran yang
ditaja oleh Barisan Nasional akan bertambah RM 300 billion lagi pada
hutang negara.


Jumlah ini merangkumi kesemua janji-janji serta manifesto Barisan
National yang bakal ditunaikan, biarpun kerajaan pusat di Putrajaya
sudah ketandusan wang. Salah satu cara Najib ialah untuk meminjam lagi.


Sebenarnya masalah utama Malaysia ialah kos saraan hidup yang kian
meningkat. Kadar inflasi mungkin nampak terkawal pada 5 peratus. Namun
dengan mata wang ringgit yang rendah, pengguna-pengguna di Malaysia
kerap kali terpaksa membayar lebih sekiranya membeli dari pasaran
antarabangsa.


Setakat ini, lebih kurang 13.5 peratus pembelajawan negara bakal di
gunakan untuk membayar bunga hutang negara, tidak termasuk dananya lagi.
Kalau dibandingkan pada tahun 2009, peratusannya hanya 9 peratus. Ini
bermakna, kadar pembayaran hutang telah bertambah sebanyak 4.5 peratus
dalam sembilan tahun.


Baik jika hutang negara dikurang


Memang adalah satu perkara yang baik, sekiranya hutang negara
Malaysia boleh dikurangkan. Tapi dalam ekonomi sedunia, hutang-hutang
negara sedunia telah mencapai AS$ 199 trillion pada tahun 2017.


Malah seluruh dunia sedang beroperasi berlandaskan hutang. Iaitu
hutang yang bakal dibayar; biarpun ia bakal dibayar pada satu masa
hadapan, bukan sekarang. Kerajaan Malaysia turut sama juga dalam proses
ini.


Banyak yang di bawa ke hadapan. Sekiranya kerajaan pusat atau negeri itu utuh dan berintegriti, maka ini tidak menjadi masalah.


Malah, masalah dan implikasi ekonomi akan bermula apabilah tangan
kiri tidak sedar apa yang tangan kanan sedang lakukan. Natijahnya,
sekiranya kerajaan pusat atau negeri telah hilang hala tuju yang benar,
maka prestasinya akan terus merosot, sehingga pelbagai gelagat dan
gejala ekonomi akan menular.


Tidak lain, tidak kurang, pengangguran akan terus meningkat, kerana
kemahiran individu sudah tidak selari dengan ekonomi nasional dan
sedunia.



KIM BENG PHAR ialah sarjana tamu di Waseda
University, Tokyo yang sedang menulis buku mengenai komuniti Asia Timur.
Beliau juga bekas penyelidik kanan di City University of Hong Kong.


Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


PM serah 15 lagi nama menteri pada Agong


 
Norman Goh  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyerahkan 15 lagi
nama anggota kabinet tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V.


Menurut sumber kerajaan, senarai itu diserahkan pada Rabu lalu.


“Keseluruhan akan ada 28 menteri, masing-masing dua dari Sabah dan Sarawak.


“Timbalan menteri juga termasuk, di samping nama-nama senator yang mungkin akan turut dilantik,” katanya kepada Malaysiakini.


Bagaimanapun, jumlah timbalan menteri dan calon-calon senator tidak dinyatakan secara khusus.


Menurut sumber lagi, dalam senarai menteri itu termasuklah Datuk
Saifuddin Abdullah daripada PKR, Khalid Samad (AMANAH) serta Teresa Kok
dan Ong Kiang Ming dari DAP.


Malaysiakini difahamkan Saifuddin akan memegang portfolio kementerian luar dan Ong pula akan menjadi menteri perdagangan antarabangsa.



Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi tadi, menteri sumber manusia M Kulasegaran juga mengesahkan satu senarai telah diserahkan kepada Agong.



Setakat ini, 13 orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei lalu.


Demo sokong Raja-raja Melayu di KL hari ini

UMNO yg dah khianati orang melayu buat
fitnah konon ada pihak yg kacau hak raja2 dan agama Islam. Raja-raja dan
sultan-sultan setiap negeri tiada pun yg gusar tentang hak raja dan
agama Islam. UMNO sudah begang kerana kerajaan PH beri peluang kpd
rakyat yg betul2 layak utk memegang jawatan penting terutama Peguam
Negara. Bagi rakyat kebanyakkan tiada pun isu yg mgerikan ttg kedautan
raja2 dan kedudukan agama Islam... Betulkan dahulu UMNO yg banyak
skandal barulh cuba2 betulkan org lain pula.

 
Published on Jun 22, 2018

Sekumpulan orang ramai terdiri daripada gabungan NGO 'Pemantau Malaysia Baru' hadir pada himpunan Selamatkan Institusi Islam dan Raja Melayu.

Himpunan berkenaan yang diketuai Ketua NGO berkenaan, Datuk Lokman Noor Adam diadakan di hadapan Kompleks Pusat Islam- bersebelahan Masjid Negara selepas solat Jumaat, hari ini.

Selain berhimpun, mereka turut membaca sumpah lafaz baiah yang diketuai Lokman bagi mempertahankan institusi Islam dan raja-raja Melayu.

Pada perhimpunan itu, rata-rata peserta yang memakai baju berwarna hitam turut membawa sepanduk yang mempunyai gambar wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dengan kesan tapak kasut serta bertulis "Jangan kurang ajar!".

Selain itu, sepanduk bertulis "Daulat Tuanku" serta "Jangan perlecehkan Raja-raja Melayu" turut dibawa.

Slogan "Hidup Islam" serta "Hidup Melayu" turut dilaungkan.

'Siasat Exco Pemuda guna wang raih undi'


 
Published on Jun 21, 2018

Calon Naib Ketua Pemuda Umno Pulai, Sharyfudin Basari menggesa Lembaga Disiplin parti itu menyiasat tindakan seorang calon bertaraf Exco Pemuda yang menggunakan wang untuk meraih undi perwakilan.

Sharyfudin mendakwa calon tersebut didapati menghantar dua individu untuk bertemu dengan perwakilan Pemuda dan menyerahkan sampul surat dengan wang berjumlah RM200 hingga RM300.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengemukakan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC hari ini.

Sharyfudin berharap pihak Lembaga Disiplin parti akan mengambil tindakan segera bagi memastikan pembaharuan parti yang diinginkan tidak lagi dicemari dengan politik wang.

Guan Eng berbohong dalam maklumat projek TRX, kata Najib

Guan Eng berbohong dalam maklumat projek TRX, kata Najib: Bekas PM juga dakwa menteri kewangan beri maklumat separuh benar semasa menjelaskan butiran projek tersebut.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Datuk Seri Najib Razak menuduh Menteri Kewangan Lim Guan Eng
menyebarkan maklumat "separuh benar dan pembohongan" berhubung projek
Tun Razak Exchange (TRX).


Kenyataan bekas perdana menteri itu dibuat selepas Lim mendakwa
Putrajaya terpaksa membelanjakan RM2.8 bilion bagi menyelamatkan projek
terbabit daripada gagal.


"Walaupun saya gembira kerajaan sekarang memutuskan untuk meneruskan
projek TRX yang akan membawa puluhan ribu pekerjaan baru serta
mewujudkan pusat kewangan bertaraf dunia di Kuala Lumpur, saya mahu
menegaskan bahawa Lim hari ini menyebarkan maklumat separuh benar dan
pembohongan dalam kenyataannya mengenai TRX City Sdn Bhd, iaitu syarikat
yang memiliki tanah seluas 70 ekar dan 486 ekar masing-masing dalam
projek TRX dan Bandar Malaysia.


"Lim sendiri mengakui, walaupun dengan suntikan tambahan sehingga
RM2.8 bilion oleh Kementerian Kewangan Inc (MOF Inc), projek TRX akan
bernilai sekurang-kurangnya RM7.8 billion dan menunjukkan keuntungan.


"Sudah tentu ia tidak boleh dianggap langkah menyelamatkan projek
tersebut jika wang yang akan digunakan bakal menjana keuntungan," kata
Najib dalam satu kenyataan pada 21 Jun.


Menurut bekas perdana menteri itu pengambilalihan TRXC oleh MOF Inc
daripada 1MDB pada 31 Mac 2017 adalah pada kadar minimum RM1 dan ia
adalah sebahagian daripada pelan rasionalisasi.


Kata Najib ekoran pengambilalihan tersebut ia mengandaikan pembayaran liabiliti 1MDB mulai 1 Apr 2017.


Menurutnya lagi Lim gagal menonjolkan nilai aset tanah yang
signifikan untuk projek TRX dan Bandar Malaysia yang dikatakan bernilai
RM30 bilion.


Tanah-tanah tersebut asalnya memang dimiliki kerajaan tetapi
dipindahkan kepada 1MDB pada kadar nominal sebelum kembali kepada
pemilikan kerajaan bersama liabiliti anak-anak syarikat 1MDB.


"Lebih penting, tiada wang dari TRXC disalahgunakan oleh 1MDB.


"Seperti amalan banyak syarikat lain, kira-kira RM3 bilion pinjaman
antara syarikat dibuat pada masa tertentu oleh TRXC kepada 1MDB.


"Semua pinjaman antara syarikat ini dibayar semula oleh 1MDB mulai 31
Mac 2017, melalui kombinasi secara tunai dan dividen dibayar oleh TRXC
kepada 1MDB.


"Pembayaran ini dilakukan dengan kelulusan MOF Inc dan dikaji serta
diluluskan dengan teliti oleh juruaudit TRXC dalam kenyataan kewangan
pada 31 March 2017," kata Najib.


Menurutnya lagi disebabkan TRXC dimiliki 100 peratus oleh 1MDB iaitu
syarikat MOF Inc, 1MDB "tidak boleh mencuri RM3 bilion daripada dana
sendiri bagi memberikan pinjamannya."


[Baca berita penuh]


TRXC akan lapor polis berhubung dana RM3 bilion

TRXC akan lapor polis berhubung dana RM3 bilion: Selepas menteri kewangan dedahkan dana untuk pembangunan TRX itu, diambil oleh 1MDB, katanya.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




TRX City Sdn Bhd (TRXC) akan membuat laporan polis berhubung dana
untuk pembangunan Tun Razak Exchange yang diambil oleh 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).


Dalam laman webnya semalam, syarikat itu berkata, tindakan akan
diambil selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan
semalam bahawa sejumlah RM3.07 bilion, yang dimaksudkan untuk
pembangunan TRX, telah didakwa disalahgunakan oleh 1MDB.


Berikutan itu, TRXC tidak mempunyai wang yang cukup untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemaju utama TRX.


Lim telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif TRXC, Datuk Azmar Talib
dan Ketua Pegawai Operasi, Tan Hwa Min untuk membuat laporan kepada
polis serta panel siasatan khas 1MDB.


TRXC kemudian dipindahkan ke Kementerian Kewangan pada 31 Mac 2017.


Sementara itu, Azmar berkata, syarikat itu mengalu-alukan sokongan kementerian dalam menyiapkan pembangunan Tun Razak Exchange.


"Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mempunyai keyakinan
terhadap TRX, daerah kewangan antarabangsa yang baharu di KL. Pelabur
kami akan melihat komitmen ini secara positif kerana ia mengesahkan
pendirian pro-perniagaan kerajaan.


"Kami telah membuat kemajuan besar dengan projek ini dan menarik
ramai pelabur bertaraf dunia. Dengan sokongan yang sangat diperlukan ini
dan komitmen berterusan dari rakan kongsi kami, kami berharap dapat
menyiapkan projek ini mengikut jadual dan belanjawan, untuk manfaat
Malaysia dan semua rakyat Malaysia," katanya.


Sebagai daerah pusat perniagaan masa depan Kuala Lumpur, TRX akan
mengukuhkan kedudukan bandar raya ini sebagai pusat kewangan dan
perniagaan antarabangsa terkemuka, dengan mewujudkan persekitaran
perniagaan yang bersepadu dan lancar untuk firma perkhidmatan kewangan,
syarikat multinasional dan perniagaan sampingan.


- Bernama


Thursday, June 21, 2018

K'jaan suntik RM2.8 bilion bagi selamatkan projek TRX


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Kabinet telah memutuskan untuk menyuntik RM2.8 bilion untuk projek
Tun Razak Exchange (TRX) kerana jika mengabaikannya akan mengakibatkan
bayaran pampasan sebanyak RM3.51 bilion.





"Ia juga akan menjadi sukar jika ada projek mega yang terbiar di
tengah-tengah Kuala Lumpur," kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam
satu kenyataan hari ini.





RM2.8 bilion disuntik ke atas lebih RM3,688 juta yang dipindahkan
oleh kerajaan persekutuan kepada pemilik projek TRX City Sdn Bhd (TRXC)
sejak 2012.





Secara keseluruhan, kerajaan persekutuan perlu mengeluarkan kos sebanyak RM6.5 bilion.




"Menyiapkan TRX akan membolehkan nilai penuh projek
sekurang-kurangnya RM7.6 bilion untuk direalisasikan. Ini akan membantu
mendapatkan balik dan membayar balik pinjaman TRXC, termasuk jumlah yang
disalahgunakan oleh 1MDB," jelasnya.





Lim menambah daripada sebanyak RM3,688 juta dipindahkan ke TRXC,
RM3,067 juta telah disalahgunakan oleh 1MDB, terutamanya untuk
pembayaran balik pinjaman 1MDB.





"Akibat hasil daripada penyelewengan dana, TRXC tidak mempunyai cukup
wang untuk memenuhi obligasinya sebagai pemaju utama untuk TRX,"
katanya.



Wednesday, June 20, 2018

100 Hari Malaysia Baharu: Ku Li teruskan perjuangan UMNO


 

Mengejutkan!! Ini yang berlaku pada ustaz kazim setelah BN kalah pru14


PM: Siasatan 1MDB berdasarkan bukti, bukan sentimen

PM: Siasatan 1MDB berdasarkan bukti, bukan sentimen: Ini menyebabkan pihak berkuasa mengambil masa untuk mendakwa 1MDB dan Najib Razak.



Berita

PM: Siasatan 1MDB berdasarkan bukti, bukan sentimen

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Siasatan kerajaan terhadap 1MDB perlu dibuat berdasarkan bukti dan
bukan berasaskan sentimen, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bercakap kepada South China Morning Post, Mahathir berkata
perkara itu menyebabkan pihak berkuasa mengambil masa untuk mendakwa
syarikat pelaburan strategik negara itu dan bekas pengerusi lembaga
penasihatnya, Datuk Seri Najib Razak.


"Jadi, para pendakwa kini sedang mengumpul bukti itu sehingga apabila
mereka pergi ke mahkamah, para hakim tidak membuat penghakiman mereka
berdasarkan sentimen, tetapi atas fakta dan bukti yang ditunjukkan di
mahkamah.


"Oleh itu, kami mengambil sedikit masa daripada yang kami jangkakan,"
kata Mahathir kepada akhbar harian Hong Kong itu dalam satu temu bual.


Bagaimanapun, beliau enggan memberikan tempoh masa siasatan.


Semalam, sumber memberitahu Malaysiakini ketiadaan dua saksi utama -ahli perniagaan Jho Low dan bekas pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil melambatkan siasatan.



Baca: Ketiadaan dua saksi utama lambatkan siasatan 1MDB, SRC



Nik Faisal dipercayai masih berada di Indonesia, manakala Jho Low dipercayai bersembunyi di Macau.


Pada 7 Jun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu itu supaya tampil membantu siasatan.


Sementara itu, Najib merupakan suspek utama dalam siasatan ke atas penyelewengan dana oleh 1MDB.


Setakat ini, beberapa unit kediamannya diserbu dan beliau serta isterinya Rosmah Mansor dilarang meninggalkan negara ini.


Najib dan Rosmah juga telah disoal siasat oleh SPRM.


Bagaimanapun Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan
dana negara, manakala bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali
membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.


Reuters sebelum ini melaporkan pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk mendakwa Najib atas dakwaan pengubahan wang haram.


Peguam Negara Tommy Thomas mengesahkan menerima kertas siasatan dari SPRM dan telah bersetuju menandatangani bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan empat negara lain bagi membantu siasatan MDB.


Bubar Umno masuk PAS semua, kata Mohd Amar


 
Published on Jun 19, 2018

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melihat zaman Umno sudah berlalu sesudah gagal mempertahankan kerajaan persekutuan dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.

Justeru Mohd Amar mencadangkan penyelesaian terbaik buat Umno adalah dengan membubarkan parti itu dan menyertai PAS.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata demikian ketika ditanya pandangan peribadi mengenai langkah sesuai bagi Umno untuk kembali meraih keyakinan rakyat.

Terdahulu, Umno yang mengetuai gabungan BN tewas kepada Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan persekutuan bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, pengaruh Umno dilihat semakin terhakis selepas beberapa parti komponen BN keluar daripada gabungan itu khususnya di Sarawak.

Sebagai rekod Umno akan mengadakan pemilihan pada 23 Jun di peringkat sayap parti, manakala peringkat pusat pada 30 Jun.

Tuesday, June 19, 2018

BICARA KHAS: BERSAMA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA –YB LIM GUAN ENG [3 JUN 2...


 

BICARA KHAS: BERSAMA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA –YB LIM GUAN ENG [3 JUN 2018]

100 Hari Malaysia Baharu: 1MDB, pengajaran buat Malaysia dan dunia


 

Published on Jun 3, 2018

100 Hari Malaysia Baharu: 1MDB, pengajaran buat Malaysia dan dunia. Diskusi bersama Pakar Forensik Akaun, Dr Radzi Jidin

100 Hari Malaysia Baharu: Pengurusan hutang & liabiliti kerajaan


 





Published on Jun 18, 2018

Wawancara bersama Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Jamal rasa kerajaan guna 'undang-undang rimba' terhadapnya @ Penakut piang


 
Published on Jun 18, 2018

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan percaya kerajaan baru mengenakan "hukum rimba" terhadapnya.

Perkara itu disampaikan wakilnya Armand Azha Abu Hanifah hari ini, yang mendakwa Jamal ada menghubunginya hari ini.

"(Saya) bercakap dengan beliau pagi tadi, beliau kata tindakan kerajaan hari ini lebih kepada mencari kesilapan lampau, tanpa (mengikut) kedaulatan undang-undang yang sebenar.

"Hari ini kita lihat kerajaan baru hari ini lebih (mengikut) 'rule of the jungle' (hukum rimba) terutama untuk menjatuhkan hukum terhadap Jamal," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Jamal yang melarikan diri daripada buruan polis sejak bulan lalu bertanding jawatan ketua pemuda dalam pemilihan Umno kali ini. Armand mewakilinya untuk menghantar borang pencalonan.

Dia diburu atas beberapa dakwaan kesalahan termasuk membawa senjata api dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...