Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 4, 2012

Bicara Rakyat rtm1 -4 Nov 2011 PERPADUAN UMMAH

Bicara Rakyat RTM1 - 4 Nov 2011 PERPADUAN UMMAH YB Dato' Zulkifli Nordin dan YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali



YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali_300112_sek17shahalam

Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, pada 30 Januari 2012 di Padang Dewan Rukuntetanggai, Sektor Kelumpuk Seksyen 17, Shah Alam, Selangor Selangor. Roadshow: MASA DEPAN POLITIK MALAYSIA - Demi Kedaulatan Agama Islam, Bangsa Melayu & Institusi Raja-raja (IMR). anjuran NGO & Sekretariat Mobilisasi Ummah.

Sembilan sebab mengapa Hassan Ali enggan buat rayuan pemecatannya




KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

ADUN GOMBAK SETIA

Hari ini saya ingin membuat salah satu keputusan yang penting dalam sejarah hidup saya. Keputusan itu berkaitan dengan isu pemecatan saya sebagai ahli PAS yang dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 8 Januari 2012.

PAS sebagai sebuah parti yang telah saya dokongi hampir 15 tahun telah membuat keputusan yang begitu drastik terhadap saya.

Seperti yang dilakukan oleh ahli dan pimpinan yang lain, saya juga telah cuba memberikan segala kemampuan yang ada untuk melonjakkan parti mencapai matlamat penubuhannya. Usaha sedemikian telahpun menatijahkan sesuatu yang baik dan ianya terserlah dalam keputusan PRU ke 12 yang lalu.

Pimpinan tertinggi PAS telah membuat keputusan untuk memecat saya tanpa mengikut prosedur yang lazim digunakan oleh mana-mana pertubuhan politik termasuk PAS sebuah parti yang sepatutnya menjunjung syariat Allah SWT.

Seperti yang termaklum, banyak kes-kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pimpinan tertinggi dan ahli biasa dalam parti. Tindakan disiplin diambil terhadap mereka setelah kesalahan yang dilakukan di rangka dalam bentuk bertulis sebagai pertuduhan terhadap pihak yang kena tuduh. Sepanjang ingatan saya, setiap mereka yang terlibat diberi ruang dan peluang untuk membela diri mengikut prinsip “right to be heard” yang juga merupakan inti kepada prosedur tindakan disiplin yang sepatutnya diambil oleh PAS mengikut lunas-lunas syariat.

Kes yang melibatkan saya dilakukan secara paling autokratik dan paling tidak demokratik. Mereka membuat keputusan secara arbitrari, berhujah dan mendengar dari satu pihak sahaja. Tindakan pemecatan yang biasanya merupakan tindakan “last resort” dibuat seolah-olah wujudnya satu komplot untuk menjatuhkan seseorang. Apa yang berlaku, tindakan yang diambil begitu tergesa-gesa termasuk tindakan untuk menggugurkan saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang juga dilakukan secara tergesa-gesa oleh Setiausaha Agong PAS yang meminta supaya pengguguran itu dibuat secara serta merta. Saya yakin amalan ini tidak syak lagi bertentangan dengan amalan dan akhlak Islam yang menjadi tulang belakang kepada amalan pengurusan parti.

Saya menyerahkan kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi pembalasan kepada mereka yang bersekongkol menganiaya saya dalam kes ini.

Seperti yang saya bayangkan di atas, saya telah merujuk kepada alim ulama di dalam dan di luar parti serta para profesional, ahli akademik serta ahli biasa mengenai isu pemecatan ini. Terdapat dua aliran pemikiran yang menyokong dan tidak bersetuju dengan saya membuat rayuan. Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling pentingnya setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.

Maka dengan ini saya menyatakan dengan rasminya bahawa saya tidak akan membuat rayuan yang akan tamat tempohnya pada 7 Februari 2012. Di antara asas keputusan muktamad ini selain daripada yang disebutkan sebelum ini, saya tidak selesa dengan perkara-perkara berikut :

A. Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti yang lazim dilakukan;

B. Saya tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya;

C. Saya berpegang kepada kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am yang menyatakan bahawa segala-galanya yang melibatkan saya telah selesai berikutan dengan Pertemuan Mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember 2011;

D. Saya mendapati halatuju dan dasar perjuangan parti telah terkeluar dari landasan asalnya. Negara Islam, hukum hudud, kepimpinan ulama, ukhuwwah Islamiyah dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan dan terpancar dalam urusan harian parti. Sedangkan elemen-elemen inilah yang pada awalnya merupakan daya penarik utama kepada kemasukan saya menyertai perjuangan PAS;

E. Kerap kali saya mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Ini berikutan dengan pendekatan akomodatif yang di ambil oleh parasit di dalam PAS hingga melampaui hal-hal yang berkaitan dengan dasar parti yang terpaksa juga dikorbankan untuk menjaga kepentingan dua komponen parti yang lain dalam Pakatan Rakyat;

F. Dalam konteks pentadbiran Negeri Selangor, saya sendiri menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melonjak, menjunjung dan mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti;

G. Dalam banyak hal saya dapati pimpinan parasit dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR berbanding daripada wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri;

H. Saya berpendapat, ruang untuk Islam di Selangor khususnya yang berkaitan dengan nahi munkar yang menjadi perkara pokok perjuangan PAS hampir tidak wujud. DAP, PKR dan sebahagian daripada pimpinan PAS Negeri yang menjadi parasit parti tidak menyebelahi saya atas alasan bercanggah dengan hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih dan demi mengutamakan Putrajaya;

I. Hampir dalam semua perkara, pimpinan parasit PAS menyuarakan pandangan negatif terhadap apa yang saya lakukan yang menyentuh persoalan Islam dan Melayu yang sebenarnya selari dengan tanggungjawab saya yang memegang portfolio Hal Ehawal Islam dan Adat Melayu. Mereka tidak pernah merujuk kepada saya atau Jabatan-jabatan di bawah penguasaan saya seperti MAIS, JAIS dan Lembaga Zakat. Mereka lebih suka menyerang saya termasuk menyuarakannya melalui media massa. Cara sedemikian sudah jauh menyimpang daripada amalan akhlak Islam.

Berdasarkan faktor-faktor inilah saya telah menetapkan hati untuk membuat keputusan tidak akan merayu terhadap pemecatan keahlian saya itu. Sebaliknya saya membuat keputusan MEMBANTAH keputusan pemecatan yang bersifat arbitrari dan dilakukan mengikut selera parasit-parasit yang sememangnya begitu bernafsu untuk melihat saya tidak berada lagi di dalam saf kepimpinan parti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan saya kepada para perwakilan yang telah memilih saya dalam muktamar yang baru lalu. Ucapan penghargaan yang sama saya tujukan kepada para pimpinan Ulama dan Pemuda dalam PAS dan mereka mereka yang ikhlas dengan perjuangan memartabatkan Islam dalam PAS yang memberi sokongan dan galakan yang sama. Saya berharap demi agama Allah dan demi semangat perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, kumpulan Ulama dan Pemuda dalam PAS perlu bergerak dari dalam dan saya yang di pecat bergerak dari luar supaya dalam masa yang terdekat Parti Islam Se-Malaysia PAS dapat dibebaskan daripada cengkaman parasit-parasit yang begitu bermaharajalela di dalam parti sekarang ini.

Izinkan saya juga memberi sekelumit pandangan tentang perlunya Majlis Syura PAS terus diperkasakan bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi menentukan supaya dasar perjuangan parti pada pernyataan dan rohnya tidak mudah dilentur mengikut selera mana-mana golongan termasuk apa yang sedang dilakukan oleh parasit parasit dalam sistem parti PAS.

Saya juga ingin menyentuh mengenai program roadshow yang sedang giat dikendalikan. Roadshow yang diadakan, ada yang bertemakan Aqidah Islamiyah dan ada yang bersifat cabaran politik semasa. Kedua-duanya dianjurkan oleh badan-badan sukarela dan NGO-NGO di lokaliti-lokaliti tertentu. Sukacita saya tegaskan, tidak ada penglibatan UMNO sama sekali dalam penganjuran program-program tersebut seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak. Badan-badan NGO-NGO tersebut dengan sukarela dan berbesar hati menganjurkan program kerana kandungan program-program tersebut bertepatan dengan aspirasi dan citarasa sebilangan besar anggota masyarakat di negara ini.

Sehingga ini sambutan yang diberi adalah sama sekali diluar jangkaan. Rakyat daripada berbagai golongan, lelaki dan prempuan, tua dan muda, membanjiri majlis-majlis yang diadakan. Di samping itu, permintaan untuk mengadakan program yang serupa ditempat masing-masing di seluruh negara datang mencurah-curah.

Ini menggambarkan anggota masyarakat sudah jemu dengan politik partisan, chauvinistik dan sokongan melulu kepada beberapa tokoh individu dengan matlamat perjuangan yang kabur. Masyarakat memerlukan aliran baru berpolitik yang menjadi kunci penentu kepada keberlangsungan proses membina negara.

Akhirnya saya juga ingin menyentuh mengenai penubuhan pertubuhan sukarela yang menggabungkan NGO-NGO, individu-individu dan mereka yang berminat dan menghayati perjuangan memartabatkan IMR (Islam, Melayu & Institusi Raja). Badan ini akan dilancarkan pada 21 februari 2012. Adalah diharapkan badan ini akan terus menjadi pemangkin kepada satu gerakan massa yang baru untuk meletakkan Malaysia ke persada negera yang maju dan bermaruah.

YB DATO DR. HASAN MOHAMED ALI

ADUN GOMBAK SETIA

PINGGIR TAMAN TUN DR ISMAIL,

SUNGAI PENCHALA,

60000 KUALA LUMPUR.

4 FEBRUARI 2012

Sumber FB Datuk Dr Hasan Ali

Jangan Pertaruhkan Agama,Bangsa Dan Negara?



Pesanan dari pada YB Datuk Zul Kulim,mengadaikan semuayang ada untuk memenuhi nafsu seorang pemimpin seperti Anwar Al-juburi. Semuanya telah terbukti dan tidak dapt diselindungkan lagi.Seorang lagi sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau 'meninggalkan' Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

"Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran.



Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.



Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.



"Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?



"Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau," katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901', beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.



"Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

"Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik.

MKP:Kredit kepada Det Guaq video yang hebat,,,,,,,,jutaan terima kasih.

Hasan Ali tolak Rayuan sertai semula PAS.

alt

DAMANSARA 4 Feb. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menjelaskan beliau tidak akan sama sekali mengemukakan sebarang rayuan menyertai semula PAS setelah diberi tempoh hingga 7 Februari ini.

Bercakap pada Sidang Media di rumahnya itu, beliau secara tegas tidak mempunyai sebarang sebab untuk bertindak sedemikian dan akan mempertahankan prinsipnya yang terbukti mengikut Perlembagaan Parti akan tetapi dihalang pimpinan parti yang dikuasai kumpulan yang beliau gelar sebagai 'Parasit PAS'.

Hasan Ali juga menegaskan beliau akan meneruskan Siri Jelajah ke seluruh Negeri setelah mendakwa ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Malah ramai pihak yang menjemput beliau sendiri untuk ke kawasan mereka agar penjelasan mengenai perjuangan yang dibawa bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dapat diterangkan kepada semua pihak.

Hasan sebelum ini telah melaksanakan beberapa Siri Jelajah ke beberapa Negeri termasuklah di beberapa kawasan di Selangor seperti Shah Alam dan Meru.

Beliau turut berulangkali mengkritik salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menjadi antara Pemimpin PAS menghalang beliau mengambil beberapa tindakan mengikut peruntukan Enakmen Syariah Negeri termasuklah berkaitan isu penjualan arak di kawasan Parlimen Shah Alam.

Anwar Desperado : Buat Apa Sahaja Asalkan Terus Dapat Sokongan Barat

Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang individu yang telah sampai ke peringkat desperado yang akan buat apa sahaja untuk menjadi juara sama ada dalam Negara, di rantau Asia atau di peringkat antarabangsa, ujar mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.



"Jadi hubungan dia dengan individu tertentu di Amerika Syarikat semua orang tahu termasuklah semasa dia dalam kerajaan dan selepas dia tidak ada dalam kerajaan.
"Hubungan ini dia akan diteruskan untuk mendapatkan sokongan dalam agenda politik khususnya untuk sokongan dalam Negara dan apa yang dilakukan sekarang ini dia mahu membayangkan kepada orang di sebelah sana bahawa apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Malaysia pada hari ini semuanya salah," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang Kedah dalam pertemuan eksklusif bersama UMNO-Online.

JOM KITA SERTAI .... JATI ( IMR ) ISLAM , MELAYU , RAJA

Kelab JATI

JATI mengalu-alukan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menyumbang tenaga, buah fikiran, tenaga dan apa saja yang boleh membantu memperjuang dan memartabatkan umat Melayu, Islam dan Institusi Raja bergabung di bawah KELAB JATI. Tidak kira apa fahaman poltik dan siasah, kepada anda yang berminat silalah mengirim butir-butir berikut :

1. Nama

2. Emel untuk dihubungi

3. No Telefon untuk dihubungi

4. Alamat

Sila kirim maklumat ini ke : salam@jalur3.org atau jalur3@gmail.com dan kami akan mengesahkan keahlian anda dalam masa terdekat.

Sekian dan Selamat Berjuang!

Kenali JATI


Apakah itu JATI?
Bagaimanakah JATI boleh wujud?

JATI lahir dari gabungan pelbagai faktor penyebab.

Umat Islam yang semakin peka pada impak gabungan pelbagai faktor penyebab ini kemudiannya terdesak dan terpanggil untuk bergabung demi mengurus impak negatif yang boleh menular luar kawalan batasan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia serta segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

Ringkasnya, umat Islam pelbagai latar belakang mengamati dan menginsafi bahawa dalam masa:

  • Agama Islam adalah Agama Persekutuan di Malaysia.
  • Institusi Raja adalah Pemayung dan Pembela atas pemeliharaan aqidah Islam serta warisan negara.
  • Umat melayu mempunyai hak-hak yang dijamin baik segi Perlembagaan Persekutuan mahupun segi warisan.
  • Wujudnya wadah-wadah politik yang sepatutnya menjuarai tanpa kompromi soal pemartabatan agama Islam, Institusi Raja dan Umat Melayu.

Namun, masih wujud suasana, peristiwa serta desakan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat kelangsungan hakiki survival Islam, kedudukan Institusi Raja dan hak Umat melayu dengan adanya:

  • Perpecahan di kalangan umat Islam dan Umat Melayu!
  • Kesangsian serta bangkangan atas usaha untuk memperjuangkan kesucian aqidah Islam, kedudukan serta hak Institusi Raja dan kedudukan serta hak Umat melayu!
  • Budaya penderhakaan terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan di mana budaya ini bertopengkan tuntutan hak asasi manusia, amalan demokrasi serta perjuangan meritokrasi liberal!
  • Keta’assuban yang tidak objektif terhadap tokoh-tokoh individu dan pendirian wadah-wadah pilihan sehingga memalapkan pencarian kebenaran, kepentingan masa depan Islam, Institusi Raja dan Umat melayu, dan pertimbangan secara bijaksana!
  • Keberanian dan kelantangan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mencabar serta menggugat martabat Islam, Institusi Raja dan Umat Melayu!
  • Budaya serta amalan perosak nilai yang masih menular!
  • Kurangnya contoh-contoh teladan yang berwibawa dalam perjuangan tanpa mendahulukan kepentingan diri!
  • Usaha memperjuangkan aspek-aspek tertentu tetapi secara serpihan dan tanpa penyelarasan yang mantap!
  • Budaya kompromi melampau sehingga wujud senario kebergantungan pada peranan pihak bukan Muslim yang oportunis dan Muslim liberal!

Keadaan semakin getir dan menggusarkan apabila umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya semakin berpecah dalam isu-isu yang timbul (sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja), termasuk isu-isu yang sewajarnya tidak patut dipertikaikan lagi kerana sudah dipelihara oleh Perlembagaan Malaysia dan warisan negara.

Kini, umat Islam dan masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan senario membimbangkan ini boleh dikategorikan pada 10 kelompok:

  1. Jelas antara mana yang benar dan mana yang batil dalam tempoh masa yang singkat.
  2. Mengambil masa yang lama sebelum mampu menerima penjelasan.
  3. Tidak berubah pendirian ke tahap yang lebih baik walaupun diberi input yang mencukupi serta benar.
  4. Semakin kabur dengan apa yang berlaku.
  5. Tidak mempunyai pendirian yang nyata kerana mudah berubah pendirian.
  6. Semakin menjauhkan diri dari memahami dan menjiwai isu-isu terpenting.
  7. Memberontak secara serpihan dan terasing terhadap usaha-usaha pembaikan.
  8. Memberontak secara bersatu terhadap usaha-usaha pembaikan.
  9. Mudah pasrah dan mengaku kalah pada musuh-musuh kebaikan.
  10. Mengambil jalan keluar mudah dari kemelut dengan tindakan murtad dan budaya eskapisme.

Memandangkan bahawa perpecahan sedemikian akan menguntungkan dan memudahkan musuh-musuh Islam, Umat melayu dan Institusi Raja (atau dikenali sebagai IMR).

Maka pelbagai golongan umat Melayu dan Muslim (ulama’, cendekiawan, pendidik, aktivis da’awah, pemimpin masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, pengamal media, ahli-ahli korporat, penggerak politik dan orang-orang yang berpengaruh di kalangan kelompok tersendiri) telah mula bercambah fikiran dan menyelami jiwa hati masing-masing demi mencari penyelesaian.

Apabila semakin ramai yang menyertai perbincangan, maka satu kata sepakat telah dimeterai di kalangan mereka supaya tindakan yang lebih teratur, terpimpin, berstrategi dan bersifat komplementari pada usaha-usaha kebaikan yang telah dijalankan mesti dirancang.

MAKA LAHIRLAH JATI

Jaringan entiti-entiti yang beri’tiqod untuk mempertahankan agenda IMR melalui orientasi da’awah berlandaskan pemahaman, penghayatan, pembinaan, pengamalan, pemeliharaan dan perjuangan AQIDAH YANG KUKUH DI KALANGAN UMAT ISLAM SEBAGAI TERAS PEMBANGUNAN NEGARA.


PENANGAN HASAN ALI -PAKATAN BUKIT NANING BAKAL TERKUBUR

DUN Bukit Naning dalam Parlimen Bakri bukanlah suatu kawasan yang meriah. Ia hanyalah kampung-kampung tradisional yang menghuni sepanjang jalan antara Muar ke Parit Sulung. Malamnya sudah terbiasa dengan keadaan sunyi dan tenang.

Bagaimanapun kehadiran Hasan Ali semalam, berjaya menarik hampir 3500 orang pendengar! Ramai tu... Dengan jumlah tersebut dapat diandaikan bahawa selepas ni Pakatan di Bukit Naning pasti akan terkubur. Ini kerana jumlah tersebut bersamaan dengan jumlah undi yang diterima oleh calon Pakatan dalam PRU 12 yang lalu! Orang UMNO biasanya malas dengan ceramah-ceramah macam ni.


Antara lain Hasan Ali mengingatkan bahawa PAS kini dikuasai oleh 72 peratus golongan sekular. Aku setuju sangat dengan fakta ni. Sebabnya aku tengok kebanyakan samada pemimpin atau pengikut PAS ni modalnya cuma satu, iaitu hanya dengan menyarungkan tudung labuh kat anak bini aje.



PASPB BONGKAR!!! Inilah surat yang menjadi sebab Hasan Ali tuduh PAS tak mahu laksana hukum Islam

TUAN GURU HAJI HADI YANG TOLAK NEGARA ISLAM DIGANTI NEGARA KEBAJIKAN
SEKARANG INI. BUKAN CERITA DULU-DULU. DAH TENTU PAS TOLAK NEGARA ISLAM DEMI ANWAR DAN DAP.... APA KAU ORANG INGAT SEMUA RAKYAT KINI BODOH KE!!!!!

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

PAS tak mahu laksana hukum Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguKqPor-icSwxPXwkhBttWE9aisrv4IEASqY9GOxJxsEO99Pi9BEOGOkmIKR5PjQ5u5SZj-blF8N2zQhKF6hpSIMiTZLJqGChOoMYENHWmXbf9PdBdCHT0uMdtp7_3b0PNF1gh9Mo-frM/s320/najib+kata.jpgSurat Mahathir tolak hudud yang dihantar kepada Tok Guru Nik Aziz


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Kenapa Surat PM/Mahathir Berkuasa Menghalang Perlaksanaan Hudud di Kelantan?

Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.

Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:

.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994



AKTA DARURAT KELANTAN 1977

Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977.

Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:

1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.


Ramai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan

Ini kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.

Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.

Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara otomatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali.

Maka, tindakan mantan Perdana Menteri/Mahathir tidak lebih dari tindakan Stalin dan Lenin yang telah menghapuskan sama sekali perlaksanaan undang2 Islam di negera2 Asis Barat satu masa dahulu.

Seharusnya Maahthir dibicara di Mahkamah Syariah atas tuduhan murtad.

Dan, Perdana Menteri sekarang lebih rela sujud pada pelakon porno dari menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT. TB


GILIRAN ASPIRASI TUNJUK JALAN YANG BENAR KEPADA MAHASISWA/MAHASISWI

GILIRAN ASPIRASI TUNJUK "SAMSENG"


Program AMAN KAMPUS yang melibatkan lebih 1000 mahasiswa dari seluruh IPTA/IPTS ini bertujuan untuk menyuntik semangat patriotisme kepada semua mahasiswa bakal melawat lebih 25 buah IPTA di seluruh negara bermula 6 Februariini.

Peta laluan siri jelajah AMAN KAMPUS

Program selama 14 ini merupakan inisiatif alumni dan pelajar Pro-Aspirasi bersama 18 NGO ini adalah untuk memastikan suasana keharmonian serta kedamaian kampus dapat dipelihara supaya penekanan terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik mampu direalisasikan.



FASA PERTAMA

Apakah aktiviti yang bakal dilakukan oleh kumpulan mahasiswa Aspirasi sepanjang 14 hari program AMAN KAMPUS dijalankan?

Adakah mereka hendak turunkan bendera...?

Adakah mereka hendak rempuh pintu kaca...?


Ikuti lintas langsung di TV3 upacara perlancaran Program AMAN KAMPUS dariPutrajaya melalui program MHI pada 6 Februari ini jam 9.00 pagi yang akan dilancarkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya YBM Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

.................

Brader Jai : Samseng berilmu.Hehe..

Sumber : YY

MESTI BACA : Anwar Ibrahim Malu Besar Dengan Pendedahan Terbaru Ini!!

Anwar Ibrahim sekali lagi memainkan peranan jijik apabila memburuk-burukkan nama Malaysia di Turki.

Laporan akhbar Today's Zaman melaporkan bahawa Malaysia tidak layak dipanggil negara demokratik.

Beliau memberi contoh negara Turki yang kononnya terdapat freedom of media dan freedom of speech.


Di antara kenyataan mengampu Anwar Ibrahim sambil menghina negara Malaysia:


Benarkah negara Turki lebih baik dari segi freedom of media dan freedom of speech jika dibandingkan dengan negara Malaysia?

Inilah persoalan asas yang cuba ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim walau pun kita tahu beliau sebenarnya sedang membodek mengampu counterpart beliau di sana?

Sila rujuk indeks freedom of media seperti yang dinyatakan di dalam Reporters Without Borders : Freedom Of Information seperti di bawah :


Jika berdasarkan kepada indeks di bawah, negara Malaysia berada di tangga 124. Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara :


Benarkah negara Turki lebih demokratik dari segi freedom of media jika dibandingkan dengan negara Malaysia?

Di dapati bahawa negara Turki menduduki tangga ke-148, jauh lebih rendah daripada negara Malaysia!

Malah, negara Israel lebih baik jika dibandingkan dengan negara Turki! Israel berada di tangga 133.

Lihat di bawah :



Maka, kenyataan Anwar Ibrahim di Turki merupakan satu pembohongan yang tidak berasas yang boleh dikategorikan sebagai kenyataan bangang!

MiM yakin para hadirin yang mendengar kebangangan Anwar Ibrahim juga tertanya-tanya, jika tiada freedom of media, kenapa media pro-pembangkang dibiarkan menabur fitnah sama seperti boss mereka.

Mereka juga tertanya-tanya, jika tiada freedom of speech, kenapa Anwar Ibrahim boleh memburuk-burukkan kerajaan yang dipilih secara sah okeh rakyat Malaysia di Turki. Bukan di negara itu sahaja tetapi Anwar Ibrahim diberi pelepasan untuk berceramah di seluruh negara.

Rakan MiM memberi jawapan ringkas, itu bangsat namanya!

Baca selanjutnya di : http://novandri.blogspot.com

SOKONG PAPAGOMO : 20 Juta - tuuuuuu dia????




Hari ini Blogg Papa Gomo mencapai Jumlah Pageview 20 Juta yang mana dibina sejak penghujung 2008 sehingga ke hari ini 4.02.2012 iaitu kira kira 3 tahun lebih. Rangking blogg? no 1 ke no 10 ke semua tu ada turun naiknya. tetapi angka 20 juta Hits ini sekali dalam seumur hidup.

Perjuangan ini dalam dunia Blogg bermula kerana Manusia Dajal bernama Anwar Bin Ibrahim setelah Gomo melihat Video dibawah ini di sebuah Cyber Cafe pada penghujung tahun 2007.



Bertitik tolak dari kesedaran dalam membantu rakyat Malaysia dari ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim maka Gomo mengambil inisiatif dengan menjadi pengomen Tegar dalam Blogg Anwar Ibrahim dengan menggunakan TIGER MALAYA pada tahun 2007 sehingga 2008.

Nak bina Blogg tak pandai kerana Gomo buta IT dan yang menjadi perjuangan waktu itu hanyalah sekadar pengkomen tegar Blogg Syaitan bernama Anwar Ibrahim. Namun pada 2008 Gomo berupaya membina Blogg setelah membeli sebuah Buku yang memberikan TIPS cara cara membina Blogg yang pertama. Buku tersebut masih lagi Gomo simpan ke saat ini yang berharga RM 28.00.

Mungkin ada rakan Blogger hari ini diarahkan membina Blogg namun bagi Gomo dan rakan rakan seperjuangan yang ada sejak tahun 2008 seperti GAP,Parpu Kari, RBF Online, Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Wadaat, Apai Ngelai, Sumandak Bayu, Taipingmali, Garamanis, Pisau, Sekupangdua,Panglima Perang Cyber, Bro jinggo, Flying Kick dan ramai lagi bukan dari arahan mana mana pihak. Kami hasil atas perjuangan kami dalam membantu Kerajaan iaitu UMNO.

Tidak kami gunakan nama UMNO dalam perjuangan ini kerana pada kami kebebasan yang ada dalam dunia Blogg mestilah diterjemahkan tampa halangan dan sanggup menempuh rintangan walaupun dihinjak hinjak oleh Blogger Pembangkang.

Blogger pertama yang Gomo kenal adalah Parpu Kari dan boleh Gomo katakan tahun 2008 dan 2009 Gomo dan Parpu Kari berjaya mengucar kacirkan pembangkang dengan menyerang setiap Blogg mereka dalam mempertahankan Kerajaan. Medium utama kami dalam berjuang adalah Blogg Perak Bangkit sewaktu Perak didalam Kerakusan Pakatan DAP,PAS,PKR.

Pernah bergaduh dengan Parpu Kari dan boleh Gomo katakan Seteru pergaduhan antara Gomo dan Parpu Kari memakan masa sekitar 2 tahun yang mana akhirnya Blogger RBF Online menjadi kepada pendamaian kami. Walaupun kami Bergaduh berbeza pendapat kerana isu Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin (KJ) Namun tidak pernah sama sekali baik Gomo mahupun Parpu Kari saling menyerang antara satu sama lain didalam Blogg sebaliknya medium lain yang kami gunakan dalam Pertelagahan pendapat.



Hari ini masing masing sudah membesar dan boleh Gomo katakan Blogger yang seangkatan dengan Gomo sewaktu 2008 dimana kami menggotai BLOGGER PEMBELA NEGARA dibawah YDP Panglima Perang Cyber telah berjaya. Berjaya kerana mempunyai pengikut dan pembaca tersendiri dan paling hebat apabila semakin hari semakin baik penulisan kami dalam Blogg.

Hari ini ada juga rakan Blogger yang telah lenyap seperti Blogger Gotahlatun, Yeop Perak, Pas Muda dan lain lain. Turut menjadi kehilangan besar apabila Blogger Yang Gambi kembali ke Ramatullah pada 12 Januari 2011 yang lalu. Al Fatihah......

Adat dalam berpolitik, walaupun kami hanyalah Blogger namun apabila dicampuri oleh orang orang Politik yang berkepentingan ianya sedikit sebanyak mempengaruhi kami sehingga kan waktu ini Gomo boleh katakan Blogger Blogger Pro Kerajaan berpecah belah akibat Percaturan Politik mereka yang berkepentingan untuk mengawal Blogger.

Dulu sewaktu dalam Kumpulan Blogger Pembela Negara kami dilantik oleh YDP Panglima Perang Cyber dengan jawatan yang berbagai bagai. Jawatan yang mana hanya kami syok syok sahaja dan tidak langsung memikirkan Level mana yang tinggi dan level mana yang rendah. Pendek kata Kami didalam BPN utuh bila tiada campurtangan Politik.



Hari ini rakan seangkatan dengan Gomo seperti Parpu Kari, GAP, MIK, Garamanis, RBF Online, Darul Ehsan Today, Sekupangdua,The Flying Kick, dan yang lain masih kekal utuh walaupun banyak pihak cuba memecahbelahkan kami. Namun Memang ada diantara kami yang sealiran pada 2008 kini berpecah kerana mungkin taksub kepada pemimpin seperti Panglima Perang Cyber YDP Blogger Pembela Negara.



Hari ini nama Papa Gomo lebih kehadapan berbanding Blogger Blogger lain yang seangkatan. Papa Gomo lebih mendapat tumpuan kerana banyak mencetuskan isu Kontroversi dalam melanyak PAS, DAP, PKR sehinggakan Blogg Papa Gomo menerima Laporan Polis paling banyak dari pihak Pembangkang.

Kejayaan yang Gomo ada hari ini tidak sesekali mendatangkan perasaan CEMBURU mahupun IRI HATI dari rakan seangkatan Blogger Parpu Kari, MIK, GAP, RBF Online, Flying Kick dan yang lain kerana mereka sedar bahawa mereka juga mempunyai pengikut yang setiap dan dengan Tumpuan keatas Gomo lebih dari pihak Pakatan maka mereka turut sama merasa Bangga kerana siapa sangka Blogger Jalanan seperti kami semua ini mampu Mengoncangkan Arena Politik Tanah air dan mendatangkan Ketakutan buat PAS, DAP dan PKR.

20 Juta Pageview
hari ini dan Gomo mengucapkan Jutaan terima kasih buat sahabat sahabat seperjuangan Blogger, Pembaca dan pembangkang kerana membantu Blogg Papa Gomo menjadi Blogg terkenal waktu ini tidak kira sama ada dikenali melalui Video Lucah Anwar mahupun tidak. Namun pucuk pangkalnya Blogg Papa Gomo ditakuti PEMBANGKANG.

Pau Pau Gomo waktu ini dimainkan oleh rakan rakan Blogger UMNO yang mana melabelkan Gomo kaki Pau. Biarlah apa yang rakan Blogger dari UMNO nak kata kerana Gomo lebih lama makan asam Garam Berblogg dari mereka yang baru muncul hasil dari arahan pemimpin. Apa lah nak dikesah dengan Blogger baru hari ini yang menyerang Gomo kerana Pemimpin Pembangkang pun Gomo tak heran dan tak lali dengan tuduhan demi tuduhan.



Tak Kenal maka Tak cinta, Jika sudah kenal Gomo sepertimana sahabat Nadi Rakyat, Azmy Awang, PAS Beruk, Encik Asam, Jas Salleh, Padi Jantan, Cat Woman dan yang lain mereka akan tahu apa yang Gomo lakukan. Mereka tahu perangai Papa Gomo.

Akhirkata dari Papa Gomo buat semua terutama para Sahabat seangkatan yang kenal dan tahu perjuangan Papa Gomo terima kasih diucapkan. Buat Blogger Blogger Wangsa Maju speerti Gelombang Wangsa Maju, Badut Rakyat, Gelombang Rakyat, Malay Delima, Suara Lensa dan BN4 Wangsa Maju Gomo terima kasih kerana sentiasa bersama Papa Gomo tika dalam saat sukar mahupun senang. Kita semua adalah BROTERHOOD yang susah senang bersama.

Terima kasih buat para pembaca Blogg Papa Gomo kerana angka 20 Juta hari ini dan untuk hadiah buat anda semua akan Gomo berikan dalam sedikit masa lagi. Hadiah yang bermakna dalam kita menyedarkan rakyat yang lain siapa manusia Dajal bernama Anwar Bin Ibrahim.



Kepuasan Paling Besar setakat ini dalam Berblogg apabila Anwar Ibrahim musuh Utama Papa Gomo telah menyebut nama Papa Gomo sepertimana diatas pada tanggal 10 Disember 2011. Memang sudah lama Gomo menantikan si Dajal Anwar Ibrahim menghentam Papa Gomo dan akhirnya termakbul. Cuma sampai kehari ini Gomo masih mengunggu Surat Saman dari Anwar Ibrahim yang entah bila beliau akan sampaikan pada Papa Gomo.

" U Liwat With Me, U Liwat With The Best"

Psssttt.... Tak kenal Gomo secara dekat, jika kenal macam Blogger Wangsa Maju maka anda akan tahu hati budi Blogger bernama Papa Gomo ini


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Friday, February 3, 2012

‘Bangang’..’Kepala Bapak Hang’, Cerca Anwar Kepada Mufti Perak & Fathul Bari..

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerca kembali Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda dengan kata-kata sinis, ‘Apa hang bangang sangat ni’.. ‘Kepala Bapak Hang’ apabila mereka berdua menegurnya berkaitan dengan ucapannya di BBC News, 12 Jan.




“(Anwar berkata soalan wartawan kepadanya adalah) ‘awak telah difitnah berulang kali mengenai liwat..apakah awak akan pinda undang-undang atau batalkan undang-undang kalau awak jadi Perdana Menteri.

“Saya jawab..kita umat Islam dan saya percaya majoriti bukan Islam..terima institusi perkahwinan di antara lelaki dan perempuan..dan saya tidak pernah minta maaf..itu keyakinan kita..itu apa maknanya..maknanya tak terima lah..apa hang bangang sangat ni..apa hal..

“Kemudian saya sambung..bagaimana dengan undang-undang sekarang..377B..yang kenakan saya, yang fitnah, yang khianat..yang pergi siasat ke bilik-bilik orang..reka..bagi DNA la..(air) mani la..apa semua..saya kata undang-undang sekarang ini..yang ada dibuat undang-undang di Malaysia..bukan undang-undang Islam..undang-undang ini saya kata..usang..jumud..mesti dipinda..

“Tafsirnya panggil ustaz tua sorang, ustaz muda sorang..’eh tak patut..tak patut Anwar kata begini..saya minta dia beristifar dan bertaubat’..Kepala bapak hang..”, kata Anwar dalam program Mesra Rakyat Bersama Rakyat, di Dengkil, Selangor, 27 Jan.

Berdasarkan keterangan Anwar di atas, terdapat perbezaan dengan percakapan sebenarnya yang dirakamkan BBC News, Asia.

Soalan sebenar BBC – jawapan Anwar

Dalam wawancara dari Mumbai itu, wartawan BBC bertanya Anwar soalan seperti berikut :



“Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Jawab Anwar; “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum. Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Rujuk soalan wartawan dan jawapan Anwar sebenar dalam rakaman video di atas, kiri.

Semasa penjelasan Anwar dalam ceramah di Dengkil, Anwar menyembunyikan fakta soalan wartawan berkaitan soalan khusus tentang gerakan gay dan pindaan undang-undang, tetapi dalam rakaman BBC, walaupun Anwar tidak menyebut khusus tentang undang-undang tersebut, namun di Dengkil, dia mengesahkan bahawa undang-undang itu adalah undang-undang anti-liwat, 377B.

Dalam undang-undang Malaysia, Seksyen 337B Kanun Keseksaan bermaksud hukuman penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan terhadap ‘sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) secara sukarela’.

Mufti Perak, Fathul Bari di TV3

Dalam program Soal Jawab TV3 bertajuk “Akidah dan Homoseksual”, 18 Jan, dua orang ahli panel, Harussani dan Fathul Bari dipertontonkan rakaman jawapan Anwar (tanpa soalan wartawan) rakaman dari BBC tersebut.

Rujuk rakaman video TV3,

Berdasarkan rakaman jawapan Anwar di BBC itu, Harussani berkata terdapat dua point penting yang ingin disampaikan oleh Anwar, iaitu pertama, undang-undang lapuk dan kedua, menghukum individu yang tidak bersalah.

“Satu dia kata..undang-undang yang ada berkenaan homoseksual ini dah lapuk ataupun tidak lagi relevan pada waktu ini..apakah yang dimaksudkan di situ, maknanya kita tidak perlu menghukum orang-orang yang membuat perkara macam ni (melakukan aktiviti liwat).

“Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukuman-hukuman liwat itu telah pun wujud dalam Al-Quran yang mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, katanya.

Menurut Harussani hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam iaitu kesemuanya bersetuju pelaku aktiviti liwat mesti dihukum dan tidak boleh dilepaskan.

“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita”, katanya.

Aspek kedua yang dibahaskan oleh Mutfi Perak adalah maksud kata-kata Anwar yang berkata menghukum individu yang tidak bersalah.

“Saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.

“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya.

Fathul Bari pula berkata ucapan Anwar boleh dinilai dari segi niat dan kefahaman tentang Islam.

“Niat beliau, wallahualam..apa tujuan beliau mengungkapkan perkataan-perkataan yang dilihat sebenarnya tidak relevan dengan Islam itu sendiri..kita tak tau yang tu.

“Adapun dari sudut kefahamannya..dilihat di sini, kefahamannya tentang undang-undang Islam, tentang hukum hakam Islam..saya kira, cara beliau bercakap seolah-olah menunjukkan beliau tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri”, katanya.

Israel

Semasa ceramah di Dengkil, Anwar juga turut menyentuh tentang rencana di Wall Street Journal tentang sokongannya terhadap Israel.

“Ditanya saya tentang hubungan Palestin-Israel..saya kata..Pertama..mesti pertahankan hak aspirasi perjuangan rakyat Palestin.

“Kedua..kalau ini diterima..saya tidak pertikai untuk jaga kedamaian supaya jangan ada peperangan di antara Palestin dan Israel, maka saya kata, saya terima kerajaan Israel dipelihara dengan aman”, katanya.

Namun penerangan Anwar di Dengkil berbeza dengan laporan Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan

yang memberi keutamaan Anwar untuk menyokong dan menjaga Israel serta mengkesampingkan isu Palestin.


Anwar seperti dilaporkan WSJ, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”

Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Dua orang bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari yakin kata-kata Anwar di WSJ adalah kata-kata sebenar yang lahir dari hatinya yang menggambarkan sikap dan pegangannya terhadap Israel.

“Sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel ? Malah setiap hari hak rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel. Apa Anwar tidak tahu semua ini ?

“Dia tahu tetapi yang penting bagi Anwar adalah (kepentingan) dirinya sendiri dan satu-satunya cara untuk dilihat sebagai kawan Yahudi selepas menghentam APCO tempoh hari adalah buat kenyataan pertahankan hak Israel seperti yang dinyatakan dalam Wall Street Journal tempohari”, kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar.

Anuar Shaari yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar mencabar Ketua Umum PKR itu agar menyaman WSJ, jika sekiranya, media itu tersalah petik berkenaan percakapannya.

“Kenyataan Anwar tentang Israel itu dipetik dari WSJ, jadi kenapa disalahkah media lain.

“Saya percaya media lain memetik bulat-bulat apa yang terkandung dalam WSJ, jadi jika dia nak beri amaran atau ambil tindakan, dia perlu ambil tindakan terhadap WSJ terlebih dahulu.

“Saya percaya ia adalah apa yang diperkatakan Anwar dan WSJ tidak tersalah petik. Pendirian sebenar tidak dapat disembunyikan lagi dengan beberapa petunjuk terkini seperti Israel ‘syurga’ LGBT.

“Kini, Anwar tidak dapat menahan diri lagi daripada menunjukkan sokongan kepada Israel”, katanya.

Video Ucapan Anwar Sokong Negara Israel Mula Tersebar..

HARUN TAIB KRITIK ANWAR .... ADAKAH AKAN DIPECAT ?????

PANAS BERAPI! HARUN TAIB AKAN DIPECAT HARI INI?

Beberapa parasit dalam telah memberi kata dua kepada Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib supaya menghentikan kritikan terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim atau menghadapi nasib yang sama seperti Dr Hasan Ali.

Sebelum ini Harun Taib tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.

Terbaru Harun Taib secara terang mendesak agar Presiden Pas Haji Hadi agar kembali bertanding dimana-mana Parlimen supaya dapat memastikan Haji Hadi dapat menjadi Perdana Menteri jika pakatan menang.

Kedua-dua kritikan terhadap Anwar telah mengundang kemarahan kepada parasit dalam Pas yang berkiblatkan Anwar Ibrahim.

Antara kenyataan yang mengundang kemarahan Anwar adalah:

''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya

Harun Taib memuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersepakat dalam isu Palestin.

''Mereka pernah bersama-sama berpidato di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat yang disepakati oleh semua pihak di negara ini.

''Kerana apa? Kerana ia melibatkan soal asas dan soal prinsip,'' ujarnya lagi.

Kini Harun Taib dalam bahaya kerana gerak gerinya akan sentiasa diperhatikan oleh parasit dalam Pas.

Sumber: Sg Rapat Online

House PK: Dalam PAS sekarang, tak boleh langsung sentuh IMAM MAHDI bernama Anwar Sivaji Pandikutty, sebab ianya akan menimbulkan kemaran ANIUGERAH TUHAN tu. Tak lama la ni, confirm Harun Taib kena pecat lepas ni.

Zul Nordin : Siapa Anwar 1

Thursday, February 2, 2012

VIDEO CERAMAH HASSAN ALI DI JALAN KEBUN.



Hassan Ali mengamuk lagi dengan pendedahan semasa ceramahnya di Jalan Kebun semalam.Bukan sehari dua Dr Hasan dengan BTN, lebih 20 tahun, terlibat dengan kursus-kursus yang membabitkan kakitangan awam seluruh negara.
Juga golongan muda, bekas-bekas anak didik beliau dalam ‘summer camp’ yang mana beliau kelolakan bersama isterinya, selama 38 tahun dan cukup terkenal satu masa dulu.
“Tindakan PAS pecat Dr Hasan Ali pada waktu-waktu hampir dengan pilihanraya seperti ini merupakan rahmat kepada UMNO Selangor, ‘bola tanggung’ kepada kita,” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sepang Anuar Basiran.
Sungguhpun, UMNO Selangor tidak bergantung kepada pengaruh Hasan untuk membuat penerangan mengenai isu-isu semasa di Selangor, tetapi tempias dari pemecatan itu menguntungkan UMNO.
“Sekarang orang Melayu Selangor yang sebelum ini rapat dengan pembangkang ‘tersentap’ dengan segala macam masalah PR, mereka sedar bahawa PR bukan kerajaan yang boleh diharap,” katanya.
Dr Hasan, kata Anuar, merupakan ‘penyapu baru’ untuk mencuci kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
“Saya rasa UMNO sudah pasti akan ambil kesempatan semaksimum mungkin atas kucar-kacir dalam PR ini. Kita orang politik, benda ni macam bola tanggung, kita tak smash rugi besar lah…” katanya yang turut serta di Bangi.
“Dari pemerhatian saya, yang datang pada ceramah Dr Hasan adalah orang PAS yang keliru, mereka hendak dengar sendiri penjelasan daripada beliau, kedua pengundi atas pagar, Melayu bandar, kakitangan kerajaan, golongan pertengahan, mereka ini bukan jenis terima segala kata-kata dari pemimpin PAS.
“Ketiga penyokong NGO HIMPUN yang Dr Hasan merupakan orang kuatnya, serta penyokong dan keempat penyokong UMNO, yang rasa boleh ambil kesempatan ‘bola tanggung’ ini,” kata Anuar.
Dr Hasan sendiri selesa dengan membangkitkan tiga perkara dalam siri jelajahnya, IMR - Islam, Melayu dan Institusi Raja, yang kalau kita teliti tidak berbeza langsung dengan perjuangan UMNO selama ini.
Selain IMR, beliau yang juga merupakan bekas exco kerajaan negeri menceritakan pengalaman-pengalaman peribadinya, sepanjang menjawat jawatan tersebut.
Modal Dr Hasan adalah kisah benar bagaimana PAS menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Beliau turut menceritakan kunjungan seorang wakil PAS Pusat bertemu dengannya sebagai langkah untuk ‘tone down’ beliau yang aktif mencegah mungkar di Selangor.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," kata wakil PAS Pusat tersebut cerita Dr Hasan yang tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soal Dr Hasan.
Hadirin yang berdiri dan duduk terpukau dengan kepetahan bekas pakar motivasi nombor satu negara ini dulu. Di Shah Alam misalnya, hadirin menangis bersama dengannya ketika membaca zikir dan doa.
Beliau tahu cara untuk bermain dengan ‘emosi’ orang ramai yang hadir. Sebab itu, ada yang berani bertaruh, jika Dr Hasan pusing Selangor sehingga hujung Febuari ini, PAS dan PR terpaksa buat macam-macam ‘damage control’.
Dr Hasan, macam kata orang kuat UMNO Sepang, Anuar Basiran, jadi ‘penyapu baru’ mencuci kekotoran PR supaya orang Melayu Selangor dapat melihat dengan lebih jelas lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...