Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, May 18, 2018

Dr Maszlee Malik menteri pelajaran baru

Dr Maszlee Malik menteri pelajaran baru: Mazlee ketika dihubungi Malaysiakini berikrar akan melakukan yang terbaik dengan berkhidmat kepada  rakyat dan negara.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas
ahli akademik dan pendakwah Dr Maszlee Malik sebagai menteri pelajaran
yang baru.


Ini selepas satu hantaran video Facebook berjudul "The Education
Minister issue, this is Mahathir's response", perdana menteri berkata
beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).


Manifesto HARAPAN PRU14 jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh
memegang jawatan menteri kabinet lain, khususnya menteri kewangan.


Mazlee ketika dihubungi Malaysiakini mengakui terkejut dengan pelantikan itu tetapi berjanji akan memberi khidmat yang terbaik.


"Saya tidak menyedari tentang pelantikan itu dan saya rasa ini satu penghormatan.


“Saya akan lakukan yang terbaik berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya.


Mazlee menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Mac lalu dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada pilihan raya 9 Mei lalu dengan mengalahkan calon BN, Liang Teck Meng dengan majoriti hampir 4,000 undi.


Maszlee, 44, adalah bekas profesor madya di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


Anak kelahiran Johor itu berpengalaman berkhidmat di beberapa badan
pemikir dan sering dijemput sebagai panelis atau moderator bagi forum
yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam dan politik Timur
Tengah.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai kabinet sejak memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.


Siasatan pada Najib tambah keyakinan pelabur?

Siasatan pada Najib tambah keyakinan pelabur?: Mereka berpendapat imej kerajaan lebih telus, stabil dan berintegriti akan membantu ekonomi negara.





Anne Muhammad  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
“Pelabur-pelabur yakin kerajaan yang ada sekarang adalah lebih telus, adil, stabil, berintegriti dan mendapat sokongan rakyat.



“Ini penting untuk persekitaran perniagaan yang sihat,” kata Pakar ekonomi Dr Zarinah Yusof (bawah) kepada Malaysiakini.





Beberapa penganalisis melihat siasatan terhadap bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak bakal memacu lebih banyak pelaburan asing ke
negara ini.


Mereka berpendapat imej kerajaan lebih telus, stabil dan berintegriti akan membantu ekonomi negara.


“Pandangan yang dapat saya berikan ialah ini dapat memberikan lebih keyakinan kepada pelabur-pelabur asing.



“Usaha-usaha yang diambil Malaysia ini ialah mendapatkan semula aset
negara yang diambil melalui penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah sebelum
ini.



Sejak bertukarnya pemerintahan minggu lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan dakwaan penyelewengan beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MDB.


Selepas kenyataan itu, lebih 15 kenderaan dan trak polis turut dilihat memasuki perkarangan rumah Najib di Taman Duta bagi merampas dokumen dan barangan peribadi yang berkaitan siasatan itu dan penggeledahan itu mengambil masa kira-kira 18 jam.


Sementara itu, Zarinah berkata ringgit juga telah mula menunjukkan peningkatan nilainya.



“Ini menunjukkan keyakinan pelabur-pelabur ke atas ekonomi Malaysia.



“Pasaran saham juga sangat aktif dengan aktiviti penjualan saham-saham mengatasi belian.


“Bagi petunjuk-petunjuk ekonomi yang lain akan ambil lebih masa untuk
lihat kesan positifnya,” katanya pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) itu.


Semalam Bank Negara berkata ekonomi negara meningkat 5.4 peratus
pada suku pertama 2018, disokong oleh pengembangan aktiviti sektor
swasta yang berterusan serta sokongan mantap daripada eksport bersih.


Pada masa hadapan, ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan
pertumbuhan yang menggalakkan pada 2018, dengan permintaan dalam negeri
terus menjadi pemacu utama.


Inflasi keseluruhan pula dijangka berada pada purata dua hingga
peratus, disebabkan oleh faktor kos global yang lebih kecil dan kadar
pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding 2017.



Ke arah negara tanpa rasuah



Sementara itu, penganalisis politik Prof Madya Lt Kol Ahmad Ghazali Abu
Hassan juga melihat ekonomi akan bertambah kukuh susulan siasatan
terhadap Najib.


“Pelaburan tak ada masalah, akan berjalan macam biasa mungkin lebih positif kerana orang Malaysia sekarang dah berubah.


“Malaysia akan menjadi sebuah negara bebas rasuah, tiada rasisme dan orang anggap Malaysia berubah disebabkan oleh rakyat.


“Ini satu perkara positif, faktor ini akan beri lebih keyakinan (pelabur) di Malaysia,” katanya.


Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), itu turut
melihat, tindakan itu juga kehendak rakyat terbanyak yang mengundi
menjatuhkan BN minggu lepas.


“Itu kehendak rakyat, malah saya rasa rakyat alu-alukan langkah ini,” katanya.



Sukar dijangka, kata Azizuddin


Bagaimanapun, bagi penganalisis politik Prof Dr Azizuddin Mohd Sani, peningkatan pelaburan asing masih sukar dijangka.


“Respon antarabangsa dari segi pelabur pula saya tak boleh nak ramal sebab pelabur dah jangka (siasatan) akan berlaku.


“1MDB ini bukan di Malaysia sahaja tapi satu dunia punya kes. Kalau
ada pertuduhan di sana (luar negara), akan beri kesan di sini (Malaysia)
juga,” kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang,
Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM).


Bagaimanapun, katanya, setakat ini respon memberangsangkan, terutamanya selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.


“Bila Anwar bebas, media antarabangsa sangat positif, lihat semua laporan alu-alukan Anwar kerjasama (dengan kerajaan baru).


“Bila laporan antarabangsa positif akan beri impak pada pelaburan, maksudnya pelabur bagi positif remark. Peluang untuk melabur di Malaysia agak tinggi,” katanya.


22-06-2014 Dr Maszlee Malik: Berfikir Dalam Beragama @ Menteri Pendidikan Malaysia


PM umum senarai kabinet, Azmin dan Maszlee dalam senarai


English Speaking - Zahid Hamidi Vs Mat Sabu : Anda nilaikan sendiri


AMANAH, PAS turun demo bantah kekejaman Zionis


 

Published on May 18, 2018

Parti AMANAH dan PAS hari ini turun secara berasingan membantah kezaliman Zionis di bumi al-Aqsa di hadapan kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat jumaat.

Hampir 300 ratus peserta menyertai Himpunan Bantah Kekejaman Zionis itu.

Turut serta bagi parti AMANAH ialah Ketua Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Hatta Ramli manakala bagi parti PAS turut kelihatan ialah Naib Presiden Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Terkini! Dua jam pegawai SPRM berada di banglo Najib


 

Published on May 18, 2018

Anggota SPRM berada selama hampir 2 jam di banglo bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Lapan anggota itu tiba dalam dua kereta berasingan pada kira-kira jam 4 petang tadi.

Semalam polis merampas wang tunai, barangan kemas dan beg tangan berjenama mewah dari daripada sebuah kondominium yang dikaitkan dengan Najib.

Bloomberg melaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh bekas perdana menteri itu.

Perkembangan terkini di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak


PM umum senarai kabinet

PM umum senarai kabinet: Mahathir hari ini berkata senarai 13 menteri itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

PERDANA MENTERI

Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)
TIMBALAN PERDANA MENTERI

Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (PKR - Pandan)

BERSATU

Menteri Dalam Negeri:

Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
Menteri Pendidikan:

Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
Menteri Pembangunan Luar Bandar:

Rina Harun (Titiwangsa)

PKR

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:

Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi:

Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP

Menteri Kewangan:

Lim Guan Eng (Bagan)
Menteri Pengangkutan:

Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia:

Gobind Singh Deo (Puchong)
Menteri Tenaga Manusia:

M Kulasegaran (Ipoh Barat)

AMANAH:

Menteri Pertahanan:

Mohamad Sabu (Kota Raja)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Salahuddin Ayub (Pulai)
Menteri Kesihatan:

Dr Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Senarai Rampasan Barangan Najib Razak & Rosmah Mansor di Taman Duta


 


najib vs tun mahathir (koleksi kata-kata najib kepada tun mahathir)


 

Published on May 12, 2018

kata-kata najib yang pernah di lemparkan kepada tun mahathir dan komen tun mahathir sebelum pilihan raya,kata-kata yg memakan dirinya sendiri.kata-kata yg menunjukkan angkuhnya najib ketika itu,seolah dia dapat menangi pru lepas,video ini bukan untuk menyebelahi sesiapa,tp untuk nilai pemimpin manakah yg perlu di pilih,menghina orang tua padahal kita pun akan tua,rasa diri cukup hebat dan angkuh,wang itu bukanlah untuk segalanya,tidak semua dapat di beli dengan wang,hinggakan rakyat di umpama dapat di kaburi dengan wang..itulah yg terjadi hari ini..bagaikan wang untuk segalanya padahal itu bukanlah sesuatu yg akan kekal selamanya

Pemuda Umno 'dalam dilema' nak jumpa Najib. DS Najib telah jadi "Kambing Hitam" makin celaru.


 

Published on May 18, 2018

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kunjungan berbagai jenis manusia semenjak kehilangan kuasa, daripada yang 'serius' sehinggalah yang 'ganjil'. Terbaru, anggota Umno yang ingin mendapatkan nasihat Najib, jika dia perlu terus kekal dengan parti itu.

Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Bukit Jalil, Aliff Tafiq datang bersama dua rakannya, tetapi dihalang daripada memasuki kediaman Najib di Taman Duta.

"Saya tidak mahu meninggalkan Umno, tapi kami dengar Umno mungkin diharamkan, jadi lebih baik bagi kami keluar dulu," dia memberitahu media di Taman Duta ketika hujan lebat petang ini.

"Saya mahu tahu apa nasihat beliau, sama ada untuk terus tinggal atau mengikut jalan kami sendiri," katanya.

Dr M: Saya nak...tapi tak boleh pegang menteri pelajaran


 

Published on May 18, 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan akan melepaskan portfolio menteri pelajaran.

Dalam hantaran video Facebook berjudul "The Education Minister issue, this is Mahathir's response", perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Itu peruntukan dalam manifesto berkenaan. Saya tidak boleh mungkir janji itu melainkan terdapat tuntutan saya mengambil portfolio menteri pelajaran," kata Mahathir.

Mengulas soalan jika beliau akan mengambil portfolio berkenaan, belia menjawab, "saya tidak boleh."

Ditanya jika beliau secara peribadi mahu memegang portfolio berkenaan, beliau berkata,"saya memang mahu. Kalau tidak, kenapalah saya memilih portfolio itu."

Beliau juga tidak akan memberi jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri dr Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau sudah memiliki portfolionya. Wan Azizah turut memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manifesto HARAPAN PRU14 jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kabinet lain, khususnya menteri kewangan.

Kepala bapak kau!, Tun M senyum sinis


"Kepala Bapak Kau" Ini Reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin


Lepas Kepala Bapak Kau, Kini Satu Dua Ekor...


‘Kepala bapak kau’, Najib remarks


Exclusive: Anwar Ibrahim says Najib Razak's fall from grace "karma"


 

Published on May 17, 2018

"I personally have no malice, I've forgiven. But then public funds and other criminal activities involving others must be dealt with," Anwar Ibrahim said of former Malaysian prime minister Najib Razak. Najib is barred from leaving the country while being investigated by authorities over a corruption scandal linked to state fund 1MDB. https://cna.asia/2Grm0wO

Anwar says a 'totally shattered' Najib called him twice on election night


Apa kata Anwar tentang Dr M?


 

Published on May 17, 2018

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat tidak terus mempersoalkan hubunganya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada kira-kira 500 penyokong yang menghadiri majlis berbuka puasa di rumahnya di Segambut di Kuala Lumpur malam ini, Anwar menegaskan jika Mahathir sanggup terima reformasi yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan tiada sebab untuk mempertikaikannya.

Hari ke-3 polis geledah rumah Najib


 

Published on May 17, 2018

Hari ke tiga pihak polis menjalankan siasatan terhadap kediaman peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Kelihatan beberapa kereta polis memasuki perkarangan kediaman Najib.

Pemimpin tertinggi Umno mula kelihatan di kediaman Najib


 

2018-05-18 11:53:29

Hari ke
tiga pihak polis menjalankan siasatan terhadap kediaman peribadi bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta mula
kelihatan kelibat pemimpin tertinggi Umno yang datang untuk melawat.

Kelihatan pagi ini ialah bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Turut kelihatan ialah sebuah kereta mewah Range Rover hitam yang dipercayai ialah Datuk Seri Azalina Othman Said.

Read more at https://www.kinitv.com/video/61203O74#5IPmhHzc3z0zsJdt.99

Kenalan sebak lihat layanan yang diterima Najib


 

Published on May 17, 2018

Pengerusi Gerakan NGO Selangor Nazilah Idris kelihatan sebak apabila bercakap mengenai keadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nazilah sempat meluangkan masa melawat Najib di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta Kuala Lumpur.

Menurut Nazilah Najib dilihat begitu tenang dan keadaannya juga dilihat sangat baik.

Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah

Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah: Serbuan dilakukan terhadap kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri.





Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   

Polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai
mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana
menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk
Seri Amar Singh Ishar Singh, turut dirampas sebanyak 284 kotak
mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama.


Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan berhubung skandal 1MDB.


"Ini adalah hasil carian dari satu daripada enam premis.


"Jumlah barangan yang kita rampas 72 (beg) yang mengandungi wang tunai pelbagai mata wang dan juga barangan kemas," katanya.


Ditanya mengenai beg tangan yang dirampas, Amar berkata ia termasuk jenama mewah Hermes dan Birkin.


Manakala bagi nilai barang yang dirampas setakat ini, Amar berkata
beliau tidak dapat memberikan anggaran kerana polis belum membuat
pengiraan terperinci.


"Kami telah merampas beg berkenaan, kami tahu ia mengandungi wang tunai dan barang kemas.


"Secara tepat berapa banyak wang tunai saya tidak boleh katakan atau
berapa banyak barang kemas. Tetapi jumlah barangan kemas agak besar,"
katanya.


Difahamkan polis berada di lokasi sejak kira-kira 7.30 malam.


Amar mengesahkan tiada sesiapa di kediaman berkenaan ketika mereka melakukan serbuan.


Diminta menjelaskan mengenai pemilik unit kediaman tersebut,
Amar berkata salah satu daripada unit itu milik seorang "Tan Sri", namun
enggan mendedahkan butiran lanjut.


Amar juga menambah polis telah menyelesaikan pemeriksaan di unit-unit mewah di situ.


Mengenai serbuan berterusan di kediaman rasmi Najib di Jalan Langgak
Duta, Amar berkata pihak polis masih tidak dapat memecahkan peti besi
keselamatan yang dikatakan terkunci selama 20 tahun.


Terdahulu, Orang ramai dan media dilihat berkumpul di luar
kondominium mewah Pavillion Residences berikutan serbuan di kediaman
yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.


Sehingga jam 1.25 pagi, polis dilihat telah membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan.


Pegawai dan anggota polis kemudian dilihat memuat naik kotak-kotak barang yang telah dirampas daripada unit berkenaan.


Baca: Polis rampas wang tunai, barang kemas dari kondo Najib



Baca: Apa ada dalam peti besi di rumah Najib?

Penggeledahan di kondominium mewah (Jam 12.30 malam)


Sidang media Pengarah JSJK berhubung operasi penggeledahan kondominium m...


 
Published on May 17, 2018

Sejumlah 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dirampas dari kondominium mewah dalam operasi pencarian di sebuah kondominium mewah di ibu negara lewat malam tadi.

EKSKLUSIF: Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg...


11.30pm: KP Umno WP lawat Najib, kesal bekas pemimpin dilayan begini


 

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd
Razlan Rafii dilihat hadir untuk melawat bekas Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Razak di kediaman peribadinya, Jalan Langgak Duta.

Razlan
melahirkan rasa kesal dan kecewa bekas pemimpin tertinggi dilayan
sebegini rupa yang menganggap Najib harus dihormati sebagai pemimpin
yang banyak berjasa.

Read more at https://www.kinitv.com/video/61194O74#Ltvl5PirBbWh6i0m.99

Thursday, May 17, 2018

[FULL] Himpunan Merdeka Rakyat Sempena Pembebasan Anwar Ibrahim


 

Published on May 16, 2018
Ribuan penyokong yang hadir bagi mendengar ucapan pertama Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan
Merdeka Rakyat di Padang Timur Petaling Jaya, Selangor.

Wednesday, May 16, 2018

'Saya tak perlu berada dalam kabinet buat masa ini' - Anwar




KUALA LUMPUR: "Itu cerita lamalah."

Ungkapan
bersejarah itu diutarakan Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
apabila ditanya tentang sejauh mana keikhlasannya untuk kembali
bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.


Mengakui sering diajukan dengan persoalan itu, kata Anwar, ada pihak
yang sinis dengan keputusannya memberi sokongan kepada Tun Mahathir
untuk memimpin negara.

"Ada pemimpin tertinggi bertanya kepada saya, 'Anwar, pandang saya dan beritahu anda sudah maafkan beliau (Tun Mahathir).

LAPOR LANGSUNG PEMBEBASAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


"Saya pandang dia, dan saya cakap, keutamaan saya adalah negara dan
saya sudah maafkan Tun," kata Anwar dalam sidang media di kediamannya di
Bukit Segambut, sebaik dibebaskan hari ini.

'Dari Penjara ke Istana ...' - Anwar Ibrahim


Tambah Anwar lagi, Tun Mahathir telah membuktikan betapa katanya akan
dikotakan, dan tiada sebab untuk terus bermusuh dengan mentornya itu.

"Beliau berjuang dan bersusah payah dengan satu niat mahu memulihkan negara. Malah beliau juga membantu dalam pembebasan saya.

"Jadi kenapa saya perlu menyimpan dendam?" tenang sahaja pertanyaan itu diluahkan.


Sedar pasti akan ada yang cuba mengungkit kisah lama mereka, namun
Anwar meminta semua pihak tidak menghiraukannya kerana ia hanya
sebahagian daripada agenda menggugat kententeraman dan kemaraan negara
ke arah lebih positif.

"Golongan ini ada kepentingan
masing-masing, jangan pedulikan mereka.Tetapi saya mempunyai keyakinan
penuh terhadap kepimpinan beliau dan jika berlaku peralihan kuasa, ia
akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat," tambahnya.

Ditanya perancangan yang dibuat untuk melakukan comeback ke arena politik, ini jawapan Anwar.


"Saya tak pernah tinggalkan politik. Ya, memang sebelum ini pembabitan
saya terhad, tapi saya tidak pernah ke mana-mana," katanya tersenyum.

PM arah penjawat awam berani nyatakan kebenaran

PM arah penjawat awam berani nyatakan kebenaran: Arahan itu berbunyi: 'Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master'





Berita

PM arah penjawat awam berani nyatakan kebenaran

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Berani menyatakan kebenaran kepada 'tuan politik' (political master) merupakan antara intipati dalam senarai panjang arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Intipati itu adalah hasil Mesyuarat Khas bersama KSU Kementerian pada
14 Mei 2018 dan ketua-ketua setiausaha sudah menyampaikan arahan
berkenaan kepada kementerian masing-masing.


Salah satu dokumen berkenaan yang dikeluarkan untuk Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat
Malaysiakini. Kandungan arahan itu disahkan oleh pegawai KPDNKK.


Ketua setiausaha untuk kementerian lain, yang enggan didedahkan,
turut mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa kandungan arahan berkenaan
adalah hasil daripada mesyuarat denganDr Mahathir Isnin lalu.


Dokumen yang ditujukan kepada KDNKK itu yang bertajuk 'Intipati
Mesyuarat Khas YAB PM Bersama KSU Kementerian', antaranya tertulis:
"Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master".


Berdasarkan dokumen itu, mesyuarat itu turut membangkitkan bahawa
terdapat keyakinan rendah di kalangan rakyat terhadap penjawat awam dan
penyandang jawatan pengarah jabatan masing-masing perlu mengatasi
persepsi berkenaan.


Berikut merupakan antara arahan yang digariskan:


  • Perdana Menteri mengarah setiap penjawat awam perlu melaksanakan semua arahan yang diberi;
  • Setiap penjawat awam perlu patuh government of the day dan lupakan program yang telah dirancang oleh pemimpin sebelum ini;
  • Semua program/arahan cetusan idea
    pemimpin sebelum ini yang belum dilaksanakan perlu ditangguhkan;Program
    KRIM 2.0 dan PJSR tidak diteruskan lagi;
  • Kepercayaan terhadap penjawat awam
    terlalu rendah pada pandangan masyarakat. Oleh itu, Pengarah Bahagian
    dan Negeri perlu membersihkan tanggapan ini;
  • Kontrak-kontrak secara direct nego perlu diberhentikan;
  • Penjawat awam perlu berani menyatakan perkara yang benar kepada political master;
  • Isu-isu yang kontroversi melibatkan pemimpin politik perlu dirujuk kepada KSU terlebih dahulu;
  • Semua pegawai lantikan menteri sebelum
    ini perlu ditamatkan kecuali kontrak PEK yang memerlukan pandangan dan
    nasihat daripada menteri baharu;
  • Perbelanjaan perlu dilaksanakan secara
    berhemah. Tidak perlu menghabiskan peruntukan yang diberikan serta
    sentiasa mengikut tatacara kewangan sedia ada;
  • Penjawat awam perlu lebih berintegriti dan bertanggungjawab serta berfikiran positif;
  • Kerajaan akan melaksanakan subsidi petroleum secara bersasar;
  • YAB PM/YB Menteri akan melawat ke setiap
    Agensi. Setiap Agensi perlu membuat persediaan bagi menyampaikan
    taklimat dan mengemukakan hala tuju baharu kepada YB Menteri.
  • Setiap agensi perlu mengkaji semula polisi-polisi sedia ada termasuk Akta Koperasi 1993;
  • Pegawai-pegawai yang bermasalah perlu
    diambil tindakan segera (pastikan Jawatankuasa Tatatertib tidak
    melibatkan Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB Menteri);
  • Tiada lagi pengambil baharu penjawat awam;
  • Logo 1 Malaysia yang terdapat pada baju korporat, sijil dan lain-lain tidak boleh digunakan lagi;
  • GST bagi fi/bayaran atas perkhidmatan yang dikenakan oleh SKM perlu ditangguhkan;
  • Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM dan
    Jawatankuasa yang dianggotai oleh Ahli Lembaga Pengarah lantikan YB
    Menteri perlu ditangguhkan;
  • Pengarah-Pengarah Negeri perlu mengadakan
    kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar / Ketua Menteri masing-masing
    terutama Kerajaan yang selari dengan Kerajaan Pusat.
  • Semua gambar pemimpin sebelum ini perlu ditukar serta merta.
  • Semua mesyuarat dan program MPKP dan MPKN ditangguhkan.
  • Pengarah Bahagian dan Negeri dilarang bercuti sehingga kabinet dilantik sepenuhnya;
  • Perlu berjumpa KSU terlebih dahulu sebelum berjumpa YB Menteri bagi sebarang perkara;
  • Hari Koperasi Negara tidak lagi diadakan.
    Mesyuarat bersetuju supaya menggalakkan YB Menteri untuk melawat
    koperasi-koperasi di negeri tanpa protokol yang berlebihan;
  • Pengarah Negeri perlu memanggil PEK
    dengan segera untuk mengarahkan mereka mematuhi Perintah Am dan
    pekeliling perkhidmatan yang berkaitan sebagaimana kakitangan SKM yang
    lain;
  • Kebersihan pejabat perlu dipertingkatkan dan ruangan pejabat yang kosong perlu diambil tindakan sewajarnya;
  • Polisi luar negara sedia ada akan diteruskan;
  • Ucapan salam hanya Assalamualaikum atau
    Salam sejahtera sahaja. Tidak lagi menggunakan frasa Salam 1Malaysia,
    Salam Negaraku dan Salam Negaraku Malaysia; dan
  • Tidak menggunakan pin 1Malaysia dan Negaraku

LIVE: Sidang media Anwar di rumah Segambut


LIVE: Sidang media PM Mahathir di Putrajaya


Tuesday, May 15, 2018

Laporan audit 1MDB diklasifikasi dokumen terbuka semula

Laporan audit 1MDB diklasifikasi dokumen terbuka semula

 Laporan itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia pada Jan 2016.





Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad hari ini mengumumkan laporan audit 1MDB tidak lagi diklasifikasi sebagai rahsia.


Pengumuman itu dibuat selepas perjumpaan Madinah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal hari ini.


"Saya merujuk laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia
pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam
(PAC) pada 4 Mac 2016.


"Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut
diklasifikasikan semula sebagai dokumen terbuka," katanya dalam sidang
media petang tadi.


Madinah menambah rumusan dari laporan itu kini boleh diakses dalam laman web Jabatan Audit Negara.


Susulan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB pada 2015, pedana menteri
ketika itu Datuk Seri Najib Razak menggesa orang awam menunggu audit
1MDB.


Bagaimanapun, setelah laporan itu selesai, ia diklasifikasikan sebagai rahsia.


Pengganti Najib, Dr Mahathir sebelum ini berikrar menyelesaikan isu 1MDB yang kini dalam siasatan antarabangsa.


Jabatan Kehakiman AS percaya sekurang-kurangnya US$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.


Laporan itu boleh dibaca pada paparan di bawah.






Disenarai hitam! Apandi, Khalid, Dzulkifli dan Irwan


 
Published on May 15, 2018

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kini dilarang keluar dari negara.

Selepas menyemak nombor kad pengenalan mereka di semakan status perjalanan Jabatan Imigresen, Malaysiakini mendapati keempat-empatnya tidak termasuk dalam kategori "tiada halangan".

Apandi didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB, walaupun dinafikannya. Apandi memulakan cuti 30 hari tanpa rekod hari ini.

Irwan Serigar adalah pengerusi 1MDB. Beliau merupakan saksi utama dalam kedua-dua siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) terhadap syarikat itu.

Dzulkifli pula menjadi ketua pesuruhjaya bermula 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Peranannya dalam siasatan 1MDB tidak dapat dipastikan secara jelas.

Selepas menjadi perdana menteri minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ramai individu yang terlibat dengan skandal 1MDB, termasuk pihak berkuasa yang menyembunyikan bukti, telah disenarai hitam daripada ke luar negara.

Mahathir juga mengesahkan beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor untuk keluar dari negara.

Guan Eng terkejut melihat akaun negara


 

2018-05-15 15:45:53

Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilantik menjadi Menteri Kewangan
mendedahkan merasa terkejut apabila melihat akaun negara.

Guan
Eng diumum menjadi Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad namun belum mengangkat sumpah secara rasmi.

Berucap
pada majlis terakhir beliau selaku ketua kerajaan Pulau Pinang semalam,
Guan Eng berkata beliau harus bekerja kuat selepas melihat akaun negara
namun tidak mendedahkan butiran lebih lanjut.

Read more at https://www.kinitv.com/video/61021O74#93GtGc575ZBe0Rmt.99

Mengejutkan! Video ditujukan untuk Tun M dan Pakatan Harapan dari seora...


 
Published on May 13, 2018

Mengejutkan!
Video ditujukan untuk Tun M dan Pakatan Harapan dari seorang wanita yang bernama Lily yang berasal dari Sarawak, berdarah kacukan Melanau, Cina dan Belanda. Dia mendakwa merupakan pelarian Malaysia yang terlibat dengan isu penyeludupan manusia. Dia cuba dijual dengan harga SGD30,000, ditukar identiti, dipukul dan cubaan dibunuh oleh polis Johor yang korupsi, sehingga terpaksa lari ke Eropah demi menyelamatkan nyawanya pada tahun 2011. Dia merayu bantuan dan menyatakan hasratnya untuk pulang ke tanah air selepas gagal mendapat bantuan Kedutaan Malaysia di Eropah.

Macam - macam ikan timbul !
Perkara ini telah sampai ke pihak Imigresen Malaysia dan menurut kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, pihaknya sedang meneliti kes tersebut. Biar imigresen sahaja siasat.

Dari apa yang kami lihat, terdapat 6 video dari channel yang sama meminta bantuan : 'SOS message to Dr Tun Mahathir this is my serious message. To any Malaysians please help me get in touch with politicians of the Pakatan Harapan. I am Lily a Malaysian Refugee & victim of police corruption & human trafficking. I had to flee to Europe as they tried to sell me into slavery in Malaysia JB. I just want to go home to Malaysia. Dear channel person or You tuber please allow me to post my SOS for help to the Pakatan Harapan & Dr Tun Mahathir. Thank you.'

Pengajaran untuk para YB Pakatan Harapan. Jangan jadi cam para menteri ...


 
Sedutan video ceramah menteri-menteri BN sebelum dan selepas PRU14. Jadikan pengajaran untuk semua...

Monday, May 14, 2018

'Terpulang...'Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada kerajaan Pakatan Harapan sama ada mahu meneruskan gagasan Tranformasi Nasional 50 (TN50).


Sidang media Dr M di Putrajaya


 
Streamed live 38 minutes ago

Ikuti sidang media Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Tun M penuhi jadual padat hari pertama kembali ke pejabat


 

Sebarkan !!! Tony Pua Bongkarkan LAGI Senarai Barang MEWAH Yang Dibeli D...


Dr M sambut Sultan Brunei di pejabat


  
ublished on May 13, 2018


Selepas mesyuarat pertama dengan pegawai kanan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang tiba pada 11.40 pagi.

Sultan Brunei dilihat memandu sendiri kenderaannya sambil ditemani Putera Abdul Mateen, masuk ke perkarangan pejabat Mahathir.

https://youtu.be/T1t6KmZ4958 - Dr M jumpa KSN, KSU di Putrajaya

Terdahulu, Mahathir mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi dengan pegawai kanan perkhidmatan awam.

Mesyuarat berkaitan pelaksanaan 10 janji 100 hari itu yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, semua ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian.

Dr M jumpa KSN, KSU di Putrajaya


 
Published on May 13, 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan mesyuarat pertama dengan pegawai kanan kerajaan di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di sini hari ini dengan mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi dengan pegawai kanan perkhidmatan awam.

Mesyuarat berkaitan pelaksanaan 10 janji 100 hari itu yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, semua ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian, diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, yang menempatkan pejabat Mahathir selaku presiden kehormat yayasan itu.

Sebelum mesyuarat itu, Mahathir mengadakan pertemuan empat mata dengan Ali.

Menurut laporan semalam, Mahathir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua setiausaha kementerian untuk menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baharu.

Bekas pegawai kanan SPRM buat laporan terhadap Najib


 

Published on May 13, 2018

Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris berkata, laporan itu berkaitan apa yang disyaki sebagai tindakan menghalang siasatan berhubung kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurutnya, SPRM antara lain digesa menyiasat Najib yang disyaki menggunakan kuasa untuk menghalang siasatan kes berkenaan dan menuntut supaya bekas perdana menteri itu mengisytihar hartanya.

Bercakap kepada pemberita sebelum membuat laporan berkenaan kepada SPRM di sini, Abdul Razak berkata, jika nilai harta yang dimiliki itu tidak setara apabila dibanding dengan emolumen sah, perkara itu perlu diberi penjelasan.

"Kalau tidak boleh dijelaskan, itu satu kesalahan," katanya sambil menambah laporan itu dibuat mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu lalu sekaligus menamatkan pemerintahan BN di Malaysia selama 61 tahun.

Susulan kemenangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Mei mengangkat sumpah jawatan perdana menteri buat kali kedua. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...