Laporan itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia pada Jan 2016.
Diterbitkan |
Dikemaskini
Dikemaskini
Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad hari ini mengumumkan laporan audit 1MDB tidak lagi diklasifikasi sebagai rahsia.
Pengumuman itu dibuat selepas perjumpaan Madinah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal hari ini.
"Saya merujuk laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia
pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam
(PAC) pada 4 Mac 2016.
"Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut
diklasifikasikan semula sebagai dokumen terbuka," katanya dalam sidang
media petang tadi.
Madinah menambah rumusan dari laporan itu kini boleh diakses dalam laman web Jabatan Audit Negara.
Susulan dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB pada 2015, pedana menteri
ketika itu Datuk Seri Najib Razak menggesa orang awam menunggu audit
1MDB.
Bagaimanapun, setelah laporan itu selesai, ia diklasifikasikan sebagai rahsia.
Pengganti Najib, Dr Mahathir sebelum ini berikrar menyelesaikan isu 1MDB yang kini dalam siasatan antarabangsa.
Jabatan Kehakiman AS percaya sekurang-kurangnya US$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Laporan itu boleh dibaca pada paparan di bawah.
No comments:
Post a Comment