Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, November 4, 2016

Jika mati, kita mati bersama, kata saksi kes 1MDB

Jika mati, kita mati bersama, kata saksi kes wang haram berkaitan 1MDB: Yeo merancang satu 'cerita pelaburan' yang mereka bertiga perlu beritahu pihak polis mengenai aliran dana yang mencurigakan berkenaan.

TITAH UCAPAN DYMM SULTAN JOHOR BERKENAAN ISU PENDIDIKAN, POLITIK NEGARA, DAN HAL-HAL NEGERI JOHOR SEMASA MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR.

DYMM SULTAN JOHOR: BELAJAR BUDAYA DAN CARA ORANG J...: TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN...

TITAH UCAPAN


DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR,
SULTAN YANG DIPERTUAN
BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM

DALAM
MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR

BERTEMPAT
DI STADIUM MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG,
JOHOR BAHRU

PADA HARI KHAMIS, 3 NOVEMBER 2016.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

1. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH  LAGI MAHA MENGASIHANI. SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM. SELAWAT DAN SEJAHTERA  KEPADA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD  SEMULIA MULIA RASUL,  SERTA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA SEKALIAN.

2. ALHAMDULLILAH, SYUKUR SAYA KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA, KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA DAN IZINNYA DAPAT SAYA HADIR DALAM MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DIANJURKAN BUAT KALI PERTAMA PADA HARI YANG BERSEJARAH  INI.

SEJAK SAYA MENAIKI TAKHTA KERAJAAN JOHOR,  PADA TAHUN 2010, ATAU 6 TAHUN YANG LALU, SAYA TELAH BANYAK BERTEMU DENGAN RAKYAT SAYA MELALUI PROGRAM KEMBARA MAHKOTA JOHOR, DAN JUGA BEBERAPA MAJLIS LAIN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK KERAJAAN. NAMUN PADA HARI INI, SAYA BERASA AMAT TERUJA DENGAN MAJLIS HIMPUNAN BANGSA JOHOR YANG DI ADAKAN INI, KERANA IA MERUPAKAN MAJLIS PERTAMA BAGI DIRI SAYAA UNTUK MENYAMPAIKAN NASIHAT KEPADA SEMUA RAKYAT SAYA, BANGSA JOHOR YANG HADIR DI STADIUM INI.
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN BERBANYAK TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA PIHAK PENGANJUR DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

3. SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGIN HIDUP DENGAN SELESA, AMAN DAN SEJAHTERA. NAMUN BEGITU, SETIAP MANUSIA ITU DILAHIRKAN DAN HIDUP DENGAN KEADAAN YANG BERBEZA-BEZA, SAMA ADA  PADA WARNA KULIT, KETURUNAN, AGAMA, ATAU BANGSA. OLEH YANG DEMIKIAN, KUNCI UTAMA YANG KITA PERLUKAN UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN HIDUP DALAM MASYARAKAT YANG BERBILANG BANGSA  ADALAH PERPADUAN YANG ERAT.
SERING SAYA KATAKAN, TIDAK ADA MANA-MANA NEGARA DI DUNIA INI YANG AKAN MAJU JIKA RAKYATNYA BERPECAH-BELAH.

4. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA RAKYAT, TANPA MENGIRA KAUM ATAU KETURUNAN, UNTUK BERSATU HATI BAGI MEMBENTUK SEBUAH MASYARAKAT YANG HARMONI.
SETIAP RAKYAT MESTI BERTOLAK-ANSUR, BANTU-MEMBANTU, DAN HIDUP BERMUAFAKAT. SIKAP IRI HATI ATAU CEMBURU DENGAN KELEBIHAN ORANG LAIN HARUS DIELAKKAN KERANA IA AKAN MEMBAWA KEPADA PERGADUHAN DAN PERPECAHAN.

5. MELIHAT KEPADA KEADAAN MASYARAKAT DI MALAYSIA HARI INI, SAYA MERASAKAN PERPADUAN KAUM, MASIH BELUM DICAPAI SEPENUHNYA.
ANTARA FAKTOR KEADAAN INI BERLAKU ADALAH  KERANA MASIH WUJUD SISTEM PENDIDIKAN YANG BANYAK ALIRAN, TERUTAMA DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH. LIHATLAH GENERASI HARI INI, HASIL DARI SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR YANG BERORENTASIKAN KAUM. BAGAIMANA MEREKA HENDAK BERSATU JIKA DARI KECIL LAGI MEREKA TELAH DIASINGKAN ?

6. SAYA JUGA HAIRAN MACAM MANA MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU. JIKA RAKYAT TIDAK BOLEH BERKOMUNIKASI DAN MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN, BAGAIMANA HENDAK HIDUP BERSAMA ?

7. OLEH ITU SUKA SAYA TEGASKAN DI SINI SUPAYA KERAJAAN MENAMBAH-BAIK SISTEM PENDIDIKAN NEGARA DENGAN MENJADIKAN SEKOLAH RENDAH HANYA SATU ALIRAN.
BAHASA KEBANGSAAN DIGUNAKAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR, BAHASA INGGERIS SEBAGAI MATA PELAJARAN WAJIB,  BAHASA MANDARIN DAN TAMIL PULA DIJADIKAN MATA PELAJARAN TAMBAHAN.

8. PERUBAHAN INI HARUS DIBUAT DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH, KERANA KANAK-KANAK YANG BERUMUR DI BAWAH 12 TAHUN, MUDAH UNTUK DIBENTUK. IBARAT KATA PEPATAH “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG”.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

9. SALAH SATU CARA LAIN UNTUK MENYATU-PADUKAN RAKYAT ADALAH MELALUI AKTIVITI SUKAN. PASUKAN BOLA SEPAK J.D.T TELAH BERJAYA MENGERATKAN HUBUNGAN BANGSA JOHOR TANPA MENGIRA KAUM, KETURUNAN ATAU PANGKAT.

10.NAMUN BEGITU, ADA JUGA SEGELINTIR PENYOKONG YANG TIDAK BERDISIPLIN BERTINDAK MELAMPAU BATAS DAN MEROSAKKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM  SUKAN.  ADA JUGA PENGGUNA MEDIA SOSIAL YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MELEMPARKAN KATA-KATA KESAT DI FACEBOOK KERANA SIFAT CEMBURU DAN IRI- HATI DENGAN KEJAYAAN PASUKAN J.D.T.

11. SAYA BERHARAP PERKARA SEPERTI INI  DAPAT DIHENTIKAN. SETIAP PASUKAN ADALAH MUSUH HANYA SEMASA PERLAWANAN, DAN AKAN MENJADI KAWAN SELEPAS PERTANDINGAN.
BEGITU JUGA DENGAN PENYOKONG, BERSORAKLAH KETIKA PERLAWANAN BERLANGSUNG DAN BERJABAT TANGAN SETELAH PERTANDINGAN SELESAI.
JIKA KITA BANDINGKAN  KEJAYAAN PASUKAN JDT TIGA TAHUN KEBELAKANGAN INI  BERBANDING 22 TAHUN YANG LALU, KITA AKAN LIHAT KEJAYAAN YANG BEGITU CEMERLANG TELAH DICAPAI DALAM MASA YANG SINGKAT. TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. SEGALA KEJAYAAN INI TIDAK AKAN DICAPAI TANPA SOKONGAN YANG BERTERUSAN DARIPADA PENYOKONG DAN PENAJA. TETAPI JANGANLAH KITA MENGHARAPKAN UNTUK MENANG SETIAP MASA.

12. SUDAH MENJADI ADAT PERLAWANAN  ADA KALAH DAN MENANG. DUNIA PUN ADA SIANG DAN MALAM, LAUT PUN ADA PASANG DAN SURUT. YANG PENTING, WALAU APA PUN YANG TERJADI  TERHADAP PASUKAN, SOKONGAN MESTI TERUS DIBERIKAN.  JANGAN HANYA BERSORAK KETIKA MENANG DAN MENGUTUK PASUKAN APABILA KALAH.

13. BARU-BARU INI, ADA SEORANG PEMIMPIN ATASAN YANG TELAH MELATAH TERHADAP KATA-KATA YANG DIKELUARKAN OLEH TUNKU MAHKOTA. DIA DENGAN ANGKUHNYA MENYERANG ANAK SAYA DAN MENDESAK TUNKU MAHKOTA MEMOHON MAAF SECARA BERTULIS KEPADANYA. SUKA SAYA INGATKAN KEPADA INDIVIDU TERSEBUT AGAR JANGAN TERLALU BERLAGAK. INI NEGERI JOHOR  DAN TUNKU MAHKOTA ADALAH ANAK SAYA, “CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN JUGA TERASA SAKIT”. JIKA HENDAK MENEGUR, TEGURLAH DENGAN BAIK. PEMIMPIN JENIS APAKAH INI  KALAU TIDAK TAHU BERADAB?  SAYA AKAN MAKLUMKAN PERKARA INI KEPADA PERDANA MENTERI  KERANA INDIVIDU TERSEBUT ADALAH SEORANG MENTERI KABINET.





SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

14. DALAM DUNIA HARI INI, FITNAH DAN HASUTAN AMAT MUDAH DIBUAT DAN DISEBARKAN. SAYA MENDAPAT LAPORAN BANYAK ORANG MENGATA SAYA ATAU KELUARGA SAYA DI MEDIA SOSIAL. SAYA TAK BUAT LAPORAN TETAPI ORANG RAMAI YANG MELAPORKANNYA KEPADA PIHAK POLIS.  SAYA PUN TAK KENAL ORANG YANG MENGUTUK SAYA. APABILA POLIS MENGAMBIL TINDAKAN, SAYA DENGAR DIA BERASA TAKUT DAN MUNGKIN RASA BERSALAH,  TERUS LARI KELUAR NEGARA. NASIHAT SAYA KEPADA SEMUA JAGALAH ADAB DAN  TUTURKATA DI MEDIA SOSIAL KERANA KENYATAAN YANG SILAP BOLEH MENGUNDANG PADAH. BAK KATA PEPATAH “KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA.”

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

15. TIDAK KIRA DI MANA KITA BERADA, KITA MESTILAH HORMAT KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK BERKUASA.
SUKA SAYA INGATKAN SUPAYA SETIAP RAKYAT MENGAMBIL TAHU  DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG YANG TELAH DIBUAT SAMA ADA DIPERINGKAT PERSEKUTUAN ATAU PUN NEGERI.
 SEKIRANYA ADA PERASAAN TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN ATAU DASAR KERAJAAN, AMBIL-LAH TINDAKAN MENGIKUT SALURAN YANG BETUL.

16. AKHIR-AKHIR INI, SAYA LIHAT TELAH WUJUD SATU BUDAYA YANG TIDAK SIHAT DI NEGARA KITA, IAITU BUDAYA DEMONSTRASI JALANAN. TINDAKAN RAKYAT YANG BERKUMPUL DI TEMPAT AWAM, SAMBIL MEMBAWA SEPANDUK DAN MELAKUKAN AKSI YANG MENGHINA PEMIMPIN ATAU INDIVIDU, ADALAH TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN HANYA MENIMBULKAN KEBENCIAN DAN PERPECAHAN MASYARAKAT. YANG PELIKNYA, SEORANG BEKAS PEMIMPIN NEGARA  YANG TERKENAL DI DUNIA  PUN SAMA-SAMA MENYERTAI DEMONSTRASI JALANAN. INI BUKAN TABIAT ORANG KITA.

17. SAYA JUGA TIDAK FAHAM  MENGAPA ORANG KITA TERIKUT-IKUT DENGAN CARA ORANG LUAR  YANG MENGHASUT  UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN.
INGIN SAYA TEGASKAN, DI NEGERI JOHOR, SAYA TIDAK AKAN BENARKAN MANA-MANA PIHAK MENGANJURKAN DEMONSTRASI JALANAN. KERANA IA AKAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM DAN MEMBERIKAN IMEJ YANG TIDAK BAIK.

18. OLEH ITU, SAYA INGATKAN  KEPADA SEMUA N.G.O. DI JOHOR DAN SEMUA BANGSA JOHOR SUPAYA JANGAN IKUT BUDAYA YANG SESAT INI. JIKA TIDAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN, SALURKAN-LAH MELALUI WAKIL-WAKIL RAKYAT YANG TELAH DIPILIH. DAN JIKA WAKIL RAKYAT GAGAL MEMBAWA SUARA HATI RAKYAT, MAKA PILIHLAH PEMIMPIN YANG BARU APABILA TIBA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

19. SISTEM DEMOKRASI NEGARA TELAH DIAMALKAN SEJAK 60 TAHUN YANG LALU, APABILA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 DITANDATANGANI OLEH RAJA-RAJA MELAYU, DI MANA KUASA PENTADBIRAN DITURUNKAN KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN  YANG DI PILIH OLEH RAKYAT.

20. NAMUN BEGITU, SAYA BERASA AMAT KECEWA APABILA ADA PEMIMPIN YANG TELAH DIBERIKAN KUASA, MENJADI SEMAKIN TAMAK DAN INGINKAN KUASA YANG LEBIH BESAR  SEHINGGA SANGGUP MENGHAPUSKAN HAK ORANG YANG MEMBERINYA KUASA DAHULU.

21. INILAH DIKATAKAN SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT, PEMIMPIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI TELAH MEMBUAT BEBERAPA PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

22. TERUTAMANYA PADA TAHUN 1994 YANG TELAH MENJADIKAN YANG DIPERTUAN AGONG  SEBAGAI BONEKA YANG MESTI MENGIKUT TELUNJUK MEREKA.
TINDAKAN MENGHAPUSKAN HAK YANG DIPERTUAN AGONG  ADALAH SAMA SEPERTI MENGHAPUSKAN HAK  RAJA-RAJA MELAYU YANG LAIN.

23. SAUDARA-SAUDARI BOLEH SEMAK SENDIRI PINDAAN YANG TELAH DIBUAT  IAITU PADA PERKARA 40(1A). SIAPAKAH PERDANA MENTERI PADA KETIKA ITU?. JIKA ITU SATU KESILAPAN, MAKA BETULKAN-LAH. TETAPI JIKA MEREKA BERASA SELESA  DENGAN KUASA YANG MEREKA PEROLEHI,  MAKA SAYA PERCAYA  PERKARA INI TIDAK AKAN DIBINCANGKAN.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

24. INGIN SAYA INGATKAN DI SINI  KEPADA ORANG LUAR  YANG DATANG DAN TINGGAL DI NEGERI JOHOR. NEGERI INI TERBUKA LUAS  UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA,  BUKAN UNTUK BANGSA JOHOR SAHAJA.

25. OLEH ITU, APABILA DUDUK DI JOHOR, HORMATILAH UNDANG-UNDANG NEGERI  DAN TUNJUKKAN KESETIAAN KEPADA NEGERI INI.INGATLAH PEPATAH MELAYU ADA MENYEBUT “DIMANA BUMI DIPIJAK  DISITU LANGIT DIJUNJUNG.”

26. BELAJARLAH CARA DAN BUDAYA ORANG JOHOR. SEBAGAI CONTOH, ORANG JOHOR TIDAK MENGANGKAT SEMBAH KEPADA RAJA, TETAPI TAAT SETIANYA TIDAK BERBELAH BAHAGI DAN IKUTLAH CARA PAKAIAN ORANG JOHOR  IAITU BAJU MELAYU TELUK BELANGA.

27. DI JOHOR JUGA BANYAK MAKANAN YANG SEDAP-SEDAP KERANA DI SINI BANYAK KAUM  YANG TELAH DATANG BERHIJRAH, SEPERTI ORANG JAWA, BUGIS, BANJAR DAN LAIN-LAIN. MUNGKIN SEBAB ITULAH  RAMAI ORANG YANG HENDAK BERKAHWIN  DENGAN ORANG JOHOR.  TAPI SAYA PILIH ORANG PERAK.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

28. GENERASI BELIA HARI INI ADALAH GOLONGAN YANG BERUNTUNG KERANA DAPAT MENIKMATI SUASANA HIDUP YANG SELESA  DAN PELUANG PEKERJAAN YANG BANYAK.

29. OLEH ITU SAYA NASIHATKAN KEPADA BELIA MAT MOTOR SUPAYA BERUBAH, JANGAN HANYA DUDUK GOYANG KAKI DAN MENYUSAHKAN IBU BAPA.
SAYA TAHU TIDAK SEMUA MAT MOTOR YANG BERMASALAH, TETAPI KERANA DUA-TIGA YANG BUAT PERANGAI,  SEMUANYA MENDAPAT NAMA BURUK. IBARAT “NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.”

30. PARA BELIA DAN GENERASI MUDA HARI INI, HARUSLAH BERUSAHA  UNTUK MENJADI MANUSIA YANG DISANJUNGI. ELAKKAN DIRI DARIPADA GEJALA YANG TIDAK SIHAT KERANA AWAK SEMUA ADALAH GENERASI MASA HADAPAN YANG AKAN MEWARISI BUMI BERTUAH INI.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

31. SATU PERKARA YANG SERING SAYA TEKANKAN ADALAH ISU PENJAGAAN ALAM SEKITAR DAN KEBERSIHAN. SAYA TELAH MEMINTA KERAJAAN MEMBANTERAS ISU PENCEROBOHAN TANAH DAN MENGHENTIKAN PENGELUARAN LESEN PEMBALAKAN HUTAN.

32. OLEH YANG DEMIKAN, SAYA MINTA KERJASAMA SEMUA RAKYAT UNTUK SAMA-SAMA MEMBANTU KERAJAAN DALAM MENGAWAL AKTIVITI PENEROKAAN TANAH DAN HUTAN    DARI TERUS BERLAKU.

33. BEGITU JUGA DENGAN MASALAH KEBERSIHAN. SEMUA YANG DIPERTUA MAJLIS TELAH DIARAHKAN  UNTUK MENINGKATKAN MUTU KEBERSIHAN DI SEMUA KAWASAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP ORANG RAMAI  YANG MEMBUANG SAMPAH SESUKA HATI. TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA, BUKAN HANYA DIBUAT OLEH  KERAJAAN SEMATA-MATA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

34. SEJAK DARI DAHULU LAGI, NEGERI JOHOR TELAH MENJADI SEBUAH NEGERI YANG PALING MAJU DI TANAH MELAYU. INI KERANA KEDUDUKANNYA YANG STRATEGIK DAN DASAR MESRA PELABUR YANG DI AMALKAN.

35. ALMARHUM SULTAN IBRAHIM TELAH MENJEMPUT DAN  BEKERJASAMA DENGAN PELABUR DARI EROPAH, CHINA,  DAN JEPUN UNTUK MEMBUKA KAWASAN PERTANIAN DAN PERLOMBONGAN DI JOHOR. MALAH BAGINDA JUGA TELAH MENJELAJAH SEHINGGA KE EROPAH DAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MEMPROMOSIKAN JOHOR.

36. PELABUR-PELABUR ASING INI TELAH DIBERIKAN HAK ATAS TANAH YANG DIMAJUKAN, TETAPI TIDAK MEMBAWA BALIK TANAH MEREKA DI JOHOR KE NEGARA MEREKA. KAWASAN YANG TELAH DIMAJUKAN TERUS KEKAL MENJADI PENYUMBANG KEPADA KEMAJUAN EKONOMI NEGERI JOHOR.

37. BEGITU JUGA DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAN PADA HARI INI  DENGAN MENGAJAK PELABUR DARI LUAR NEGARA UNTUK SAMA-SAMA MEMBANGUNKAN SEKTOR HARTANAH DI NEGERI JOHOR. DAN KERAJAAN SENTIASA MEMBUKA PELUANG KEPADA MANA-MANA PELABUR LAIN UNTUK MEMAJUKAN NEGERI JOHOR, BUKAN SAHAJA DARI NEGARA CHINA.

38. OLEH ITU, SAYA BERHARAP AGAR RAKYAT JOHOR  MENGAMBIL PELUANG-PELUANG PEKERJAAN YANG DISEDIAKAN KESAN DARIPADA PEMBANGUNAN YANG PESAT DI NEGERI INI.

39. MALAH HASIL DARIPADA PEMBANGUNAN INI JUGA TELAH MEMBOLEHKAN KERAJAAN MEMBINA LEBIH BANYAK RUMAH UNTUK PENDUDUK TEMPATAN DAN MENINGKATKAN KEMUDAHAN AWAM.

40. LIHAT SAHAJA KEMAJUAN YANG DIBUAT DI PASIR GUDANG INI, YANG DULUNYA SEPERTI TEMPAT JIN BERTENDANG, TETAPI SEKARANG SUDAH MAJU MEMBANGUN. ADAKAH RAKYAT MASIH MENAFIKAN KESAN PEMBANGUNAN YANG DIBUAT?

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

41. KITA SEMUA PASTI TIDAK LUPA DENGAN PERISTIWA KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH BARU-BARU INI. SAYA TURUT MERASA DUKACITA DENGAN BENCANA YANG BERLAKU SEHINGGA ADA YANG TELAH TERKORBAN.

42. NAMUN, APABILA DIMAKLUMKAN MENGENAI APA YANG BERLAKU SEMASA DAN SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT, SAYA MERASA BANGGA KERANA MEMPUNYAI RAKYAT YANG BERSATU DAN BERHATI MULIA.  SEMUA KAKITANGAN HOSPITAL TELAH  BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU MENYELAMATKAN PESAKIT YANG TERLIBAT.

43. BANYAK JUGA PIHAK TELAH TAMPIL MEMBERIKAN BANTUAN TENAGA, MAKANAN DAN KEMUDAHAN UNTUK MEMBANTU MANGSA YANG TERLIBAT.
MALAH JIRAN KITA SINGAPURA JUGA TURUT MENAWARKAN KEMUDAHAN HOSPITAL DAN WAD KEPADA PESAKIT YANG MEMERLUKAN.

44. INILAH SEMANGAT KERJASAMA DAN BANTU-MEMBANTU YANG MESTI KITA PERTAHANKAN, BUKAN SAHAJA KETIKA WAKTU SUSAH, MALAH KETIKA SENANG JUGA KITA MESTI BERSATU.

45. BERKAITAN DENGAN KEADAAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH, SAYA TELAH MAKLUMKAN KEPADA MENTERI KESIHATAN YANG HOSPITAL ITU BUKANLAH KILANG SARDIN.

46. KERAJAAN MESTI MEMBINA SEBUAH HOSPITAL BARU YANG LEBIH BAIK  UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG SEMPURNA. JANGAN SUSAHKAN RAKYAT SAYA.

47. HOSPITAL SULTANAH AMINAH  MERUPAKAN  BANGUNAN WARISAN DI JOHOR, YANG MEMPUNYAI BANYAK SEJARAH. TETAPI MALANGNYA RUPA BENTUK BANGUNAN INI  TELAH BANYAK DIBUAT PENAMBAHAN DAN UBAH SUAI.
SAYA BERHARAP BANGUNAN INI AKAN DIKEMBALIKAN  KEPADA REKA BENTUK ASAL PADA MASA AKAN DATANG.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

48. INGIN SAYA INGATKAN MENGENAI SATU PENYAKIT YANG SEDANG DATANG KE JOHOR AKIBAT SEJENIS VIRUS YANG AMAT MERBAHAYA.

49. VIRUS INI LEBIH TERUK DARIPADA ZIKA KERANA TIADA PENAWARNYA. JIKA PENYAKIT JANTUNG, BOLEH MATI SERTA MERTA. VIRUS INI AKAN MEMBUAT PESAKITNYA  SENGSARA SEPANJANG HAYAT.

50. VIRUS YANG SAYA MAKSUDKAN ADALAH VIRUS PERPECAHAN. VIRUS INI DATANG DARIPADA PARTI POLITIK BARU DAN AHLI-AHLINYA MENJADI PENYEBARNYA.

51. VIRUS INI SANGAT MERBAHAYA KERANA IANYA SUKAR DIUBATI. APABILA MASYARAKAT  TELAH DIJANGKATI VIRUS INI, MAKA MUSNAHLAH KEHIDUPAN RAKYAT DAN KEMAKMURAAN NEGARA.
OLEH ITU SAYA BERHARAP RAKYAT MENJAUHKAN DIRI DARIPADA VIRUS INI. GUNAKAN AKAL FIKIRAN DAN JANGAN SAMPAI MENYESAL KEMUDIAN HARI.

52. PEMBAWA VIRUS INI AKAN MENGHENTAM KERAJAAN SETIAP HARI DAN MENGHASUT RAKYAT SUPAYA MEMBENCI PEMIMPIN. TETAPI KEBAIKAN YANG DIBUAT KERAJAAN SEMUANYA MEREKA BUAT TAK NAMPAK.
APABILA AGENDA ATAU HASRAT MEREKA TIDAK TERCAPAI, MEREKA AKAN BIARKAN MASYARAKAT HIDUP DALAM KEADAAN YANG MENDERITA.

53.SAYA BERCAKAP SEBAGAI ORANG TUA ATAU SEORANG BAPA YANG CINTAKAN PERPADUAN DAN MAHU RAKYAT SAYA HIDUP DENGAN AMAN DAN DAMAI.
SAYA TIDAK MAHU MELIHAT RAKYAT SAYA BERPECAH. SAYA BENCI KEPADA INDIVIDU YANG MEMPUNYAI AGENDA TERSENDIRI, MENGHASUT RAKYAT  UNTUK BERGADUH SESAMA-SENDIRI. APABILA PERPECAHAN BERLAKU, KEHIDUPAN RAKYAT AKAN MENJADI SUSAH. DAN PADA WAKTU ITU, JANGANLAH TOLEH KEPADA SAYA.

SAUDARA SAUDARI SEKALIAN,

54. KEHIDUPAN YANG KITA KECAPI HARI INI ADALAH HASIL DARIPADA USAHA YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN TERDAHULU. DAN SEGALA TINDAKAN YANG KITA BUAT HARI INI PULA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA WARIS DAN GENERASI KITA YANG AKAN DATANG.

55. OLEH ITU, MARILAH KITA BERUSAHA UNTUK MEMBERIKAN MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK ANAK CUCU KITA.

56. SAYA MELIHAT MASA DEPAN NEGERI JOHOR INI AKAN BERTAMBAH BAIK. TETAPI SEGALA-GALANYA TERLETAK KEPADA SIKAP RAKYAT YANG RAJIN BERUSAHA DAN BERSATU PADU, DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA HANYA BOLEH BERCAKAP DAN MEMBERIKAN NASIHAT.

57. SAYA MERASA AMAT GEMBIRA DENGAN PROGRAM YANG DI ANJURKAN INI DAN MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.

58. AKHIR KATA, MARILAH KITA BERDOA  KEHADRAT ALLAH SUBHANAHU WATAALA SEMOGA MENGURNIAKAN RAHMAT KEPADA SELURUH BANGSA JOHOR DAN SEMOGA NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TERUS KEKAL MEMBANGUN DENGAN AMAN DAN SENTOSA.

SEKIAN  WABILLAAHI TAUFIQ  WALHIDAAYAH  WASSALAAMU ALAIKUM  WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.

#LuaskanKuasamu


TIDAK SUKA PEMIMPIN SEKARANG , TUNGGU PILIHANRAYA BARU TUKAR PEMIMPIN.

                             

                          

04 November 2016


Sultan Johor Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar bertitah sebarang bentuk demonstrasi tidak akan
dibenarkan di negeri itu kerana ia dilihat menggugat ketenteraman awam.

Baginda
bertitah, demonstrasi jalanan adalah “budaya sesat” dan tidak baik,
sekali gus menimbulkan kebencian serta perpecahan masyarakat.

"Tindakan
rakyat berkumpul di tempat-tempat awam dan melakukan perbuatan hina
pemimpin dan individu tertentu adalah tidak bertanggungjawab, "titah
banginda

Baginda bertitah demikian dalam Perhimpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang, dekat Johor Bahru malam semalam.

"Individu tersebut jangan terlalu berlagak, ini negeri Johor," titah Sultan Ibrahim
04 November 2016
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah ada seorang pemimpin atasan yang melatah terhadap kata-kata yang dikeluarkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim mendakwa pemimpin tersebut dengan angkuhnya menyerang anaknya dan mendesak permohonan maaf bertulis dari anaknya.

"Individu tersebut jangan berlagak. Ini negeri Johor," titah Sultan Ibrahim dalam Perhimpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang, dekat Johor Bahru malam tadi.

Thursday, November 3, 2016

Bekas Pegawai Bank RM1.5j Setahun@ 1MDB

Jho Low bayar bekas pegawai bank RM1.5j setahun:

 Bekas pegawai kanan Bank BSI Singapura sambung keterangan dalam perbicaraan ke atas individu terlibat urus dana berkaitan 1MDB.

Wednesday, November 2, 2016

Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM


 
*SENARAI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)*
*PENGERUSI*
Y.A. BHG TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
*PRESIDEN*
YB TAN DATO’ SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
*TIMBALAN PRESIDEN*
YB DATO’ SERI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR
*NAIB PRESIDEN*
1. TAN SRI ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN
2. DATO’ ABDUL RASHID BIN ASARI
3. DATO’ HAMIDAH BINTI OSMAN
*KETUA SRIKANDI*
PUAN ANINA BINTI SAADUDIN
*KETUA PEMUDA*
SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN
*SETIAUSAHA AGUNG*
DATO’ DR. SHAHRUDDIN BIN MD. SALLEH
*BENDAHARI*
DATO’ MOHD SALLEH BIN BAJURI
*KETUA PENERANGAN*
DATO’ KAMARUDDIN BIN MOHD NOR
*AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI*
1. KAMARULAZMAN BIN HABIBUR RAHMAN (AHLI MPT - DILANTIK)
2. AKRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI (AHLI MPT – DILANTIK)
3. MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN (AHLI MPT - DILANTIK)
4. MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF (AHLI MPT – DILANTIK)
5. DATUK DR. RAIS HUSSIN BIN MOHAMED ARIF (AHLI MPT – DILANTIK)
6. DATO’ A. KADIR BIN JASIN (AHLI MPT – DIPILIH)
7. MUHAMMAD ZAHID BIN MAT ARIP (AHLI MPT – DIPILIH)
8. DATO’ NORDIN SALLEH (AHLI MPT – DIPILIH)
9. MARZUKI BIN YAHYA (AHLI MPT – DIPILIH)
10. TAN SRI ABD AZIZ BIN MOHD YASSIN (AHLI MPT – DIPILIH)
11. AHMAD FAIZAL BIN AZUMU (AHLI MPT – DIPILIH)
12. TARIQ ISMAIL BIB MUSTAFA (AHLI MPT – DIPILIH)
13. DATUK DR. SUKIMAN SARMANI (AHLI MPT – DIPILIH)
14. HAZLINDA ABD LATIF (AHLI MPT – DIPILIH)
15. NAJWAH HALIMAH BINT ABD HALIM (AHLI MPT – DIPILIH)
16. ULYA AWAMAH BINTI HUSAMUDDIN (AHLI MPT – DIPILIH)
17. DR. MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN (AHLI MPT – DIPILIH)
18. ABU BAKAR BIN YAHYA (AHLI MPT – DIPILIH)
19. WAN MOHD SHAHRIR BIN ABD JALIL (AHLI MPT – DIPILIH)

PAS SEDIA SATU LAWAN SATU MENENTANG BN PRU14.

                       

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata
pihaknya sudah lama membuka pintu perbincangan untuk mewujudkan
pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dalam pilihan
raya umum ke-14 (PRU14).
“PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah.
“Jangan kacau dalam rumah kami,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan PAS berbincang dengan DAP.
Ini susulan kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin
bahawa parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang
diharapkan rakan pembangkang lain untuk pilihan raya depan.
Hashim turut berkata, perkara itu mungkin memberi
gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi
bicara rakan-rakan parti pembangkang.

Bekas perancang kewangan BSI itu dituduh mempermudahkan urus niaga haram melibatkan 1MDB

Bekas pegawai bank BSI temankan Jho Low ke Las Vegas: Jho Low 'sentiasa menjadi bahan berita, mempunyai status ala selebriti dan terlibat dalam urusniaga pelaburan besar di seluruh dunia'.



Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei meneman ahli perniagaan kelahiran
Malaysia, Jho Low menaiki jet peribadi dalam lawatan kerja, Mahkamah
Singapura dimaklumkan.


Menurut Straits Times, bekas penyelia Yeo Kevin Swampillai
mendedahkan Yeo menghadiri perlawanan tinju di Las Vegas dengan Low
tahun lepas dengan bekas pegawai bank itu dikatakan ber'selfie' bersama
bekas juara heavyweight Mike Tyson.


Swampillai yang merupakan warganegara Malaysia memperinci hubungan kerja yang erat antara Yeo dan Low.


Ketika memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan berkaitan 1MDB,
beliau berkata Yeo, 33, meninggalkan BSI Bank pada tahun 2014 selepas
Low menyatakan 'berminat dalam mengambilnya atas keupayaan tertentu'.


Tambah beliau, Yeo yang merupakan rakyat Singapura menganggap ia
sebagai peluang yang lebih baik oleh kerana Low 'sentiasa menjadi bahan
berita, mempunyai status yang seakan-akan selebriti...dan terlibat dalam
urusniaga pelaburan besar di seluruh dunia'.


Pihak pendakwa menimbulkan aspek hubungan erat antara Yeo dan Low
sebagai salah satu sebab Yeo cuba untuk memesong keadilan dalam empat
pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.


Tujuh tuduhan lain melibatkan penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada tahun depan.


Bekas perancang kewangan BSI itu dituduh mempermudahkan urus niaga
haram melibatkan 1MDB yang menjurus kepada penutupan BSI Bank di
Singapura.


Sementara itu, Swampillai turut menambah, pendekatan yang diambil
untuk menyembunyikan AS$5 juta (S$6.9 juta) dalam bentuk yuran rujukan
yang diterima daripada 'melaksanakan pelbagai struktur' dan 'menjalankan
urusniaga kewangan' bagi pihak pelanggan BSI.


Ujarnya lagi, idea untuk mendapatkan komisen itu muncul ketika
kedua-dua mereka berada dalam perjalanan ke Labuan pada tahun 2012.


[Baca berita penuh]


'Riza Aziz perlu bayar kos naiki jet peribadi' Ekorkan lawatan PM ke China

                          

Nov 1, 2016
Ahli
Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bertanya sama ada anak dan anak tiri
perdana menteri, kini diiktiraf sebagai VVIP negara kerana boleh menaiki
jet peribadi kerajaan.

Katanya, jika mereka tidak termasuk dalam
senarai VVIP, adakah mereka membayar kos menaiki jet tersebut dan
berapa jumlahnya yang mereka bayar menaikinya, setakat ini.

Semalam,
video anak tiri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menaiki
jet rasmi yang dalam rangka lawatan ke negeri China tersebar luas dalam
media.

1MDB Subjudis Dalam Parlimen. Jangan Lancang Nanti Kena OSA.

                      

Nov 1, 2016
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu menjawab ketika
ditanya berkaitan siasatan polis terhadap sumbangan bernilai RM2.6
bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuka kembali
apabila maklumat menunjukkan ia sebenarnya bukanlah derma di Dewan
Rakyat sebentar tadi.

Katanya soalan tersebut akan dijawab Menteri Kewangan Kedua datuk Johari Ghani nanti.

Beliau
berkata begitu ketika ditanya ahli parlimen DAP Puchong Gobind Singh
Deo ketika penggulungan Kementerian Dalam Negeri pada sesi perbahasan
belanjawan 2017.

MP Kota Tinggi Memang Anak Jantan. Kami Sokong YB Esanudin

                              

Semalam Dewan Rakyat tegang apabila dua ahli parlimen hampir bertumbuk.

KiniTV
menyiarkan rakaman di mana ketika ahli parlimen PKR Kapar G Manivannan
berbahas dan ahli parlimen BN Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd
Harun Narrashid meminta untuk mencelah tetapi tidak diberikan ruang.

Kekecohan
dilaporkan tercetus, tidak lama selepas Rafizi Ramli (PKR-Pandan)
mengakhiri ucapannya dan kamera parlimen kemudian difokuskan kepada
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said, yang mengarahkan kedua-dua, G
Manivannan dan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid untuk duduk.

Ismail
kemudian mengarahkan ahli parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin untuk
menyerahkan telefonnya kepada bentara parlimen untuk dipadamkan gambar
yang dirakamkan kerana tindakan itu adalah dilarang.

Adalah tidak
jelas apa sebenarnya berlaku tetapi Manivannan dan ahli parlimen
pembangkang lain mendakwa Ehsanuddin menuju ke tempat duduk mereka dan
mahu bertumbuk.

Bagaimanapun, menurut mereka, pegawai parlimen meleraikan Ehsanuddin dan Manivanan.

Tuesday, November 1, 2016

Mufti perjelas puisi 'ke mana pergi subsidi kami'

Mufti perjelas puisi 'ke mana pergi subsidi kami': Puisi 2010 itu antaranya kritik keras 'rampasan' subsidi oleh 'pencuri harta bumi rakyat marhaen'.

 
Walaupun ditulis enam tahun lalu, di tengah-tengah kontroversi
terbaru pembatalan subsidi minyak masak, kecuali bagi paket 1kg, puisi
mufti Perlis mungkin kembali relevan.


Menulis di Facebook semalam, Datuk Dr Asri Zainal Abidin mengakui
ramai yang bertanya sama ada benar atau tidak beliau menulis puisi
berjudul "Ke mana pergi subsidi kami?".


Puisi
panjang itu, yang dimuat naik ke laman web beliau pada September 2010
itu antaranya mengkritik keras "rampasan" subsidi yang menurutnya
menyebabkan rakyat makin susah susulan tindakan "pencuri harta bumi
rakyat marhaen".


“Ramai bertanya; benarkah saya yang menulis puisi ini? Sebenarnya, puisi ini bukan puisi baru. Ia saya tulis pada tahun 2010.



“Saya tulis dengan perasaan saya sebagai seorang rakyat marhaen ketika
itu dan kini masih marhaen yang sama,” katanya dalam tulisan bertajuk
“Betulkah puisi Dr MAZA?”.



Mengulas puisi itu, Asri berkata “sebagai insan yang lemah”, beliau
tidak dapat berdiam dan turut merasa penderitaan golongan bawahan.



“Seluruh urat dan nadi saya rasa bagai digoncang dan seakan memberontak
dari dalam. Saya sering cuma untuk mengawalnya. Ia benar-benar
menghiris-hiris jantung saya.



“Maka, antara cara meringankannya, saya berkarya agar ada sedikit luahan
bebanan rasa. Maka, puisi ini lahir dalam keadaan seperti itu,” katanya
sambil berkata ia ditulis ketika umurnya belum lagi 40 tahun.


Dicadangkan diam



Bagaimanapun, dedahnya, tulisan itu mengundang nasihat sebaliknya apabila ada pihak mahu beliau hanya menyimpannya dalam hati.


“Mereka cadangkan agar saya diam apatah lagi apabila ada kaitan
dengan politik. Kata mereka hal itu boleh membawa banyak kesusahan
kepada saya.



“Nanti ramai pihak cuba bertindak balas dengan pelbagai cara lalu
potensi saya yang lain akan dipinggirkan. Kepada Allah saya serahkan
segala urusan,” katanya.



Justeru, katanya, di era 40-an beliau kini cuba menelan nasihat itu, apatah lagi ketika berjawatan rasmi sebagai mufti.



“Saya mencuba sedaya upaya dalam membenam banyak rasa yang membara di
jiwa. Walaupun hakikatnya ia amat pedih dan tidak mudah bagi sistem diri
saya ini. Insya-Allah saya cuba,” katanya.



Bagaimanapun, katanya, di samping menelan “sabar yang mencabar”, beliau sendiri mempunyai persoalan lain dalam dirinya.



“Jika ada yang bertanya; betulkah itu puisi Dr MAZA. Jawab saya; ya, itu puisi lama. Masa darah muda sebelum angka 40 menjelma.



“Cuma minda saya sendiri tertanya; semalam ataupun hari ini yang lebih benar dan wajar?” katanya.

Bekas pegawai bank berkaitan 1MDB kaut RM78j

Bekas pegawai bank berkaitan 1MDB kaut RM78j: Yeo telah meninggalkan BSI Bank pada tahun 2014 untuk bekerja dengan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low.

Keramat 1MDB Menghiris Guris Berdarah Keramat Parti UMNO. Husni Keseorangan Tanpa Ahli UMNO.

                            

Husni boleh cakap apa sahaja dalam Parlimen, tegas MP BN
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul menegaskan Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah boleh bercakap apa sahaja di dalam Parlimen termasuk
mengenai isu 1MDB.

Namun diminta untuk komen, adakah Husni
mendedahkan rahsia kerajaan, Johari mengambil pendirian untuk tidak
memberi sebarang komen.
Hasil carian imej untuk Siasatan polis ke atas Husni
Siasatan ke atas Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah atas alasan kononnya beliau melanggar sumpah kerahsiaan adalah
tidak mengikut perlembagaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.


Beliau memetik Perkara 63 (2) Perlembagaan Persekutuan yang
menyatakan bahawa "Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding
dalam mana-mana mahkamah berhubung dengan apa-apa diperkatakan [...]
semasa mengambil bahagian dalam mana-mana prosiding sama ada di Parlimen
atau mana-mana jawatankuasanya."


Walaupun
terdapat pengecualian daripada imuniti parlimen mengikut Perkara 63
(4), beliau berkata pengecualian itu berkaitan dengan kesalahan di bawah
Akta Hasutan 1948, dan undang-undang yang berkaitan dengan kedudukan
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dan
kedudukan raja-raja Melayu.


"Apa yang jelas ialah bahawa 1MDB yang disentuh oleh Ahli Parlimen
Tambun, tetapi juga oleh Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin)
dan Ahli Parlimen Semporna (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) tidak
mempunyai sebarang kaitan dengan Akta Hasutan.


"Akta Rahsia Rasmi 1972 juga tidak terpakai dalam keadaan ini, dan
hanya dalam situasi di mana dokumen yang merupakan rahsia rasmi kerajaan
terdedah.


"Perlindungan di bawah Perkara 63 adalah perlu untuk memastikan
demokrasi sebenar di Parlimen, dan jika keistimewaan dan kebebasan itu
dicabuli oleh mana-mana ahli parlimen, beliau hanya boleh dirujuk kepada
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan lanjut.


"Perbincangan mengenai 1MDB adalah sesuatu yang mempunyai kepentingan
negara kerana ia adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah
Malaysia, dan perlu diberi ruang untuk perbincangan, terutama di
Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


[Baca berita penuh]



Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak

                    

Bukti kerajaan tiada duit? Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak...Senang-senang ‘Rosmah dapat RM85 juta’! 

Image result for Gambar minyak masak habis
Ooo..patutlah minyak masak habis di pasaran. Rupanya dibuat minyak pelincir kereta. Haha. (Sekadar gambar hiasan)
Dari PutraJaya terbang ke Beijing..
Rakyat risau bercampur curiga...
Harga Minyak Masak telah dinaikan..
Kini giliran minyak Petrol pula..

Ya.. Allah.. tabahkan hatiku dan marhaen senasib...

Rakyat berang harga bahan api, minyak masak naik serentak

Laman sosial
Facebook malam ini dibanjiri komentar orang ramai yang mengecam tindakan
kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan api dan harga minyak masak
secara serentak berkuatkuasa esok.
Mulai 1
November, harga runcit RON95, RON97 dan diesel naik sebanyak 15 sen
seliter menjadikan kenaikan paling tinggi direkodkan untuk tahun ini.
Pada masa sama,
rakyat Malaysia sebelum ini digemparkan dengan kenaikan harga minyak
masak akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.
Hal ini
menyebabkan harga 1 kilogram minyak masak paket plastik naik 40 sen
kepada RM2.90 manakala minyak masak botol 5 kilogram naik RM1.90 kepada
RM15.25.
Menulis di
ruangan komentar pada status Facebook Najib Razak, Zunairah Abdullah
menyifatkan Presiden Umno itu berbohong semasa pembentangan Bajet 2017
pada 21 Oktober lalu.
“Minyak naik
Datuk (Najib Razak), hari tu Datuk sembang tipu masa BR1M 2017. Ni
semuanya pasal BR1M naik. Minyak pun naik. Minyak masak pun naik,”
keluhnya.
Sementara itu,
Chew Huey menulis, “Dah dijangka. Sikit hari nanti tol pun ikut naik.
Kalau tak, mana mau cari duit untuk bayar BR1M” manakala Rizal Ahmad
secara sinis menganggap rakyat Malaysia bertuah kerana mendapat kerajaan
yang cakna.
“Alhamdulillah,
janji ditepati. Minyak masak naik. Minyak petrol pun naik. Terima kasih
kerajaan kesayanganku. Muahhhhhhh. Nasib baiklah dapat kerajaan yang
prihatin,” sindir Rizal.
‘Rosmah dapat RM85 juta’
Terdapat juga
netizen yang mengaitkan pertambahan peruntukan untuk institusi
pendidikan awal kanak-kanak, Pusat Anak Permata Negara (Permata) yang
dinaungi Datin Seri Rosmah Mansor pada Bajet 2017.
“Rosmah dapat
RM85 juta. Menyusahkan rakyat!” bentak Aziman Azmi manakala Adam Johor
menyoal, “Dunia minyak turun bulan November. Mengapa Malaysia naik?
Tidak masuk akal,” tegasnya.
Hakikat pasaran minyak dunia tidak mencatatkan kenaikan harga mendadak turut diakui seorang penduduk Sabah, Rayner Gumisi.
Beliau
menyifatkan akibat undi penyokong BN pada pilihan raya umum lalu,
kerajaan pada masa ini hanya tahu menaikkan harga barangan keperluan
sebagai cara kononnya bagi menangani masalah.
“Hanya ucapan
tahniah yang dapat diucapkan kepada penyokong buta kerajaan. Semua naik
untuk menyelesaikan masalah negara. Rakyat yang undi rakyat juga yang
tanggung,” kata Rayner lagi.
Walau
bagaimanapun, ruangan komentar status Facebook Najib itu juga dipenuhi
catatan #RespectMyPM oleh penama yang dipercayai ramai netizen lain
berdaftar atas akaun palsu.
Dalam
perkembangan berkaitan, tekanan peningkatan kos sara hidup rakyat sedia
ada turut diakui oleh pemuda yang terjun dari Jambatan Kedua Pulau
Pinang, 26 Oktober lalu.
Pemuda Melayu
berusia 39 tahun itu dalam catatan terakhirnya di Facebook meluahkan
dirinya tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman
terhadapnya yang menjual rokok seludup sebagai tidak setimpal dengan
kesalahan yang dilakukan berbanding kes jenayah berskala besar lain.
“Yang pengarah
tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka
punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan
untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi,”
dipetik daripada akaun Facebook ayah kepada dua cahaya mata berkenaan
yang viral baru-baru ini.

Harga minyak naik lagi bukti kerajaan tiada duit?

Muhammad Faeez Azahar
Muhammad Faeez Azahar
Kenaikan harga
minyak yang diumumkan untuk bulan November membuktikan negara sedang
mengalami krisis kewangan yang meruncing, kata Pengarah Komunikasi
Pemuda Amanah Perak, Muhammad Faeez Azahar.
Beliau berkata,
belum sampai sebulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
membentangkan Bajet 2017, ia telah membuktikan bajet yang dibentangkan
itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan.
"Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2017 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.
"Rakyat baru
sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini
termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan
sebagainya.
"Belum sempat
rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui
kenaikan harga minyak," katanya dalam satu kenyataan.
Mulai esok harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter) manakala diesel pula RM1.90 seliter.
Harga baru
tersebut lebih tinggi berbanding Januari lalu apabila RON95 berada pada
paras RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60).
Harga baru yang
diumumkan oleh kerajaan ini kata Faeez, sudah pasti disambut negatif
oleh masyarakat yang kini dalam keadaan yang sangat tertekan dengan kos
kehidupan yang semakin meningkat.
Beliau
menambah, kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan
harga-harga barangan sekaligus menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya
golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Rakyat perlu
melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada
hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat
kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak,"
katanya.

 




Rafizi pertikai Riza Aziz boleh ada dalam pesawat lawatan Najib ke China

                       

Oct 31, 2016
Ahli
Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli sering kali mempersoalkan tindakan
kerajaan menyewa sebuah jet peribadi khusus untuk isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sejak lima bulan lalu ketika dua
pilihan raya kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Rafizi juga
mempertikaikan bagaimana anak Rosmah, Reza Aziz boleh berada dalam
pesawat kerajaan dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
ke China, semalam.

RUU 355 : Pas Tak Rugi Apa-apa Jika Dikencing lagi, Kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Shahbudin dot com: RUPA-RUPANYA PAS MEMANG RELA DIKENCING UMNO!!: Khususnya ahli-ahli Pas, sila ambil perhatian mengenai kenyataan Idris Ahmad ini. Beliau adalah Naib Presiden Pas, bukannya pemimpin parti p...








Pas tidak rugi jika dikencing Umno, kata Idris Ahmad.Pas tidak rugi jika dikencing Umno, kata Idris Ahmad.Pas
tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang
Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.


Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli
parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama
ditipu oleh BN.


"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.


"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.


Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.


Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya
imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi
meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.


"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.


Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang
oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali
ini.


Pas kini memberikan sepenuh tumpuan untuk memastikan RUU 355 yang
dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh
tradisinya selama ini.


Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB
yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan
alasan tidak ada bukti.



SUMBER

PM bawa anak ke China kerana hormat budaya

Rizal: PM bawa anak ke China kerana hormat budaya:

 Lagipun lawatan ke China itu bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang.

  •     
  •      

    Penyertaan ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan ke Beijing bersesuaian dengan budaya amalan kebiasaan masyarakat China dan keinginan kerajaan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan.
    Pembantu Rosman Mansor, Datuk Rizal Mansor berkata jarang untuk Datuk Seri Najib Razak membawa keluarganya menyertai lawatan rasmi ke sesebuah negara asing.
    Untuk lawatan ke Beijing sekarang ini, kata Rizal, kerajaan China amat menghargai pertalian hubungan moden antara negara itu dan Malaysia sejak kerajaan pimpinan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.
    "Malaysia merupakan negara pertama di kalangan Asean menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing pada 1974," katanya dalam kenyataan hari ini.
    Walaupun perdana menteri jarang membawa keluarga, tetapi kata Rizal, adalah normal untuk beliau mahukan anak-anaknya ada bersama ketika lawatan panjang selama seminggu.
    Apatah lagi katanya jika lawatan itu dibuat selepas mendapat jemputan khas kerajaan asing untuk membawa keluarga.
    "Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut,” katanya.
    Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran penyertaan anak Rosmah, Riza Aziz, dalam penerbangan pesawat kerajaan membawa Najib ke Beijing semalam.
    Riza yang juga anak tiri Najib adalah individu disebut pihak berkuasa AS dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu ke atas 1MDB.
    Riza juga adalah penerbit filem The Wolf of Wall Street lakonan Leonardo DiCaprio.
    Peneyrtaan Riza dikesan melalui tweet berserta gambar Najib mengenai ketibaan beliau di Beijing. Bagaimanapun ia kemudian dipadamkan.
    Rizal berkata terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani kerajaan Malaysia dalam lawatan rasmi berkenaan.
    Ia, katanya, bakal membawa pelaburan bernilai puluhan billion ringgit dan manfaat untuk Malaysia.
    "Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini?
    "Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang," katanya.




    •  

    Pelaburan China di M'sia dijangka meningkat - PM

    Pelaburan China di M'sia dijangka meningkat - PM:

     'China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009.'

                                       Hasil carian imej untuk Bapa Songlap negara

    Hubungan
    ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan
    jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



    Beliau berkata tahun lepas, China melabur US$2 bilion (RM8.4 bilion)
    di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran
    meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.



    "China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan
    yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak
    US$100 bilion," katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju
    Industri China di Beijing pada Selasa.



    Acara anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
    (Miti) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) itu turut
    dihadiri Menteri Miti Datuk Seri Mustapa Mohamed.



    Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin,
    dan semasa di sini, syarikat Malaysia dan China akan menandatangai
    lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan,
    pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan
    panel solar serta pembinaan.



    Putrajaya dan Beijing juga akan menandatangani Perjanjian Rangka
    Kerja Pembiayaan dan Kejuruteraan, Pemerolehan, Kontrak Pembinaan
    Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) bernilai US$13.10 bilion (RM55
    bilion) pada Selasa.



    ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.



    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan ekonomi dan
    perdagangan antara Malaysia dan China sangat menggalakkan berdasarkan
    hubungan perniagaan dan politik yang kini pada tahap tertinggi.



    Beliau berkata syarikat Malaysia seperti IOI Group, Parkson, dan KLK,
    juga menimbang untuk meluaskan operasi masing-masing di China.



    "Kami berkongsi pandangan China bahawa cara terbaik untuk berhadapan
    dengan kekangan ekonomi ialah dengan meningkatkan kerjasama dan
    mewujudkan manfaat bersama dan pertumbuhan mampan menerusi pelaburan dan
    perdagangan," katanya.



    Najib berkata pembabitan China yang semakin meningkat dengan rakan
    dan jirannya, menerusi strategi 'Go Abroad', inisiatif Satu Jalur Satu
    Jalan serta perjanjian pelbagai hala seperti Perjanjian Perdagangan
    Bebas ASEAN-China, membolehkan Malaysia meraih manfaat daripada
    penonjolan China di peringkat dunia.



    Beliau berkata ekonomi Malaysia terus stabil dan berapa pada
    trajektori yang positif dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar
    antara 4 dan 4.5 peratus tahun ini dan meningkat kepada lima peratus
    pada 2017.



    "Berdasarkan asas ekonomi yang kukuh, Malaysia terus menjadi
    destinasi yang sangat menarik kepada pelaburan langsung asing (FDI),"
    katanya.



    Najib berkata pada separuh pertama 2016, FDI yang diluluskan mencecah
    83.3 peratus daripada jumlah FDI yang diluluskan sepanjang tahun lepas.



    Beliau berkata kepelbagaian ekonomi, asas perkilangan yang kukuh,
    infrastruktur moden dan penyambungan, dasar kerajaan yang proaktif
    selain sistem perundangan yang kukuh, menawarkan potensi besar untuk
    memperkukuh kerjasama dengan China.



    "Malaysia juga boleh menjadi gerbang China ke ASEAN dan melepasinya," kata Najib pada pertemuan itu.



    - Bernama

    MELAYU TERKENAL DENGAN ETIKA KESOPANAN DAN KESUSILAAN. TIDAK BAIK MELABEL SESEORANG.

    ADUN dipanggil SKMM kerana kartun 'Bapa Songlap':

    Kartun itu papar Najib tunjuk isyarat lucah sambil pegang wang RM100.

     Hasil carian imej untuk Bapa Songlap Negara

    'Keluarga Jho Low cuba tangkis rampasan aset guna dana 1MDB'

    'Keluarga Jho Low cuba tangkis rampasan aset guna dana 1MDB': Aset itu termasuk AS$100 juta kepetingan dalam EMI Music Publishing Group, jet Bombardier bernilai AS$35 juta dan saham di Park Lane Hotel berjumlah AS$200 juta.

    Monday, October 31, 2016

    Bukti ALLAH Menjaga MEKKAH ! Rudal Balistik Syiah Hancur..

                          

    Oct 30, 2016
    Pasukan
    Alliansi 34 Negara islam berhasil menghancurkan sebuah rudal balistik
    yang di tembakkan oleh pemberontak syiah houthi dari perbatasan
    Yaman-Arab saudi (27/10), seperti dilansir kantor berita arab saudi SPA.

    Kelompok
    Syiah Houthi Yaman dilaporkan melesatkan rudal ke Mekah. Untungnya
    rudal tersebut bisa dicegat hingga tidak sampai ke kota suci umat Islam
    tersebut. Tindakan Houthi pun mendapatkan kutukan sejumlah pihak
    karena.

    Koalisi pimpinan Arab Saud pada Kamis 27 Oktober 2016
    menyatakan pasukannya mencegat satu rudal balistik yang terbang ke arah
    Makkah dari Yaman, dan menuduh petempur Al-Houthi menembakkan rudal itu.

    Koalisi
    tersebut mengatakan rudal itu dihancurkan 65 kilometer dari Makkah, dan
    tidak mengakibatkan kerusakan pada Kota Suci umat Muslim tersebut.

    Namun
    juru bicara militer Al-Houthi membantah tuduhan tersebut pada Jumat,
    dan mengatakan rudal itu ditujukan ke sebuah pelabuhan Arab Saudi di
    Kota Laut Tengah, Jeddah.

    Situasi di Yaman telah memburuk sejak
    Maret 2015, ketika perang meletus antara anggota kelompok Syiah
    Al-Houthi yang didukung mantan presiden Ali Abdullah Saleh- dan
    pemerintah, yang didukung oleh koalisi militer Arab pimpinan Arab Saudi.

    Pasukan
    Saleh dan Al-Houthi menguasai sebagian besar wilayah Yaman Utara,
    sedangkan pasukan pemerintah menguasai sisa wilayah negeri tersebut,
    termasuk tujuh provinsi di Yaman Selatan.

    Berbagai lembaga
    kemanusiaan menyatakan perang saudara itu sejauh ini telah menewaskan
    lebih dari 10.000 orang, melukai 35.000 orang lagi dan membuat dua juta
    orang kehilangan tempat tinggal.

    Institut Al-Azhar, lembaga
    tinggi dunia bagi pendidikan Islam Sunni di Mesir, pada Sabtu mengutuk
    dugaan serangan rudal gerilyawan Al-Houthi yang ditujukan ke Kota Suci
    Makkah di Arab Saudi.

    “Ini adalah tindakan keji, pelanggaran
    serius yang tak pernah terjadi sebelumnya dan tantangan yang membuat
    geram oleh mereka yang memiliki agenda sektarian dan berusaha menguasai
    Dunia Arab,” kata Imam Besar Al-Azhar Ahmed At-Tayyib di dalam satu
    pernyataan.

    Ia menggambarkan penembakan rudal balistik ke arah
    Makkah, kota paling suci buat umat Muslim, sebagai agresi terhadap semua
    prinsip agama, moral dan kemanusiaan.

    Marokko pada Sabtu juga
    “dengan keras mengutuk” dugaan serangan rudal kelompok Al-Houthi dengan
    sasaran Kota Suci Makkah di Arab Saudi, dan mencapnya sebagai “tindak
    kejahatan keji dan tak bisa diterima”.

    “Aksi kejahatan ini
    melanggar kesucian tempat suci agama Islam dan membuat marah jutaan
    orang Muslim di seluruh dunia. Dan itu adalah upaya untuk merusak
    kestabilan serta merusak keamanan Kerajaan Arab Saudi,” kata Kementerian
    Luar Negeri Marokko di dalam satu pernyataan. sebagaimana dikutip
    Xinhua.

    “Marokko menegaskan kembali solidaritas penuh buat
    Kerajaan Arab Saudi, yang bersaudara, untuk menghadapi apa pun yang
    merusak ketenangan serta kedaulatannya, dan menyampaikan kesiapan
    penuhnya untuk mendukung Pemerintah Arab Saudi guna menanggulangi semua
    kejahatan yang akan ditujukan ke Makkah,” kata pernyataan tersebut

    sumber :

    http://www.moslemtoday.com/kota-suci-...

    http://international.sindonews.com/re...

    Sudah Azmin bentang Belanjawan 2017, ADUN BN pegang plakad tapi tak keluar dewan

                                

    Beberapa Adun BN seperti Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang
    Kali), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih), Shahrum Mohd Sharif (Dengkil)
    dan Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara) dilihat memegang plakad'
    'Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat'sebaik Menteri Besar,
    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Belanjawan 2017
    Selangor, di Sidang Dun hari ini.

    Ia adalah sindiran terhadap
    Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertindak keluar Dewan ketika Perdana
    Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan belanjawan negara
    untuk 2017 di Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
    Razak membentangkan Bajet 2017

    Kes Berkaitan 1MDB di Singapura Dibicarakan

    Bicara pertama kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula:

    Perbicaraan berlangsung dalam mahkamah padat, pendakwa mahu panggil sembilan saksi.

     Hasil carian imej untuk BSI 1mdb


    Perbicaraan melibatkan bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei,
    yang didakwa membantu transaksi haram melibatkan 1MDB, bermula hari ini.



    Perbicaraan itu berlangsung dalam keadaan mahkamah padat dan pendakwa berkata mahu memanggil sembilan orang saksi, lapor Straits Times.

    Hasil carian imej untuk BSI 1mdb

    “(Ini) kes pengubahan wang haram paling rumit, canggih dan terbesar yang
    dikendalikan oleh CAD (bahagian hal ehwal komersial polis Singapura),”
    kata timbalan pendakwa raya (DPP) Tan Kiat Phen.



    Tan berkata Yeo diwawancara oleh CAD pada Oktober 2015 dan ditangkap pada 17 Mac 2016.


    Dua lagi bekas rakan sekerja Yeo – Yak Yew Chee and Yvonne Seah – juga berdepan pendakwaan jenayah.



    Mereka didakwa atas salah laku terlibat dalam pemindahan wang kepada
    pelanggan-pelanggannya, termasuk hartawan kelahiran Pulau Pinang Low
    Teak Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.



    Praperbicaraan untuk mereka berdua dijadual pada 24 November.



    Seorang lagi pegawai bank Kelvin Ang, yang dilapor menjadi remisier
    untuk Maybank Kim Eng Securities, juga didakwa membayar penganalisis
    kajian untuk menghasilkan laporan penilaian yang memihak dalam
    sesetengah aset 1MDB.



    Prosiding praperbicaraan untuk Ang ditetapkan pada 17 November.



    [Baca berita asal]


    Harga minyak naik lagi, tertinggi untuk 2016

    Harga minyak naik lagi, tertinggi untuk 2016: Harga diesel naik 48 peratus berbanding kadar termurah Mac lalu.

    Diesel1.301.401.501.601.701.801.902.002.102.202.302.402.50JanFebMarAprMayJunJulAugSeptOctNovRM/litreMonth
    RON 95
    RON 97
    Diesel

    Harga minyak naik lagi untuk dua bulan berturut-turut.


    Untuk November 2016, 
    harga baru 
    RON 95 ditetapkan pada RM1.95
    seliter, RON97 pada RM2.30 seliter dan 
    diesel pada RM1.90 seliter,
    menurut Paultan.


    Ini bermakna berlaku kenaikan 15sen untuk setiap jenis minyak bermula tengah malam ini.


    Harga baru ni juga sekali gus mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.



    Harga baru ini lebih tinggi berbanding Januari tahun ini apabila RON95
    ditetapkan pada harga RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel
    (RM1.60).



    Harga jualan paling rendah tahun ini dicatat pada bulan Mac.



    Berbanding harga itu, harga diesel menunjukkan perbezaan 48 peratus.



    RON95 naik 22 peratus sejak Mac manakala RON97 pula 18 peratus.



    Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang
    mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang
    negara untuk bulan sebelumnya.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...