Lawatan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza
baru-baru ini dapat memberi sokongan pragmatik dan disifatkan sebagai
‘lawatan perpaduan’ oleh rakyat Palestin.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF),
Khalek Awang berkata, selain menjanjikan keamanan masa depan, lawatan
itu turut menekankan kepentingan amalan kesederhanaan dalam pemerintahan
tertinggi.
Beliau berkata, frasa ‘lawatan perpaduan’ memang tepat kerana sejak
1948 berjuta-juta umat Islam dan Kristian Palestin terpaksa meninggalkan
tanah air dan tinggal dalam buangan, namun impian rakyat Palestin
terhadap pendamaian tetap kukuh.
“Dengan melawat Gaza, Perdana Menteri cuba memaparkan kepada dunia
perjuangan rakyat Palestin yang telah bertahan selama beberapa dekad,
sekali gus memberi sokongan pragmatik kepada mereka,” katanya dalam satu
kenyataan di Kuala Lumpur, Jumaat.
Beliau berkata, jika golongan sederhana berusaha secara kolektif dan
lebih prihatin terhadap ketidakadilan yang ditanggung rakyat Palestin,
inisiatif itu pasti membuahkan hasil yang dinanti-nantikan iaitu
perdamaian antara Hamas dan Pihak-Pihak Berkuasa Palestin atau
perdamaian antara Palestin dan Israel.
Najib melawat Gaza, lawatan pertama seorang perdana menteri Malaysia
ke bumi Palestin, pada lawatan kerja tiga hari beliau di Mesir yang
bermula Isnin lepas sebelum menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos,
Switzerland.
- BERNAMA
Ketua Pemuda PAS Dibantai Penyokong Sendiri Gara-Gara Perlekehkan Nasharuddin Mat Isa
Pendedahan
gambar-gambar yang menunjukkan kehadiran bekas Timbalan Presiden PAS,
Nasharuddin Mat Isa di samping Perdana Menteri, Najib Abdul Razak di
a Gaza, telah membuatkan sebilangan pemimpin PAS meloncat, dan pada masa
yang sama, ada pula yang cuba untuk ‘test market’.
Nasharuddin Mat Isa, merupakan figura yang paling dikenali di dalam
PAS. Walaupun desakan demi desakan agar Nasharuddin Mat Isa dipecat dari
PAS, namun sehingga kini, Majlis Syura PAS enggan berbuat begitu.
Pemerhati politik beranggapan, PAS enggan mengambil risiko dalam tempoh
terdekat ini, memandangkan Nasharuddin Mat Isa mempunyai pengikutnya
yang tersendiri. Namun kedudukan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS tidak
akan selamat sebaik-baik sahaja PRU13 berakhir dan keputusan diumumkan.
Nasruddin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS juga nampaknya tidak mahu
ketinggalan dalam hal tersebut. Sama ada dia cuba untuk mendapatkan
perhatian atau barangkali juga ingin menguji sejauh mana pengaruh
Nasharuddin Mat Isa yang selama ini kurang menonjol, hanya dia yang
lebih tahu.
Namun cubaannya untuk memperlekehkan pemergian Nasharuddin Mat Isa ke
Gaza bersama-sama Perdana Menteri dan anggota rombongannya yang lain,
ternyata memakan diri. Nasruddin Tantawi boleh melihat sendiri reaksi
yang diberikan oleh ‘rakan-rakannya’ dalam Facebook yang lebih banyak
membidasnya berbanding menyokong pendapatnya.
Beberapa hari lepas, Nasruddin Tantawi melompat sakan dan begitu
marah dengan Karpal Singh yang memaksa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang
agar mengarahkan Majlis Syura Ulama PAS menarik balik ketetapan yang
telah dibuat berhubung KALIMAH ALLAH. Pada ketika itu, Nasruddin Tantawi
mendapat sokongan yang begitu meluas. Ramai penyokong PAS yang tidak
senang dengan kerenah DAP, memuji-mujinya tatkala sebilangan besar
pemimpin PAS pula menekup telur masing-masing.
Mungkin bertitik tolak daripada reaksi yang diterimanya itulah, Nasruddin cuba melakukan ujian.
Ramai pecacai Pakatan Rakyat yang cuba melakukan tohmahan dan hasutan
berhubung penyertaan Nasharuddin Mat Isa dalam rombongan Perdana
Menteri ke Gaza. Daripada kecaman yang dibuat oleh Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas terhadap kehadiran Perdana Menteri Malaysia di Gaza,
sehinggalah reaksi yang ditunjukkan oleh agen-agen provokator Zionis,
terutama menerusi berita-berita yang disiarkan, para pecacai Pakatan
Rakyat menjadikan seolah-olah kehadiran itu tidak dihargai oleh warga
Palestin.
Dalam hal ini, kita dapat melihat bagaimana golongan yang kononnya
menyokong PAS, turut beraksi seperti ANJING PKR dan DAP. Golongan inilah
yang paling kuat menyalak dan menggonggong mengikut kehendak tuan-tuan
besar mereka. Manakala kepimpinan PAS pula masih lagi terfikir-fikir apa
yang seharusnya dilakukan terhadap Nasharuddin Mat Isa.
Menariknya, ada di kalangan penyokong PAS tegar yang memperkatakan
semula tentang KERAJAAN PERPADUAN yang sangat banyak dikaitkan dengan
Nasharuddin Mat Isa. Kebetulan pula, Najib Abdul Razak ketika berucap di
Gaza, memperkatakan tentang penyatuan antara HAMAS dan FATAH yang
saling bertentangan dan saling berebut pengaruh di dua kawasan Palestin
yang terpisah akibat penjajahan Zionis Israel.
Isu berkenaan KERAJAAN PERPADUAN merupakan krisis paling hebat dalam
PAS. Ramai pengikut akar umbi PAS yang mahukan perpaduan dengan UMNO.
Begitu juga sebaliknya. Namun penguasaan pemimpin-pemimpin PAS yang
lebih condong kepada DAP dan PKR, membuatkan usaha menyatukan PAS dan
UMNO berada dalam status ‘MUSTAHIL’.
Dan walaupun PAS dalam Pakatan Rakyat, tidak ubah seperti bangkai
biawak yang bertutupkan bendera PAS, namun para pemimpin berkenaan yang
sudah mabuk dengan segala macam janji-janji tuan-tuan besar mereka,
terus menghanyutkan para pengikut PAS yang lain dengan ceramah-ceramah
berapi kononnya PAS lebih baik bekerjasama atau lebih tepat lagi menjadi
pecacai kepada PKR dan DAP berbanding menjadi rakan kongsi UMNO dan
Barisan Nasional sekurang-kurangnya di dua buah negeri.
Barangkali reaksi yang diberikan oleh ‘rakan-rakan Facebook’
Nasruddin Tantawi sudah pun dapat difahami oleh Ketua Pemuda PAS dan
para pemimpin PAS lain yang terus hebat memainkan cerita kononnya PAS
tidak akan lebih baik bersama-sama UMNO berbanding menjadi pecacai PKR
dan DAP.