Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali disoal siasat oleh polis Pulau Pinang
berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan meminta umat Islam membakar
Bible versi bahasa Melayu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar
berkata polis merakamkan kenyataan Ibrahim dan akan memanggilnya sekali
lagi dalam beberapa hari.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan
mengeluarkan kenyataan dengan niat membakar sentimen keagamaan dan juga
di bawah Akta Hasutan, kami memandang serius perkara ini,” tegas beliau.
Beberapa pihak termasuk MIC, Gerakan dan DAP sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ibrahim bersabit kenyataannya itu.
Polis sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak
menghadiri sebarang majlis pembakaran Bible Melayu pada Ahad ini di
Butterworth. PERKASA menafikan menganjur majlis itu.
Isu itu timbul selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak supaya
penggunaan kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam Bible bahasa
Melayu di Semenanjung.
Pakatan Rakyat menyokong desakan Guan Eng itu sungguhpun Majlis Syura
Ulama PAS menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab
bukan Islam.
Bakar Bible: Usaha DAP perbesarkan isu kalimah Allah
Kenyataan Dato Ibrahim Ali dalam ceramahnya di Perhimpunan Perkasa di Permatanag Pauh bersama tun Dr Mahathir berhubung membakar Bible harus dilihat dalam konteks yang betul. Baca SINI
Kata-kata Ibrahim Ali hanya reaksi spontan dan kata-kata seimbas lalu yang agak casual yang ditujukan kepada pihak mubaligh Kristian yang telah menyebarkan Bible yang dikatakan adalah Bible Melayu kepada penuntut Melayu Islam di Sekolah menengah Jelutong.Baca SINI
Siapa saja orang Islam akan marah jika pihak gereja atau aktavis Kristian melakukan tindakan sedemikian begitu terbuka kerana ianya menyalahi undang-undang dan perlembagaan dalam artikel 11.4 yang melarang dakwah terhadap penganut ugama Islam.
Disesetngah negeri, perbuatan itu bersalahan di bawah undang-undang syariah negeri dan boeh dihukum.
Ibrahim Ali berhak menyuarakan kemarahan tetapi yang pentingnya tiada usaha untuk lakukan. Ianya hanya kata-kata seimbas lalu keapda sesiapa yang menerima Bible sedemikian yang berniat jahat terhadap tujuan memurtadkan orang Melayu DI Semenanjung.
Namun begitu tiada usaha dilakukan untuk lakukan pembakaran Bible. Perkasa masih dan tidak ubah berpegang keapda prinsip menghormati ugama lain.
Darti episod ini, pendakwah Kristian yang jelas tak hormat penganut orang Islam.
Namun begitu, blog kami serta Flying Kick SINI telah mendedahkan pihak tertentu yang mahu membuat tuduhan palsu terhadap Perkasa kononnya pada Ahad ini akan ada satu perhimpunan untuk membakar Bible di Pulau Pinang.
Tiada sebarang usaha yang dilakukan sebenarnya. Nampaknya pihak DAP sendiri yang ada kepentingan dan dipercayai risalah itu disebarkan mereka untuk sengaja mahu memperbesarkan kenyataan Ibrahim Ali dan terus membesarkan isu kalimah Allah.
Sebenarnya pihak DAP lah sebenar yang mahu membakar Bible.
Suatu yang didapati adalah Bible Inggeris juga edarkan kepada penuntut. Ini hanya bermakna pihak mubaligh Kristian bukan saja menumpu kepada orang melayu tapi turut juga mahu berdakwah pada kaum bukan Kristian lain. Baca Sel13 SINI
Ini teentu sekali hanya mendedahkan apa yang pernah dikatakan tentang agenda DAP untuk menukar Pulau Pinang menjadi Negeri Kristian dan penganut ugama lain akan berhadapan dengan ancaman mubaligh Kristian juga.
Pelbagai pihak menuntut Dato Ibrahim Ali disiasat dan didakwa atas kesalahan menghasut.
Baiklah ... kalau begitu, kenapa tidak Patrick Teoh, Name Wee, LKS, LGE, Karpal Singh, Ng Wei Aik, Khalid Samad, dll juga didakwa kerana menghasut????
No comments:
Post a Comment