Tanah 10,526 Ekar Dikembalikan Kepada 1052 Orang Rakyat Kelantan
Timbul isu tanah, dimana pemimpin DAP Perak dapat 10,526 ekar tanah yang
terletak di Hutan Simpan Relai Gua Musang dengan kadar sewa RM100
SETAHUN SEEKAR untuk kawasan getah dan RM150 SETAHUN SEEKAR bagi kawasan
kelapa sawit, tempoh masa pajakan atau sewaan masing-masing yaitu
selama 50 tahun, dan pemimpin DAP itu menerusi syarikatnya Upayapadu
Plantation Sdn Bhd turut membayar RM 1.5 juta sebagai deposit.
Adilkah 10,526 ekar tanah itu diluluskan hanya kepada dua orang Cina DAP
Perak ? Bagaimana dengan Melayu Kelantan terutamanya pemangkah bulan ? ,
KANTOI: NIK AZIZ TERSILAP PUTAR TANAH KELANTAN
Jika tanah seluas 10,526 ekar diberikan kepada rakyat Kelantan,
masing-masing akan mendapat 10 ekar setiap seorang seramai 1,052 orang,
sumbangan atau deposit kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu
sebanyak RM1.5juta pula jika dikutip dari 1,052 rakyat ini, mereka hanya
perlu mengeluarkan cuma Rm1,452 sahaja setiap seorang, manakala sewa
tahunan secara purata tanah seluas 10 ekar berjumlah Rm1,300.
Dengan 10 ekar tanah tadi, jika rakyat menanam getah sebagai contoh,
mereka akan mendapat sebanyak Rm2,000 sebulan untuk setiap ekar ataupun
Rm20,000 sebulan untuk 10 ekar tanah yang dipajak itu, paling kurang pun
selepas ditolak segala kos, upah pekerja dan JV, mereka mampu untuk
mendapat keuntungan bersih sebanyak Rm5,000 sebulan.
Penduduk kesal tanah Kelantan diberi kepada pemimipin DAP
Sepatutnya, kerajaan Pas perlu mensasarkan rakyat Kelantan yang berada
di luar Kelantan untuk memajak tanah tersebut. Ini kerana, kita
berkeyakinan bahawa mereka ini mempunyai modal serta minat terhadap
tanah berkenaan. Pajakan 50 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan
memadai kerana selepas itu kita pula yang baham tanah. Anda Mampu
Mengubahnya. - Bersambung
No comments:
Post a Comment