PKM TELAH TIADA, JANGAN SIRAM API.
Chua Ch
Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?
ARIF ATANDecember 12, 2017 2:44 pm 0
Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?
Mesyuarat
Meja Bulat antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Komunis China (PKC)
pada 7 Disember dilihat susulan daripada pertemuan kedua-dua pemimpin
parti pemerintah di negara masing-masing sejak tujuh tahun lalu.
Sebelum
ini, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker mendedahkan
Umno melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PKC seawal 4 Ogos 2010.
Urusan
kemasukan warganegara China ke Malaysia sebagai pelancong, pelajar dan
pemastautin juga dilihat dipermudahkan hasil pertemuan pemimpin Umno
dengan pemimpin PKC tahun lalu melalui pelaksanaan sistem pengeluaran
visa secara elektronik, E-visa dan program pengecualian pembayaran visa.
Bakal
menyediakan tenaga kerja bagi memenuhi sektor ekonomi di negara ini
yang dibangunkan pemodal dari negara mereka sekali gus dibimbangi
menjejaskan hak rakyat tempatan.
Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerajaan
China menerima kesemua cadangan Malaysia itu dalam pertemuannya dengan
Menteri Keselamatan Awam, Guo Shengkun dan mesyuarat bersama Setiausaha
Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang, PKC, Meng Jianzhu pada
Februari 2016.
Pada masa sama, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang juga Pengerusi BN beberapa kali mendakwa Malaysia akan
mendapat manfaat besar hasil daripada pelaburan dan projek daripada “One
Belt One Road” (OBOR) oleh China yang pertama kali disebut Presiden, Xi
Jinping pada September 2013.
Gagasan satu wilayah
satu jalan itu menyaksikan China berhasrat untuk membina laluan
bersepadu merangkumi jalan raya, landasan kereta api dan pelabuhan di
negara yang bersempadan dengan wilayahnya.
Peta laluan HSR Kuala Lumpur – Singapura.
Ekoran
itu, pemberian kontrak dan penjualan aset strategik milik negara kepada
syarikat-syarikat milik kerajaan China menyaksikan trend yang semakin
ketara ketika Malaysia terus dibebani hutang mencecah RM685 bilion pada
suku kedua 2017.
Hal ini termasuklah kesediaan China
memberi hutang dalam kuantiti besar melalui pinjaman mudah kepada
Malaysia bagi sejumlah projek mega antaranya projek Landasan Kereta Api
Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.
Majlis
pecah tanah projek yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Tumpat,
Kelantan sepanjang 688 kilometer pada 9 Ogos lepas itu turut menyaksikan
kehadiran Ahli Majlis Negeri China, Wang Yong selaku wakil khas Xi
Jinping; pegawai kanan kerajaan China serta pemegang kepentingan projek
tersebut.
Serentak itu, China dilihat turut
mengukuhkan rangkaian pertahanan dan pengangkutan lautnya melalui minat
republik itu dalam projek pembangunan pelabuhan laut dalam di Melaka
Gateway, Pulau Melaka membabitkan dua syarikat pelabuhan terbesar China
dengan pelaburan mencecah RM8 bilion.
Melaka Gateway menyaksikan pelaburan China berjumlah RM8 bilion.
Projek
Taman Perindustrian Maritim dan Taman Perindustrian Guangdong-Melaka
bagi pengeluaran barangan pengguna elektrik selain pembinaan sejumlah
kawasan guna tanah bagi tujuan perdagangan dan perniagaan juga
dipersetujui pada pertemuan antara kerajaan negeri Melaka dan Wilayah
Guangdong pada 21 September 2015.
Bahkan dua tahun
sebelum itu, pelaburan China mulai tertumpu di Kuantan pada ketika
republik tersebut galak dengan tuntutan terhadap sebahagian besar laluan
perdagangan antarabangsa di Laut China Selatan.
Di
Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Gebeng, Kuantan,
pelaburan China melibatkan pembinaan kilang besi, kilang aluminium dan
loji penapisan minyak sawit selepas pemeteraian perjanjian yang turut
disaksikan Najib pada 5 Februari 2013.
Najib pada
ketika itu juga mengumumkan Guangxi Beibu Gulf International Port Group
Co Ltd akan bekerjasama dengan IJM Corporation Berhad bagi projek
pembesaran Pelabuhan Kuantan merangkumi pembinaan terminal laut dalam
yang baharu dengan kos pelaburan menelan lebih RM3 bilion.
Projek Bandar Malaysia menyaksikan hasrat China untuk membina bandar bawah tanah terbesar di dunia.
Namun,
penguasaan 49 peratus syarikat milik kerajaan China itu dalam MCKIP
serta pegangan 40 peratus dalam Pelabuhan Kuantan mengundang kebimbangan
tentang aspek keselamatan dan kedaulatan negara ini.
Akhir
2015 juga menyaksikan loji-loji penjanaan elektrik Edra Global Energy,
iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijual kepada
China General Nuclear Power Corporation (CGN) dengan harga RM9.8 bilion
walaupun penjana bebas itu dibeli daripada pemilik tempatan dengan harga
RM12 bilion.
Seterusnya, 1MDB pada Mac 2016 telah
menjual 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia, iaitu tapak
lapangan terbang lama Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di
Sungai Besi kepada syarikat usaha sama Malaysia dengan China Railway
Construction Engineering (CREC).
andar Malaysia seluas 197
hektar yang akan menjadi pusat rangkaian kereta api dalam pelan
besar-besaran China melalui OBOR itu juga diuar-uarkan akan menyaksikan
kemunculan bandar bawah tanah terbesar di dunia.
Pentadbiran
Najib juga dilihat terlalu bergantung kepada pinjaman dana dari China
bagi projek raksasa lain seperti pusat kewangan antarabangsa, Tun Razak
Exchange (TRX) seluas 28 hektar di tengah-tengah ibu negara serta projek
Forest City merangkumi 1,370 hektar di Johor dengan pelaburan berjumlah
RM450 bilion.
Perkembangan kerjasama dua hala BN dengan PKC turut diperkukuh melalui komitmen
Persatuan Cina Malaysia (MCA) sebagai parti komponen rejim pemerintah
itu dalam langkah meningkatkan apa yang dipanggil sebagai perkongsian di
semua peringkat.
Buktinya, Ahli Jawatankuasa Pusat
PKC, Song Tao yang juga Menteri di Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa
Pusat PKC dilapor amat menghargai usaha MCA membantu memperkukuhkan
kerjasama antara China dengan Malaysia.
Pertemuan
Song dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tahun lalu itu yang
dilaporkan akhbar milik MCA, The Star pada 6 April 2016 berkaitan
inisiatif China yang dikenali sebagai Jajaran Ekonomi Laluan Sutera dan
Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.
Kemuncak siri
pertemuan pemimpin BN dan PKC arkhirnya menyaksikan 14 MoU Malaysia –
China ditandatangani pada 1 November 2016 membabitkan sektor pertahanan,
ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan.