Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Kesan Amanat hj Hadi. Show all posts
Showing posts with label Kesan Amanat hj Hadi. Show all posts

Friday, March 29, 2013

VIDEO EKSKLUSIF siri 2 : DOSA-DOSA AMANAT HJ HADI AWANG YANG BELUM PERNAH DITONTON OLEH RAKYAT MALAYSIA!

VIDEO EKSKLUSIF (PART II) YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA!

Sebelum ini MiM telah menyiarkan satu video eksklusif yang belum pernah disiarkan kepada umum.

Dan seperti yang dijanjikan, di bawah adalah video bahagian II.


Video : Bukti pembohongan pemimpin PAS dan pembangkang

Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.

Untuk video bahagian 1 : KLIK SINI

Yang lebih memalukan dan menjatuhkan maruah parti PAS ialah apabila Zainon Ismail yang juga dikenali sebagai CN Al-Afghani telah mendedahkan penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, sedangkan kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.

PAS tipu balu dan anak yatim Memali
Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali. 
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit. 
Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS. 
Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali. seterusnya
Sungguh memalukan!

Lihat juga keterangan di dalam video di bawah :


Dr Maza Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Memali 
p/s : Betulkah akan keluar video puak-puak DAP yang melonjak menjerit menimbulkan ketegangan sesama rakyat Malaysia hingga berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969?


sumber selanjutnya di   http://novandri.blogspot.com/2013/03/video-eksklusif-part-ii

Thursday, March 28, 2013

VIDEO EKSKLUSIF DOSA-DOSA AMANAT HJ HADI AWANG YANG BELUM PERNAH DITONTON OLEH RAKYAT MALAYSIA!

VIDEO EKSKLUSIF YANG BELUM PERNAH DITONTON OLEH RAKYAT MALAYSIA!

Video di bawah sekaligus telah memalukan parti PAS yang selama ini berbohong tentang isu besar yang pernah berlaku di negara ini.


Video eksklusif ini belum pernah tersiar. Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.

Di antara isu di dalam video PART 1 ini:

1. Menjadikan wanita & kanak2 sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

3. Kita akan lihat suasana di dalam madrasah Ibrahim Libya yang penuh dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari Libya.

4. Manakala AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA yang turut memecahbelahkan umat Islam dengan sembahyang dua imam dan sebagainya.


5. Yang paling menariknya ialah temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya sangat kecewa kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi.

Video eksklusif Tragedi Berdarah Memali
Video eksklusif yang belum pernah tersiar... Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Dan segala yang berlaku adalah yang benar-benar berlaku, bukannya seperti rekaan oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.

Anda lihat juga 'KERTAS PUTIH MEMALI' http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf

Dan sehingga ke hari ini, parti PAS masih tidak dapat menjawab persoalan rakyat tentang Tabung Memali. Berapa dan kemanakah perginya tabung tersebut?

MiM percaya rakyat sedar dengan propaganda dan permainan politik kotor pakatan pembangkang selama ini. Dan PRU13 adalah masa yang terbaik untuk menolak pakatan pembangkang.

Kita nantikan video eksklusif Part 2 tidak lama lagi.

Saturday, December 22, 2012

KESAN AMANAT TG HJ HADI AWANG

kESAN 1

Paksa adik ipar bernikah semula kerana dinikahkan imam kerajaan - Bekas Kader PAS #PASSesat #PenipuRakyat

BESUT 21 Dis. - Zakaria Daud (gambar), 74, dari Kampung Awek Darau di sini mungkin salah seorang yang benar-benar kecewa dengan Pas setelah mensia-siakan sekian banyak masa dan tenaga sepanjang hidupnya untuk membantu parti itu.

Beliau yang menjadi kader parti sejak usia belasan tahun berusaha mewujudkan dua buah premis yang digelarnya 'masjid' di kampung dengan memerah keringat membinanya di samping berusaha mengumpulkan derma untuk menyiapkannya agar penyokong Pas boleh solat berasingan termasuk solat Jumaat.

Zakaria juga tukang sembelih bagi memastikan sembelihan halal setelah benar-benar diyakinkan oleh para pemimpin Pas dalam siri ceramah mereka tentang tahap keislaman dua parti Melayu yang bertentangan itu dan para penyokong mereka.

"Ketika amanat Haji Hadi memuncak,Datuk Seri Hadi Awang turut datang ke sini bersama tokoh-tokoh lain dan dalam ceramah mereka,apa yang kami semua faham bahawa bukan sahaja UMNO tetapi penyokong juga kafir,tidak boleh makan sembelihan mereka" ujarnya yang menyara kehidupan dengan menjalankan kerja kampung.

Beliau menyatakan demikian ketika menyingkap kembali isu Amanat Haji Hadi yang masih memecahbelahkan masyarakat di kampungnya sehingga di samping pendedahan bekas penyokong tegar Pas,Zainon Ismail dalam bukunya 'Kafirkah aku' yang mendedahkan puluhan ribu penyokong parti itu masih berpegang kepada amanat tersebut

Katanya,masjid tersebut dianggap tercemar dn tidak sah solat berimamkan imam lantikan kerajaan yang dianggap memihak kepada UMNO,parti yang dianggap kafir.

"Malah pernikahan oleh imam kerajaan juga TIDAK SAH hinggakan saya paksa adik ipar saya dinikahkan semula dengan imam PAS sebelum dia dan isteri menginjak kaki ke rumah" ujarnya.

Lihat seterusnya di Utusan Malaysia hari ini.Isu panas ni

P/S : Ape sialnya benda alah ni.Habis berapa ramai anak luar nikah kt luar sana kalau semua yang dinikahkan oleh imam kerajaan tak sah?Banggang punya PAS

kESAN 2

AHLI PAS DIPAKSA CERAIKAN ISTERINYA???!!!


Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"
Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."


kESAN 3

(BEKAS) ORANG KUAT PAS SENDIRI KATA HADI AWANG SESAT


passesat

Bila para Mufti di negara ini menggesa agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1981 kerana mencetus kepada pepecahan umat Islam, seluruh puak-puak PAS marah sampai merah muka.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tergopoh gapah cuba menyelamatkan “boneka”nya itu dengan “menghalalkan” amanat tersebut sambil memperlekehkan tahap ilmu yang dimiliki oleh para Sahibussamahah Mufti-Mufti tersebut.

Tidak cukup dengan itu, para pemimpin UMNO yang menyelar amanat tersebut dan senada dengan para Mufti itu turut dihentam habis-habisan meskipun aqidah Islam mereka menjadi mangsa dikafirkan Abdul Hadi sesuka hatinya.

Secara rasional sebagai umat Islam yang mengenepikan sentimen politik dan berlaku neutral bagi kepentingan perpaduan umat Islam, saya ingin menegaskan bahawa telah berlaku pepecahan yang sangat dahsyat akibat amanat “sesat” Presiden PAS itu.

Misalnya, pendedahan seorang bekas Ketua Dewan Pemuda PAS di Kedah, Shahidi Said, 41, memberitahu media betapa amanat tersebut telah menyebabkan seorang Imam PAS enggan menguruskan mayat seorang lelaki yang di kampungnya.

Menurut bekas Ketua Pemuda PAS itu, arwah bapanya telah ke sebuah masjid di Pendang untuk menjemput Imam masjid berkenaan selaku individu yang kebiasaannya melakukan tugas-tugas menguruskan jenazah.

Namun malang, tunggu punya tunggu punya tunggu, Imam tersebut tidak muncul-muncul sehinggalah waris simati terpaksa mencari pihak lain untuk membantunya menguruskan jenazah lelaki tersebut.

Shahidi yang ketika itu masih lagi menjadi Ketua Pemuda PAS di kawasan tersebut telah mendapatkan Imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah sehingga menyusahkan anak-anak qariah yang lain.

Mudah saja jawapan Imam itu. “Lelaki itu orang UMNO, dan orang UMNO itu kafir kerana menolak Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW”!

Nah! Lihatlah pepecahan yang diakibatkan oleh amanat songsang seorang Presiden sebuah parti yang mengkafirkan umat Islam yang lain semata-mata berpaksikan kepada POLITIK!

Sebenarnya, saya mengenali Ustaz Shahidi secara peribadi dan berkawan baik dengannya. Berlatar belakangkan pengajian agama di pondok-pondok tersohor di kawasan utara semenanjung, beliau kini sudah meninggalkan PAS kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Ketika bersembang dengannya baru-baru ini, dia menyatakan bahawa tindakannnya keluar dari PAS merupakan satu jihad ke arah Islam dengan niat menyatu-padunya umat Islam di Malaysia sebelum berganjak ke arah perlaksanaan sebuah negara yang lebih Islamik.

Menurutnya, PAS tidak mampu berbuat demikian memandangkan parti tersebut hanya Islam pada namanya namun di dalamnya begitu “kotor”, apatah lagi setelah bergelumang dengan “najis” DAP dan PKR yang semakin merosakkan bekas partinya itu.

Itu hanya satu kes yang berlaku dan diakui sendiri oleh seorang bekas Ketua Pemuda PAS di Kedah. Cuba anda bayangkan pula apa yang berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara dari akibat amanat Hj Hadi yang tidak bertanggungjawab itu.

Bukan soal politik sebenarnya. Gesaan ini lebih bersifat survival dan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini yang begitu ketara terpisah hanya disebabkan satu “fatwa” amanat yang disampaikan oleh seorang pemimpin yang “bertuhankan” POLITIK.

Kalaulah benar PAS itu mendahulukan Islam, rasanya sudah lama Hj Hadi ditegur dan dinasihati. Dan jika dia berdegil untuk tidak menarik balik amanatnya, sudah tentu dia sudah lama dipecat dari PAS.

Namun mungkin kerana terlalu taksub dan mendahulukan politik berbanding Islam, PAS sanggup mempertahankan amanat Hj Hadi yang kini menghantui setiap nafas umat Islam di dalam parti itu untuk membenci saudara seagamanya yang menyokong UMNO.

Persoalannya, sampai bilakah puak-puak PAS ini akan terus dipergunakan pemimpin mereka yang mempergunakan Islam demi kepentingan dan mengejar kuasa politik di negara ini? Inikah cara yang diajar Rasulullah SAW? Saya yakin tidak…

kESAN 4

Saya berdosa sebarkan amanat Hadi Awang - Ahli PAS

Ini pengakuan penyokong PAS.Berapa ramai yang sudah disesatkan?Nauzubillah

Sebab amanat inilah sampai ada yang tak nak uruskan jenazah sesama Islam kerana berlainan parti.

Mungkin PAS akan cakap pengakuan ini adalah konspirasi UMNO.Sebab u oll kan tau PAS ni memang parti yang maksum.

Jangan sampai anak-anak anda menjadi mangsa kesesatan PAS neh.Fikir-fikirkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...