Pun begitu pemimpin pembangkang masih menyokong tuntutan sesat Comango
ini. Hairan bin ajaib anda pula masih menyokong mereka yang menyokong
tuntutan sesat Comango ini!
Kenyataan Media MuslimUPRo
Dari 17 hingga 31 Oktober 2013, delegasi rasmi MuslimUPRo seramai 16
orang telah berada di Geneva, Switzerland sebagai sebahagian usaha
melobi serta menjadi pemerhati semasa sesi UPR Malaysia berlangsung pada
24 Oktober 2013. Seramai 5 ahli delegasi telah ditauliahkan akreditasi
pemerhati dengan status konsultansi NGO ECOSOC manakala 11 lagi sebagai
pemerhati biasa.
Fokus
MuslimUPRo ialah pada menjelaskan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan
Persektuan serta memastikan perwakilan kerajaan tegas menolak
tuntutan-tuntutan oleh mana-mana NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) yang
menafikan implikasi keistimewaan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan
Persekutuan dan realiti keagamaan masyarakat Malaysia.
MuslimUPRo mengiktiraf proses UPR sebagai salah satu mekanisme bukan
teknikal bagi semakan rekod HAM sesebuah Negara dan mahukan Malaysia
meneruskan komitmen terhadap proses tersebut selagi mana tidak wujud
tuntutan-tuntutan yang mencemar kedaulatan Negara dan kedudukan Islam
sebagai agama persekutuan. Perlu juga ditegaskan bahawa MuslimUPRo tidak
menentang mana-mana saranan atau tuntutan yang mempunyai asas keabsahan
(legitimate basis), termasuk yang dikemukakan melalui NGO-NGO HAM.
Penerimaan muktamad (final adoption) laporan bagi Malaysia pada
pusingan kedua sesi UPR 2013 ini hanya akan dilakukan semasa sesi ke 25
Majlis Hak Asasi Manusia (OHRC) yang akan berlangsung pada bulan Mac
2014. Walaubagaimanapun, deraf laporan untuk penerimaan awal
(preliminary adoption) pada 31 Oktober 2013 memberikan gambaran umum
tentang respons Negara-negara anggota PBB terhadap rekod HAM Malaysia
yang sah serta berkredibiliti. Semasa sesi penerimaan awal semalam (31
Oktober 2013), perwakilan tetap Malaysia ke Geneva, Tuan Yang Terutama
Dato’ Mazlan Muhammad yang berucap dalam sesi penutup telah mengulangi
komitmen Malaysia kepada proses UPR dan menyatakan komitmen Malaysia
untuk meneliti kesemua 232 syor untuk diberikan respons sebelum sesi ke
25 Majlis HAM pada bulan mac 2014 kelak.
Terdapat pelbagai
saranan yang dikemukakan kepada Malaysia oleh 104 negara. Pada
hakikatnya, beberapa saranan tersebut adalah selari dengan kandungan
tuntutan-tuntutan di dalam laporan COMANGO yang membentuk sebahagian
dari asas semakan UPR pada kali ini. Secara khusus, MuslimUPRo telah
membangkitkan tindakan COMANGO mencabar kedudukan Islam di Malaysia
(disebalik tuntutan COMANGO untuk Malaysia menandatangani ICCPR dan ini
terzahir dalam saranan beberapa negara seperti Poland, Latvia, Sierra
Leone, Benin, Uruguay, Ireland, Slovenia, Mesir, Slovakia dan
lain-lain), isu pengiktirafan hak-hak LGBT (saranan negara negara
seperti Jerman, Croatia, Perancis, Argentina, Kanada, Belanda dan
Austria) serta tuntutan mengizinkan amalan dan penyebaran Syiah (dengan
bertopengkan saranan menghapuskan tindakan-tindakan Malaysia yang
didakwa sebagai “anti diskriminasi agama” yang ditimbulkan perwakilan
Iran). Ini membuktikan kebenaran dakwaan MuslimUPRo mengenai niat tidak
baik COMANGO mencemarkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa melalui
tuntutan-tuntutan tidak munasabah tersebut.
MuslimUPRo
berkongsi pendirian kerajaan Malaysia melalui ketua delegasinya Dato’ Ho
May Yong, Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Pelbagai Hala,
Kementerian Luar berkenaan keperluan untuk meningkatkan perhatian dan
tindakan bagi memperbaiki pencapaian HAM di Malaysia. Walaubagaimanapun
MuslimUPRo konsisten dengan pendirian bahawa sebarang keputusan dan
tindakan menjalankan HAM hendaklah mengikut lunas dan kerangka
Perlembagaan Persekutuan, khususnya berkenaan kedudukan Islam sebagai
agama persekutuan.
Sehubungan dengan itu, MuslimUPRo ingin
menyeru Kerajaan Malaysia agar berhati-hati di dalam menerima syor-syor
yang dikemukakan di dalam deraf laporan tersebut, khususnya pada
perkara-perkara berikut:
1) Syor- untuk menandatangani ICCPR
dan ICERD, sebagai contoh para perenggan-perenggan 146.4, 146.5, 146.6,
146.8, 146.9, 146.10, 146.12, 146.13, 146.22, 146.23. MuslimUPRo telah
memberikan peringatan awal bahawa Artikel 18 di dalam ICCPR, yang dibaca
bersama di dalam UDHR akan membuka ruang untuk individu Islam
meninggalkan agama mereka (murtad);
2) Syor berkaitan hak-hak
golongan LGBTI pada perenggan-perenggan 146.98, 146.99, 146.100,
146.101, 146.102, 146.103, 146.104 di dalam deraf laporan. Adalah
mustahak untuk diketahui bahawa lobi berterusan yang agresif mengenai
hak-hak LGBTI ini berlaku di pelbagai peringkat semenjak kebelakangan
ini, khususnya oleh kerana hujah yang didasarkan pada Perisytiharan
Prinsip-prinsip Jogjakarta 2006 telah dibuat di Negara Muslim terbesar
di dunia iaitu Indonesia. Malaysia seharusnya meneruskan sikap
konsistennya menolak pengiktirafan hak-hak LGBTI seperti yang dizahirkan
ketika menarik diri dari Forum mengenai SOGI di Majlis Hak Asasi
Manusia bersama-sama Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) pada bulan Februari 2012 serta apabila menandatangani Deklarasi
Hak Asasi Manusia ASEAN pada bulan November 2012;
3) Saranan
berkenaan hak kebebasan beragama seperti pada perenggan-perenggan
146.152, 146.153, 146.156 di dalam deraf laporan. MuslimUPRo ingin
mengiktiraf kenyataan perwakilan Malaysia melalui JAKIM yang menegaskan
penerimaan fahaman sunni sebagai fahaman arus perdana umat Islam di
Malaysia. Ketetapan pendirian ini perlu diteruskan bagi mengelakkan
perselisihan tidak perlu di kalangan umat Islam di Negara ini.
Jika diukur segi impak penglibatan MuslimUPRo sebagai pelobi dan
pemerhati yang diberikan status konsultatif NGO ECOSOC pada semakan
pusingan kedua 24 Oktober 2013 lepas, MuslimUPRo ingin menegaskan
pemerhatian seperti berikut:
1) MuslimUPRo telah berhadapan
dengan kewujudan mentaliti dan budaya Islamophobia dan double standard
yang meluas di kalangan NGO HAM Barat akibat salah faham dalam jangka
masa yang lama. Wujud juga tanggapan salah bahawa gelanggang HAM ini
adalah monopoli NGO tertentu. Sikap ini terzahir apabila kehadiran
MuslimUPRo, seperti dijangka, telah dilabel beberapa pihak dengan
istilah stereotaip media barat seperti “fundamentalis Muslim” dan tidak
dilihat sebagai salah satu elemen penting yang mewakili realiti
kepelbagaian agama dan budaya negara negara anggota PBB. Adalah
menghairankan apabila ada NGI melahirkan keprihatinan mengenai hak-hak
orang Islam maka diberikan tanggapan yang negatif oleh NGO HAM;
2) MuslimUPRo menegaskan pendirian bahawa hanya kerana beberapa
negara-negara Islam atau majoriti Muslim telah menandatangani konvensyen
dan instrumen HAM antarabangsa, maka tidak semestinya Malaysia juga
turut menandatangani konvensyen dan instrumen tersebut. Negara-negara
seperti Maldives dan Turki tidak mempunyai status yang sama seperti
Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, manakala Mesir
dan Tunisia dan beberapa Negara majoriti Muslim lain agak malang kerana
telah dinafikan hak-hak untuk mengetahui kesan-kesan jangka panjang
konvensyen dan instrumen yang ditandatangani, oleh kerana sangat kurang
berlaku wacana kritis dan kefahaman yang betul di kalangan negara negara
Muslim tersebut tentang prinsip prinsip HAM yang bersesuaian dengan
Islam;
3) MuslimUPRo telah memecahkan dominasi NGO-NGO HAM yang
membuat beberapa tuntutan tidak munasabah di dalam laporan COMANGO
bertarikh 11 Mac 2013 yang menjadi sebahagian asas semakan rekod HAM
Malaysia. Malah, terzahir sikap hipokrit COMANGO yang membuat aduan
terhadap Majlis Hak Asasi Manusia mengenai kehadiran MuslimUPRo sebagai
pemerhati di dalam proses UPR pada kali ini dan memberikan persepsi
kurang tepat mengenai kedudukan Islam di Malaysia kepada beberapa misi
perwakilan Negara-negara Barat di Geneva;
4) Di sebalik
keterbatasan sumber yang mengekangnya, MuslimUPRo telah melalui siri
dialog dan perbincangan dengan beberapa NGO HAM di Geneva, telah berjaya
mengenengahkan perspektif yang betul mengenai kedudukan Islam di
Malaysia menurut Perkara 3(1) dan Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan
yang wajib dihormati dan diambilkita dalam melaksanakan idea dan
tindakan HAM;
5) Sebagai langkah jangka masa panjang,
MuslimUPRo telah mewujudkan kerjasama strategik bersama beberapa NGO HAM
berpengkalan di Geneva yang sedar wujudnya salah faham meluas mengenai
rekod sebenar HAM di Malaysia khususnya berkaitan Islam dan umat Islam.
MuslimUPRo juga akan memulakan latihan berbentuk zamalah kesarjanaan
(fellowship) untuk aktivis-aktivis terpilih bagi memastikan wujud
keberkesanan usaha melobi di dalam UPR di masa hadapan;
6)
MuslimUPRo juga menyambut baik respons dan cadangan daripada Duta dan
Perwakilan Tetap OIC ke Geneva, Tuan Yang Terutama Sliman Chaikh yang
mahukan kerjasama utuh diantara NGI dan negara negara Pertubuhan
tersebut, dalam mengenengahkan isu isu HAM yang absah di kalangan negara
negara anggota. Ternyata peranan Malaysia sangat diperlukan untuk
mewujudkan gelombang baru kesedaran dan penyertaan proaktif negara
negara OIC di dalam proses UPR dan instrumen instrumen HAM lain;
7) MuslimUPRo juga akan memulakan inisiatif untuk mengemukakan laporan
stakeholder yang lengkap bagi dijadikan asas pertimbangan semakan rekod
HAM Malaysia pada pusingan UPR di masa hadapan (tahun 2017/2018).
Akhirnya, MuslimUPRo juga ingin melontarkan dua persoalan berikut:
1. Pendirian Majlis Peguam
MuslimUPRo mempersoalkan sama ada Majlis Peguam telah mendapat mandat
daripada ahli-ahlinya, khususnya yang beragama Islam, untuk menyokong
serta menjadi sebahagian gabungan COMANGO yang telah mengeluarkan
laporan yang terkandung di dalamnya tuntutan perkara-perkara yang
bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan
menyemarakkan homoseksual melalui tuntutan menghapuskan seksyen 377(A)
Kanun Kesiksaan? Umum mengetahui bahawa kira-kira 40% keahlian badan
tersebut terdiri daripada kalangan peguam beragama Islam justeru
mustahil mereka telah memberikan mandat untuk menyokong