Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label PKR FITNAH. Show all posts
Showing posts with label PKR FITNAH. Show all posts

Friday, May 31, 2013

SULTAN SELANGOR MURKA : JANGAN TIPU RAKYAT





*Korang tengok ruangan komen kat sini (FB Sinar), ramai MACAI dah meroyan.



Post Pic
[ULASAN] Ada lima perkara yang dititahkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada kerajaan baru negeri Selangor dalam upacara angkat sumpah jawatan 10 exconya sebagai pedoman untuk jangka lima tahun akan datang.
 
Pertama, baginda mengingatkan bahawa kerajaan negeri wajib melaksanakan semua janji atau manifesto yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu. Ini kerana manifesto ialah janji.
 
Jangan tipu rakyat
 
Soal ini amat penting bagi baginda kerana rakyat yakin dan menaruh harapan apabila memilih parti tertentu untuk mentadbir negeri bersandarkan janji-janji yang dibuat dalam manifesto. 
 
“Oleh itu amatlah penting ianya ditunaikan dan janganlah melupakan rakyat yang menaruh harapan untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana rakyat hidup dengan penuh harmoni,” titah baginda dalam ucapan Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Exco Selangor di Istana Alam Shah pada Khamis.
 
Selepas PRU-12 pada 2008, banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri kerana gagal melaksanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Rakyat.
 
Antaranya, gagal memberi air percuma secara menyeluruh, tidak memberi bantuan elaun kepada ibu tunggal dan kanak-kanak yang belajar di peringkat taska. 
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, apabila diajukan masalah berkenaan cuma menjawab ringkas bahawa "manifesto bukan janji".
 
Jangan heret Sultan dalam kancah politik kepartian
 
Kedua, baginda tidak mahu diheret dalam kancah politik kepartian baik oleh parti memerintah mahupun parti pembangkang.
 
Perkara ini dihuraikan oleh Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Munir Bani dengan mengambil contoh isu kelewatan pelantikan ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) yang cuba dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan karenah istana.
 
“Saya ingin mendapat kerjasama dari penulis-penulis laman sesawang dan blog supaya tidak mengheret pihak Istana terutama Sultan Selangor dalam apa jua perkara tanpa siasatan terlebih dahulu.
 
"Ini bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap Sultan Selangor khasnya dan pihak Istana amnya,” kata beliau dalam satu kenyataan. 
 
Menjelaskan punca kelewatan pelantikan exco Selangor, Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin pada 14 Mei lalu telah menitahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan senarai exco untuk diperkenan.
 
Selaras dengan peruntukan undang-undang, Abdul Khalid berjanji mengemukakan nama-nama exco setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti komponen dalam tempoh satu minggu.
 
Sultan titah MB kemuka senarai Exco sejak 14 Mei
 
Mohamad Munir berkata, baginda pada 20 Mei lalu telah menerima surat mengandungi senarai nama exco semasa Abdul Khalid bercuti membuat rawatan di luar negara.
 
“Menteri Besar Selangor hanya menghadap bagi mendapat perkenan Sultan Selangor pada Isnin 27 Mei lalu selepas beliau kembali ke tanah air.
 
“Oleh itu tidak benar tohmahan oleh seorang Ahli Parlimen Selangor yang menyatakan kelewatan pelantikan exco disebabkan memenuhi kehendak Sultan Selangor,” katanya.
 
Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang menyebut kelewatan berkenaan kerana Sultan Selangor mahu melihat nisbah exco yang berlainan pada kali ini.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS III itu dalam blognya 20 Mei lalu berkata pihaknya difahamkan Sultan mahu formula 6:4, iaitu enam exco Melayu berbanding 4 exco bukan Melayu berbanding formula 5:5 yang digunakan sebelum ini.
 
Selain Khalid, seorang pemimpin kanan PKR juga dilaporkan membuat kenyataan bahawa ADUN Sri Andalas Xavier Jayakumar tidak dilantik sebagai exco bagi penggal kedua kerana tidak mendapat perkenan baginda.
 
Wakil rakyat perlu utamakan keperluan rakyat, titah Sultan
 
Peringatan ketiga baginda ialah, setiap wakil rakyat yang diberi mandat mesti menghindar dan jangan sesekali melakukan dosa dan khianat rasuah.
 
Keempat, baginda juga mengingatkan ahli-ahli Berhormat supaya sentiasa berhati-hati menjalankan tugas dan jangan cuba mengelirukan rakyat tidak kira dalam isu apa sekalipun.
 
Ini memandangkan rakyat sekarang sudah bijak menilai dan dibantu pula dengan media massa yang bebas dan media elektronik yang canggih sekali gus membolehkan rakyat menerima maklumat dengan cepat.
 
Kelima, Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa mereka yang sudah diangkat untuk menjadi wakil rakyat supaya sentiasa mendampingi rakyat. 
 
"Janganlah apabila memerlukan undi, ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka hingga ke dapur rumah tetapi apabila telah mendapat undi dan memperoleh kemenangan, kelibat ahli Yang Berhormat sekelian pun tidak kelihatan.
 
“Beta tidak berkenan mereka yang telah mendapat mandat ini mengambil kesempatan untuk memperolehi sesuatu demi kepentingan diri sendiri,” titah baginda.
 
Apakah makna peringatan Sultan Sharafuddin ini? Sudah pasti ia adalah penterjemahan firasat baginda bahawa masih banyak yang tidak kena dengan kerajaan Pakatan Rakyat dalam penggal lalu.
 
Namun sebagai raja berjiwa rakyat, baginda tidak mahu mencampuri ehwal urusan kerajaan. Baginda sentiasa peka keperluan rakyat dan peringatan ini diberikan tepat pada masanya sebagai sempadan supaya bila menjadi pemimpin, usahlah angkuh dan menganggap dirinya sempurna. 
 

sumber

 

Monday, April 8, 2013

VIDEO SKANDAL NIK NAZMI TERBONGKAR

Macam mana boleh bocor...?

Rakaman video klip dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh ADUN Seri Setia, wakil rakyat PKR ini, Nik Nazmi telah mengkhianati penduduk Taman Medan...!
Ini adalah video+audio original. Durasi asal terlalu panjang, jadi telah diringkaskan. Buat apa nak tipu, bukan dapat apa pun, dapat dosa sahaja.

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.

Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

TheRakyatMarhaen

Friday, April 5, 2013

Pengundi Pru13 , P150 Batu Pahat TOLAK Calon PKR Datuk Idris Jauzi ( Bekas ABIM)






Jeng Jeng Jeng..Alamak! Semakin hari semakin teruk perpecahan PKR berlaku di bumi selatan tanahair. PKR Johor sedang menghadapi satu krisis yang sangat kritikal dimana perpecahan berlaku semasa pengumuman pencalonan kerusi PKR.


Boleh baca kisah yang sama masalahnya iaitu calon Anwar yang mengenepikan calon pilihan  Cabang PKR setempat. [Ketua Cabang PKR Johor Bahru Mengamuk] dan [Ketua Cabang Johor Bahru Bertanding Tiket Bebas?]

Sekumpulan penyokong PKR Batu Pahat menolak pencalonan Datuk Idris Jauzi bertanding di parlimen mereka kerana menganggap bekas aktivis ABIM itu sebagai calon bidan terjun. Kumpulan penentang itu, telah menubuhkan satu laman sosial yang berkempen berpihak kepada Ketua PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, lapor thestar.com


Syed Hamid adalah adik kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.
Pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Selasa lalu, Ketua Umum PKR itu telah mengumumkan nama Idris, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) sebagai calon terbaik sedangkan Syed Hamid telah berkempen lama di parlimen itu.

 

Idris Jauzi (bertanda bulat), rakan baik Anwar dalam ABIM diumumkan sebagai calon Batu Pahat
Penyokong-penyokong Syed Hamid berkata, peminat laman sosial mereka telah mencapai hampir 6,000 dan kepimpinan telah mengambil perhatian yang lebih baik terhadapnya.

Sau-wee Lau berkata: “Jika mereka (kepimpinan) masih tidak dapat melihat cahaya itu, saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan.”

Seorang lagi penyokong, Dr Tan Leok Soo, berkata ia akan menjadi sukar bagi pengundi untuk menerima “wajah tidak diketahui”.

“Saya sedih dan kecewa,” katanya, takut ia akan menjadi satu kerugian kepada parti jika parti masih berkeras untuk meletakkan Idris, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), sebagai calonnya.

BTN merupakan agensi kerajaan yang pernah dikecam PKR sebelum ini yang dituduhnya sebagai rasis.
Seorang penyokong yang menggunakan nama samaran Reformis Sembilan Lapan, berkata ia sedih melihat pemimpin bahagian (Syed Hamid) yang telah dipinggirkan oleh senjata besar PKR.

“Mereka yang telah berjuang hanya ditinggalkan dengan pakaian mereka manakala senjata besar mendapat manfaat,” katanya.

Syed Hamid turut diminta komen tentang Idris, beliau berkata: “Saya sudah bercakap kepada PAS saya dan rakan-rakan DAP tentang bagaimana kita akan menangani isu ini.”




Para penyokong Syed Hamid Ali telah berasa tidak puas hati. Syed Hamid merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali. Yang mana Syed Hamid Ali juga dikatakan telah terasa hati dengan Anwar.
 

"Bertahun-tahun Pak Habib buat kerja, sekarang orang lain pula mahu kutip hasilnya. Calon 'payung terjun' ini ialah seorang "dato" yang mengaku dirinya sebagai calon PKR Parlimen Batu Pahat.


"Kononnya Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) telah setuju beri laluan kepadanya! Satu lagi pembohongan!"  

Sekarang nak cakap macamana lagi? Dah nampak tak Anwar masuk campur dan gunakan kuasa diktaktornya untuk memastikan semua kroninya menjadi calon tanpa memikirkan perasaan ahli PKR setempat. 

Inilah sifat Anwar yang baru menjadi Ketua Pembangkang dah mula catur kroni. Masih nak sokong dia?

Sumber : Siri 3 #CalonPKRosak - Sah PKR Parlimen P150 Batu Pahat Tolak Calon Pilihan Anwar Ibrahim!

 

 

Wednesday, February 20, 2013

PKR MUNAFIK Terus Gadai Kalimah Allah Kepada Kristian. Keputusan Majlis Syura Pas dipandang jijik..


Giliran Ostazah Puziah PKR gadai kalimah Allah kepada Kristian

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu. 
Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 
“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

 “Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya. 
“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 
Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim  asalkan tidak menghina Islam. 
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. 
Beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. 
Pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. 
Bagaimanapun Azmin membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. 
Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana  digunakan sejak zaman Jahiliah.
“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.
“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau. 
Fuziah  berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung. 
“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua  peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak arahan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Kristian akhbar The Herald daripada menggunakan kalimah Allah. 
KDN kini merayu terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.  
Penggunaan kalimah Allah menjadi modal politik untuk pembangkang, khususnya DAP dan PKR yang mensasarkan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Kira-kira 40 peratus rakyat Sarawak dan 30 peratus rakyat Sabah adalah penganut Kristian yang menjadi harapan PKR dan DAP untuk memenangi  sejumlah besar kerusi di dua negeri itu.

Thursday, March 15, 2012

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!! . SUARA PAKATAN RAKYAT TAK MEMBUTUHKAN RAFIZI???

Kantoiiii!!! Rafizi bangkit isu pertunangan anak PM... PKR panas punggung! Baca sini...

Kali ini puak-puak PKR serta blogger pro PKR nampak begitu beserabut serta hangin dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.

Rafizi Ramli di anggap kurang ajar, dan ramai rakan penulis dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang jelas tidak senang dengan banyak tindakan Rafizi kebelakangan ini. Rafizi dikatakan menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mengatasi peranan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, termasuk mendapatkan jawatan di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan macam-macam lagi lah...

Kalau tak caye, klik tajuk dibawah:

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!

PENULIS benar-benar berang dengan tindakan Rafizi Ramli, selaku Pengarah Strategi PKR yang menjadikan kes ‘penyalahgunaan kuasa’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 sebagai rujukan untuk menyokong dakwaannya bahawa Perdana Menteri Najib turut menyalahgunakan kuasa kerana melibatkan pegawai Pejabat Perdana Menteri dalam urusan majlis pertunangan anaknya pada Jun 2011.

Apa tujuan Rafizi menjadikan kes Anwar tersebut sebagai contoh bila mana tidak ada seorang pun dari kami yang telah lama berjuang dalam PKR ini yang percaya Anwar pernah melakukan kesalahan tersebut. Pada kami, kes itu adalah sebahagian daripada konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang beliau ketika itu.

Kalau sudah terkantoi menipu, tanggung sendiri sajalah, kenapa pula hendak membabitkan Datuk Seri?

Apakah Rafizi cuba menunjukkan kepada rakyat bahawa Anwar juga pernah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Adakah ini niatnya?

Penulis minta Rafizi jelaskan kepada laman ini dan seluruh penyokong PKR serta Pakatan Rakyat yang jelas terluka dengan kenyataan ini, adakah dia berniat untuk memalukan Anwar dalam menyokong dakwaannya bahawa Najib menyalahgunakan kuasa dalam soal penganjuran majlis pertunangan tersebut?

Sudahlah tuduhan salah guna kuasa ke atas Najib ini hanya akan memakan diri sendiri kerana umum mengetahui bahawa tugas Rafizi sebagai CEO di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang diterajui Anwar, turut sama menguruskan hal peribadi Anwar juga. Apa kata Rafizi nanti kalau penyokong UMNO membangkitkan hal itu nanti?

Ini masalahnya bila bercakap tak guna otak.

Pertunangan Anak PM: Rafizi Kurang Ajar, Babitkan Anwar!!

Kenyataan Rafizi Dalam Mkini Yang Menaikkan Kemarahan Penulis & Ramai Penyokong PKR

Secara peribadi, penulis pun tidak pasti dengan gaji lumayan yang diterimanya sekarang, berapa banyak masa dihabiskan Rafizi membantu Anwar menguruskan strategi ekonomi yang betul untuk negeri Selangor kerana kelihatan masanya banyak dihabiskan untuk mencanang dirinya sebagai Pengarah Strategi PKR yang paling baik di antara pemegang-pemegang jawatan tersebut sebelumnya.

Tidak hairan kenapa penyokong UMNO merujuk penubuhan pejabat tersebut sebagai pembaziran wang rakyat Selangor. Mana tidaknya, CEO yang dilantik lebih banyak berpolitik dari membantu Penasihat Ekonomi yang mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam mengemudi PKR dan Pakatan Rakyat.

Rafizi (jika punya intergriti), sepatutnya menumpukan lebih banyak usaha membuktikan dakwaan bahawa wang rakyat digunakan dalam membiayai perbelanjaan Majlis tersebut, bukannya membangkitkan isu baru dan membandingkan pula dengan kes yang pernah dihadapi Anwar.

Itu namanya kurang ajar.

Sekarang penulis faham, kenapa ramai rakan penulis dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang jelas tidak senang dengan banyak tindakan Rafizi kebelakangan ini. Rafizi dikatakan menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail untuk mengatasi peranan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, termasuk mendapatkan jawatan di pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Semua ini begitu ketara sekali selepas Rafizi tewas dalam pencalonan untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan Nasional 2010.

Rafizi juga berjaya menggunakan NGO parti, Jingga 13 untuk menjayakan kepentingannya sedangkan semua dalam Biro Politik PKR tahu bahawa Jingga 13 ditubuhkan untuk menyokong agenda parti, bukan agenda Rafizi.

Penulis tidak mahu mengatakannya tapi kelihatan Rafizi menggunakan PKR untuk kelebihan peribadi dirinya dan mencemarkan imej pemimpin tertinggi kita dalam masa yang sama.

http://suarapakatanrakyat.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...