Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 1, 2018

FGV saman Isa, bekas CEO berkaitan kondo mewah


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
FGV Holdings Bhd memfailkan saman terhadap bekas pengerusinya, Mohd
Isa Samad dan bekas presiden kumpulan, Mohd Emir Abdullah berhubung
pembelian kondominum mewah berharga RM12 juta yang didakwa dibeli
melebihi nilai pasaran.

Ini merupakan saman kedua difailkan
terhadap Isa dan Emir oleh anak syarikat Felda itu dan perkara itu
dinyatakan menerusi notis yang dihantar kepada Bursa Malaysia bertarikh
30 November.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur itu mendakwa kedua-dua defendan membeli dua unit kondominium di
Troika, Kuala Lumpur bagi pihak FGV dengan harga di atas nilai pasaran
dan tanpa usaha wajar.

Saman itu juga mendakwa Emir
menyalahgunakan faedah petrol dan kenderaan syarikat, selain menggunakan
kemudahan tersebut tanpa kebenaran.

Sehubungan itu FGV Holdings
menuntut RM4.54 juta daripada kedua-dua defendan berhubung pembelian
kondo berkenaan dan RM3.15 juta daripada Mohd Emir atas dakwaan
menyalahgunakan kenderaan syarikat dan faedah petrol.

Pada 23
November, FGV memfailkan saman ganti rugi mencecah RM514 juta terhadap
14 bekas pengarah termasuk Isa dan Mohd Emir berkaitan pemerolehan 100
peratus kepentingan dalam Asian Plantation Limited (APL) menerusi
tawaran tunai sukarela bersyarat pada 2014.

Isa,
67 yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan sebelum ini turut
ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu
siasatan kes pembelian dua hotel oleh Felda Invesment Corporation (FIC)
di London dan Kuching.

Ekoran penahanan itu SPRM dilapor menyerbu
rumah serta pejabat Isa dan merampas wang bernilai RM100,000 dari peti
simpanan di kediaman beliau.


Isu Tabung Haji: Mana suara Asyraf Wajdi? lebih RM22 juta wang Yayasan Tabung Haji telah digunakan untuk program tujuan politik.

Isu Tabung Haji: Mana suara Asyraf Wajdi?: Malangnya, lebih RM22 juta wang Yayasan Tabung Haji telah digunakan untuk program tujuan politik.

Ulya Aqamah Husamudin  | 
Diterbitkan  | 





   

Armada Bersatu mengucapkan tahniah dan syabas kepada
pegawai Tabung Haji yang berintegriti dan membuat laporan polis mengenai
dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam institusi tersebut.

Laporan
polis oleh Tabung Haji terhadap bekas pengurusan tertinggi lembaga
tersebut termasuk Anggota Parlimen Baling, YB Azeez Rahim, amat
memeranjatkan.

Dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam Tabung Haji tidak boleh dimaafkan.

Tabung
Haji adalah badan yang diamanahkan untuk menjaga dan memastikan rakyat
Malaysia yang mencarum mendapat peluang untuk melaksanakan rukun Islam
yang kelima.

Terdapat kira-kira 9.3 Juta pencarum Tabung Haji
yang rata-ratanya adalah orang Islam bergantung harap kepada Tabung Haji
bagi menyempurnakan ibadah haji mereka.

Malangnya, lebih RM22 juta wang Yayasan Tabung Haji telah digunakan untuk program tujuan politik.

Maklumat
sebenar mengenai penjualan 95 peratus pegangan dalam syarikat PT TH
Indo Plantations pula telah disembunyikan. Ini adalah penyelewengan dan
penipuan yang terang-terangan mencuri duit rakyat dan saya pasti ini
baru yang dipermukaan sahaja, masih banyak kebobrokan yang berlaku jika
didalami.

Justeru, Armada Bersatu menggesa pihak berkaitan untuk
siasat dengan menyeluruh segala penyelewengan yang berlaku dalam kes ini
dan kembalikan hak dan wang rakyat yang telah disalah gunakan.

Asyraf bertanggungjawab
Mana pergi Pemuda Umno dan Dr Asyraf wajdi sewaktu penyelewengan ini berlaku?

Kenapa
terus diam dan tidak bersuara menegakkan keadilan demi agama dan
bangsa? Dr Asyraf sebelum ini adalah timbalan menteri agama, beliau
bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak agama Islam seperti ini
terjaga, mengapa biarkan dan berdiam diri melihat kemungkaran di depan
mata?

Kemungkaran yang berlaku di bawah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada beliau.

Usah
hipokrit dan memilih isu, nyatakan sama ada Pemuda Umno bersetuju atau
tidak dengan salah guna dana yang berlaku di dalam Tabung Haji.

Mengapa
biarkan nasib pencarum Tabung Haji yang rata-ratanya orang Islam dan
melayu diperkotak-katikkan oleh permainan rakus ahli politik Umno?

Kezaliman dan korupsi tiada tempat di era Malaysia Baru ini.


ULYA AQAMAH HUSAMUDIN ialah Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia.
Tulisan ini pendapat peribadi dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.

TAHNIAH KERANA MENINGGALKAN UMNO


Friday, November 30, 2018

Waris mangsa jumpa menteri, serah 5 serpihan MH370


   
Published on Nov 30, 2018

Waris mangsa pesawat hilang MH370 tampil menyerahkan lima serpihan dipercayai daripada pesawat tersebut yang ditemui oleh orang awam di Madagascar kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini.

Lima serpihan berkenaan dipercayai dijumpai di beberapa lokasi berbeza di kepulauan Madagascar, diserahkan Grace Nathan kepada Anthony.

Serpihan berkenaan ditemui beberapa nelayan sejak Disember 2016 hingga Ogos tahun ini.

Pemuda Umno: Papagomo sudah, Waytha Moorthy bila lagi? @ & UMNO lantik Waytha sebagai Senator & Timbalan Menteri di JPM

Video 11 tahun lepas pada 2007! Waytha
telah ditahan bawah ISA & kemudian hidup dalam buangan di UK selama 5
tahun. Pada 2013 Najib panggil dia balik & UMNO lantik Waytha
sebagai Senator & Timbalan Menteri di JPM. Kes sudah ditutup UMNO.
Kenapa ungkitkan semula? UMNO dah takde modal baru? Kenapa UMNO lantik
pengkhianat sbg Senator & Timbalan Menteri yer?


 

Pemuda Umno: Papagomo sudah, Waytha Moorthy bila lagi?: Pemimpin Pemuda Umno bangkit bela pemblog yang ditahan polis kerana memuat naik video berunsur hasutan.

Diterbitkan  | 


   
Selepas Papagomo disahkan ditahan polis, beberapa pemimpin muda Umno hari ini dilaporkan tampil membela exco pemuda parti itu.

Ketua
Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki misalnya mempersoalkan kebijakan
kerajaan menahan Papagomo tetapi pada masa sama membiarkan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy bebas.

Kata Asyraf Wajdi
kerajaan Pakatan Harapan (PH) mesti menegakkan prinsip kedaulatan
undang-undang dengan bertindak secara saksama.

“Papagomo ditahan selepas polis menerima 17 laporan ke atasnya.

"Bila pula nak tahan Waytha Moorthy yang menerima lebih 150 laporan polis?" katanya seperti dipetik portal Umno online hari ini.

Papagomo
- atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris - ditahan polis
selepas memuat naik video berunsur hasutan di laman sosial.

Dia yang terkenal sebagai pemblog dikatakan cuba menaikkan sentimen orang ramai dan tindakan menahannya, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun, diambil sebagai langkah mengelak masalah lain timbul.

Isu
itu timbul berikutan kemelut sebuah kuil Sri Maha Mariamman di Subang
Jaya yang turut menyaksikan berlaku rusuhan serta kecederaan anggota
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kata Asyraf Wajdi seorang
lagi pemimpin PH yang perlu diambil tindakan seperti Papagomo ialah exco
Selangor V Ganabatirau yang didakwanya mengapi-apikan sentimen
perkauman.

Malah katanya Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning itu juga sudah diadukan kepada polis.



“Sesiapa
saja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara
membelakangi prinsip perundangan dan perlembagaan wajar disiasat secara
adil tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka,” katanya yang
sebelum BN kalah kepada PH pernah menjadi timbalan menteri.

Exco
Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamaruddin, pula menganggap Papagomo tidak
wajar ditahan kerana dia cuma menyeru kepada penyatuan umah.

“Tetapi malang sekali seruan itu dianggap sebagai menghasut kepada perkauman,” katanya.

Menurut
Shahrul Nasrun tindakan pihak berkuasa membiarkan Waytha Moorthy bebas
menunjukkan ada pihak yang berada di atas undang-undang.

“Kononnya no body above the law (tiada sesiap mengatasi undang-undang), tapi rupanya Waytha Moorthy above the law (di atas undang-undang). Belum ditahan walaupun ada beratus laporan polis,” katanya.


TERKINI! Papagomo Ditahan Reman Oleh Pihak Polis!


 
TERKINI! Papagomo Ditahan Reman selama beberapa hari

20181129 Fitnah timbul dari kenyataan KDN yg kurang tepat


 

20181129 Fitnah timbul dari kenyataan KDN yg kurang tepat

ISU KUIL : PSSGM TIDAK AKAN BERDIAM SEKIRANYA... - ADIWIJAYA


 
Published on Nov 29, 2018

Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) yakin dengan kecekapan pihak polis serta semua anggota keselamatan negara dalam menyiasat kes rusuhan di Kuil Mariamman, Seafield, Subang Jaya baru-baru ini.

Yang dipertuanya, Datuk Adiwijaya Haji Abdullah bagaimanapun menegaskan pihak PSSGM tidak akan berdiam diri sekiranya rusuhan ini berterusan mengugat kedaulatan negara.

"Jika sekiranya perlu, negara tergugat atau dicerobohi oleh pihak tertentu, maka itu pihak silat gayong tidak akan berdiam diri untuk mempertahankan negara, bangsa dan raja-raja yang ada di tanah air kita,"katanya dalam satu sidang media di Wisma Gayong, Desa Pandan pada Khamis.

Thursday, November 29, 2018

Apa sebenarnya berlaku isu kuil? Ikuti penjelasan menteri


  
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Berikut ucapan penuh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung
insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, Selangor kepada
Dewan Rakyat.

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Saya ingin memberi
penerangan kepada Dewan Yang Mulia ini tentang satu isu penting yang
menarik perhatian rakyat pada masa ini, iaitu insiden pergaduhan dan
rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor pada
26 dan 27 November 2018.Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan
kronologi insiden ini.

Kronologi insiden

2.
Pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat
Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam
mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Sejurus
selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah
mengarahkan semua unit yang berada di lapangan menuju ke tempat
kejadian.

3. Pada jam 2.50 pagi, 4 buah MPV polis tiba di tempat
kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India.
Cermin belakang sebuah MPV telah dipecahkan di samping terdapat sebuah
lori treler tangki diletak melintang menghalang jalan menghala ke kuil.

4.
Pada jam 3.30 pagi, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah menghubungi
pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Ibupejabat Polis Daerah
Serdang untuk mendapatkan bantuan tambahan anggota. Bantuan IPD Serdang
dengan kekuatan seorang pegawai dan 99 anggota tiba di tempat kejadian
pada jam 4.00 pagi.

5. Pada ketika itu telah berlaku pergaduhan di
dalam kuil di antara kumpulan penganut agama Hindu dan kumpulan lelaki
Melayu yang menceroboh kawasan kuil. Setelah tercetus pergaduhan,
sebahagian daripada kumpulan lelaki Melayu ini telah melarikan diri dari
kawasan kuil.

6. Sejurus selepas itu, kumpulan penganut agama
Hindu telah bertindak membakar beberapa buah kenderaan yang dipercayai
milik kumpulan lelaki yang mencereboh kawasan kuil. Pasukan bomba telah
menerima panggilan bantuan kebakaran pada jam 4.38 pagi dan tiba di
tempat kejadian 25 minit kemudian untuk mengawal kebakaran.

7.
Pasukan FRU pula telah tiba di tempat kejadian pada jam 5.30 pagi
dengan kekuatan 2 orang pegawai dan 201 orang anggota. Menjelang pagi 26
November 2018, keadaan di sekitar kuil telah berjaya dikawal oleh
anggota polis dan keadaan kembali tenang.

8. Ekoran daripada
kejadian pergaduhan ini, 3 orang lelaki Melayu dan 3 orang lelaki India
telah tercedera. Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan.

9.
Keesokannya, iaitu pada awal pagi 27 November 2018, dianggarkan
sejumlah 10,000 orang kaum India berkumpul di kawasan sekitar kuil.
Selain merusuh beberapa buah kenderaan turut dibakar oleh kumpulan ini.

10.
Anggota bomba yang berada berhampiran kawasan kuil cuba untuk memadam
kebakaran ekoran rusuhan terhadap kenderaan milik bomba. Dalam kejadian
tersebut, seorang anggota bomba Mohammad Adip bin Kassim telah
dicederakan oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. Beliau
mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke Subang Jaya Medical
Centre (SJMC) oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

11.
Kumpulan perusuh ini juga bergerak ke pejabat One City Development Sdn
Bhd. Mereka bertindak memecahkan dinding cermin bangunan, merosakkan
peralatan di dalam bilik pameran dan membakar beberapa buah kenderaan.

Siasatan kes

12.
Ekoran insiden ini, pihak polis telah mengambil langkah-langkah perlu
untuk mengawal keadaan. Memandangkan insiden ini mempunyai unsur
jenayah, siasatan telah dimulakan serta-merta untuk mengenalpasti
pelaku-pelaku jenayah dan membawa mereka ke muka pengadilan.

13.
Oleh kerana siasatan kes ini agak rumit dan memerlukan tenaga kerja yang
ramai, saya ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa sebuah
pasukan petugas khas (task force) untuk siasatan telah ditubuhkan.
Pasukan ini yang diketuai oleh Yang Dihormati Dato’ Sri Wan Ahmad
Najmuddin bin Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,
menggabungkan personel daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,
Kontinjen Selangor, dan beberapa daerah di Kontinjen Selangor. Operasi
ini dikenali sebagai ‘Ops Seafield’.

14.
Sehingga kini sebanyak 34 orang telah dirakamkan percakapan. Sejumlah
besar keterangan fizikal juga telah berjaya dirampas di tempat kejadian
iaitu:

(i) 21 buah kereta dan 6 buah motosikal yang dibakar;

(ii) 1 bilah pisau dan 2 bilah parang; dan

(iii) 7 pasang kasut, dan 3 vest;

15.
Pihak polis juga telah menangkap 30 individu yang terdiri daripada 24
orang Melayu, 2 orang India Muslim, 3 orang India dan seorang Cina.
Semua mereka telah direman dengan tempoh reman yang berlainan, sementara
5 orang individu yang baru ditangkap semalam direman pada hari ini.

16.
Siasatan polis menjurus kepada isu perpindahan kuil yang menjadi punca
rusuhan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak pemaju telah pun
mendapat perintah mahkamah untuk mengambil alih pemilikan tanah sejak
tahun 2014. Terdapat beberapa kali percubaan oleh pihak pemaju untuk
mengambilalih tanah tersebut tetapi gagal kerana terdapat bantahan
daripada kumpulan penganut agama Hindu.

17. Siasatan polis
mendapati pada hari kejadian, sekumpulan lelaki Melayu yang menceroboh
masuk ke dalam kawasan kuil bertindak atas arahan beberapa individu yang
bekerja dengan One City Development Sdn. Bhd. Kumpulan ini telah
menerima bayaran tertentu untuk tugas mengosongkan kawasan kuil bagi
membolehkan kerja-kerja pengambilalihan dilaksanakan pada pagi tersebut.

18.
Siasatan polis juga mendapati sejumlah RM150,000 telah dibayar kepada
individu tertentu untuk melaksanakan kerja pengosongan kuil. Kumpulan
lelaki Melayu berjumlah 50 orang yang menceroboh kuil pada malam
kejadian didapati menerima bayaran antara RM150 dan RM300 seorang.

19.
Pihak polis telah mengenalpasti beberapa individu yang memainkan
peranan dalam kejadian ini dan mereka akan dipanggil untuk menjalani
proses siasatan selanjutnya. Motif kejadian ini telah pun dikenalpasti
dan kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan sepenuhnya.

20.
Siasatan ke atas kes pegawai bomba yang diserang pada malam 27 November
2018 juga telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu atas
kesalahan cubaan membunuh. Beberapa rakaman video telah diperolehi dan
sedang dianalisa bagi mengenalpasti individu-individu yang terlibat
dalam kejadian tersebut. Pihak polis juga telah mengenalpasti
anggota-anggota bomba yang berada di tempat kejadian untuk dirakamkan
percakapan mereka.

21. Selain itu, beberapa kertas siasatan lain telah dibuka. Antara kesalahan-kesalahan yang sedang disiasat ialah:

(i) Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api;

(ii) Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rusuhan bersenjata;

(iii) Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata;

(iv) Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan kawasan;

(v) Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu memiliki senjata berbahaya;

(vi) Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan khianat; dan

(vii) Seksyen 124G Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan apa-apa perlanggaran keamanan.

22.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan secara profesional dengan
menggunakan kaedah siasatan forensik dan saintifik sepenuhnya. Untuk
tujuan ini, satu pasukan khas dari Makmal Forensik Bukit Aman telah
ditempatkan di Kontinjen Selangor bagi membantu siasatan.

23.
Pihak polis juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada orang ramai
untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. Siasatan juga
dibuat ke atas berita-berita viral bagi membantu siasatan kes di samping
membuat pengesahan ke atas fakta yang dikemukakan.

Insiden jenayah, bukan perkauman

Tuan Yang Di-Pertua,

24.
Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa insiden
pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, tiada
kaitan langsung dengan isu perkauman. Ia adalah satu kejadian jenayah
yang berpunca daripada pertikaian di antara syarikat pemaju One City
Development Sdn Bhd dan Jawatankuasa Kuil berhubung status pemilikan
tanah tapak kuil.

25. Agak malang kerana tindakan pihak tertentu
yang mengupah sekumpulan lelaki Melayu untuk mencereboh dan mengosongkan
kuil pada malam kejadian telah menimbulkan kemarahan penganut agama
Hindu. Kerana angkara tindakan tidak bertanggungjawab dan menyalahi
undang-undang inilah wujudnya keresahan dan prasangka dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Di samping itu,
kenyataan-kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh pihak-pihak
tertentu juga telah mengeruhkan keadaan.

26.
Saya menyeru semua pihak supaya berfikir dan bertindak secara rasional
dalam menangani isu ini. Rakyat Malaysia telah mengecapi kehidupan yang
aman dan harmoni sejak sekian lama. Janganlah kerana insiden jenayah
yang terpencil ini kita sanggup merosakkan perpaduan dan keharmonian
rakyat berbilang kaum dan agama. Janganlah kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga.

27. Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya
ingin menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana
pihak yang sengaja mengganggu-gugat keamanan dan ketenteraman awam,
terutamanya dengan mengapi-apikan sentimen perkauman. Tindakan tegas
berlandaskan undang-undang akan diambil oleh pihak berkuasa demi
mempertahankan perpaduan kaum, keselamatan negara dan kesejahteraan
rakyat.

Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua.


TEGAS!! AMARAN Keras Tun M Kepada PENCETUS KEKECOHAN Kuil Sri Maha Maria...


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •   
Perkara itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 14 (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri.

Pada
Selasa, semua anggota Parlimen telah senada mengemukakan satu usul
tergempar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Ariff Md Yusof
untuk membincangkan isu itu di Dewan Rakyat.

Insiden kekecohan
yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan
mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu telah menyebabkan
kecederaan parah kepada seorang pegawai bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang
kini dirawat di Institut Jantung Negara.

Kejadian
itu juga menyebabkan kecederaan kepada beberapa anggota keselamatan dan
orang awam selain kemusnahan beberapa buah kenderaan dan premis
perniagaan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Sehingga hari ini, seramai 30 individu telah ditahan polis untuk siasatan.

Berikut ucapan penuh itu:

Kerajaan
amat kesal dengan kejadian rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Maha
Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya pada hari Isnin, 26hb November,
serta insiden-insiden rusuhan susulan yang berlaku ekoran daripada
kejadian pertama.

Kecederaan serius kepada anggota bomba penyelamat serta pasukan polis, kerosakan harta benda

awam dan persendirian akibat tindakan perusuh yang tidak bertanggungjawab tidak boleh dipandang ringan.

Seperti
yang telah diterangkan oleh Menteri Dalam Negeri kejadian yang berlaku
di kawasan kuil Sri Maha Mariamman itu adalah perbuatan jenayah oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak timbul sama sekali isu
perkauman, mahupun pertelingkahan agama.

Di dalam kejadian
jenayah, sesiapa juga yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,
atau mereka yang didapati menjadi dalang, atau cuba mengambil
kesempatan akan berhadapan tindakan tegas berdasarkan undang-undang yang
sedia ada.

Kerajaan
tidak memandang ringan insiden seperti ini yang boleh membawa kepada
masalah yang lebih besar melibatkan ketenteraman kaum.

Saya telah
diberi penerangan tentang perkembangan terkini siasatan ke atas insiden
ini serta tindakan susulan yang diambil pihak berkuasa.

Saya
berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia
yang telah bertindak untuk mengawal keadaan ini daripada merebak.

Tetapi apa sahaja tindakan yang diambil terhadap mana-mana pihak haruslah secara adil dan saksama.

Negara kita ini sedang diterajui kerajaan yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan.

Sudah
tentu terdapat kepincangan yang digemari oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun ini dapat diatasi jika rakyat faham akan latar belakang
kejadian dan tidak berpandu dengan khabar angin.

Amatlah penting
supaya kita semua sedar bahawa keselamatan serta kestabilan negara
adalah tanggungjawab kita bersama. Sama-samalah kita berusaha untuk
menjaga ketenteraman ini.

Saya
menggesa kepada semua agar tidak mengambil apa-apa tindakan atau
mengeluar apa-apa kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan
ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Kita mahu perkara ini
diserahkan kepada pihak berkuasa dan saya minta semua pihak, samada di
dalam Dewan ini mahupun orang ramai supaya berhati-hati apabila
mengeluarkan kenyataan ataupun berkongsi apa-apa berita mengenai
peristiwa itu kerana sekarang inipun sudah banyak berita palsu dan salah
yang diedarkan.

Kepada ahli politik serta pemimpin-pemimpin badan
bukan kerajaan dan yang berkepentingan janganlah ada pula yang cuba
menangguk di air keroh.

Kerajaan tidak berniat untuk menyekat
kebebasan bersuara tetapi jika apa yang disuarakan itu tidak benar dan
mengancam ketenteraman awam, kita tidak akan teragak-agak mengambil
tindakan.

Kerajaan telah berjanji tidak melakukan sebarang
halangan untuk pemberitaan dan komunikasi tetapi kebebasan ini harus
digunakan dengan penuh tanggungjawab dan bukan untuk mengapi-apikan
keadaan yang boleh membawa kepada perpecahan dan keharmonian perhubungan
antara kaum.

Ini juga bukan masanya untuk menuding jari terhadap
sesiapa. Pihak polis sudahpun diberi tanggungjawab untuk mengawal
ketenteraman serta menjalankan siasatan.

Yang bersalah akan tetap bersalah dan akan menghadapi tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Saya
ingin tegaskan, bukan niat Kerajaan untuk menghukum sesiapa secara
buta-tuli, tetapi demokrasi mempunyai batasnya dan kita semua harus
faham akan batas-batas demokrasi ini.

Tidak ada sesiapa yang boleh bertindak sesuka hati melanggar undang-undang dan menimbulkan

keresahan di kalangan rakyat dan kekecohan dalam negara.

Hak
dan kebebasan bersuara bukan bermakna seseorang boleh mengatakan apa
sahaja yang bersifat provokatif terhadap sensitiviti pihak lain.

Jika
ada pihak yang melanggar undang-undang untuk kepentingan diri mereka
sahaja, maka Kerajaan yang mendokong prinsip, dengan izin “rule of law”,
juga akan bertindak berdasarkan undang-undang.

Kerajaan
tidak akan bertolak-ansur dan akan bertindak mengikut peruntukan
undang-undang yang ada untuk memastikan keharmonian dan keamanan negara
tidak diperlekehkan oleh sesiapa.

Saya ingin tekankan sekali lagi -
ini bukan isu perkauman atau berkaitan agama tetapi tindakan jenayah
yang tidak harus diberi sebarang ruang untuk merosakkan hubungan di
antara kaum di dalam negara kita.

Pihak polis telah diberi kuasa
untuk menangani keadaan ini dengan tangkas dan untuk meredakan
ketegangan serta mengembalikan ketenteraman awam.

Saya
juga meminta semua rakyat supaya bertenang dan mengelak dari terbabit
di dalam aktiviti yang boleh menjadi landasan untuk melakukan
“instigation” dan hasutan.

Jika ada sebarang usaha provokasi,
pihak Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba
untuk mencabar undang-undang negara.

Saya juga dimaklumkan bahawa
pihak polis sedang giat memburu mereka yang terbabit di dalam merusuh
dan mencederakan anggota Bomba serta anggota keselamatan dalam kejadian
tempoh hari. Mereka ini akan berdepan dengan tindakan tegas
undang-undang.

Inilah
yang sedang dilakukan sebagai sebahagian usaha kerajaan ini yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyat dan negara yang bertuah
ini.

Kita perlu ingat bahawa negara kita adalah tanggungjawab kita. Sekian, terima kasih.


Wednesday, November 28, 2018

PANAS!! Muhyiddin BONGKAR Punca KEKECOHAN Kuil Sri Maha Mariamman Seafield


 
Kekecohan dan ketegangan di kuil Sri Maha Mariamman sejak beberapa
hari lalu berpunca daripada tindakan sekumpulan orang menceroboh rumah
ibadat penganut Hindu itu, kata Muhyiddn Yassin.

Kata menteri dalam negeri itu, mereka ialah sekumpulan lelaki yang diupah peguam syarikat pemaju dan pemilik tapak berkenaan.

Kata
Muhyiddin kumpulan lelaki terbabit menceroboh kawasan kuil dan mengawal
kawasan tersebut sebelum pihak pemaju dan anggota polis tiba pada pagi
26 Nov lalu.

"Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000
diserahkan kepada ketua kumpulan terbabit untuk melakukan kerja
menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

"Lebih kurang 50
orang diupah untuk melakukan kerja itu yang setiap setiap seorang
daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300," katanya
pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Muhyiddin tindakan menceroboh itu amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.

Ia
juga katanya menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang berada di
kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan
kerosakan harta benda.

"Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan
cuai yang diambil pihak dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas
melanggar undang-undang," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, beliau percaya insiden pergaduhan tidak berlaku.

peguam syarikat pemaju serah RM150,000@Penceroboh kuil diupah RM150 hingga RM300 seorang

Penceroboh kuil diupah RM150 hingga RM300 seorang: Menurut Muhyiddin peguam syarikat pemaju serah RM150,000 kepada ketua kumpulan untuk ceroboh, ambil alih dan kawal kuil.

Lu Wei Hoong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Kekecohan dan ketegangan di kuil Sri Maha Mariamman sejak beberapa
hari lalu berpunca daripada tindakan sekumpulan orang menceroboh rumah
ibadat penganut Hindu itu, kata Muhyiddn Yassin.

Kata menteri dalam negeri itu, mereka ialah sekumpulan lelaki yang diupah peguam syarikat pemaju dan pemilik tapak berkenaan.

Kata
Muhyiddin kumpulan lelaki terbabit menceroboh kawasan kuil dan mengawal
kawasan tersebut sebelum pihak pemaju dan anggota polis tiba pada pagi
26 Nov lalu.

"Berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000
diserahkan kepada ketua kumpulan terbabit untuk melakukan kerja
menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

"Lebih kurang 50
orang diupah untuk melakukan kerja itu yang setiap setiap seorang
daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300," katanya
pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Muhyiddin tindakan menceroboh itu amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.

Ia
juga katanya menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang berada di
kawasan kejadian sehingga menimbulkan kekecohan, pergaduhan dan
kerosakan harta benda.

"Saya amat kesal dengan tindakan gopoh dan
cuai yang diambil pihak dikaitkan dengan syarikat pemaju yang jelas
melanggar undang-undang," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya tindakan gopoh dan cuai ini tidak diambil, beliau percaya insiden pergaduhan tidak berlaku.
[Berita lanjut menyusul]

Tuesday, November 27, 2018

Bomba buat kerja baik tapi dibalas serangan ganas


 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila
seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipukul
hingga parah dalam insiden diserang sekumpulan orang yang berkumpul
berhampiran kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.

Monday, November 26, 2018

Isu pemindahan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25 @ Bukan isu perkauman


LIHAT Guan Eng & Ahmad Maslan Bertelagah Bila LGE 'BASUH' ''Biarlah Si L...


 
Kwn rasa kalau pemimpin UMNO/BN mendiamkan diri mgenai skandal 1MDB lagi
baik. Lagi dipertahankan semakin banyak timbul salah laku DS Najib
mgenai 1MDB. Datuk Ahmad Maslan ni, nak pertahankan DS Najib atau nak
memusnahkan kreatibiliti YB Pekan tu. Rakyat pun semakin ngeri dan malu
salah laku YB Pekan semakin didedahkan semasa berkuasa.

Nota Ibrahim Sani: Pemilik The Edge Tuduh Najib


 
Published on Nov 25, 2018
Pemilik akhbar The Edge, Tong Kooi Ong berkata Datuk Seri Najib Razak tahu Jho Low mencuri wang 1MDB sejak tahun 2015. Ini kerana Tong telah berikan bukti kepada Najib tentang perkara ini. Namun, Najib menghalau Tong dari rumahnya setelah mendapat tahu isu ini. Ibrahim Sani terangkan.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya

Visit http://www.astroawani.com

'Saya pun terkejut macam mana Utusan sudah tahu'


 

Utusan terbit dakwaan Najib pinda audit lebih awal - Lim

Wartawan Malaysiakini  | 
Diterbitkan  | 


  •  
Persoalan mengenai kewajaran Ketua Audit Negara Madinah
Mohamad mendedahkan dakwaan laporan Jabatan Audit Negara telah dipinda
juga patut ditanyakan kepada Utusan Malaysia, kata Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng.
Menurut
menteri kewangan, akhbar milik Umno itu telah menerbitkan laporan
mengenainya lebih awal lagi dari yang dibuat ketua audit negara semalam.

"Sebelum ketua audit negara keluar kenyataan, saya pun terkejut macam mana Utusan sudah tahu.

"Dan
sekiranya anda persoalkan adakah ini wajar atau tidak wajar, mengapa
tidak persoalkan samada wajar atau tak wajar untuk siarkan jauh lebih
awal?

"Yang penting bagi saya rakyat ada hak untuk tahu apa sebenarnya berlaku," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Lim
menjawab soalan pemberita jika wajar bagi kerajaan untuk mengarahkan
ketua audit negara mengeluarkan kenyataan kepada media, mendakwa bekas
perdana menteri Najib Razak dan beberapa individu telah meminda laporan
audit 1MDB itu.

Awang Selamat: Najib pengkhianat jika terbukti dakwaan
Pada 23 November lalu, Utusan Malaysia menerbitkan laporan Najib mengarahkan pindaan tersebut.

Memetik
sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan
mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

Mingguan Malaysia semalam melalui pojok Awang Selamat pula menganggap Najib pengkhinat negara jika terbukti benar dakwaan meminda audit 1MDB.

Utusan
turut memetik sumber yang menamakan pembabitan Najib dan beberapa pihak
lain termasuklah bekas ketua audit negara dan bekas ketua setiausaha
negara Ali Hamsa.

Kenyataan Madinah hanya dikeluarkan jabatan audit semalam selepas penerbitan laporan Utusan itu.

Lim berkata pemberita patut bertanya Utusan terlebih dahulu sebelum mengajukan solan terhadap kerajaan.

Katanya sangat penting untuk beliau dan orang ramai tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Saya tak pertikaikan (laporan Utusan).

"Tadi
wartawan tanya adakah wajar atau tidak wajar untuk menyiarkan, jadi
saya sebut mengenai hal itu, saya tak mahu terpalit dengan kontroversi
dengan peguam Najib Razak.

"Kerana ini kes mahkamah. Tapi hasratnya ialah untuk memastikan kita cakap benar dan membolehkan rakyat tahu apa yang benar.

"Sekiranya ditanyakan wajar tak wajar pun kena tanya Utusan, kerana Utusan siarkan dua hari lebih awal," katanya.


Sunday, November 25, 2018

Tolak ICERD: Ini keputusan Kabinet, tidak perlu bentang di Parlimen - PM


 


Utusan: Najib pengkhianat negara jika ubah laporan 1MDB

Utusan: Najib pengkhianat negara jika ubah laporan 1MDB: Mereka yang terlibat mencalar dan menconteng arang kepada imej perkhidmatan awam, kata lidah pengarang akhbar milik Umno itu.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Bekas perdana menteri Najib Razak boleh dianggap sebagai
pengkhinat negara jika terbukti beliau mengarahkan pindaan semula
laporan jawatankuasa parlimen mengenai 1MDB, kata akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia
hari ini berkata mereka yang terlibat jika benar-benar berlaku telah
melakukan pengkhianatan tertinggi yang mencalar wibawa perkhidmatan
awam.

“Bagi Awang, sekiranya ia benar-benar berlaku, ini merupakan
satu pengkhianatan tertinggi ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan
oleh rakyat kepada Najib dan para penjawat awam.

“Lebih-lebih lagi
sebagai penjawat awam yang termaktub dengan sumpah dan janji
perkhidmatan, mereka yang terlibat telah mencalar dan menconteng arang
kepada imej perkhidmatan awam,” kata lidah pengarang akhbar itu.

Dua hari lalu, Utusan menerbitkan
berita yang menyebut laporan ketua audit negara mengenai 1MDB pada 2016
telah "dipinda" atas arahan perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Ketua audit negara sahkan
Memetik
sumber, akhbar harian milik Umno itu melaporkan pindaan yang melibatkan
mengeluarkan maklumat berkaitan Najib dan Jho Low.

"Menurut
sumber, pindaan itu difahamkan dibuat bagi mengeluarkan maklumat
pembabitan bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan, Jho Taek Low
(Jho Low) dalam aktiviti 1MDB.

"Pindaan itu, tambah sumber berkenaan, difahamkan dibuat dalam satu mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri.

"Sumber
tersebut memberitahu, laporan asal itu mendedahkan bahawa Najib
mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan
campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB," lapor akhbar
itu.

Hari ini, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan hal ini dalam suatu kenyataannya.

Katanya,
selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran
BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan
audit 1MDB.

Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan
1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib
Razak.

Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat
pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara
Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry
Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.

Tak ada Umno, negara selamat - Khalid


 
Published on Nov 24, 2018

Untuk menjamin perpaduan antara semua kaum di Malaysia, Umno perlu 'dikuburkan', kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Kata Khalid, beliau melihat tidak ada isu perkauman dimainkan ketika melakukan lawatan kerja di Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Sambutan Deepavali 2018 di Shah Alam, malam tadi.

Arah pinda laporan audit 1MDB, PAC mahu panggil Najib, Arul Kanda

Arah pinda laporan audit 1MDB, PAC mahu panggil Najib, Arul Kanda:

Nama-nama lain yang disebut dalam kenyataan ketua audit negara - antaranya Ali Hamsa dan bekas ketua setiausaha sulit Najib - akan diputuskan kemudian, kata pengerusinya.

Zikri Kamarulzaman  | 
Diterbitkan  | 


   
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merancang untuk memanggil
bekas Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Presiden 1MDB Arul Kanda
Kandasamy untuk membantu siasatan mereka terhadap laporan audit 1MDB
oleh Jabatan Audit Negara.

Pengerusinya Ronald Kiandee berkata,
pihaknya bagaimanapun akan terlebih dulu mengambil keterangan Ketua
Audit Negara Madinah Mohamad pada 4 Disember, dan bekas Ketua Audit
Negara Ambrin Buang pada 5 Disember ini.

"Nama-nama lain yang
disebut dalam kenyataan Madinah (berkenaan laporan akhir audit telah
dipinda) akan diputuskan kemudian," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini.

Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh pula mengesahkan Najib dan Arul Kanda memang ada dalam "senarai awal saksi" siasatan PAC.

Hari ini, Madinah mendedahkan Najib, Arul Kanda da beberapa individu lagi terlibat dalam dakwaan meminda dan mengugurkan bahagian tertentu dalam laporan audit 1MDB pada 2016.

Antara
nama yang disebut Madinah adalah Ambrin, bekas Ketua Setiausaha Negara
Dr Ali Hamsa dan bekas ketua setiausaha sulit Najib, Shukry salleh.

Menurut
Madinah, antara perkara yang dipinda adalah berkenaan kehadiran Jho Low
dalam mesyuarat lembaga pengarah 1MDB serta penyata kewangan syarikat
itu untuk 2014.

Setakat ini, siasatan PAC terhadap 1MDB terhad
kepada laporan audit tersebut, memandangkan aspek lain dalam skandal itu
sudah pun dibawa ke mahkamah.

Pindaan
terhadap laporan audit ini didedahkan oleh Timbalan Pengerusi PAC Wong
Kah Woh pada 29 Oktober lalu. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan
secara terperinci, sebaliknya hanya mengatakan "kandungan yang hilang
itu akan menjejaskan imej pentadbiran lalu".

Keesokannya, Ambrin menafikan dakwaan itu dan berkata tidak tahu apa yang dimaksudkan Wong.

 

Madinah: Najib juga arah sendiri laporan audit 1MDB dipinda

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho,
pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap
laporan audit 1MDB, kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.

Ia
termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang
diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Madinah
berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016,
yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas
ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua
audit negara Ambrin Buang.

"Bekas perdana menteri telah
mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata
kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014, dan mengarahkan siasatan
dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Pada 23 Februari (keesokannya),
dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara yang dihadiri Ali,
Shukry dan Ambrin, pasukan audit 1MDB dimaklumkan kerajaan telah
mengkategorikan laporan akhir itu sebagai satu krisis," katanya dalam
kenyataan, hari ini.



Sejak
mesyuarat 22 Februari itu, kata Madinah lagi, empat pindaan lagi dibuat
termasuk bahagian yang menyebut kehadiran Jho Low dalam salah satu
mesyuarat lembaga pengarah 1MDB.
"...Atas alasan ia sensitif dan untuk mengelakkan fakta diputar-belit pembangkang (pada masa itu)," katanya.

Selain
bahagian berkenaan penyata kewangan 2014 dan Jho Low, Madinah
bagaimanapun tidak menerangkan secara terperinci bahagian lain yang
dipinda atau digugurkan daripada laporan itu.

Selepas lima pindaan
itu, Madinah berkata barulah naskhah laporan dicetak ppada 3 Mac 2016
dan diserahkan kepada bekas setiausaha sulit kanan ketua setiausaha
negara.

"Pada 4 dan 7 Mac 2016, bekas ketua audit negara
membentangkan laporan akhir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam
Negara (PAC).

"Laporan akhir audit 1MDB sebelum pindaan telah
diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018," katanya
lagi.

Pindaan terhadap laporan audit ini didedahkan
oleh Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh pada 29 Oktober lalu. Beliau
bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci, sebaliknya hanya
mengatakan "kandungan yang hilang itu akan menjejaskan imej pentadbiran
lalu".

Keesokannya, Ambrin menafikan dakwaan itu dan berkata tidak tahu apa yang dimaksudkan Wong.

Dua hari lalu, laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber menamakan Najib sebagai individu yang bertanggungjawab mengarahkan pindaan itu

Menurut
laporan itu, sumebr itu mendakwa ia dibuat dalam mesyuarat di pejabat
perdana menteri dan mengeluarkan maklumat berkenaan pembabitannya dan
Jho Low dalam 1MDB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...