Sepertimana yang dijanjikan malam tadi bahawa pagi ini saya akan 
berkongsi dengan anda apa kisah sebenar yang saya tahu tentang tindakan 
bapa Saiful yang membuat u turn disaat-saat Anwar dan geng-geng PKR 
menafikan penglibatan mereka berhubung insiden pencerobohan di Lahad 
Datu....
Kalau ikutkan perancangan PKR yang sebenarnya bapa Saiful akan 
dijelmakan selepas pembubaran parlimen kelak.  Tetapi oleh kerana nak 
tutup isu Lahad Datu maka ianya dipercepatkan.
Sekarang mari saya ceritakan kisah sebenar....
Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa.
Beberapa bulan lepas kami telah mendengar cerita bahawa orang-orang 
Anwar Ibrahim sedang memburu Saiful dan ahli keluarganya untuk tampil 
membuat pengakuan bahawa kejadian liwat yang berlaku ke atas Saiful 
adalah konspirasi yang dirancang oleh Datuk Seri Najib.
Kemudian cerita tersebut lenyap begitu sahaja....
Kemudian, kira-kira 3-4 minggu yang lepas. Maaf saya tak ingat tarikh 
yang tepat tetapi jika tidak silap saya ianya dalam minggu pertama 
bulan  Febuari 2013, Parpukari dan saya menerima perkhabaran dari Papa 
Gomo yang menyatakan bapa Saiful telah bergaduh dengan Saiful dan telah 
keluar dari rumah. Puncanya kerana bapa Saiful hendak menerima tawaran 
dari pihak Anwar dan marah kerana Saiful tidak mahu mengikutnya. 
Bapa Saiful bertindak begitu kerana tidak ada orang-orang Umno atau 
orang-orang Najib yang menolongnya atau menjaganya. Tiada orang tolong 
atau tiada orang jaga itu adalah ayat berlapik. Ayat yang tak 
berlapiknya adalah kerana orang Umno gagal memenuhi 
permintaan-permintaannya....
Saya serta Parpukari bertekak dengan Gomo. Saya tidak setuju kerana 
orang-orang Umno dipersalahkan. Ini kerana masalah yang berlaku adalah 
masalah antara Saiful serta keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Kenapa 
pula orang Umno yang kena tanggung ? Kenapa pula orang Umno yang nak 
kena jaga dia ? Bagi saya cara bapa Saiful salah kerana apabila dia 
mewajibkan orang-orang Umno untuk menjaganya bermakna Umno yang terlibat
 dalam kes liwat berkenaan. 
Sampai satu tahap saya katakan kepada Gomo, apakah Umno yang suruh 
Saiful pergi tonggeng kepada Anwar ? Gomo terus naik angin satu badan 
marahkan saya kerana bercakap begitu. 
Saya beritahu Gomo bahawa saya nak tulis perkara berkenaan keesokkan 
harinya kerana nak beritahu awal-awal kepada masyarakat apa yang akan 
berlaku nanti. Gomo tak benarkan saya tulis kerana katanya minta saya 
jaga hati dan perasaan Saiful. Katanya beri peluang kepada Saiful untuk 
pujuk bapanya dan pulihkan balik hubungan mereka. Sekali lagi kami 
bertekak.....
Jika diikutkan cerita Saiful semalam, saya rasa hubungan dia dengan 
bapanya mungkin telah pulih selepas kejadian itu kerana dia menceritakan
 dia pergi bercuti bersama bapanya dan telah kembali berhubung.  
Bermula malam itu saya mula hilang respek pada bapa Saiful apabila 
mendengar cerita yang dia marahkan orang Umno tidak menjaganya hingga 
sanggup nak pergi kepada PKR semata-mata pihak sebelah sana menerima 
permintaannya....
Terpacul dari mulut saya kata-kata, ada juga bapa yang hendak jual punggung anak....
Dipendekkan cerita, perbincangan kisah itu pada malam tersebut antara 
saya, Parpukari, Papa Gomo dan seorang lagi rakan agak tegang. 
Kemudian cuti Tahun Baru Cina, selepas itu saya pula bekerja luar 
kawasan dan tak pedulikan kisah politik serta tidak kemaskini blog dalam
 tempoh yang agak lama. 
Saya kembali semula hujung minggu lepas dan awal minggu ini mula ambil 
tahu semula kisah politik, dan isu yang sedang hangat adalah isu Lahad 
Datu.
Semalam (Jumaat) ketika sedang memandu ke KL tiba-tiba saya menerima SMS
 dari Gomo yang memaklumkan tentang tindakan bapa Saiful. Saya menjawab 
kepadanya kalau kau benarkan aku tulis 3-4 minggu lepas kan senang 
cerita....Selepas itu dia jawablah dengan hujah dia yang bertalu-talu.  
Apa yang saya nak beritahu kepada anda adalah apa yang dilakukan oleh 
bapa Saiful semalam memang telah dirancang sekian lama dan matlamatnya 
adalah RM....RM....RM....RM.....
Selepas lima tahun baru kau sedar ? Jangan kelentonglah Azlan.....
Apakah kau ingat wang yang kau dapat itu dapat menongkat langit ? 
Lima tahun dulu dialah yang berada di sebelah Saiful sewaktu Saiful 
bersumpah laknat dalam Masjid. Selepas Saiful bersumpah dia lah yang 
pertama memeluk Saiful. Hari ini dia kata itu semua bohong....
Selepas mahkamah membebaskan Anwar awal tahun 2012, ketika itu banyak 
pihak yang tidak berpuashati mendesak Peguam Negara agar memfailkan 
rayuan termasuklah bapa Saiful sendiri. Malah dia sendiri turut 
melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang ketika itu 
menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan. 
Berikut adalah apa yang dikatakannya pada masa itu....

 
PETALING JAYA: Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu
 Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi 
Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim 
daripada dakwaan meliwat anaknya.
Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu 
menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta 
seluruh ahli keluarganya.
"Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.
"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk 
memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya," 
katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini. 
Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan 
Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan 
rayuan.
Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi 
menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga 
ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
"Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses
 keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan 
berlangsung.
"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam 
kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan 
sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat 
rayuan sudah mahu dihalang.
"Mengapa 'double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang 
insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau 
dinafikan begitu sahaja," katanya.
Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah 
seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam 
Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.
Ditanya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak 
lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.
"Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.
"Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan," katanya. 
M Star Online 
 
 Itu kata-katanya dulu....semalam apa yang dia kata pula....
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar." 
Malaysiakini
Tak payah banyak En Azlan oiiiii, itu pun sudah cukup untuk menunjukkan 
kamu sememangnya manusia yang tidak boleh dipakai dan sanggup aibkan 
anak sendiri kerana kerakusan kamu. Ingat mati wehhhhhh......kamu dah 
senja.....anak kamu masih muda.....dia mungkin akan hidup lama 
lagi.....tak kasihankah kamu pada dia ? 
Apa jenis punya bapa macam ni ?
Cuba kita imbas balik kisah bapa si Saiful ni......
Saya difahamkan dia bercerai dengan mak Saiful dan Saiful dijaga oleh 
ibunya. Kemudian selepas ibunya meninggal dia tidak jaga atau pedulikan 
Saiful. Tiba-tiba selepas dia mendengar Saiful bekerja dengan Anwar 
Ibrahim selepas PRU 2008 dan ketika itu mereka dah menang banyak negeri 
serta ura-ura Anwar akan menjadi PM pada 16 September 200,tiba-tiba dia 
rapat kembali dengan Saiful. Di situ pun sudah boleh nampak dia seorang 
yang oppurtunist..... 
Kemudian apabila Saiful diliwat tiba-tiba dia menjadi seorang bapa yang prihatin. Kemudian semalam dia kata dia sentiasa
 dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya semata-mata kerana kasih 
seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya. 
Kasih seorang ayah apa ke bendanya kalau dulu tak jaga anak pun ?
Kasih seorang ayah atau nak ambil kesempatan diatas kejadian yang 
menimpa anak untuk mengepow orang-orang Umno ?  Bila gagal lari sebelah 
sana.....
Suka tak suka bapa Saiful telah mencipta satu sejarah baru apabila 
sanggup malukan anak sendiri kerana kerakusan nafsunya. Jawablah pakcik 
oiiii di kubur nanti.....
Yang paling saya tak boleh tahan adalah apabila dia duduk sebelah anak 
dia masa anak dia bersumpah laknat.Habis bersumpah dia peluk anak 
dia.....Hari ini dia kata apa yang anak dia buat itu tak betul....
Kalau masa itu dia dilarang jumpa anak dia sebelum bersumpah, tak boleh 
bersama di mahkamah, dirumah dan sebagainya , logiklah juga kalau dia 
nak kata segalanya dikawal oleh orang lain dan dia tak berupaya 
menghalang. Ini tidak, dia bebas bersama anak dia 24 jam sehari , 
selepas 5 tahun dia kata itu semua perancangan. Nak tipu pun biarlah 
logik pakcik oiiii.....ingat kubur pakcik...
Dalam soal ini Anwar tidak boleh dipersalahkan kerana dia sebagai 
seorang ahli politik bijak mengambil kesempatan. Yang salah adalah dia 
sendiri. Tidak berprinsip, tidak berpendirian dan tidak bermaruah. Azlan
 yang mengambil kesempatan menjelang PRU untuk menekan orang-orang Umno 
agar memenuhi kehendak-kehendak dia.  
Puak-puak PKR semalam raya sakan dengan tindakan bapa Saiful. Apakah dia ingat orang lain beraya bersamanya ? 
Terus terang saya katakan bahawa saya sikit pun tak goyang atau berdebar
 apabila menerima berita tindakan bapa Saiful semalam. Sebab saya tetap 
percaya kepada sumpah yang Saiful lafazkan dulu. Dan saya yakin 
kebenaran akan tetap menjelma. 
Cerita liwat dan cerita sumpah Saiful sebenarnya masyarakat dah tak 
ingat pun. Sebab benda dah lama. Tetapi tindakan bapa Saiful semalam 
akan membuatkan masyarakat kembali mengingatinya, dan rata-rata orang 
melayu akan tetap percaya kepada sumpah laknat yang dilafazkan walaupun 
Pas kata sumpah tiada dalam islam. 
|  | 
| Sekarang demi 
ntuk mempertahankan kemaluan Anwar Pas sanggup kata dalam islam tiada 
sumpah. Tapi mereka lupa apa yang mereka kata dulu..... | 
Jadi terima kasihlah kepada Johari Abdul kerana menguruskan bapa Saiful 
semalam dan jangan salahkan orang lain kerana cerita liwat hidup 
kembali. 
Kalau benar dan kalau tak bersalah kenapa terlalu takut hingga buat 
sidang media semalam secara tertutup di sebuah kondominium dan hanya 
wartawan-wartawan mereka sahaja dibenarkan masuk ? Apasal ? supaya boleh
 kawal soalan-soalan yang ditanya dan tidak terperangkap ke ? Takut 
wartawan tanya pasal sumpah Saiful ke ? 
Kalau pakcik berani dan tidak bersalah buatlah satu sidang media terbuka dan panggil semua wartawan tanpa memilih bulu. 
Saya tetap yakin dan percaya apa yang berlaku semalam adalah proses PKR 
menggali lubang kubur bukan sahaja untuk mereka tetapi juga untuk DAP 
dan Pas....
Kepada Saiful Bukhari, saya minta maaf banyak-banyak jika anda terasa 
hati dengan tulisan ini. Saya faham buruk macamana sekali pun dia tetap 
bapa anda. Marah macamana sekali pun sikit sebanyak anda tetap akan 
terasa hati bila membaca tulisan ini. Ya lah....bapa tetap bapa....tapi 
bapa boleh khianat anak. Patutnya kamu yang patut jadi bapa dan bapa 
kamu yang patut jadi anak....Maafkan saya Saiful....
Kepada masyarakat pula ambillah iktibar diatas apa yang berlaku. Kerana 
duit apa sahaja boleh berlaku. Marilah kita termasuk saya sendiri 
sama-sama bermohon kepada Allah agar dijauhkan perkara begini terjadi 
kepada keluarga kita , rakan-rakan kita, jiran sekeliling kita dan juga 
berulang kembali kepada muslimin dan muslimat yang lain.
Jangan lupa juga kita sama-sama berdoa agar bapa Saiful tidak terus dikuasai iblis dan kembali ke pangkal jalan. 
 
 kawan copy terus daripada    
RBF Online
at
9:46 AM