Najib Tun Razak ... Pengganas Perlu Letak Senjata Tanpa Syarat
Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Razak baru sahaja mengadakan sidang media di Tawau ...
1) Pemimpin Sulu di Tawau berikrar memberikan kerjasama dengan kerajaan.
2) Pengganas Jamalul Kiram III perlu letak senjata tanpa syarat.
3) Sabah adalah sebahagian dari Malaysia dan milik Malaysia buat selama-lamanya.
4) Najib memberitahu Perjanjian tahun 1878 dan Suruhanjaya Cobbold 1963 akan tetap terpakai buat selama-lamanya.
5) Jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan dan memandang rendah iltizam kerajaan pertahan Sabah dalam Malaysia.
6) Operasi Ops Daulat tetap diteruskan sehingga penceroboh meletak senjata dan keluar dari negara ini tanpa sebarang syarat.
7) Malaysia telah lama mengamalkan dan menghormati prinsip kemanusiaan.
8) Kerajaan telah memberi peluang berunding dengan pihak pengganas Jamalul Kiram III sebanyak 4 kali sebelum Ops Daulat dilakukan.
Ops Daulatyang menyaksikan kerjasama polis dan tenteradi bawah strategi lautan biru setakat ini nyata membuahkan hasil memberangsangkan.
Sebentar tadi
sidang media yang telah diadakan oleh YAB Perdana Menteri menyatakan Ops
Daulat akan diteruskan sehingga semua pengganas menyerah diri
sepenuhnya termasuk dalang disebalik pencerobohan ini.
Malaysia telah berunding selama hampir sebulan sebelum membuat keputusan menyerang pengganas, sepatutnya pengganas menggunakan masa tersebut berunding tetapi mereka memilih untuk berperang.
Malaysia telah berunding selama hampir sebulan sebelum membuat keputusan menyerang pengganas, sepatutnya pengganas menggunakan masa tersebut berunding tetapi mereka memilih untuk berperang.
Malaysia juga
tidak bertindak agresif sehingga pihak pengganas menunuh anggota pasukan
keselamatan dengan menipu kononnya menyerah diri sambil mengibarkan
bendera putih, kata Najib lagi
Kita akan menyerang sehingga kesemua pengganas menyerah diri, jika mahu genjatan senjata mereka perlu serah diri lebih awal.
Bravo Datuk Seri Najib ... Ada lagi pengkhianat ini yang TIDAK AKAN BERHENTI MELAKUKAN ONAR ... jaga-jaga.
No comments:
Post a Comment