Insiden Lahad Datu: Tindakan Kerajaan Malaysia betul walaupun ambil masa lama - Ust Shamsuri
Pencorobohan Sulu Satu Khilaf yang besar
Ulasan terbaru Ustaz Shamsuri berkenaan Krisis di Sabah tentang pencerobohan oleh Puak Sulu.
Kesimpulan
mudah yang boleh ambil untuk isu nie, walau apa pendirian politik kita,
seeloknya kita bersatu dalam isu nie bagi mempertahankan kedaulatan
negara.. sekiranya ada pun konspirasi politik dan sebagainya
disebaliknya, biar mereka yang terlibat dalam merencanakan agenda
konspirasi nie yang tanggung jawab di hadapan Allah nanti.. tapi kita
sebagai rakyat Malaysia.. bersatu, dalam masa yang sama doakan supaya
puak penceroboh ini berundur dengan baik, kerana -- mereka saudara
seagama...
Mudah2an Allah memberi kekuatan dan pertolongannya
kepada kita semua, dan berikan juga hidayah dan kesedaran kepada
penceroboh semua.. Amin..
Insiden Lahad Datu: Tindakan Kerajaan Malaysia betul walaupun ambil masa lama - Ust Shamsuri
Pencorobohan Sulu Satu Khilaf yang besar |
1) Pencerobohan "tentera kesultanan sulu" satu silap yang besar, kerana negara Malaysia Negara yang berdaulat.
2) Malaysia akur - Filipina minta sekiranya ada anak/wanita dalam pencerobohan tersebut, minta dikeluarkan secara aman.
3) Malaysia mahukan perdamaian - kerana Malaysia melihat penceroboh saudara se islam. Namun jawapan penceroboh mengecewakan, mengatakan mereka tidak akan menyerah diri sehingga ketitisan darah terakhir.Walaupun mereka salah, Malaysia masih berharap mereka menyerah diri agar tiada pertumpahan darah.
4) Sehingga ke saat ini, segala tindakan Malaysia tidak salah, menawarkan perdamaian sehingga ke tahap Rakyat Negara sendiri MARAH.(Ambil masa yang lama melakukan rundingan). Tapi tidak disambut perdamaian itu.
5) Selama ini, Orang kaya-kaya/tokoh-tokoh dan Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra memberikan pelbagai bantuan seperti membina masjid, memberi peruntukan duit dan sebagainya. namun, mereka pula telah menceroboh negara kita.
6) Ambil konteks dalam rumah kita, "satu orang menceroboh masuk bawa pisau, tunjuk dekat kita, betul tidak perbuatan dia?" Sedangkan Nabi junjungan kita juga meminta izin sahabat, Itban Bin Malik untuk masuk ke rumahnya.
MyMassa: Apa yang kita boleh ambil daripada ceramah Ustaz Shamsuri terhadap isu pencorobohan Sulu ini ialah janganlah mempertikaikan tindakan Malaysia dalam insiden ini. Kerajaan Malaysia telah cuba sedaya upaya mengambil tindakan yang sebaiknya dengan mengambil kira semua sudut.
Apa yang kita perlu lakukan, semua pihak perlu bersatu dan terus memberikan doa untuk kejayaan pasukan Keselamatan kita yang berjuang demi kedaulatan negara kita!
No comments:
Post a Comment