USD500,000, jawatan serta pangkat dan lain2 habuan dijanji etiap pengganas Sulu
Flying Kick di SINI melaporkan 4 lelaki lelaki berketurunan Sulu berusia antara 20-an dan 50-an itu telah
ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada
Bahagian Jenayah Berat IPK Sabah.
Sedang kecoh di Facebook berhubung penangkapan seorang anggota polis berpangkat koperal bernama Hasan Basri yang dikatakan telah memberi maklumat keapda lanun hingga kematian enam orang anggota polis dalam satu serangan hendap.
Sedang kecoh di Facebook berhubung penangkapan seorang anggota polis berpangkat koperal bernama Hasan Basri yang dikatakan telah memberi maklumat keapda lanun hingga kematian enam orang anggota polis dalam satu serangan hendap.
Semalam pihak keselamatan dah cekut 50 tali barut tempatan kepada Lanun Jamaluil Kiram III di bawah Security Offenses Act (Special Meaures).
Pasti tak lama lagi akan keluar macam-macam kisah. Belum apa-apa pihak pembangkang Pakatan Rakyat dah mula membela dengan menimbulkan tuduhan brutality dan hak asasi manusia. Mohon polis tangkap yang cakap banyak dan hantartidor semalam di Kg Tundao dengan hanya senjata dalam seluar.
Unspinners ada cerita dah tapi baca mukadimah panjang dulu .... hehehe.
Sehari sebelum itu, 32 dah dijumpa terkorban dari "operation mopping up" dan ini menjadi 52 mayat lanun-lanun pengganas Sulu yang dijumpai. Takde lah seperti anwar tuduh kata tembak jet tapi takde mati.
Ikutkan serangan jet bukan untuk bunuh tapi nak "flush them out". Cuma bodohlah kalau jet serang kamu duduk mencanguk.
Kalau ada tak paham dan nak soal-soal, hantar ke Lahad Datu dan sumbat dalam Danum Valley seminggu tanpa handphone dan kompas.
Satu benda yang anih adalah kenapa mereka ini tak mahu menyerah diri atau letak senjata.
8/3 IGP: Sulu gunmen show no sign of surrendering despite ceasefire call by self-styled Sulu Sultan; police and army continuing to hunt them down/STAR
Baru difahami mereak ada semangat macam pahlawan terbilang kita, Kanang Anak Langkau. "Agi idup agi ngalapan." selagi hidup selagi itu kena terus perang dan berjuang. Ada juga kata sesiapa antara mereka yang akan serah diri akan dibunuh.
Namun begitu, risikan The Unspinners - dengan mengunakan alat dan teknologi terkini dan terlama dalam dunia dalam mendapatkan maklumat - mendapati tak benar mereka ini sanggup berjihad dan syahid begitu sahaja. Alat dan tekonologi kami adalah sumber dan maklumat yang sahih atau berilmu serta lojikal.
Dalam ilmu perjuangan kita boleh juga "live to fight another day." Kita kembali untuk meneruskan perjuangan.
Semalam muncul laporan KLPOS SINI memberitakan bekas-bekas ahli PKR yang mengatakan SUARAM telah diarahkan Anwar Ibrahim untuk membayar pengganas ini.
Kami The Unspinners pula diberitahu bahawa setiap pengganas telah dijanjikan sekurang-kurangnya USD500,000 seorang, jawatan dalam tentera Sabah apabila berjaya tawan, kerakyatan Sabah dah pasti, tanah di Sabah dan bagi pangkat tinggi, ditawarkan sekali royalti hasil minyak Sabah.
Kalau mereka boleh senang-senang ditipu oleh Jamalul Kiram III yang tak ada hak untuk jadi Sultan Sulu dan kesultanan tersebut dah tak ada locus standi menuntut, apa lagi yang mereka tak boleh ditipu.
Keturunan Jamalul Kiram pernah mengadai nyawa orang-orang Sulu. Baca kisah Budu Dahu Massacre di DIn Hulu Selangor SINI
Anwar tahu mereka tak boleh berjaya dan tawaran ini hanya impian buat mereka. Dia tahu dia tak perlu keluar duit
Sekurun lama mereka berjuang sia-sia dan hidup dalam huru hara dan kemiskinan. Istana mereka yang kononya Sultan pun hanya rupa begini.
Jahanam kita kalau Anwar dibiarkan jadi pemimpin negara ini. Senang-senang digadaikan nyawa orang untuk kebuasan jawatan dan kuasanya.
No comments:
Post a Comment