Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, June 13, 2018

Kenapa Mahathir pinjam dari Jepun?


 

Merakam Sejarah: Anwar Ibrahim

Merakam Sejarah: Anwar Ibrahim: Anwar tak perlu lagi menukar songkok, jubah.



Hishamuddin Rais  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




Saya akan dianggap murtad kalau saya tidak menulis tentang Anwar
Ibrahim dalam siri merakam sejarah ini. Para REFORMIS akan memurtadkan
saya kerana tidak memperlihatkan dan berlabun tentang peranan Anwar.


Hakikatnya dari fakta sejarah dalam kempen PRU14 peranan Anwar amat
minimum - amat sedikit. Malah kadang kala mengganggu perjalanan siratul mustakim Pakatan Harapan.


Ini terjadi kerana ketika PRU14 dirancang dan berjalan Anwar ini
sedang dipenjara oleh Najib. Anwar dipenjara atas tuduhan meliwat Saiful
Bukhari. Ini fakta sejarah.


Tetapi yakinlah peranan Anwar Ibrahim ini besar. Untuk memahami
rakaman sejarah biar saya butirkan beberapa fakta latar untuk
pengetahuan umum.


Mungkin ada pembaca kurang arif tidak mengetahui beberapa fakta latar
belakang tentang Anwar Ibrahim. Wajib diberitahu bahawa Anwar Ibrahim
ini sebelum memakai jubah Islam telah memakai songkok Melayu.


Kampus Universiti Malaya - pasca Mei13 1969 - Anwar telah menonjolkan
diri sebagai pemimpin pelajar. Tapi bukan memimpin Persatuan Mahasiswa
Universiti Malaya - PMUM. Bukan. Bukan. Bukan.


PMUM adalah persatuan pelajar untuk anak semua bangsa-bangsa semua
agama. Dari segi fakta sejarah pucuk pimpinan PMUM sering kali diterajui
oleh kumpulan liberal sekular atau pelajar kiri dari Kelab Sosialis.


Anwar memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiri Malaya (PBMUM ).
PBMUM tidak berjanji memayungi anak semua bangsa. Justeru Anwar tidak
pernah bertanding untuk merebut kerusi PMUM. Jika bertanding dalam
pilihan raya umum PMUM pada tahun 1970, Anwar akan kalah. Hakikatnya
amat jarang aktivis dan pemimpin PBMUM berani bertanding untuk memimpin
PMUM.


Dari fakta sejarah, pernah pada tahun 1973 bekas presiden PBMUM -
Zulkifli Ahmad cuba bertanding dalam pilihanraya PMUM. Tapi gagal.


Ketika saya di UM, warga mahasiswa menggambarkan demografi Malaysia.
Justeru garis Melayu atau garis Islam tidak ada keupayaan untuk mewakili
anak semua bangsa - bangsa semua agama dalam kampus UM.


Pasca Mei13 dalam tahun 1970 Anwar melancarkan kempen menobatkan
penggunaan Bahasa Melayu dalam Universiti Malaya. Dari sini Anwar
mencipta nama.


Kemudian Anwar menukar songkok Melayu PBMUM untuk memakai jubah
Islam. Fakta - jubah Islam - ini sering ditimbulkan. Ada yang
menimbulkan ‘ jubah hijau’ ini untuk membuktikan bahawa pada satu ketika
dulu Anwar ini seorang fundamentalis Islam. Berita dan labun seperti
ini biasanya datang dari musuh politik Anwar.



Lebih licik


Sebenarnya Anwar Ibrahim ini lebih licik dari itu. Anwar memiliki
keupayaan untuk menukar songkok, baju, jubah, tali leher dan jaket
berkali-kali. Semua dilakukan dalam usaha membantu memperkukuh kerja
politik dirinya.


Semua yang saya tulis ini adalah latar awal ketika Anwar di UM.
Jangan silap fakta saya bukan satu angkatan dengan Anwar Ibrahim. Kami
pergi ke sekolah yang sama. Kami masuk ke universiti yang sama - fakulti
yang sama tapi BUKAN jabatan yang sama. Hakikatnya Anwar Ibrahim lebih
senior dari saya.


Bila saya masuk ke UM tahun 1971 saya sempat melihat cakaran di
dinding papan tanda. Cakaran ini bertujuan memadamkam maklumat dalam
Bahasa Inggeris. Ini kerja kempen Anwar Ibrahim dan PBMUM. Inilah yang
saya takrifkan sebagai ‘songkok’ Melayu dari Anwar Ibrahim.


Pada 3 Disember 1974 anak mahasiwa pelajar dari pelbagai kampus turun
berdemo di Dataran Merdeka untuk menyokong perjuangan kaum tani yang
kelaparan di Baling, Kedah. Dari Dataran Merdeka para demonstran masuk
ke Masjid Negara.


Pada Rabu 4 Disember 1974 Anwar ditahan bawah ISA. Pada 8 Disember
1974 saya hilang ke bawah tanah dari Kolej Ketujuh Universiti Malaya.


Saya berkelana selama 20 tahun. Anwar menjadi ahli United Malays
National Organisation dan menjawat jawatan dalam parti dan kerajaan.


Pada 2 September 1998 Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Malaysia
dibuang dari kerajaan atas tuduhan meliwat. Pada 20 September 1998 satu
tunjuk perasaan telah diadakan. Demonstrasi bermula di Masjid Negara
kemudian para demonstran telah masuk ke Dataran Merdeka.


Untuk saya ini pengulangan sejarah. Ini permulaan gerakan politik
jalan raya. Sejarah demonstrasi Disember 1974 berulang sekali lagi pada
September 1998.


Pada petang 20 September ini saya hadir di Masjid Negara dan menyebar kertas pelekat dari Kumpulan APA - Artist Pro-Active.


Pada sebelah malam 20 September Anwar ditahan. Dari sini bermula
gerakan REFORMASI. Manifestasi reformasi ialah politik jalan raya. Saya
cukup senang hati kerana politik jalan raya kembali menyemarakkan garis
politik Malaysia.


Sebaik sahaja Anwar ditahan seluruh negara mengelodak. Anak-anak muda
mula turun ke jalan raya. Semua ini spontan tanpa disusun atau diatur.
Ini tanda sokongan hangat anak anak muda - pelajar dan mahasiswa - kakak
, ibu, abang dan ayah - terhadap Anwar Ibrahim. Si Anwar dianggap
sebagai harapan masa depan mereka.


Sejarah merakamkan bahawa manifestasi gerakan reformasi 1998 ialah
demonstrasi. Manakala ikon reformasi ialah Anwar Ibrahim. Sosok yang
dipanggil Anwar Ibrahim ini menjadi simbol yang paling ampuh. Ikon dan
wajah Anwar Ibrahim telah berjaya membawa orang ramai ke jalan raya.


Kepada penyokong dan simpatisan Reformasi - pemenjaraan Anwar memberi
makna masa depan mereka telah punah ranah - hancur berderai. Mereka
meletakkan harapan kepada sosok bernama Anwar. Bayangkan bagaimana
kecewa melanda apabila Anwar dipenjara. Justeru mereka sanggup bertempur
dengan FRU di jalan raya.


Menembusi jeriji besi



Anwar walau pun dalam penjara tapi pengaruhnya menembusi jeriji besi dan
tembok batu penjara. Menyebut nama nama Anwar Ibrahim bermakna menyebut
keadilan. Menyebut nama Mahathir Muhamad bermakna menyebut kezaliman.


Majoriti Bani Melayu pada tahun 1998 yakin bahawa Anwar telah dizalimi oleh Mahathir Muhamad.


Dalam PRU10, PRU11, PRU12 dan PRU13 - tidak dapat dinafikan faktor Anwar adalah faktor numero uno. Dalam PRU10 pada tahun 1999 Terengganu jatuh ke tangan parti Islam PAS. Kemenangan PAS adalah kerana Anwar.


Imej mata lebam Anwar adalah rujukan kemenangan itu. Menidakkan fakta
ini sama saperti menidakkan faktor Mahathir yang berjaya menjatuhkan
United Malays National Organisation pada Rabu 9 Mei 2018.


Wajib diakui bahawa Anwar Ibrahim memiliki keupayaan berucap yang
hebat. Sesiapa yang mendengar kali pertama ucapan Anwar akan terpesona.
Memang hebat retorika dari mulut Anwar. Ini bukan ucapan dari ustaz tapi
akan diselang-seli dengan ayat Quran dan Hadis Nabi.


Malah untuk memperkukuh diri Anwar juga melamar beberapa patah
perkataan Jerman atau Perancis. Walau pun bunyi perkataan asing ini
tidak begitu tepat tetapi bunyi yang salah ini telah cukup untuk
mendodoikan telinga mak cik dan pak cik Felda.


Tidak cukup dengan weltanschuung. Anwar akan menggugurkan
beberapa nama sosok-sosok penting dalam ucapannya. Ini bertujuan untuk
membantu pemperkukuhkan dirinya. Akan disebut nama Qaradawi, akan
disebut nama Al Gore atau Erdogan. Akan dipalit nama George Town
University untuk memberi gambaran pada maka cik dan pak cik Felda bahawa
Anwar ini bukan kecik anak.


Pasti mak cik Felda akan berkata… Oh! Hebatnya Si Anwar ini hampir semua pemimpin dunia dikenalinya.


“Dihina... dipukul... ditelanjangi....” Perkara ini diulang-ulang
oleh Anwar. Untuk sesiapa yang sering mengikut ceramah Anwar pasti
mereka telah mendengar surah yang sama berpuluh kali.


Memang betul. Memang tepat sosok bernama Anwar Ibrahim ini telah
dihina. Telah dipukul. Telah ditelanjangi. Inilah kehebatan Anwar
Ibrahim. Dia dipenjara tiga kali.


Kali pertama di Kamunting tahanan ISA kerana terlibat dalam gerakan
pelajar pada tahun 1974. Kali kedua 14 April 1999 - tuduhan meliwat.
Pada 2008 sekali lagi Anwar dituduh meliwat.


Kali pertama apabila Anwar dituduh meliwat kelihatan sokongan cukup
hebat. Ribuan turun ke jalan raya. Apabila Anwar dipenjara gelombang
REFORMASI menggelodak dan mengancam kedudukan Perdana Menteri Mahathir.


Tetapi apabila tuduhan ke dua sampai sokongan menjadi lembik. Tidak
seheboh kali pertama Anwar ditangkap dan dipenjara. Tidak ada ada tunjuk
perasaan besar besaran menuntut Anwar dibebaskan. Mungkin - rakyat
Malaysia telah naik bosan dengan kes liwat.


Walau apa pun sejarah wajib merakamkan tanpa Anwar Ibrahim tidak akan
ada kemenangan Rabu 9 Mei. Tanpa Anwar masuk penjara tidak mungkin
gelombang reformasi bermula. Anwar adalah sosok yang bertanggungjawab
memecah ruyung.



Memecah ruyung



Memecah ruyung bukan satu yang senang. Memecah ruyung memerlukan
pengorbanan. Anwar telah memecahkan ruyung itu untuk kita sesama
menikmati sagunya.


Sejarah akan merakamkan bahawa Anwar Ibrahim menjadi penyebab utama
yang membangunkan kesedaran Bani Melayu untuk berani bangun menentang
Parti Kertuanan Melayu. Anwar juga berjaya berkempen untuk meyakinkan
anak semua bangsa bahawa United Malays National Organisation wajib
ditolak.


Berbulan bulan dahulu - ketika saya mencadangkan agar Mahathir
Muhamad dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan -
tidak ramai yang menyokong. Malah saya mendapat sumpah seranah. Saya
mencadangkan Mahathir kerana pada ketika itu Anwar sedang dipenjara oleh
Najib.


Hari ini Mahathir telah diangkat untuk menjadi PM sekali lagi. Agenda reform Mahathir semakin jelas. Mengikut kata Suhakam tidak ada apa pun yang ‘sacrosanct atau suci' yang tidak boleh dibincangkan dalam Malaysia Baru. Amin.


Malah mengikut kata Kadir Jasin - bekas pengarang NST - hal ehwal raja-raja Melayu juga termasuk dalam agenda reform Pakatan Harapan. Ini satu yang hebat.


Hari ini Anwar telah bebas dari penjara. Kebebasan ini telah membuka
pelbagai kemungkinan untuk Anwar. Anak semua bangsa sedang menunggu
Anwar Ibrahim untuk bergerak serentak seirama memalu gendang agenda reform Mahathir Muhamad.


Harapan yang punah ranah pada tahun 1998 dahulu kini disambung.
Agenda reform Pakatan Harapan yang sedang berjalan sekarang adalah
lanjutan harapan anak semua bangsa kepada sosok Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim tidak perlu lagi menukar songkok atau jubah. Anak semua
bangsa sedang siap-siaga untuk melintasi jambatan menyeberang masuk ke
Malaysia Baru bukan untuk jadi jambatan dalam Malaysia Kuno. END



HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Monday, June 11, 2018

Penjual Jepun buat Dr M 'terpaku'


 

Published on Jun 11, 2018

Ketika Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad singgah disebuah pasaraya meluang masa lapang, beliau berhenti di sebuah gerai jualan orang Jepun.

Mahathir dilihat terpegun sebentar menyaksikan penjual cuba 'menjual' barangan terhadap negarawan itu dengan aksi penerangan yang melucukan.

Mahathir yang memuat naik video pendek itu di laman sosial Facebook peribadinya kemudian dilihat mecatit pengalamannya itu.

"Saya kagum dengan komitmen dan kebanggaan orang Jepun, tidak kira jenis pekerjaan yang mereka lakukan. Ini adalah nilai-nilai yang kita patut dicontohi", tulis Mahathir di Facebooknya.

Mahathir kini sedang melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun.

'Saya dapat tahu kepincangan projek Solar awal minggu lepas'


 

Menteri: Kontrak solar Sarawak 'lebih RM1 bilion'

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengesahkan Jepak Holdings Sdn Bhd
diberikan kontrak solar hibrid untuk sekolah di Sarawak bernilai “lebih
RM1 bilion” tanpa tender terbuka.


Ini bertentangan dengan penjelasan Jepak bahawa nilai tendernya cuma berjumlah RM750 juta.


“Kenapakah sebuah syarikat bernama Jepak ini diberi monopoli yang
sebegitu besar, berjumlah melebihi satu bilion ringgit tanpa melalui
proses tender terbuka?” soal Maszlee.


Pemimpin BERSATU itu juga berkata nilai itu “amat besar”.


Jepak melalui kenyataannya berkata kos RM1.2 bilion adalah kos keseluruhan projek termasuk penyelenggaraan dan bekalan diesel.


Menurut Jepak, kos RM1.2 bilion itu kos keseluruhan projek termasuk penyelenggaraan dan bekalan diesel.


Sementara itu, Maszlee juga berkata mendapat tahu “kepincangan” dalam
projek itu pada awal minggu lepas, sebelum berita berkaitannya
tersebar.


“Saya telah serta-merta mengarahkan pegawai untuk menyiasat dan memberi taklimat penuh kepada saya.



“Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa masalah di sekitar isu
pemberian kontrak ini dan wujud isu ketidakpatuhan terhadap tatacara
perolehan yang serius dalam projek ini,” katanya.


Pengarah urusan Jepak Saidi Abang Samsudin dalam kenyataannya berkata
belum menerima bayarannya dan mempertahankan kontrak runding terus itu
sah.


Sementara itu, Maszlee juga mendakwa terdapat beberapa orang pegawai
kementerian yang cuba “memperbetulkan keadaan” namun nasihat mereka
tidak dipedulikan.


Katanya, projek itu turut gagal memenuhi jadual siap 51 peratus pada 15 Mei lalu.


Latar belakang syarikat


Berkaitan latar belakang projek, Maszlee berkata Jepak asalnya salah
sebuah syarikat yang membekalkan diesel untuk genset di 369 buah sekolah
di Sarawak secara kontrak.



“Tetapi mulai 1 Januari 2017, kontrak diberikan kepada Jepak Holding Sdn
Bhd untuk membekalkan sistem hibrid solar dan diesel kepada semua 369
buah sekolah itu.


“Asalnya, Jepak hanyalah salah satu daripada kontraktor sahaja.
Tetapi melalui kontrak ini mereka membekalkan elektrik kepada semua 369
sekolah,” katanya.


Tempoh projek, katanya, selama tiga tahun dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019.


Sementara itu, Maszlee juga berkata beliau telah mengarahkan
pegawainya memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengheret pihak yang bersalah ke
muka pengadilan.


Beliau juga mendedahkan telah mengadakan siasatan dalaman untuk
mengenalpasti pesalah dan mekanisme supaya perkara itu tidak berulang.


Terkini! Polis serbu ‘rumah selamat’ Najib di Putrajaya


 
Published on Jun 11, 2018

Polis sedang menyerbu sebuah ‘rumah selamat’ yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.

Menurut beberapa laporan berita, sekurang-kurangnya empat kenderaan polis dari jabatan jenayah komersial Bukit Aman tiba di rumah itu kira-kira jam 1 petang.

Banglo dua tingkat di Precinct 10 itu dipercayai tidak mempunyai penghuni.

Laporan bongkar ucapan lucah Zamihan terhadap Mat Sabu, Nurul Izzah


 
Published on Jun 10, 2018

Beberapa ahli keluarga suspek yang ditahan di Penjara Sungai Buloh berkata pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang ditugaskan menjalankan program pemulihan ke atas mereka, mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk membuat serangan peribadi ke atas pemimpin Pakatan Harapan.

Ia terkandung dalam 5 laporan polis dibuat terhadap Zamihan, yang ditugaskan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan program pemulihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mereka berkata Zamihan, pada sebuah program sempena Nuzul Quran 31 Mei lepas di Penjara Sungai Buloh, Zamihan mengecam pemimpin kerajaan sebagai munafik di samping mengeluarkan kata-kata berbaur lucah apabila bercakap mengenai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzan Anwar.

Sidang Media~ Tun Dr Mahathir Bersama Wartawan Jepun Di National Press C...


 
Published on Jun 10, 2018

Sidang Media~ Tun Dr Mahathir Bersama Wartawan Jepun Di National Press Club Tokyo





Dr M beritahu media Jepun, 'saya tua tapi tak nyanyuk'

2018-06-11 15:02:32

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan mengenai usinya dihadapan media Jepun.

Ketika dialog bersama media Jepun hari ini Mahathir menjelaskan beliau mungkin sudah berusia namun bukan nyanyuk.

Mahathir
yang kini dalam lawatan tiga hari ke Jepun berkata beliau bersetuju
untuk dilantik sebagai perdana menteri kerana merasakan masih lagi mampu
dan layak untuk jawatan itu.

Mahathir yang mengangkat sumpah
sebagai perdana menteri sekaligus pemimpin tertua di dunia selepas
Pakatan Harapan berjaya memenangi 121 kerusi parlimen dalam PRU14 sekali
gus menubuhkan kerajaan.

Beliau sebelum ini menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Ucapan~ Tun Dr Mahathir Mohamad Pada Persidangan Antarabangsa NIKKEI ke ...


 


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia (Nikkei) ke-24 hari ini. - Foto BERNAMA

Sedia berkhidmat selagi diperlukan - PM

TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.
"Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan," katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun lagi beliau akan berusia 95 tahun.
Berucap pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia sempena Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-24, hari ini, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah menjadi Perdana Menteri tertua di dunia.
"Ia akan menjadi satu rekod jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi Perdana Menteri," katanya secara bergurau.
Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.
"Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka," katanya
Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk meraih kemenangan yang menakjubkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003. Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun. - BERNAMA


Malaysia akan mempunyai kereta nasional baharu

 

Sunday, June 10, 2018

Najib arah beri kontrak RM1.25b pada syarikat berkait BN

Najib arah beri kontrak RM1.25b pada syarikat berkait BN: EKSKLUSIF | Bekas PM didakwa anugerah projek hibrid solar di Sarawak itu pada Januari 2017.



Norman Goh & Geraldine Tong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


 
EKSKLUSIF |  Bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian
Pendidikan pada Januari 2017 menganugerahkan kontrak secara terus dengan
melantik sebuah syarikat untuk projek hibrid solar di 369 buah sekolah
luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.


Pendedahan ini ditemukan dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini yang juga menunjukkan tender kontrak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.


Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa
Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula meneliti projek hibrid solar RM1.25
bilion di Sarawak yang dianugerahkan pada Januari 2017 oleh kementerian
pendidikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli politik
tempatan.


Syarikat itu terlibat dalam perniagaan sewa kereta dan dimiliki oleh
ketua timbalan bahagian yang dikaitkan dengan parti pemerintah di
Sarawak.


Malaysiakini difahamkan PMO menerima dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan kes itu pada 1 Jun lalu. SPRM dan Kementerian
Pendidikan kemudiannya memulakan siasatan terhadap perkara itu juga.


Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir turut menyentuh projek hibrid solar ini dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.


"Ada sebuah syarikat yang sepatutnya membekalkan tenaga elektrik ke
sekolah dan peruntukan lebih daripada satu bilion diberikan kepada
syarikat ini. Syarikat ini tidak melakukan apa-apa tetapi mereka telah
mengutip wang dari kerajaan.


"Tidak ada apa-apa yang dilakukan di atas tanah, tiada satu perkara
yang dibuat, kami akan mengambil tindakan terhadap organisasi seperti
ini," katanya.


Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Menteri Pelajaran mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai isu ini.


Kementerian pendidikan telah melantik syarikat dari Sarawak itu pada
Januari 2017 untuk membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar dan
membekalkan janakuasa elektrik untuk 369 sekolah luar bandar.


Dalam dokumen bertarikh 5 Januari 2017, Najib menulis nota
mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk
menyediakan surat perjanjian dan pemberian kontrak secara langsung
kepada syarikat itu.


Pengecualian prosedur standard


Pada 19 Mac dan 22 April 2017, Najib mengarahkan bekas ketua
setiausaha Kementerian Pelajaran untuk meluluskan bayaran awal sebanyak
RM130 juta atau 9.81 peratus daripada jumlah nilai projek bernilai
RM1.25 bilion.


Kemudian pada 19 Julai 2017, bekas menteri pendidikan Datuk Seri
Mahdzir Khalid juga menulis kepada Najib untuk memohon pengecualian dari
prosedur perolehan projek itu.


Melalui setiausaha peribadinya, Najib mengarahkan setiausaha bahagian
perolehan Kementerian Kewangan untuk memberikan pengecualian daripada
prosedur perolehan standard kepada syarikat itu.


Kemudian pada 30 Mac tahun ini, Jabatan Perolehan dan Pengurusan Aset
Kementerian Pendidikan menghantar sepucuk surat kepada syarikat untuk
menuntut penjelasan sebab-sebab ketiadaan kerja-kerja yang telah dibuat
pada tahun lepas semenjak kontrak itu dianugerahkan pada tahun 2017.


Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan pengesahan.


[Baca berita penuh]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...