Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, June 11, 2018

'Saya dapat tahu kepincangan projek Solar awal minggu lepas'


 

Menteri: Kontrak solar Sarawak 'lebih RM1 bilion'

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengesahkan Jepak Holdings Sdn Bhd
diberikan kontrak solar hibrid untuk sekolah di Sarawak bernilai “lebih
RM1 bilion” tanpa tender terbuka.


Ini bertentangan dengan penjelasan Jepak bahawa nilai tendernya cuma berjumlah RM750 juta.


“Kenapakah sebuah syarikat bernama Jepak ini diberi monopoli yang
sebegitu besar, berjumlah melebihi satu bilion ringgit tanpa melalui
proses tender terbuka?” soal Maszlee.


Pemimpin BERSATU itu juga berkata nilai itu “amat besar”.


Jepak melalui kenyataannya berkata kos RM1.2 bilion adalah kos keseluruhan projek termasuk penyelenggaraan dan bekalan diesel.


Menurut Jepak, kos RM1.2 bilion itu kos keseluruhan projek termasuk penyelenggaraan dan bekalan diesel.


Sementara itu, Maszlee juga berkata mendapat tahu “kepincangan” dalam
projek itu pada awal minggu lepas, sebelum berita berkaitannya
tersebar.


“Saya telah serta-merta mengarahkan pegawai untuk menyiasat dan memberi taklimat penuh kepada saya.



“Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa masalah di sekitar isu
pemberian kontrak ini dan wujud isu ketidakpatuhan terhadap tatacara
perolehan yang serius dalam projek ini,” katanya.


Pengarah urusan Jepak Saidi Abang Samsudin dalam kenyataannya berkata
belum menerima bayarannya dan mempertahankan kontrak runding terus itu
sah.


Sementara itu, Maszlee juga mendakwa terdapat beberapa orang pegawai
kementerian yang cuba “memperbetulkan keadaan” namun nasihat mereka
tidak dipedulikan.


Katanya, projek itu turut gagal memenuhi jadual siap 51 peratus pada 15 Mei lalu.


Latar belakang syarikat


Berkaitan latar belakang projek, Maszlee berkata Jepak asalnya salah
sebuah syarikat yang membekalkan diesel untuk genset di 369 buah sekolah
di Sarawak secara kontrak.



“Tetapi mulai 1 Januari 2017, kontrak diberikan kepada Jepak Holding Sdn
Bhd untuk membekalkan sistem hibrid solar dan diesel kepada semua 369
buah sekolah itu.


“Asalnya, Jepak hanyalah salah satu daripada kontraktor sahaja.
Tetapi melalui kontrak ini mereka membekalkan elektrik kepada semua 369
sekolah,” katanya.


Tempoh projek, katanya, selama tiga tahun dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019.


Sementara itu, Maszlee juga berkata beliau telah mengarahkan
pegawainya memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengheret pihak yang bersalah ke
muka pengadilan.


Beliau juga mendedahkan telah mengadakan siasatan dalaman untuk
mengenalpasti pesalah dan mekanisme supaya perkara itu tidak berulang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...