Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 18, 2017

JHO LOW Tinggal di Istana Terapung


IMAMS: Zahid hidu sesuatu yang tak enak


 

IMAMS: Zahid hidu sesuatu yang tak enak

2017-12-17 17:05:43

Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan
Manasik Bersepadu (IMAMS) bukan bersifat politik.

Namun timbalan
perdana menteri itu mengakui beliau "terhidu" sesuatu yang tidak enak
apabila ia dilihat mengambil peluang ke atas seseorang yang ingin
mengerjakan umrah.

Katanya IMAMS dibatalkan selepas wujud protes daripada banyak pihak.

Read more at https://www.kinitv.com/video/55458O74#J474pqUkvPK6qdPU.99 


Nasib baiklah ketua Nazri, Mas Ermieyati ialah Najib

   

ULASAN | Semasa
aku menuntut di sebuah sekolah rendah di Kulim, Kedah kira-kira 30
tahun yang lalu, ada seorang guru yang memberi aku satu pengajaran yang
tak dapat aku lupakan.


Aku ingat lagi, waktu itu aku belajar di kelas 6 Mawar, dan Cikgu
Dayah - guru Bahasa Melayu yang mengajar kelas kami - memberikan aku dan
rakan sekelas sedikit kerja rumah yang perlu disiapkan pada hujung
minggu.


Pada Isnin berikutnya, ketika sesi pembelajaran Bahasa Melayu, Cikgu
Dayah masuk ke kelas seraya meminta semua pelajar menghantar kerja rumah
masing-masing.


Sementara beliau memeriksa kerja rumah tersebut, aku dan rakan sekelas diberikan latihan menulis karangan.


Sedang aku asyik menulis rangka karangan, nama aku dipanggil oleh Cikgu Dayah.


“Apa yang kamu hantar ni?” tanya beliau.


“Kerja rumahlah cikgu,” jawabku tenang.


“Apa yang cikgu suruh buat dan apa yang kamu buat?” bentak Cikgu Dayah.


Suruh lain buat lain


Aku tersentak. Dapat kurasakan mata keseluruhan rakan kelas tertumpu
padaku. Suasana mula jadi sepi. Tiada lagi bunyi pensel menggeser buku.


“Kenapa diam? Cuba buka mulut dan beritahu cikgu,” gesa beliau.


“Saya tak faham maksud cikgu. Kan ini yang cikgu berikan sebagai
kerja rumah minggu lepas,” ujarku dalam nada mempertahankan diri.


Cikgu Dayah kemudiannya menunjukkan aku buku-buku latihan rakan
sekelasku. Peliknya latihan yang dibuat kesemua rakanku itu berbeza
dengan latihan yang aku salin dari buku teks.


Sedang aku menggaru kepala aku yang tak gatal, beliau bertanya kepada rakan-rakan sekelasku.


“Muka surat berapa yang cikgu suruh salin?”


Rakan-rakanku semua menjawab pertanyaan Cikgu Dayah secara serentak.
Alamak, sahlah bahawa aku tersilap membuat kerja rumah. Aku pun
cepat-cepat meminta maaf kepada beliau.


“Cikgu nak tahu macam mana kamu boleh tersilap buat kerja rumah,” desak Cikgu Dayah.


Lidah aku menjadi kelu, tak tahu apa nak dijawab.


Dah malu denda pula


Seketika kemudian, aku bersuara dengan nada sebak. “Saya minta maaf
cikgu. Saya betul-betul tak sedar yang saya silap salin latihan yang
salah.”


“Tak semudah itu,” ujar beliau. “Kalau nombor muka surat dan nombor
latihan pun kamu boleh silap, bayangkan perkara-perkara lain yang boleh
jadi silap lantaran sikap kamu yang tak beri cukup perhatian di dalam
kelas.”


Aku rasakan lutut aku mulai longlai.


Cikgu Dayah kemudian menjulang buku latihan aku tinggi-tinggi di
hadapan seluruh kelas bagi mengingatkan mereka agar tidak mencontohi
sikap alpa aku itu.


“Kamu adalah pelajar. Tugas pelajar adalah untuk memberi perhatian di
dalam kelas. Kalau itu pun kamu tak boleh buat, cikgu rasa baik kamu
duduk rumah sahaja.”


Air mata aku mula menitis.


Aku ingatkan Cikgu Dayah akan berasa kasihan padaku. Lebih-lebih
lagi, aku sememangnya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan
selalu mendapat ‘A’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.


Tapi sangkaan aku meleset. Bukan hanya Cikgu Dayah tak menghiraukan
tangisan aku atau kasihan dengan diriku yang terpaksa menanggung malu
berdiri di hadapan kelas, malah beliau juga bertindak mendenda aku.


“Cikgu tak terima alasan kamu. Sekarang ambil buku kamu ni dan buat
pembetulan sebanyak 10 kali. Lepas ni kalau perkara sebegini berulang
kembali, cikgu akan lempar buku latihan kamu ke dalam tong sampah dan
kamu kena buat semula semua latihan dari awal tahun,” kata beliau.


Aku cuma berusia 12 tahun ketika itu. Tetapi pengajaran yang
diberikan Cikgu Dayah itu terpahat di sanubari aku sehingga hari ini.


“Jangan alpa ketika menjalankan tanggungjawab.”


“Tumpukan sepenuh perhatian.”


“Berani tanggung akibatnya jika salah.”





Sayangnya, bukan semua orang yang mendapat pengajaran yang serupa.
Contoh yang paling mudah ialah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan; serta Datuk Seri Nazri Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.


Beberapa hari yang lalu, sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS)
telah dirasmikan sebagai satu-satunya akses rasmi kepada permohonan visa
umrah di Malaysia.


Tetapi dalam hanya satu hari, sistem yang begitu heboh diperkatakan
dapat menangani masalah penipuan pakej umrah, terpaksa dibatalkan.


Ini berikutan tindakan mewajibkan penggunaan sistem IMAMS bagi semua
agensi umrah serta mengenakan caj berjumlah RM90.10 (caj penggunaan
IMAMS, insurans takaful dan cukai barangan dan perkhidmatan) pada
individu yang ingin menunakan umrah seperti yang diuar-uarkan kepada
media didapati bercanggah dengan perbincangan dalam kabinet serta
perbahasan jawatankuasa belanjawan kementerian di Dewan Rakyat.


Kena ajar cukup-cukup


Seperti aku tersilap menyalin kerja rumah, Mas Ermieyati juga
tampaknya tersilap menjalankan tugasnya mengikut apa yang dikehendaki
oleh pegawai atasannya, manakala Nazri pula gagal memantau pelaksanaan
tugas pegawai bawahannya itu.


Tapi peliknya, kedua-dua mereka tidak pula diminta menjelaskan sebab musabab berlaku kesilapan sedemikian rupa.


Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu berlapang dada dengan pembatalan sistem IMAMS tersebut.


















 











Amboi, mudahnya memaafkan kesalahan. Bukankah musim nak bermaaf-maafan zahir dan batin ada enam bulan lagi?


Haish!


Seandainya Cikgu Dayah menjadi pegawai atasan Mas Ermieyati serta
Nazri, aku pasti mereka berdua sudah diherdik di hadapan seluruh kelas.
Err... maaf, maksud aku di hadapan seluruh ahli kabinet.


Aku pasti Cikgu Dayah akan bertanya pada mereka bagaimana boleh
berlaku jurang perbezaan ketara di antara RM40 (seperti yang
dipersetujui) dengan RM90.10 (seperti yang diumumkan).


Ia adalah perbezaan bagaikan langit dan bumi.


Dan mewajibkan sistem yang sepatutnya menjadi pilihan bukan suatu kesilapan yang ringan!


“Apakah kamu bermimpi ketika perbahasan di parlimen atau kamu sememangnya buat kerja acuh tak acuh?”


Nasib baiklah ketua Mas Ermieyati dan Nazri ialah Najib yang baik hati, bukannya Cikgu Dayah.


Tapi jika difikirkan dengan teliti, sekiranya Cikgu Dayah berada di
tempat Najib, aku pasti beliau akan mengajar kedua mereka cukup-cukup
sehingga pengajaran tersebut menjadi tepu di dada dan takkan berulang
lagi kesilapan yang sama pada masa hadapan.


Alahai, patutlah sekarang ni mudah sangat kesilapan di lakukan berulang kembali – sebab pemimpin pun dah tak ambil kisah sangat.



FA ABDUL ialah kolumnis Malaysiakini edisi bahasa Inggeris.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/405782#4RtEUxI5b8W3Wk58.99

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...