Saturday, August 4, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Pas: Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal.. Hanya Kata2
Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.
“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita.Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.
Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.
Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.
“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan,” katanya.Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.
Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.
“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP,” katanya.Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut.
Label:
hudud pas
Lajim Memang Tunggu Kena Pecat
Lajim kena letak jawatan dalam kerajaan
Lajim Memang Tunggu Kena Pecat
POLITIK lanun macam Lajim
Ukin bukan susah sangat nak dibaca. Dia letak semua jawatan dalam UMNO
tapi kekal jawatan ahli dan Timbalan Menteri kerana menunggu untuk
dipecat. Nanti adalah alasan untuk dia mencaci Perdana Menteri
semahu-mahunya.
Hakikatnya, tidak ada Perdana Menteri
dalam dunia yang akan kekalkan jawatan ahli kabinetnya yang menyokong
pembangkang. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri pun dia tidak akan lantik
Ibrahim Ali sebagai Timbalan Menteri, umpamanyalah.
Ini logik yang budak darjah 6 pun boleh fikir.
Kita penyokong UMNO tidak ada masalah
kalau Lajim keluar macam cara orang ada otak. Kita penyokong UMNO tidak
akan demo depan rumah Lajim mintak dia kosongkan kerusi kerana menang
atas tiket BN (bukan individu), macam mana yang berlaku kepada ramai
ahli Parlimen PKR yang keluar parti sebelum ini.
Pergilah, kita tak kesah. Tapi kita naik
menyampah dengan permainan politiknya yang tak padan dengan umur, tua
tapi masih tak sedar diri. Nak tunjuk bagus tak bertempat.
Dunia tahu, Malaysia tahu, rakyat Sabah
tahu, Lajim nak jadi Ketua Menteri Sabah, period. Datuk Seri Najib
tidak ada alasan untuk serahkan jawatan itu kepadanya kerana dia bukan
ADUN tapi Ahli Parlimen dan Ketua Menteri sekarang bekerja dengan bagus,
apa alasan nak buang?
Moral cerita disini, Perdana Menteri tidak ada masalah dengan Lajim.
Jadi Lajim perlu cipta alasan kenapa dia
perlu bermusuh dengan Perdana Menteri, dan apa lagi alasan terbaik
melainkan dipecat dari jawatan Timbalan Menteri? Begitu juga UMNO,
Lajim perlu cari alasan untuk burukkan UMNO selepas bersama dengan
Pakatan haram nanti.
Kalau tidak, rakyat akan menilai Lajim
tidak ada maruah (walaupun memang dia tidak ada maruah), hipkorit dan
seumpamanya. Orang bijak pernah berkata, “Yang penting bukan
betul-betul ada maruah atau tidak, tapi penilaian orang kepada kita,
sama ada bermaruah atau tidak”.
Pendek kata pandangan orang tu yang penting.
Ini penting sebab rakyat Beaufort dan
Lajim sendiri tahu Najib banyak bantu projek pembangunan di parlimen
tersebut. Lajim tidak boleh menafikannya, atau buta-buta sahaja dia
digelakkan rakyat kawasan itu, mana boleh.
Dari orang bertanya dan Lajim tidak ada
kata-kata untuk menjawab, maka memang diatur begitu, letak semua jawatan
dalam UMNO tapi kekal jawatan Timbalan Menteri dan ahli UMNO menunggu
dipecat, sebab Lajim dan Anwar tahu, pemecatan adalah alasan yang cukup
bagus untuk mengecam Perdana Menteri dan UMNO selepas ini.
Eh, mestilah sebut nama Anwar, ini
musibat putar alam nombor satu. Lajim tidak ada akal pembelit sehebat
Anwar untuk rencana semua perkara macam ini, hanya Anwar yang pandai.
Lagipun, tahun 1994 dulupun Lajim dah kenal permainan Anwar, kalau tidak
macam mana pulak PBS boleh tumbang tak sampai 2 minggu lepas menang
pilihanraya negeri?
Semuanya sebab putar belit Anwar dan Lajim (dan 2 yang lain) sebagai bonekanya.
Dan kini dia jadi boneka lagi, apa yang nak hairan?
Karpal Singh Beri Amaran Pada Pas Isu Hudud..
Hudud - Jawapan Lengkap Nasrudin
"Hudud" Alamat Kubra PRU 13
Nasrudin Hassan, | 31 Jul 2012 |
2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.
3. Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.
4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.
5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.
6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.
7. Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.
8. Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.
9. Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.
10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.
11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]
12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.
Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.
Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.
Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]
12. UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.
13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.
14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.
15. ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Karpal Singh beri amaran pada Pas isu Hudud..
Filed Under ( berita pisau ) by pisau on 31.7.12
Apabila Karpal berdehem,ia bagaikan guruh dilangit maka larilah sang khawarji berselerakan mendapatkan perlindungan.
Inilah yang dikatakan kuasa berdehem atau batuk keramat Karpal Singh,Ia bisa menjatuhkan kopiah dan serban para khawarij..
Siapa berani bangkang?
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar Pas tahun lepas.
Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguan pun bahawa Pas telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Pas, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataan di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan Pas mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata, Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.
Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal. - BERNAMA
Pisau kata " cuba check harakah atau mana mana media haprak pakatan..sekor khawarij pun tak berani keluar kenyataan bantah Karpal"
Read more: http://www.pisau.net/2012/07/karpal-singh-beri-amaran-pada-pas-isu.html#ixzz22GR3lkmJ
Label:
hudud pas
Subscribe to:
Posts (Atom)