Diterbitkan
| Dikemaskini
| Dikemaskini
- LANGSUNG | Perbicaraan kes
jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan
penyalahgunaan kuasa dan pengubahan dana 1MDB memasuki hari ke-12 di
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.
Malaysiakini membawa anda laporan langsung prosiding.
LANGSUNG4.14 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan lebih awal hari ini.
Beliau
membenarkan permohonan ketua DPP Gopal Sri Ram ekoran ketua pendakwaan
Muhammad Shafee Abdullah perlu membuat persediaan bagi perbicaraan kes
bunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.
Perbicaraan akan bersambung semula Isnin minggu depan.
3.05 petang:Bekas CEO
Jho Low dan CEO Goldman Sachs (Asia) Tim Leissner menjadi pihak yang
mengaturkan perjumpaan antara Najib Razak dan Pengerusi Goldman Sachs
Lloyd Craig Blankfein di satu pertemuan pelaburan di New York pada
November 2009, kata Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
1MDB itu berkata, dia diminta Jho Low untuk terbang bersama Najib ke
mesyuarat dengan pihak yang berpotensi melabur dalam 1MDB.
Shahrol berkata dia bersama pengerusi 1MDB ketika itu, Lodin Wok Kamaruddin pergi ke sana pada 21 November 2009.
Perjumpaan itu berlaku keesokannya iaitu 22 November, katanya lagi.
"Jho
Low dan Leissner telah menjadi matchmaker untuk pertemuan tersebut. Jho
Low sebagai fasilitator kepada Najib manakala Leissner ialah
fasilitator kepada Llyod Craig Blankfein.
"Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan bahasa tubuh dan perbualan mereka," katanya lagi.
2.50 petang:
Pihak pendakwaan mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan Gold Star
Ltd menyalurkan AS$9 juta kepada pengeluar filem Red Granite Pictures.
ketua
DPP Gopal Sri Ram menunjukkan dokumen tahun 2011 itu yang dikatakan
menunjukkan Red Granite menerima wang itu daripada Good Star melalui
Bank Coutts, sebuah bank yang beribu pejabat di London.
Selepas
mengeluarkan dokumen yang menunjukkan anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai
pengarah Red Granite, dia menunjukkan empat cek kepada bekas CEO 1MDB
Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Menjawab soalan Sri Ram berkenaan cek
itu, Shahrol berkata dia diberitahu Jho Low untuk menyimpan cek
tersebut sehingga menerima arahan lanjut.
Katanya lagi,
memandangkan tiada arahan yang diterima dari Jho Low, dia menyerahkan
cek yang tidak ditunaikan itu kepada jabatan kewangan 1MDB.
Mengulas
lanjut, Shahrol berkata susulan usaha sama dengan PetroSaudi
International (PSI) pada September 2009, Jho memberitahunya yang
keluarga diraja Arab Saudi ingin menyumbang AS$100 juta kepada Yayasan
1MDB.
Ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kemudian menyatakan
bantahan dengan mengatakan cek tersebut ialah 'bukti dokumen khabar
angin'.
Shafee juga menyifatkan bukti lisan berkenaan dakwaan Jho Low mengarahkan Shahrol menyimpan cek itu sebagai khabar angin.
Sri Ram kemudian meneruskan pemeriksaan utama berdasarkan kenyataan saksi Shahrol.2.47 petang: Perbicaraan bersambung.12.04 tengah hari:Permohonan dibuat ketua DPP Gopal Sri Ram
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membenarkan
perbicaraan berehat awal hari ini bagi membolehkan pendakwaan menyusun
dokumen untuk fasa kedua keterangan saksi bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral
Ibrahim Halmi.
ketika Shahrol - saksi kesembilan pendakwaan - selesai membaca sehingga
perenggan 349 keterangan saksi 270 halamannya.
Perenggan satu
hingga 158 berkenaan fasa 1 dakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib
Razak, manakala fasa kedua bermula pada perenggan 350 di halaman 159
keterangannya.
Terdapat empat fasa dalam kesalahan yang didakwa dilakukan Najib berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
Pemeriksaan utama Shahrol dengan Sri Ram akan bersambung pada 2.30 petang ini.
11.45 pagi:Ketika pemeriksaan utama dengan ketua
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata Jho Low pernah
memberitahunya bahawa Good Star Ltd adalah milik PetroSaudi
International (PSI).
DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata Jho Low memberitahu perkara itu pada
Mei 2015, susulan laporan media bahawa ia didakwa milik Jho Low dan
jutaan dolar wang 1MDB telah disalurkan ke syarikat itu.
Shahrol
memberi keterangan berkenaan pengeluaran surat bertarikh 22 Mei 2015,
daripada CEO PSI Tarek Obaid, yang menyatakan Good Star adalah milik
PSI.
"Jho Low berjanji akan mendapatkan PSI untuk menulis kepada
saya sepucuk surat untuk mengesahkan apa yang beliau katakan itu,"
katanya.
Shahrol meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB pada Mac 2013 tetapi kekal dalam lembaga pengarah sehingga 2017.
11.20 pagi:Susulan itu, katanya, dia meminta Jho Low mencari jalan agar PSI mempercepat proses pelaburan semula "duit kami" di Malaysia.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak selesa dengan pelaburan
besar - berjumlah AS$1.83 bilion - yang disuntik 1MDB kepada PSI melalui
1MDB PetroSaudi Ltd dan Good Star Ltd.
"Sekurang-kurangnya
ia dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana banyak projek 1MDB di
Malaysia sedang berjalan," katanya ketika pemeriksaan utama dengan ketua
DPP Gopal Sri Ram.
Shahrol berkata Jho Low mengambil maklum akan
permintaan itu tetapi tiada jawapan positif selepas dia beberapa kali
bertanya soal itu kepadanya.
"Saya banyak kali menekankan beliau
namun beliau masih memberikan maklumbalas yang sama. Sehinggalah saya
dapat tahu daripada berita bahawa terdapat isu 1MDB melibatkan
PetroSaudi.
" Saya amat keliru kerana semua transaksi dibuat
adalah berdasarkan pelaburan antara kerajaan dan disokong penuh oleh
kerajaan Malaysia melalui mandat yang diberikan oleh perdana menteri,"
katanya lagi.
10.28 pagi:Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral
Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low pernah mendakwa PetroSaudi
International (PSI) "merungut pada daddy", merujuk kepada Raja Arab
Saudi ketika itu Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, selepas pengurangan
lanjut pembayaran oleh 1MDB.
Ibrahim Halim berkata dia mengurangkan bayaran kepada PSI daripada
AS$300 juta kepada AS$205 juta kerana kekurangan dana.
Dia berkata Jho Low memberitahunya rungutan PSI itu dibuat selepas 27 Mei 2011.
"
Jho memberitahu saya yang PSI amat kecewa dan tidak puas hati. Jho ada
berkata 'they complained to daddy' yang bermaksud Putera Turki telah
memaklumkan kepada Raja Abdullah.
"Saya juga difahamkan oleh Jho yang ada perbualan antara Najib dan Raja Abdullah mengenai isu ini," katanya.
Katanya lagi, akhirnya dia terpaksa akur dan mengarahkan pembayaran peringkat terakhir iaitu AS$125juta dibuat kepada PSI.
10.13 pagi: ShahrolBekas
Azhar Ibrahim Halmi berkata bantahannya kepada Jho Low menyebabkan
rancangan meminjamkan AS$750 juta dikurangkan kepada AS$330 juta.
CEO 1MDB itu berkata, susulan mesyuarat lembaga pengarah pada 4 April
2011, dia berkata kepada Jho Low untuk mengurangkan rancangan pelaburan
untuk projek tenaga di luar negara kerana kurangnya dana untuk projek
tempatan.
"Lanjutan daripada perbincangan pada April hingga Mei
2011 antara saya dan Jho Low, PSI bersetuju untuk mengurangkan drawdown
request dari syarikat usaha sama kepada USD330juta pada 12 Mei 2011,"
katanya.
10.10 pagi: ShahrolBekas
Azral Ibrahim Halmi berkata dia percaya Jho Low hanya mahu menggunakan
nama 1MDB dalam usaha mengambil alih sebuah hotel di London melalui
Maybourne Hotel Group, yang didakwa dipimpin Jho Low sendiri.
CEO 1MDB itu merujuk kandungan minit mesyuarat Pengerusi Lembaga
Pengarah bertarikh 30 Mac 2011, yang disediakan oleh Jho Low sendiri.
Dalam
minit itu, Najib setuju agar 1MDB memberikan pinjaman AS$750 juta
kepada PetroSaudi dengan syarat 1MDB mendapat pinjaman RM3 bilion
daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan memberi tumpuan
kepada projek bawah Maybourne Hotel Group, SRC International, dan Kuala
Lumpur International Financial District.
9.55 pagi: BekasKetika pemeriksaan utama dengan ketua
CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia membantah Low Taek Jho pada
2010 berhubung memberi AS$750 juta lagi pinjaman kepada PetroSaudi
International (PSI).
DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata tindakannya itu kerana merasakan 1MDB
tidak patut lagi memberi pinjaman kepada PSI tetapi menggunakan dana
yang ada untuk projek di Malaysia.
Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, dia meminta Jho Low berunding dengan Najib untuk mengurangkan jumlah pinjaman.
"Pada
masa sama tanpa pengetahuan saya, (pengarah PSI) Tarek Obaid menulis
surat bertarikh 18 Februari 2011 kepada Najib, untuk tambahan pinjaman
sebanyak AS$750 juta.
"Surat itu dilampirkan bersama sepucuk surat daripada Putera Turki kepada Najib, bertarkih sama.
"Surat
itu diberi kepada (pengerusi 1MDB ketika itu) Lodin Wok Kamaruddin pada
11 Mac 2011, dengan nota bertulis dari Najib mengatakan dia tidak
membantah pelaburan tambahan," katanya.
9.30 pagi: Tertuduh
Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk dai barisan depan galeri awam.
Beberapa minit kemudian, dia masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan
bermula.Fokus terhadap peranan Najib dalam usaha sama dengan PetrosaudiBekas
CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijangka meneruskan keterangannya
hari ini antaranya berkenaan bagaimana syarikat itu boleh terlibat
dengan usaha sama membabitkan dana besar, didakwa dengan PetroSaudi
International.
Sepanjang keterangannya dalam perbicaraan 1MDB ini,
dia yang merupakan saksi kesembilan mendakwa Najib ada banyak peluang
untuk membatalkan transaksi meragukan berkaitan usaha sama itu tetapi
tidak berbuat demikian.
Semalam, dia mendakwa 1MDB distrukturkan
untuk memberi "kuasa mutlak" kepada Najib yang bukan saja perdana
menteri dan menteri kewangan ketika itu, tetapi juga pengerusi lembaga
pengarah 1MDB.
- 1mdb