Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, November 13, 2017

Menteri: Dakwaan Trump Tak Benar

Menteri: Dakwaan Trump Malaysia 'penipu perdagangan' tak benar 



 

   

Kerajaan menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald
Trump yang Malaysia adalah salah satu "penipu perdagangan" sehingga
menyebabkan defisit perdagangan negara itu dengan Malaysia.




"Dakwaan presiden Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai salah satu 'penipu perdagangan' adalah tidak benar.




"Pentadbiran AS sehingga kini masih belum mengeluarkan hasil laporan
rasmi kepada umum mengenai defisit perdagangan AS dan rakan-rakan
dagangnya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk
Seri Mustapa Mohamed.




Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (Selayang-PKR) berhubung
langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan
tersebut, yang didakwa menyebabkan defisit perdagangan berjumlah AS$50
bilion kepada AS.




Beberapa bulan lalu, Trump dalam satu kenyataan mendakwa Malaysia
merupakan salah sebuah daripada 16 negara "penipu perdagangan". Negara
Asia Tenggara yang turut menerima dakwaan sama adalah Indoensia dan
Thailand.




Mustapa berkata, statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya
mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$55 bilion dengan negara.




Katanya, Jabatan Perdagangan dan Pejabat Wakil Perdagangan AS telah
menyediakan laporan berhubung perkara itu dan dihantar ke Rumah Putih
pada 29 Jun lalu.




Beliau berkata, penjelasan juga diberikan ketika kunjungan delegasi Malaysia ke Rumah Putih pada September lalu.




"Saya dan perdana menteri menerangkan perbezaan data (defisit)
disebabkan AS mengambil kira import melalui pihak ketiga. Misalnya
barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ke sana melalui
Singapura dikira sebagai import dari Malaysia, bukannya Singapura,"
katanya




Katanya lagi, kaedah pengiraan jumlah eksport juga berbeza untuk
kedua-dua negara, dengan Malaysia tidak mengambilkira kos perkapalan dan
insurans manakala AS memasukkan semua kos yang terlibat.




Mustapa berkata, Malaysia komited dengan perdagangan bebas dan tidak
memanipulasi mata wang mahu pun memberi sebarang bantuan yang menyalahi
undang-undang antarabangsa.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401746#27Vhjui7doPj31Hz.99

Sunday, November 12, 2017

Ahli Umno beli NST dan Utusan , kewangan NST dan Utusan sihat'

'Jika ahli Umno beli, kewangan NST dan Utusan sihat'



  

   

Bekas Editor Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mustapha Kamil
Mohd Janor menempelak Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang
membidas tindakan kerajaan negeri Selangor menghentikan langganan
akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan New Straits Time Press (NSTP).




"Tan Sri Annuar Musa marah pada MB Selangor kerana kerajaan negeri di
bawah pentadbiran Pakatan itu berhenti melanggan akhbar-akhbar daripada
Kumpulan Utusan dan NSTP.




"Dah adat lah tu. Selangor itu di bawah kerajaan parti pembangkang.




"Utusan dan NSTP itu Umno yang empunya. Buat apa
kerajaan Selangor nak langgan akhbar yang polisi sidang pengarangnya
semata-mata untuk seteru politik mereka?" Tanya Mustapha dalam posting
terbaru beliau di Facebook.




Mengimbau pengalaman beliau sewaktu bekerja di NSTP dulu, ketua-ketua Umno dilihat susah untuk membeli akhbar-akhbar terbitan kumpulan itu.




Sihat kewangan




"Cuba fikir sejenak, macam manakah akhbar NST itu jualan hariannya sekitar 50 ribu naskhah sahaja sehari dan Berita Harian sekitar 100 ribu (mungkin kurang) sedangkan Umno ada tiga juta ahli.


"Jika satu persepuluh sahaja pun dari jumlah ahli Umno beli kedua akhbar ini, keduanya akan sihat kewangan," kata beliau.




Mustapha mempersoalkan sokongan ahli Umno terhadap akhbar-akhbar terbitan kumpulan Utusan dan NSTP.




"Jadi eloklah tanya ahli Umno dahulu kenapa mereka tidak menyokong akhbar mereka sendiri," tambah Mustapha yang berkecimpung
selama lebih 27 tahun sebagai wartawan sebelum melepaskan jawatan
beliau kerana tidak sehaluan dengan gaya kewartawanan arus perdana
ketika ini.




Ketua Penerangan Umno sebelum ini mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali (gambar, bawah) tunduk kepada pengaruh DAP dengan mengarahkan agensi kerajaan negeri itu supaya menghentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.



Semalam, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula dipetik agensi berita Bernama
sebagai berkata tindakan itu, menerusi arahan yang dikeluarkan pada
Khamis lalu, menunjukkan bahawa kerajaan negeri Selangor hanya
memperjuangkan perkara yang berkepentingan kepada mereka sahaja.




"Pembangkang hanya ingin menjadi juara hak asasi yang menguntungkan
mereka. Keputusan menghentikan langganan akhbar ini seperti tidak
memberikan kebebasan kepada media melaporkan perkara yang boleh membawa
keuntungan kepada rakyat," katanya.




Dalam laporan tahunan Kumpulan Utusan,
syarikat itu rugi lebih RM16 juta pada tahun 2012, diikuti rugi lebih
RM20 juta tahun 2013, terus rugi RM83.65 juta pada 2014, rugi lagi lebih
RM16 juta pada 2015 dan meneruskan trend kerugian tahun lalu dengan
RM66.7 juta.



     Berdasarkan perangkaan terbaru Audit Bureau of Circulations Malaysia berlaku penurunan jualan oleh semua akhbar harian arus perdana.

Dari 2012 hingga 2016, Harian Metro mengalami penurunan
jualan sebanyak 62.5% iaitu daripada 379,169 naskhah kepada 142,262
diikuti akhbar New Straits Time, yang mencatat kejatuhan sebanyak 41.6%
daripada 93,321 naskhah kepada 54,490.

Utusan Malaysia dan Berita Harian masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus dalam tempoh yang sama.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401642#1xStGotZuoKGu5O9.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...