DARI kiri; Luthfi Hasan Ishaaq, Ahmad Fathanah dan Vitalia Shesya
Penduduk marah kontroversi seks, rasuah pemimpin PKSJakarta:
Hubungan seks di bilik hotel, penggubahan wang haram dan rasuah besar
untuk mengimport daging mencemarkan imej parti Islam terbesar Indonesia,
selain menjejaskan dengan lebih teruk populariti parti Muslim menjelang
pilihan raya tahun depan.
“Skandal berkenaan memburukkan semua parti Islam,” kata peninjau pendapat Lembaga Survei Nasional (LSN), Umar S Bakry.
Beberapa tahun lalu, seseorang itu pasti mengundi
parti Islam, tetapi sekarang tidak lagi” Greg Fealy, Pakar Indonesia,
Universiti Kebangsaan Australia
Paling menggemparkan ialah apabila mahkamah antirasuah minggu
lalu menghukum penjara 16 tahun ke atas bekas presiden Parti Keadilan
Sejahtera (PKS), Luthfi Hasan Ishaaq.
Tuduhan rasuahLuthfi
didapati bersalah merasuah dan menggubah wang selepas menerima rasuah
daripada firma Indoguna Utama sebagai tukaran memaksa Kementerian
Pertanian di bawah PKS meningkatkan kuota import daging.
Dua
eksekutif syarikat itu yang pada awalnya dipenjarakan berhubung kes
digelar ‘Beefgate’ oleh media tempatan menyebabkan liputan diberi secara
besar-besaran terhadap kes berkenaan.
Luthfi yang meletak jawatan sebagai presiden PKS selepas
skandal itu terbongkar, berkata beliau akan merayu keputusan bersalah ke
atasnya.
Rosak imej bersihKetika siasatan
dijalankan, penyiasat antirasuah mendapat maklumat lebih menggemparkan
yang menjejaskan lagi imej bersih dan alim yang cuba disemai PKS.
Mereka
merampas enam kereta daripada Luthfi dan pendakwa menuduh pemimpin
berusia 52 tahun itu cuba menyembunyikan perkahwinannya dengan seorang
daripada tiga isteri yang dikahwininya tahun lalu ketika dia masih
remaja.
Tetapi, orang lebih diberi tumpuan dalam skandal itu
adalah penasihat Luthfi, Ahmad Fathanah yang dipenjara 14 tahun pada
November lalu.
Beliau memainkan peranan utama dalam kenaikan kuota import kepada Indoguna.
Penahanannya
pada Januari lalu, menyebabkan skandal itu menjadi lebih dramatik
selepas anggota antirasuah menahannya di sebuah hotel di Jakarta dengan
seorang pelajar yang berkeadaan bogel.
Fathanah baru saja menerima rasuah dan pelajar itu kemudian mengakui mendapat bayaran untuk hubungan seks.
Fathanah
didapati menggubah wang rasuah dengan memberi hadiah, termasuk kereta
dan berlian kepada 45 wanita termasuk model lucah, Vitalia Shesya dan
beberapa selebriti seperti Ayu Azhari mengikut laporan di Indonesia.
Cetus kemarahan rakyatTinjauan
bebas beberapa bulan lalu menunjukkan parti itu belum dapat mencapai
sokongan lapan peratus seperti diraihnya pada pengundian 2009 dan ramai
yang berasa marah dengan PKS.
“Beberapa tahun lalu, seseorang itu
pasti mengundi parti Islam, tetapi sekarang tidak lagi,” kata Greg
Fealy, pakar Indonesia di Universi Kebangsaan Australia.
Kebanyakan pengundi memilih untuk menyokong parti yang ada rekod baik mentadbir negara. - AFP/AGENSI