Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, June 25, 2011

SELIDIKI BERITA DARI ORANG FASIK : Tun Mahathir

:

1. Saya berterimakasih kepada Amin Tan yang memperingati saya bahawa saya bukan ulama. Justeru itu saya lebih baik tumpu kepada bidang yang saya miliki kebolehan, seperti bidang perubatan dan pentadbiran.

2. Tiap kali saya sentuh hal-hal yang bersangkutan dengan agama Islam saya menerima peringatan ini. Saya umarak dan bukan ulama. Jangan bercakap berkenaan agama Islam.

3. Apakah seorang Muslim tidak perlu faham akan ajaran Islam barang sedikit pun? Apakah seorang Muslim dikehendaki mengikut secara buta-tuli apa sahaja yang didakwa oleh orang yang berpelajaran agama walaupun dakwaannya jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang diketahui oleh semua orang Islam?

4. Jika hari ini ada ajaran sesat, sebabnya ialah kerana pengikut terima apa sahaja yang disampaikan kepada mereka oleh orang yang mereka anggap sebagai terpelajar dalam agama Islam.

5. Jika hari ini ada puak Assabiah, sebabnya ialah kerana puak ini menerima dakwaan oleh orang tertentu tanpa soal.

6. Apabila sesiapa menyoal, bukan hujah dibelakang soalan itu yang diberi perhatian. Yang ditumpukan ialah siapa dianya yang menyoal.

7. Bahawa hujah dan soalan tetap tepat dan sesungguhnya boleh disahkan melalui rujukan kepada Al-Quran dan Hadith yang sahih, tidak dipedulikan. Yang diutamakan ialah siapa yang berhujah dan menyoal. Jika ia bukan ulama maka ini bermakna ia tetap salah dan perlu ditolak tanpa usual periksa.

8. Sifat inilah yang ada pada puak fanatik kepada kumpulan mereka dan pemimpin mereka. Terdapatnya Assabiah ialah kerana ada orang yang seperti ini. Kerana taksub dengan fahaman puak mereka, akal fikiran yang dianugerah oleh Tuhan kepada manusia diketepikan.

9. Kerana tidak tahu mengguna akal fikiran kurniaan Tuhan, maka tak dapatlah mereka menghurai dan menjelas kenapa dakwaan dan soalan terhadap pegangan mereka salah. Selalunya jawapan terhad kepada "kamu tidak tahu, kerana kamu bukan layak berhujah". Kamu bukan ulama, kamu umarak.

10. Saya percaya petikan ayat dari Al-Quran yang saya perturunkan di bawah ini juga akan ditolak kerana saya umarak.

11. Lagipun ia dalam bahasa Melayu justeru ia akan dikatakan bukan dari Al-Quran.

12. Ayat ini berbunyi, "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan." Al Hujarat ayat 6.

13. Ayat ini ditujukan kepada orang yang beriman, tidak khusus bagi orang yang terpelajar dalam agama Islam. Dengan perkataan lain ayat ini ditujukan kepada umarak bersama ulamak.

14. Yang ditekankan ialah mereka beriman. Tidak sesiapa boleh dakwa hanya ulama sahaja yang beriman.

15. Ayat ini jelas menyuruh orang yang beriman menyoal berita yang dibawa oleh orang yang fasik akan kebenaran berita itu. Umpamanya apabila orang itu mendakwa mengundi sebuah parti politik akan menjamin syurga bagi orang berkenaan dan lain-lain lagi.

16. Apabila saya membuat teguran terhadap dakwaan yang tidak berasas apakah ini bermakna saya menentang ajaran Al-Quran. Atau apakah saya patuhi kehendak agama Islam seperti yang ternyata jelas dalam Surah Al Hujarat ayat keenam?

Comments

By Dzulkarnain on June 24, 2011 3:23 AM

Assalamualaikum Tun,

Diharap Tun banyak bersabar dan berdoa agar dijauhi daripada fitnah serta sihat untuk menlaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T.

Di akhir zaman ini, ujian yang Allah turunkan adalah yang paling dasyat. Dalam era globalisasi yang serba moden ini pelbagai cara yang dilakukan anasir² luar untuk menyerang negara² yang majoritinya penduduk Islam. Dari sistem politik/pemerintahan sehingga institusi kekeluargaan. Alhamdulillah negara kita belum sampai tahap ketenteraan.

"Para ulama', merupakan pendakwah yang berpendekatan 'amar-makruf, nahi-mungkar' dan antaranya dilantik sebagai mufti/penasihat agama kepada umara' iaitu yang memerintah."

Tun,

1. Rakyat yang menentukan siapa ulama...pendapat individu bukan ukuran.

2. Bidang politik/pemerintahan merupakan sebahagian dari ajaran Islam. Sekiranya kepakaran umara' dalam bidang selain agama, ulama' akan bantu/menasihati.

3. Peroleh 'nur' daripada ibadah berperisaikan ilmu dan amal bagi mengenalpasti kegelapan yang datang.

4. Berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, insya'Allah menjauhkan dari kesesatan. Berguru biarlah lebih daripada satu.

5. Assabiah, fanatisme yang bole memudaratkan. Sekiranya terlampau, berkemungkinan mencetus rusuhan. Sampai masanya nanti, penindasan yang memaksa JIHAD.

6. Penafian?

7. Ulama' perlu memberi penerangan kepada rakyat dan tidak mengelirukan rakyat.

8. Tak pasti arah tuju perjuangan, boleh menyesatkan.

9. Hujah berdasarkan ilmu di dada. Gelaran tidak menentukan kelayakan.

10. Ayat Al-Quran adalah kalam Allah. Tafsiran bahasa mengikut pemahaman pentafsir. Dalam bahasa apapun ia tetap petikan Al-Quran.

11. Ayat yang sangat releven untuk akhir zaman.

12. Iman ada dalam setiap umat Islam.

13. Umara', ulama' serta sekian umat Islam.

14. Iman ada dalam setiap umat Islam.

15. Jaminan syurga datang dari Allah melalui kalam dan rasul-Nya.

16. Amar-makruf, nahi-mungkar. “Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran beliau hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya beliau tidak mampu (berbuat demikian) beliau hendaklah mengubahnya dengan hatinya dan yang demikian itu adalah iman yang paling lemah. ” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Said Al-khudri)

Terima kasih Tun.

Wasallam.



Orang Melayu Perlu Tahu Siapa Sebenarnya Ambiga

Orang Melayu Perlu Tahu Siapa Sebenarnya Ambiga

by Azman Mahat on Saturday, June 25, 2011 at 6:52pm

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat bahawa tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ‘bersih’.

“Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

“Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik, dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.

Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi ‘kekotoran’ yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.

“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.

Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya.

Wednesday, June 22, 2011

SOKONG DAN SETUJU SANGAT2 :BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih


BERSIH 2.0 wajib berjalan dengan bersih

NONEBanyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO 'BERSIH' menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.
Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.
Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.


Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.
NONEJika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya.
Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.
Perkara haram

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk.
Nabi Mohammad SAW dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.
Sabda Nabi: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”.
Maka mereka berkata:“Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
bersih rally 271207 05Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.
Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.
Hak rakyat
Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

bersih rally 271207 01Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.
Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan.
Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.
NONEPara peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan.
Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan.
Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

MAZA


Tuesday, June 21, 2011

YB ZUL KENA PENYEPAK KAT MUKA OLEH RAKYAT MARHAEN PASAL BERSIH 2.0

Berita Utara : Sungguh2 teringin nak penyepak muka Zul

Oleh: merong

"Pasai apa ? Pandai putaq belit cerita dgn keadaan kepala berkopiah ? Dia kata apa ?

Himpunan bersih 2 diadakan pasai nak alih tumpuan masyarakat drpd isu liwat Anwar. Wooi Zul toya mangkuk hayun, himpunan tu dari dulu lagi di buat takdak kena mengena dgn Anwar. Himpunan tu dibuat khas tuntutan utk SPR yg tak berapa betui tu.

Kira-kira la no…… hang, zaharin, ezam, fairuz dalam kapla hotak hampa takdak benda lain la..hampa ingat pembangkang ni cuma dok pikiaq pasai anwar saja ka. Hampa ingat dalam buku PAS PKR DAP cuma ada agenda anwar saja ka? Bodo betui.
Antara hang dengan pelacoq aku lagi respect pelacoq. Pasai apa? sekurangnya dia berpakaian sesuai dgn kelakuan dia. Bukan macam hang. Pakai macam ustaz, lebai tapi lidah macam pelaq. Cakap pemuhong, putaq alam. Dajai betui hang nie.

Malam tu bila keluaq muka hang di tv, aku letak kaki aku betui2 atas muka hang di skrin tv. Kalau tak kenangkan tv tu aku beli mahai juga, aku bayangkan yg tu betui2 muka hang kemudian biaq aku terajang sampai pecah skrin tv. Dahla muka macam Charlie Chaplin.
Kesian betui dekat mak bapak hang bela hang ? Kalau la ni depa hidup lagi kemudian bulan2 pula hang dok jamu depa duit haram hang….hang nie memang anak haram jadah.
Aku mintak hang bertobat la zul woi. Mana la tau esok ka, lusa ka, tengah hang dok naik moto jaguh hang, tiba-tiba hang telanggaq steamroll,kena lenyek, hang mampuih takdan mengucap…naya hang. Kita bukan tau bila nak mati.
Aku sungguh-sunguh meluat tengok muka loklaq hang. Dulu tahun 1998 aku sanggup naik motor kehulu-kehiliaq nak dengaq ceramah hang. Alih2 baru aku tau yang aku dok dengaq cakap org yg takdak teloq dan kaki pemuhong
.
Janganla dok selisih dgn aku dijalan. Kaki aku mesti terketaq nak penerajang muka hang punya. Kalau boleh hang jgn dok jejak kaki hang di Kedah lagi dah. Kalau aku jadi Sultan Kedah, aku haramkan hang jejak kaki dibumi Kedah.
OK la zul noo, aku doakan Tuhan buka pintu hati hang. Tobat la. Duit yg hang dapat tu kertas saja. Kalau hang bedendam sgt dengan Anwar jgn la libatkan org lain. Bayangkan dia Labu dan hang pula Labi. Pila lawan tumbuk hampa dua orang. Aku pun tak mau ambik tau.

Kenapa nak marah kepada YB Zul , memang dah jelas Himpunan Bersih 2.0 adalah onar daripada pihak pihak pembangkang juga. SPR dah buat perjumpaan , dah buat penjelasan dan penerangan dan SPR bersedia berbincang dengan pelbagai pihak untuk membuat penambahbaikan SPR dan seterusnya telus dalam urusan pilihanraya. TETAPI pemimpin pembangkang sahaja yang kata SPR tak telus. Walaupun parti pemerintah kalah dalam piliharaya umum atau negeri, tak ada pulak pemimpin yang kalah itu mempersoalkan kreatibiliti SPR . Bagi pihak pembangkang yang hairannya , dah menang dalam pilihanraya pun masih lagi menyalahkan SPR.. Wakaupun pihak pembangkang telah menang dalam pihanraya bukan setakat bahagian , parlimen bahkan dapat memerintah negeri masih lagi tidak puas hati. Yang patut kena penyepak ialah pemimpin pembangkang yang sengaja nak buat onar dalam negara. Kau orang yang tak reti bersyukur dah menang pun masih nak menyalahkan orang lain. Pemimpin pembangkang lah yang mesti bertobat dahulu kerana banyak dosa dengan orang yang tak berkepentingan , merobek ketenangan jiwa dan membuat rakyat resah dan dalam ketakutan. Harta benda banyak yang musnah , rakyat rugi pada pelbagai urusan. Kerugian yang ditanggung oleh rakyat kesan daripada onar dan sikap kurang ajar pemimpin pembangkang yang terdahulu tidak berganti hingga kita. Kau orang bila dah berhimpun , mula nak merusuh .lepas tu harta benda orang yang tidak bersalah ,kau orang musnahkan . Ada kau org ganti kerugian orang yang terlibat dengan kemusnahan dan kerosakan harta itu, Ada kau orang minta maaf dan keampunan atas perbuatan kamu itu.

Monday, June 20, 2011

Hukum Sertai Perhimpunan BERSIH 2.0. : HARAM?


Di Mana Ulama Lain?

Syabas saya ucapkan kepada Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut yang juga merupakan bekas Mufti Johor dalam mempertahankan kebenaran, sekali pun pahit rasanya. Sehingga hari ini, masih tidak ramai ulama yang berani tampil bagi menjelaskan bertapa haramnya melakukan demonstrasi seperti mana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui Perhimpunan Bersih. Namun demikian, dengan adanya ulama jujur seperti Datuk Noh Gadut ini, diharapkan akan bangkit ulama-ulama lain dalam berhadapan dengan ulama-ulama PAS yang tidak amanah dengan ilmu yang mereka miliki.

Baca kenyataan beliau di sini..


Haram bertentang nilai sebenar Islam

SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO boleh menjurus kepada hukum haram kerana jelas bertentangan etika Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam.

“Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.

“Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.:

Menurutnya, jika berlaku pertembungan antara tiga kumpulan pada perhimpunan terbabit tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti pergaduhan, tuduh menuduh, kerosakan harta benda dan paling dikhuatiri pertumpahan darah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik.

“Usaha itu adalah percubaan pemimpin untuk uji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

Beliau sifatkan penganjuran yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sebagai satu bentuk ‘anarkisme’ yang berlaku kali kedua dalam negara selepas Bersih pertama pada 2007.

BERSIH tidak bertanggungjawab serta gangterisme, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan

[admin] Apakah pendapat anda semua tentang kenyataan Presiden PERKASA ini?
"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah. - Ibrahim Ali.
Seterusnya Majlis Peguam bersuara:
[admin]Ancaman presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa saja boleh berlaku pada hari itu" jika Bersih 2.0 meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai, adalah tidak bertanggungjawab serta rasis, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan, kata Majlis Peguam Malaysia. - MalaysiaKini.
Jawapan daripada SPR telah diperjelaskan dan penerangan telah diadakan semasa perjumpaan dengan pihak penganjur akan persoalan yang ditimbulkan. Tetapi pihak penganjur masih enggan menerima segala penerangan oleh SPR. Masih terus menghasut rakyat untuk meneruskan perhimpunan BERSIH. Sepatutnya penganjur dan balacinya lah yang dulu mesti ditahan dalam Akta Hasutan kerana ungkal , sombong dan angkuh ingin meneruskan perhimpunan itu walaupun pelbagai pihak menentang akan perhimpunan ini dan banyak laporan polis telah diadakan bagi membantah perhimpunan yang tersebut . Tapi malangnya mengapa pihak penganjur tetap berdegil.

Jangan jadikan SPR sebagai kambing hitam: Abdul Aziz
2011/06/20

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.
"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.
"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata, jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.
"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya, lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (BERSIH) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," kat anya. - BERNAMA

Dengan ini tidak perlulah Majlis Peguam menggesa Datuk Ibrahim Ali diambil tindakan dalam Akta Hasutan malahan penganjur BERSIH hendaklah terlebih dahulu diambil tindakan dalam Akta Hasutan kerana mencurah minyak dalam api maka maraklah lah ia membakar dan meranapkan keamanan negara. Malah pihak penganjur juga tahu dengan tindakan mereka ini akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada negara dan juga rakyat jelata yang tidak bersalah dan tidak ada kepentingan dalam urusan mereka. Rakyat berasa bersyukur menikmati keamanan negara. Justeru itu, rakyat dapat menjalankan aktiviti harian mereka dengan selesa dan aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...