Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, June 20, 2011

Hukum Sertai Perhimpunan BERSIH 2.0. : HARAM?


Di Mana Ulama Lain?

Syabas saya ucapkan kepada Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut yang juga merupakan bekas Mufti Johor dalam mempertahankan kebenaran, sekali pun pahit rasanya. Sehingga hari ini, masih tidak ramai ulama yang berani tampil bagi menjelaskan bertapa haramnya melakukan demonstrasi seperti mana yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyat melalui Perhimpunan Bersih. Namun demikian, dengan adanya ulama jujur seperti Datuk Noh Gadut ini, diharapkan akan bangkit ulama-ulama lain dalam berhadapan dengan ulama-ulama PAS yang tidak amanah dengan ilmu yang mereka miliki.

Baca kenyataan beliau di sini..


Haram bertentang nilai sebenar Islam

SHAH ALAM – Demonstrasi jalanan melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda UMNO boleh menjurus kepada hukum haram kerana jelas bertentangan etika Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan ke arah perpecahan, huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam bercanggah dengan nilai Islam.

“Perhimpunan itu tidak membawa kepada kebaikan dan wujud usaha puak lain yang ingin bertembung dalam demonstrasi jalanan terbabit. Ini bukan budaya Islam dan bukan budaya masyarakat Malaysia.

“Islam agama aman damai, sejahtera dan menuntut perpaduan. Masyarakat perlu berfikiran waras. Perhimpunan itu akan datangkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.:

Menurutnya, jika berlaku pertembungan antara tiga kumpulan pada perhimpunan terbabit tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini seperti pergaduhan, tuduh menuduh, kerosakan harta benda dan paling dikhuatiri pertumpahan darah.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, perhimpunan Bersih 2.0 adalah helah untuk mengheret rakyat ke dalam kancah politik.

“Usaha itu adalah percubaan pemimpin untuk uji pengaruh dan kerana itu sanggup menipu lebih ramai rakyat kononnya, sistem yang pernah memberikan kemenangan kepadanya dulu dan sedikit peluang berkuasa sebagai tidak boleh dipertahankan, ia perlu dirombak dan diberikan jaminan baru sesuai dengan keperluan mereka.

Beliau sifatkan penganjuran yang turut disertai Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat itu sebagai satu bentuk ‘anarkisme’ yang berlaku kali kedua dalam negara selepas Bersih pertama pada 2007.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...