SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN HUJAH DAN PENERANGAN DARIPADA MAHAGURU58. SEBAGAI KESIMPULANNYA BUKAN PARTI POLITIK YANG KITA BOLEH SANDARKAN UNTUK PENUBUHAN NEGARA ISLAM DI NEGARA INI. TETAPI KUASA UMAT ISLAM DI MALAYSIA KESELURUHANNYA TANPA BERPEGANG KEPADA KEPARTIAN MESTILAH BERSATU HATI BERSATU UMAH UNTUK MENDESAK KERAJAAN YANG MEMERINTAH AGAR DAPAT MENJALANKAN DASAR NEGARA ISLAM YANG SEBENAR-BENARNYA.
ULASAN DARIPADA MAHAGURU58:
Bagaikan seorang yang menjanjikan kita seribu satu macam impian indah. PAS telah melafazkan kata kata indah diatas menawarkan sebuah negara Malaysia Daulah Al Islamiyyah... sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya.
2003 dengan 2011 berapa tahun saja tuan puan?
Baru 8 tahun.
Didalam tempoh 8 tahun ini, pelbagai macam peristiwa menimpa kita semua dan mereka yang kita sangka dan terima sebagai alim mula menunjukkan wajah sebenar mereka dan berubah menjadi zalim.
Saya tak hairan sangat dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sebab sudah terang lagi bersuluh bahawa PEKEMBAR ataupun UMNO adalah sebuah parti politik berasaskan perjuangan nasionalis assabiyyah.
Ini realiti dan hakikat yang kita semua sedia maklum dan pihak UMNO sendiri tak akan menyangkalnya.
Memang benar bahawa didalam sistem politik negara kita sejak sekian lama ini, masing masing berjuang siang malam pagi petang untuk menjuarai nasib kaum dan bangsa mereka sendiri.
Begitu juga dengan PAS dan DAP serta PKR.
Walau masing masing berbeza dari segi asas penubuhan parti politik masing masing, mereka kini sudah mahu meletakkan aspirasi masing masing ke tepi demi untuk mencapai matlamat bersama iaitu merampas kuasa kerajaan persekutuan dari Barisan Nasional.
Saya serupa dengan jutaan rakyat Malaysia tidak menjangka akan kesudian PAS meminggirkan aspirasi menegakkan Daulah Islamiyyah di negara ini demi keperluan terdesak menguasai kerajaan pusat di Putrajaya.
Namun, itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian. PAS adalah sebuah pertubuhan politik berjenama Islam.
Namun kini, demi mencapai matlamat mahu berkuasa di Putrajaya, maka diberikan seribu satu alasan kenapa tidak salah bagi mereka menukar bentuk perjuangan tetapi mengekalkan identiti mereka sebagai sebuah parti politik Islam.
Mungkin pepatah Inggeris 'A rose by any other name would smell as sweet!' menjadi perumpamaan akan perubahan agenda PAS didalam pakatan mereka bersama DAP dan PKR.
Susah kita hendak menuntut mereka teruskan perjuangan mereka untuk mendirikan sebuah negara Islam secara sendirian kerana majoriti penduduk Islam negara ini tidak memiliki aspirasi yang sama seperti mereka pada peringkat awal penubuhan negara ini selepas Merdeka.
Seandainya Duli Duli Tuanku Sultan dan Raja Melayu bersama dengan pembesar serta para pemimpin Melayu dahulu bersatu hati beria sekata mahu menegakkan sebuah negara Islam dari dahulu lagi, perkara ini tak akan timbul dan kita semua sudah pasti hidup dibawah naungan Al Quran dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Tidak adil kita menuding jari hanya terhadap PAS sahaja. Bagi saya mereka adalah mangsa keadaan.
'It takes two to tango' ~ pepatah popular menerangkan tentang perlu adanya dua belah pihak yang sama sekemahuan untuk melakukan sesuatu.
UMNO dan Kesultanan Melayu turut bertanggungjawab diatas kegagalan perancangan menubuhkan Daulah Islamiyyah ini.
Apakah kita mahu menyalahkan hanya PAS semata mata tanpa mengambil kira akan seribu satu alasan yang sering diberikan pihak UMNO akan kenapa tidak boleh dilaksanakan Syariat Allah ditanahair kita ini?
Saya lahir setahun selepas Merdeka namun sehingga ke saat dan ketika ini, belum lagi saya mendengar atau membaca walau serangkap titah dari pihak mana mana istana untuk menegakkan Syiar Islam didalam ertikata sebenar benarnya!
Ini bukan berniat apa apa selain mahu memperingatkan kesekelian pihak yang berkuasa dan berdaulat ke atas urusan warga tanahair ini akan amanah Allahu Rabbul Alamin diatas bahu masing masing untuk akur terhadap Perintah Tetap Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri :
Transliteration
Waanzalna ilayka alkitaba bilhaqqimusaddiqan lima bayna yadayhi mina alkitabiwamuhayminan AAalayhi fahkum baynahum bimaanzala Allahu wala tattabiAA ahwaahum AAammajaaka mina alhaqqi likullin jaAAalna minkumshirAAatan waminhajan walaw shaa AllahulajaAAalakum ommatan wahidatan walakin liyabluwakumfeema atakum fastabiqoo alkhayratiila Allahi marjiAAukum jameeAAan fayunabbi-okum bimakuntum feehi takhtalifoon
Sahih International
And We have revealed to you, [O Muhammad], the Book in truth, confirming that which preceded it of the Scripture and as a criterion over it. So judge between them by what Allah has revealed and do not follow their inclinations away from what has come to you of the truth. To each of you We prescribed a law and a method. Had Allah willed, He would have made you one nation [united in religion], but [He intended] to test you in what He has given you; so race to [all that is] good. To Allah is your return all together, and He will [then] inform you concerning that over which you used to differ.
Malay
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
Surah Al Ma'idah Ayat ke 48.
Didalam soal kita memperbincangkan hal PAS merubah dasar parti mereka ke arah menjayakan sebuah negara kebajikan, kerana rakan rakan pakatan mereka baik yang kaffir harbi seperti DAP dan parti yang asas perjuangan mereka adalah hanya untuk memperdanakan menterikan seorang penasihat parti mereka, janganlah pula kita terlepas pandang akan kegagalan parti tunjang Barisan Nasional untuk betul betul berusaha menurut titah perintah dan firman Allahu Ta'ala kepada mereka (kerana mereka memegang kuasa) sekian lama ini dan memegang kuasa 2/3 di Parlimen sejak sekian lama sehinggalah hilang majoriti sebegitu di tahun 2008.
Kita perlu adil didalam memberikan pendapat. Maka saya mengalihkan perhatian kepada parti pemerintah. Kenapakah tidak mengotakan kata?
Saya percaya bahawa PAS tak mungkin mahu bersekongkol dengan DAP ataupun PKR sekarang seandainya UMNO benar benar mahu turut bersama mereka menegakkan Daulah Islamiyyah di Malaysia ini?
Sesungguhnya terdapat perbezaan ketara diantara cara kehidupan ahlul PAS dan UMNO secara purata melainkan bila ditinjau akan 'lifestyle' para pemimpin kedua parti.
Ini dari pemerhatian peribadi saya. Kita kena adil dan berkata benar sentiasa.
Tak ada maknanya kita mengaku sebagai hamba Allah tetapi berat sebelah didalam membuat rumusan tentang kedudukan nasib umat Islam dan warga tanahair ini semasa kita berblog.
Kena adil dan saksama. Jika tidak kita akan dicap begitu begini oleh semua pembaca yang tidak mengenali kita secara peribadi. :)
Berbalik kepada soal tugas dan tanggungjawab seseorang pemerintah di negara kita.
Kalau tak salah saya setiap pemerintah @ perdana menteri bilamana ianya menjunjung Al Qur'an, mengangkat sumpah, melafazkan kata bahawa ia akan berusaha sedaya upaya untuk memelihara kedaulatan Islam didalam ertikata sebenar benarnya gagal untuk melaksanakan pentadbiran kerajaan pusat negara ini dan juga didalam negeri negeri dibawah kuasa pemerintahan BN menurut Syariat Islam.
Alasan bahawa negara ini sebuah negara majmuk adalah cuma itu.
Alasan.
Hendak seribu daya beb.
Tak hendak, engkau jawab lah nanti dihadapan Rabbul Alamin.
Ini termasuk setiap hamba Allah yang dipertanggungjawabkan dengan menjaga urusan umat Islam tanpa mengira samada ianya seorang raja atau hamba rakyat biasa.
Nama pun hamba Allah.
Bilamana kita di alam kubur nanti, malaikat tak akan ambil peduli akan pangkat dan darjat kita selama di dunia ini.
Soalan solan mereka tetap sama.
Adakah sesiapa mahu mempertikaikannya?
Saya cuma ingin memperingatkan akan kesekelian mereka yang berkuasa keatas kita supaya sedar bahawa ada yang lebih berhak untuk dituruti yakni Allahu Rabbul Alamin.
Tak gitu?
Sekiranya benar berlaku perubahan kuasa dari BN ke Pakatan Pembangkang nanti, saya berani kata bahawa cita cita PAS sepertimana tertera didalam dokumen perancangan penubuhan Negara Islam di atas, tidak akan menjadi kenyataan kerana dua parti politik rakan sepakatan mereka sudah seringkali berkata bahawa tidak akan ada sebuah negara Islam diMalaysia seandainya mereka berjaya mempengaruhi rakyat negara ini mengundi mereka ke Putrajaya!
No comments:
Post a Comment