Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, September 6, 2014

Ustaz Haji Mempertegaskan Pendiriannya , "PAS tidak tunduk kepada PKR dan DAP."

Bila Ustaz Haji Mempertegaskan Pendiriannya …

Hadi AwangApabila Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang, bertindak untuk bertegas maka barulah puak-puak DAP dan PKR tahu langit tinggi rendah.
Kalau sebelum ini percaturan Pakatan Rapuh selalunya meletakkan PAS pada “receiving end” yang hanya terpaksa menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh orang lain tetapi kali ini Presiden PAS yang turut diherdik oleh pimpinan dalam partinya sendiri dalam isu MB Selangor kini menunjukkan ketegasan serta berani membuat keputusan sendiri.

Utusan melaporkan hari ini bahawa PAS tidak tunduk kepada PKR dan DAP.
Malah, dalam satu rakaman ceramah beliau, Presiden PAS menjelaskan situasi terkini berhubung perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor dan mendedahkan keadaan sebenar konflik dalaman yang berlaku akibat percaturan yang tamak ini. Pendirian PAS adalah mengekalkan Khalid sebagai MB kerana amanahnya sambil mengguna pemerintahan di Kelantan yang lebih 20 tahun sebagai contoh “amanah” serta menempelak orang-orang di dalam PAS yang lupa daratan (klik video di bawah).



Kuala Lumpur – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi mengantikkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercanggah dengan hukum Islam.

Hadi ketika bercakap di program Dialog dan Penjelasan Isu Terkini berkata, keputusan Majlis Syura PAS tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam hukum syarak.

“Syarat hukum Islam, mestilah orang yang layak (untuk) memikul jawatan ketua kerajaan.

“Barangsiapa yang melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakan, (tetapi) atas sebab-sebab kecenderungan sebab puak dia…akan diseret ke dalam neraka jahanam” katanya.

Hadi diawal ucapan berkata, krisis pentadbiran di Selangor bukan berpunca dari PAS tetapi merupakan masalah yang dibuat oleh PKR sehingga memaksa parti itu untuk turut sama menolong memikulnya.

“Tiba-tiba dijadikan masalah, mula-mula dikatakan Menteri Besar kedekut, bakhil dan payah bagi duit.
“Saya jumpa beliau, dan dia (Tan Sri Khalid) kata itu bukan duit beliau tetapi duit rakyat, jadi saya tak boleh keluar seweang-wenang mesti ikut peraturan” ujar Hadi lagi.

Menurut Hadi lagi, Menteri Besar Selangor itu telah dituduh dengan pelbagai salah laku sepeti yang dihebahkan melalui media dan satu majlis dialog telah diadakan yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen dan ADUN pakatan rakyat bagi menjelaskan isu yang di bangkitkan itu.

Namun menurutnya ia gagal menyelesaikan masalah apabila majoriti yang bertanya dan membangkitkan isu tersebut bercakap seperti orang bodoh.

“Kebanyakkan ahli politik (yang bangkitkan tuduhan) ini bukan ahli ekonomi dan korporat jadi sepatutnya kita jangan bercakap dengan perkara yang kita tidak tahu.

“Kalau kita bercakap perkara yang kita tidak tahu, (nanti) nampak bodoh kita” ujar Hadi lagi.
Seterusnya beliau berkata, Khalid telah di bawa mengadap ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 orang wakil dari setiap parti sedangkan pada ketika itu jadualnya agak padat kerana baru balik dari luar negara dan terpaksa mengadakan kuliah.

“Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel.

“Wakil daripada PAS terdiri daripada saya Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Salehuddin Ayub (Naib Presiden) manakala wakil PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan Rafizi Ramli dan daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua dan Anthony Loke” ujar Hadi pula.

Walaupun diasak dengan pelbagai soalan yang dibangkitkan oleh ahli panel, Abdul Khalid dikatakan berjaya menjawabnya sehinggakan tiada hujah yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan yang dibangkitkan.

“Semua (ahli panel yang hadir) bersetuju dengan jawapaan yang diberikan dan (memutuskan) dia (Abdul Khalid) perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor tetapi tidak lama selepas itu, PAS dikejutkan dengan tindakan PKR untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kajang.

“Tiada mesyuarat (perbincangan) sedar-sedar kita diberitahu dan kita (PAS) menyatakan tidak bersetuju.
“Ini bukan caranya, rakyat baru sahaja mengahadapi pilihanraya (umum) kemudian nak adakan pilihanraya (PRK DUN Kajang) pula, Ini tidak betul1″ tegas Hadi.

Namun PKR bertegas untuk mengadakan PRK dan atas semangat Pakatan Rakyat, PAS akhirnya terpaksa akur dan telah mengarahkan semua jentera parti itu untuk berkerja bagi membantu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang diletakkan sebagai calon.

Hadi berkata walaupun PAS pada awalnya membantu calon PKR menang di Kajang, namun resolusi parti yang ditetapkan sebelum ini menetapkan isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

“Tapi lepas beberapa hari menang, PKR mula membangkitkan isu untuk menukar Menteri Besar” ujarnya.
Disebabkan desakan untuk menukarkan kepimpinan negeri Selangor, beberapa surat mengenai slaah laku Abdul Kahlid mula tersebar, namun menurut Hadi sebagai sebuah parti yang berjuang atas paksi Islam semua pertuduhan yang dilemaprkan perlu diolah dengan adil sebelum dijatuhkan hukuman.

“Kalau tak diolah (pertuduhan yang jelas) dengan adil dan terus hukum begitu sahaja, itu dikira zalim. Kita baca Al-Quran, jangan cnderung kepada orang zalim kalau tidak (dosanya) akan disambar api neraka.
“Kita parti Islam (kena ikut ajaran yang ditetapkan), DAP bukan parti Islam (manakala) PKR kita tak tahulah sama mereka rujuk atau tidak pada ayat al-Quran.” ujar Hadi pula.

Video di atas banyak mendedahkan kepincangan dalam membuat keputusan oleh PKR/DAP dalam memecat Khalid sebagai MB dan percaturan awal sebelum Langkah KEjang yang kini lumpuh.

Dalam sesi berikut, Ustaz Hadi disoal berhubung kenapa menolak Wan Azizah sebagai calon MB. Apa kerana beliau seorang wanita? Di sini Ustaz Hadi sekali lagi berhujah mengikut lunas syariah dan juga kewibawaan Wan Azizah sendiri yang tidak layak untuk memimpin. 


Hadi Awang Dakwa Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor

Bak kata sahabat saya, Sdr. Zul Nordin (zul4kulim.blogspot.com):
Setelah ‘dipermainkan’ bertahun-tahun, akhirnya PAS pulak permainkan Anwar & PKR-DAP!
Semoga tercerna sesuatu yang baik dan menguntungkan ummah hasil dari pergolakan dan ketamakan yang haloba percaturan politik seseorang individu. Amin.

 Wan Azizah Tidak Layak Jadi Menteri Besar – Hadi Awang 

uala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wam Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.
Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.
“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.
“Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.
“Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)” katanya.
Seterusnya Hadi mengatakan beliau menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan perlembagaan PAS ketika menghantar nama calon menteri besar Selangor baru-baru ini.
“Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan.
“Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden,” kata Hadi.
Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam sesi taklimat khasnya dengan ahli dan pemimpin PAS Terengganu di sebuah dewan terbuka di perkarangan Masjid Rusila pada Khamis.
Menurut Hadi, ia merupakan amalan pemimpin PAS terdahulu termasuk Datuk Fadzil Mohd Nor ketika mahu melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar Kelantan.
“Bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada setiausaha agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun ‘sign’. Presiden yang ‘sign’ surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat,” kata Hadi dalam taklimatnya.
Katanya, demikian juga yang diamalkan sepanjang PAS memerintah Terengganu dan Kelantan sejak 1959 hingga 1978.
“Sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat tahun 1978, di mana perlantikan menteri besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan.
“Begitulah bila kita menang tahun 1995, tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat,” katanya.
Pada Khamis, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai satu kenyataan PAS menghantar tiga nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.
Sedangkan kata beliau, mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos hanya memutuskan dua nama sahaja iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari juga membangkitkan perkara yang sama.
Adly berkata, beliau terkilan dan amat bersimpati dengan AJK PAS Pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan menteri besar Selangor itu seperti dilaporkan semalam.
“PAS Melaka amat terkejut dengan tindakan tersebut. PAS Melaka akan meminta penjelasan lanjut pimpinan tertinggi dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan esok,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Hadi menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar Selangor pada 3 September lalu iaitu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.
Ketika memberitahu Utusan Malaysia pula, Mustafa berkata keputusan nama itu dibuat oleh Majlis Syura PAS yang bermesyuarat di Kota Bharu.
The Star pula melaporkan, Hadi pada 2 September menghantar nama tiga exco PAS Selangor kepada istana untuk dilantik menjadi menteri besar. – www.suara.tv


KHALID SAMAD Mengesyorkan diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’

Khalid Samad Naik Angin - Demi Ketum Buat Cabaran Berdebat Dengan Golongan Muda Pro Ulamak Dalam PAS

"Saya di sini mengesyorkan supaya diadakan satu forum/debat tertutup di antara golongan yang digelar ‘profesional, erdogan, anwarinas’ dan sebagainya dengan golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai penyokong ulama’ tersebut. Mari kita bertemu di medan perbahasan ilmiah dan tidak lagi di medan FB dan Blog. Biar hujjah kedua-dua pihak diuji kesahihan dan keabsahannya dimedan perbahasan secara bersemuka supaya dengan itu akan berakhir segala amalan tuduh menuduh yang merosakkan jemaah. 
"Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak sanggup menganjurkannya, lebih-lebih lagi sekiranya di bawah naungan Dewan Pemuda Pusat," - Khalid Samad
Satu kekurangan yang dihadapai oleh kelompok anwarinas dalam PAS ialah ketiadaan back-up dari golongan muda terhadap mereka.

Harus diakui bahawa bahawa kedudukan kelompok anwarinas tersebut, bagai terkapit di tengah-tengah antara kumpulan ulamak (melalui komposisi anggota Majlis Syura Ulamak) dengan golongan muda pro ulamak yang ada dalam Dewan Pemuda Pusat.

Khalid Samad meluahkan ras tidak senangnya kepada golongan muda malah mengsyaki bahawa mereka adalah polis cawangan khas (SB) yang menyusup dalam PAS dan dilabelkan dengan gelaran 'musta'jiun' (orang gopoh).

Pada Muktamar PAS 2012, memang dapat disaksikan kebangkitan golongan muda ini seperti yang dipaparkan dalam video bawah;


Pemuda Klang dan Putrajaya bidas Harakah 

Khalid turut menganggap bahawa golongan muda ini melakukan kerja-kerja UMNO dan ini mungkin merujuk kepada kenyataan terbaru Pemuda PAS yang mahukan 'ketuanan Melayu', seperti didedahkan SINI.

Dalam pada Khalid menuduh golongan muda ini cuba mengubah destini politik PAS, beliau terlupa yang beliau dan kumpulannya juga telah melakukan perkara yang sama terhadap destini politik parti berkenaan.

Satu contoh yang ketara ialah apabila berlaku perubahan mendadak pimpinan PAS berkenaan 'Dokumen Negara Islam PAS 2003', bila mereka membuat keputusan mengenepikan falsafah yang didokumen, malah menerima pakai konsep 'Negara Berkebajikan' yang tidak menyebut sama sekali nama 'Islam' disamping berbeza pula konsepnya.

Baca kejayaan kumpulan Khalid mempedaya ulamak PAS di SINI.  


Bertambah Celaru - DAP & PKR Tersinggung Bila Pemuda PAS Nakkan Ketuanan Melayu


Bagai termakan dengan gertakan Mat Taib terhadap PAS [baca SINI], tiba-tiba PAS membuat satu lagi 'U-Turn' dari politik Islam kepada politik Melayu.

The Malaysian Insider melaporkan kenyataan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Fadhli Ghani yang kononnya;
  • PAS berkeras Melayu mesti ditegaskan hak ketuanannya, tetapi Umno berkata hak istimewa,yang bermaksud orang Melayu mesti menjadi 'tuan' dalam negara ini
  • PAS sentiasa mahu Islam dijadikan agama rasmi negara, bukan seperti Umno yang menjadikan Islam agama Persekutuan yang dengan sendiri menjadikan Malaysia sebagai berfahaman sekular
  • PAS tidak bersetuju dengan UMNO berkaitan kerakyatan yang diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang Cina dan India di bawah kontrak sosial pada kerana PAS yang mahu seseorang warganegara itu diiktiraf berdasarkan kesetiaan mereka kepada negara dan bukan atas  keinginan menetap di negara ini.
Kenyataan yang begitu lunak oleh AJK Pemuda PAS Pusat itu tidak lain adalah bertujuan untuk menarik perhatian orang Melayu supaya menyokong PAS.
Jelas bahawa krisis menukar MB Selangor ciptaan Anwar Ibrahim membawa musibah kepada PAS berbanding DAP dan PKR, lantas ini yang menggusarkan Pemuda PAS. 
Baru sekarang baru nak bercakap hal Melayu? 

Sudah Sampai Masanya Hadi Awang Tinggal PAS Dan Sertai PERKIM


DS Hadi Awang sudah tidak relevan lagi mengetuai PAS. Dari seorang ahli politik yang begitu garang untuk mendirikan mendirikan negara Islam yang berlandaskan 'Ad-Deen Wad-Daulah', kini mengendur dan hanya bertindak sebahai seorang pendakwah yang menyelia dan mengelola para mualaf dalam PERKIM.

Penglibatan Hadi dalam PAS selama lebih 35 tahun, bolehlah dianggap sebagai sia-sia. Hadi dilihat gagal dalam dakwah dan tarbiyahnya dalam merealisasikan landasan yang dilaluinya dalam membawa 'Ad-Deen Wad-Daulah' yang bermatlamatkan tegaknya sebuah negara Islam di Malaysia.

Didalam 'Dokumen Negara Islam PAS' 2003, Hadi menegaskan bahawa menegakkan Negara Islam adalah sama dengan kewajiban ibadat-ibadat wajib yang lain, berpandukan kepada kaedah fiqh makruf;
“Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka yang itupun menjadi wajib.
Pendirian Hadi berubah, apabila pada Muktamar PAS 2011 beliau telah memperkenalkan gagasan baru 'Negara Kebajikan PAS'. Bagai menyedari kesilapannya selama lebih 30 tahun menyerang dasar UMNO yang berbaik-baik dengan parti-parti bukan Islam, Hadi berkata;
"Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”
Hadi sudah tidak lagi berpegang pada fiqh mkruf tapi berpandukan pula pada fiqh awlawiyat, yang mengutamakan kepada keutamaan semasa.

Liew Chin Tong (Ahli Parlimen DAP) dalam mengalu-alukan kekenduran Hadi dari perjuangan asalnya, sempat pula mendedahkan bahawa 'Dokumen Negara Islam PAS 2003' adalah berlawanan sama sekali dengan "Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21" yang deraf asalnya dirangka dibawah Presiden PAS sebelumnya, Ustaz Fadzil Noor.

Menurut Liew (tulisannya disiarkan di blog AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad), Majlis Syurah Ulama PAS telah menerima pakai dokumen Hadi berbanding memorandum Fadzil.

Kecelaruan dalam pendirian Hadi sepanjang memimpin PAS adalah amat jelas menunjukkan bahawa sikap Hadi dan PAS terhadap UMNO adalah bentuk serangan, tohmahan dan fitnah yang bersifat politik. Malah kecelaruan Hadi semakin terserlah ketika mengendali isu penggantian MB Selangor. Tindakan tidak menamakan calon MB dari PAS sudah cukup untuk membuktikan bahawa Hadi sudah tidak berminat lagi dengan 'Ad-Deen Wad-Daulah'.

Justeru, sudah sampai masanya Hadi memikirkan untuk bersara, disamping bertanggung-jawab memperbetulkan kerosakan-kerosakan yang dilakukannya sepanjang penglibatannya dalam PAS, melalui badan dakwah dan kebajikan seperti PERKIM. 


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) PECAHAN PAS @ PARTI ANWAR SE MALAYSIA


Kumpulan Anwarinas Sudah Kecewa, Buat Parti Baru Untuk PRU14?

Penubuhan satu kumpulan 100 ahli PAS yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Kota Baru, Kelantan pada Ahad mula diberi perhatian.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider penubuhan kumpulan itu bertujuan untuk menghalang PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan UMNO.

“Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul,” kata salah seorang penggerak utamanya yang tidak mahu dikenali kerana dakwanya kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.

Lapor The Malaysian Insider inisiatif penubuhan PasMa bermula selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos bahawa beliau mahu bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.
 
“The Malaysian Insider melaporkan minggu lepas Hadi mencadangkan PAS, UMNO dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.
 
Husam adalah Presiden PasMa sekarang. Memang sah PAS sudah berpecah dua sekarang. 
 

HADI AWANG TAK KISAH LANGSUNG DENGAN KEWUJUDAN PASMA!!!

Saturday, September 6, 2014

Ketika ditanya tentang spekulasi penubuhan sebuah parti baharu ‘pecahan’ PAS yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bakal memberikan saingan kepada parti itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab beliau tidak tahu menahu mengenainya.

Namun, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan pernah berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

“Negara kita demokrasi dan pernah dulu ada parti Islah, parti Imam, parti Suara Islam. Ia pernah ditubuhkan dulu, itu biasalah dalam negara demokrasi,” katanya, dlaporkan Utusan Malaysia.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, semalam.

Parti Al-Islah merujuk kepada parti serpihan PAS di Kelantan yang menentang gabungan PAS dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990.

Satu lagi serpihan PAS adalah Parti Imam (Ikatan Muslimin Insaf Malaysia) yang ditubuhkan di Kelantan pada tahun 1977.

Menurut blog cikguzain, parti IMAM dipimpin oleh Hassan Mat Leh, gagal didaftarkan, namun ahli-ahlinya bertanding sebagai calon-calon bebas pada Pilihanraya Umum 1978, di mana kesemua calon-calonnya kalah dengan perolehan undi yang rendah.

Cikgu Zain juga berkata selain Parti IMAM terdapat satu lagi parti serpihan PAS yang dinamakan IKATAN (Ikatan Masyarakat Islam Malaysia), ditubuhkan dalam tahun 1991, di bawah pimpinan Abdul Wahab Yunus, bekas Ahli Parlimen PAS Dungun.

IKATAN kemudian diambil alih oleh sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menukarkannya kepada Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada tahun 1999.

Parti Suara Al Islam pula merujuk kepada satu kumpulan yang dipimpin Khalid Samad ketika belajar di Universiti Leeds, United Kingdom pada tahun 1970-an.

Sekembalinya beliau ke Malaysia, Suara Al Islam cuba mendaftar sebagai Parti Negara Islam, namun ditolak oleh pendaftar pertubuhan pada tahun 1981 dan pada tahun 1983, Khalid membubarkan parti itu dan menyertai PAS.

Semalam, Abdul Hadi turut menjawab isu PAS menghantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

Abdul Hadi berkata kesediaan PAS menghantar tiga nama menggambarkan ketegasan pendirian parti itu tanpa dipengaruhi PKR dan DAP.

“Kita tidak mengalah, kita berpegang kepada konvensyen pakatan rakyat yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja Berperlembagaan dalam pakatan,” katanya

Harakahdaily turut melaporkan Abdul Hadi telah diasak oleh pihak media agar PAS mendedahkan senarai nama calon itu dan ditanya benarkah nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiada dalam senarai tersebut.

“Itu (nama calon) saya tak boleh sebut… takboleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (Sharafuddin Idris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa,” jelasnya.

Berikut adalah transkrip penuh temubual ringkas Presiden PAS yang disediakan Harakahdaily :

Soalan (S): Sekarang ini, PAS telah hantar tiga nama yang ditandatangani oleh Datuk Seri (Abdul Hadi) sendiri. Jadi, Datuk Seri nak sahkan?

Jawapan (J): Saya mengikut budi bicara Presiden PAS sejak tahun 1959, saya ikut Presiden PAS dulu yang pernah memerintah Terengganu, Kelantan. Pernah memerintah Kedah dan pernah memerintah Terengganu lagi. Pernah kita (PAS) sendiri. Pernah dalam BarisanNasional (BN). Pernah Pakatan Rakyat, Dr Burhanuddin, Dr Asri dan zaman Almarhum Ustaz Mohd Fadzil Noor. Saya ikut budi bicara Presiden PAS ini. Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu “Raja Berperlembagaan”.

S: Tiga orang yang dicalonkan oleh PAS (jawatan MB) itu boleh…
J: Saya tak boleh beritahu, tak boleh mendahului Istana.

S: Yang (dikatakan) seorang dari PAS dan dua PKR itu?
J: Itu, kita (PAS) serah kepada Istana… itusahaja.

S: Tapi Datuk Seri, sumber yang sebelum ini memang telah dinafikan tapi yang pastinya antara tiga daripada nama itu memang tidak ada Datin Seri Wan Azizah?
J: Itu saya tidak mahu serkap jarang. Saya tidak mahu bagi media serkap jarang, setelah saya serah kepada Istana dan Istana ‘berpijak’ diatas konsep Raja Berperlembagaan.

S: Datuk Seri, adakah keputusan ini pendirian PAS sendiri atau menggambarkan PAS telah mengalah kepada parti lain?
J: Tidak mengalah, kita (PAS) berpegang kepada konvensyen Pakatan Rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan, Raja Perperlembagaan. Itu dalam Pakatan Rakyat.

S: Datuk Seri, satu lagi ini ada penubuhan parti baru iaitu Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan ‘top leader’ ialah Fakhrolrazi… macam mana tu?
J: Saya tak tahu… saya tak tahu tu.

S: Adakah ini boleh memberi saingan kepada PAS?
J: Negara kita demokrasi dan pernah dulu parti Islah, parti suara Islam dan sebagainya pernah ditubuhkan itu biasalah dalam negara demokrasi.

S: Jadi Datuk Seri, memang benarlah tidak ada nama Datin Seri Wan Azizah yang dihantar ke Istana?
J: Itu saya tak boleh sebut… tak boleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (SharafuddinIdris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa.

S: Terima kasih, Datuk Seri (Abdul Hadi).

SUMBER: AIDC   


APAKAH PASMA = SERPIHAN PAS MENJILAT ANWAR?

Ini aku dapat dari Whatsapp. Benar atau tidak aku tak tau. Tapi yang pasti parti baru bernama PASMA memang sudah didaftar.

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera
Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang
(Perak)
Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad
Husin (Kel)

Presiden Pasma : Yb Dato' Husam Musa
(Kel)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad
(Sel)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf
Rawa (Png)
Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad
(Sel)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :
Nordin Majid (PGS - Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)
AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Dah kecoh beberapa hari ini yang penjilat Anwar dalam PAS atau lebih dikenali sebagai spesis Anwarinas. Dalam PAS golongan ulamak memang dah tak bagi muka sama Anwarinas. Nampaknya Anwarinas dah ambil early precaution... 

sumber :

ZULKIFLI BIN NOORDIN : PAS Telah Mematuhi dan Mentaati Titah Tuanku Sultan. PAS "terajang" Pengkaldai.




ZULKIFLI BIN NOORDIN

05 September 2014

POLITIK 69!

 
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!
Salam 2 all.
Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?
Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni - main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!
Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!
Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!
Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.
Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.
Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap ahli tersebut!
AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan saman rakan sekongkol.
Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!
Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya sendiri untuk menjadi calon MB.
Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.
Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.
Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!
Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!
Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.
Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.
Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.
Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15 ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.
Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS, bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!
Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!
Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus - sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.
Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?
1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;
2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;
3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;
4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;
5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!

Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!

Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!
Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014

Friday, September 5, 2014

PAS BERJAYA MERUNGKAI CENGKAMAN DAP DAN PKR.... TAHNIAH

POLITIK : MB Selangor baharu daripada Pas? INI U TURN YG KE BERAPA?

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB, RADHUAN HUSSAIN dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my
Iskandar
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Krisis Menteri Besar Selangor memasuki episod baharu apabila Pas hari ini mengesahkan telah menghantar tiga nama sebagai calon untuk jawatan itu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Difahamkan ADUN Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.
Berikutan perkembangan tersebut, kemungkinan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diisi oleh wakil Pas adalah amat besar.
Ini kerana berdasarkan situasi sebelum ini, Istana Selangor dilaporkan menolak calon yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui 'kawalan jauh', dipercayai merujuk kepada Wan Azizah manakala Azmin pula dari awal lagi menolak untuk namanya dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti dipetik daripada portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini memberitahu, senarai nama itu dihantar berikutan titah Sultan Selangor supaya Pas, PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama.
"Buat masa ini (pengumuman) nama (calon Menteri Besar Selangor) itu biarlah dulu. Jadi (pihak kami menghantar) lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya.
Di TERENGGANU, Mustafa ketika dihubungi berkata, senarai nama calon untuk pertimbangan Istana Selangor itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.
Menurutnya, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, majlis itu menyenaraikan tiga calon, dua daripada PKR dan seorang ADUN Pas yang telah dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun menganggap tidak wajar baginya untuk mendedahkan nama-nama tersebut kerana berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.
"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama-nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.
Menurut Mustafa, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas mengatasi pendirian Jawatankuasa Pas Pusat yang hanya mahu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin.
"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak Presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung Pas. Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," katanya.
Jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini memutuskan kerusi Menteri Besar Selangor tetap milik PKR dan keputusan Majlis Syura Ulama difahamkan akan menyemarakkan lagi pergeseran dalam barisan kepimpinan Pas dan hubungan dalam pakatan pembangkang.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan bahawa senarai calon itu telah dihantar oleh Pejabat Presiden Pas ke Istana Selangor, semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.
Ditanya kemungkinan salah satu daripada dua nama calon PKR itu adalah Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)".

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140905/po_01/MB-Selangor-baharu-daripada-Pas#ixzz3COzdxglF  © Utusan Melayu (M) Bhd

ANWARIBRAHIM UNTUK JATUHKAN #KHALIDIBRAHIM TERSEBAR !!!


Ketum Production


tu diaa !!! video anwar ibrahim untuk menjatuhkan khalid ibrahim sebagai menteri besar dah tersebar.semua pertemuan sulit didedahkan.jom lihat video di bawah.ini lahh perkara yang sebenar berlaku

MB Selangor Dipecat Parody



MB Selangor : Istana Selangor Akan Membuat Keputusan Dalam Masa Terdekat


Abdul Khalid Ibrahim (tengah) bersama Exco Selangor, Ir. Iskandar Abdul Samad (kiri) dan Dr. Halimah Ali sewaktu sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Khalid tak mau tahu siapa calon MB

Istana Selangor dijangka mengemukakan maklum balas berhubung senarai calon Menteri Besar yang telah dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengumumkan perkara itu mengesahkan ketiga-tiga parti berkenaan telah mempersembahkan senarai calon masing-masing kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas tempoh yang diberikan baginda tamat pada hari ini.

Sehubungan itu, katanya, segala urusan pemilihan Menteri Besar selepas ini hanya akan dilakukan oleh Istana Selangor mengikut enakmen yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

"Bagi saya, semua orang perlu tahu adalah penting untuk membuat sesuatu keputusan yang betul (dalam pemilihan Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.


Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak tahu mengenai jumlah keseluruhan calon yang dikemukakan tiga parti sekutu pembangkang itu selain menegaskan tidak boleh mencampuri atau terlibat dalam urusan pemilihan berkenaan kerana merupakan pihak berkepentingan.

"Oleh itu, saya rasa lebih baik saya hanya diberitahu mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak Istana nanti.

"Hanya Istana Selangor akan memberi maklum balas mengenai cadangan nama calon yang dipersembahkan melalui surat rasmi. Kita akan lihat nanti apabila Sultan Selangor memutuskan calon yang layak dan selepas itu barulah saya jalankan tugas saya (melaksanakan proses peralihan kuasa)," jelasnya.

Mengenai pandangan masyarakat supaya pilihan raya negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan itu, Abdul Khalid berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor.

Malah, beliau menjelaskan tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai keperluan pilihan raya tersebut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Abdul Khalid juga meminta semua pihak supaya bersabar dan menunggu proses pelantikan Menteri Besar baharu yang dijalankan mengikut tatacara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta adat istiadat negeri ini diselesaikan.

Sumber dari :
Suara Politik
Belantan

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Akan Halang Perpaduan Antara PAS dan UMNO

ADAKAH HUSAM MULA RANCANG 

NAK JADI PRESIDEN PAS???


Penubuhan satu kumpulan 100 ahli PAS yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Kota Baru, Kelantan pada Ahad mula diberi perhatian.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider penubuhan kumpulan itu bertujuan untuk menghalang PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan UMNO.

“Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul,” kata salah seorang penggerak utamanya yang tidak mahu dikenali kerana dakwanya kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.

Lapor The Malaysian Insider inisiatif penubuhan PasMa bermula selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos bahawa beliau mahu bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.
 
“The Malaysian Insider melaporkan minggu lepas Hadi mencadangkan PAS, UMNO dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.

“Bagaimanapun, setiausaha politik Presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan itu dan menegaskan tiada perbincangan dilakukan di antara Azmin dan Hadi. The Malaysian Insider mempertahankan laporan awalnya itu,” lapor portal itu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, PasMa akan mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS perlu kekal dalam PR dan menolak UMNO.



“Majlis penerangan pertama akan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 8 September dan akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura Ahmad Awang,” lapor The Malaysian Insider.

Portal itu turut mendakwa terdapat khabar angin yang mula tersebar baru-baru ini kononnya seorang pemimpin kanan PAS membawa tiga ADUN PKR Selangor bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mesyuarat itu bertujuan membuka jalan kerjasama antara tiga Adun PKR itu dengan PAS dan UMNO bagi membentuk kerajaan baru di Selangor,” lapornya lagi.
 

Thursday, September 4, 2014

ZULKIFLI BIN NOORDIN : PR ini bukan Pakatan Rakyat - tetapi adalah Penderhaka Raja!

ZULKIFLI BIN NOORDIN

04 September 2014

PENDERHAKA KESULTANAN MELAYU!

Bang Non, Tuanku titah hantaq lebih daripada dua nama; tapi kita hantaq satu nama! Kita punya ilmu hisab dah kira D- ni!!! Ni yang Jah fenin ni Bang Non...fenin!!!
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada isu penamaan nama calon Menteri Besar Selangor oleh pakatan pembangkang DAP-PKR dan PAS kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor.

Kenyataan media Istana Selangor bertarikh 26 Ogos 2014 cukup jelas - bahawa 'Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua (2) nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor'.

Rasanya pelajar Tadika Kemas pun boleh faham titah Tuanku Sultan - lebih daripada dua nama - maknanya paling kurang tiga nama!

Takkan benda mudah macam tu pun PKR dan DAP tak faham. Teruk sangat ke tahap penguasaan bahasa Melayu mereka sampai jadi bodoh dan bangang tak reti nak patuh titah Tuanku Sultan?

Dengar cerita Ketum PKR Anwar Ibrahim adalah lulusan ijazah Pengajian Melayu daripada Universiti Malaya. Takkan graduan lulusan pengajian Melayu yang juga merangkap Ketum Penasihat PKR tidak boleh menasihatkan parti yang diketuai bini dia supaya mentaati tiah Tuanku yang cukup mudah itu?

Tetapi ternyata itulah yang terjadi. PKR & DAP telah mengemukakan hanya satu nama iaitu Wan Azizah!

Lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sangat berbeza! Itu pun mereka tidak faham-faham?

Ini membawa kita kepada satu rumusan - bahawa mereka dengan sengaja mengingkari titah Tuanku Sultan! Takkan mereka bodoh tahap gaban tak tahu beza lebih daripada dua (2) nama dengan hanya satu (1) nama sahaja?

Ini bermakna mereka dengan sengaja menderhaka kepada titah Tuanku Sultan. Ini satu perbuatan yang sangat biaDap lagi kurang ajar kepada institusi Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, saya merafak sembah kepada Baginda Tuanku Sultan Selangor supaya menolak apa juga nama yang akan diberikan oleh kedua-dua parti PKR-DAP selepas daripada ini kerana mereka jelas telah dengan sengaja mengingkari titah Tuanku dan menderhaka!

Bagaimana mungkin parti dan pemimpin parti yang menderhaka kepada Tuanku layak menjadi Datuk Bendahara @ Datuk Menteri Besar Selangor!

PR ini bukan Pakatan Rakyat - tetapi adalah Penderhaka Raja!

Lagi pun, nama-nama yang kononnya mahu dikemukakan sebagai calon MB Selangor - Azizah dan Azmin - adalah tidak layak untuk memimpin negeri Darul Ehsan ini. Bukan kerana mereka anak kelahiran Singapura! Juga bukan kerana mereka bukan anak Selangor. Sebaliknya mereka ini memang tidak layak kerana tidak mempunyai kewibawaan dan integriti untuk menduduki jawatan MB Darul Ehsan ini!

Antara contohnya mudah.

Baginda Tuanku Sultan telah menyatakan dengan jelas pendirian Baginda bahawa kristian tidak boleh mengguna-pakai kalimah Allah kerana bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah Selangor.

Tetapi Azizah dan Azmin terang-terang menyokong pendirian Ketum dan parti mereka bahwa kristian hendaklah dibenarkan mengguna-pakai kalimah Allah, walaupun rakan komponen mereka Majlis Syura'  PAS dengan jelas membuat ketetapan menegah perbuatan itu.

Mana mungkin mereka yang berpendirian bercanggah dengan Baginda Tuanku Sultan dalam soal yang begitu asas dan fundamental layak menjadi Datuk Menteri Besar untuk menasihatkan Tuanku?

Isu penamaan calon MB ini membuktikan entiti yang dinamakan 'Pakatan Rakyat' sebenarnya adalah 'Pecahan Rakyat'. Bagaimana mereka boleh mengaku sebagai sebuah 'pakatan' sedangkan dalam soal pokok seperti siapa patut menjadi MB pun mereka berpecah!

Sebenarnya secara tidak rasmi Pakatan Rakyat sudah berkubur, secara rasminya mereka memang tidak ujud.
Memandangkan mereka telah memilih untuk menderhaka kepada titah Tuanku Sultan, maka adalah lebih wajar Tuanku Sultan tidak melayan lagi karenah mereka. Tuanku Sultan sudah memberi ruang dan peluang yang secukupnya kepada pimpinan PKR-DAP; tetapi mereka memilih untuk mengingkari titah Tuanku.

Jangan dilayan para penderhaka ini!
Saya berpendapat adalah wajar untuk Tuanku Sultan hanya menerima senarai yang dikemukakan oleh PAS kerana hanya PAS yang telah mentaati titah perintah Tuanku Sultan dengan mengemukakan lebih daripada dua (2) nama.
Apa pun, keputusan muktamad di tangan Tuanku. Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor adalah jelas bahawa kuasa melantik seorang Datuk Menteri Besar, yang dahulu dikenali sebagai Datuk Bendahara, adalah kuasa mutlak dan muktamad Tuanku.
Apa juga titah dan keputusan Tuanku, kami rakyat yang bernaung dibawah mahkota Tuanku di Selangor akan tetap patuh dan menjunjungnya.
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
09 Zul-Qaedah 1435
04 Sept 2014

Segala Pujian Hanya Kepada ALLAH SWT : Akhirnya PAS Buktikan Bukan Parti Tunggangan DAP dan PKR

TAHNIAH:WAKIL PAS BAKAL JADI MENTERI BESAR SELANGOR

Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor

hadi
Petaling Jaya – Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 

Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi  untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

“Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya,” katanya.

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana. 

Nik Abduh Sekolahkan Anwar dan Guan Eng??? Memang Patut pun....



Sumber klik sini.  

CAKAP MACAM SAKAI..
LIDAH DICIPTA UNTUK BERKATA BENAR BUKAN SEBALIKNYA..
KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU MELIHAT NASIB DIA SUATU MASA NANTI..





GOLONGAN ULAMA PAS MULA KHUATIR ANCAMAN 'ANWARINAS' DALAM PARTI 

SUMBER : 

Dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, rakyat Malaysia boleh melihat Pas sebagai sebuah parti yang mempunyai pelbagai warna. Bermula dengan kenyataan awal Presiden Pas, Hadi Awang yang terang-terang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, sokongan Dewan Ulamak dan juga sokongan padu dari Mursidul Am, Nik Aziz yang dilihat memberi impak besar kepada kredibiliti Pas itu sendiri dan akhirnya semua dilihat mencemar nama baik golongan Ulama dalam Pas bila terpaksa sepakat menyokong apa yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa Kepimpinan Pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Akibat kenyataan Hadi Awang yang tidak dihormati itulah maka imej golongan Ulama merudum, rosak teruk dan terus dikecam dengan label “U-Turn”. Bertambah malang, kesan dari kenyataan Hadi Awang tersebut, sudah kedengaran tohmahan kononnya kumpulan Hadi atau golongan Ulama dalam Pas mula bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor. Semalam, Husam Musa menempelak dengan keras tentang usaha kerjasama dengan UMNO ini. Husam menjelaskan UMNO sedang memancing PAS untuk bekerjasama di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Tanpa menunggu masa yang lama, hari ini Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali dilihat cuba bersihkan kembali imej Dewan Ulamak. Melalui satu tulisannya dalam laman rasmi PAS semalam, “Ke mana PAS mahu dibawa”, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata isu dua Adun Pas yang melanggar arahan parti begitu menguji kesabaran ahli Pas yang begitu menghormati adab berjemaah. Khairudin turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin kanan Pas yang dilihat tidak lagi menghormati keputusan Majilis Dewan SyuraUlama pada 6 Ogos 2014 yang bersetuju mengekalkan Khalid selagi beliau tidak melanggar amanah yang diberi. Menurut Khairudin lagi, beberapa pemimpin kanan Pas yang turut berada dalam Jawatan Kuasa Pas Pusat dilihat begitu ghairah menyokong tindakan dua Adun tersebut sebagai tindakan yang amat mengjengkelkan. Apatah lagi ada yang menganggap mereka berdua sebagai ‘Wira Pakatan Rakyat’ kerana sokongan terhadap Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Barangkali Khairudin sudah mula sedar akan kesahihan wujudnya ‘kumpulan Anwarinas’ dalam Pas maka beliau dengan sinis menempelak bahawa pujian kepada pembelot bakal menjadi contoh yang tidak baik dan akan menjadi ikutan yang buruk kepada semua ahli di masa akan datang. Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada sumber yang bersedia untuk membuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. “Sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?” katanya. Dalam masa yang sama Khairudin mendakwa tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada ‘institusi Umno’ dalam Pas yang cuba mengaburi gerakan ‘Anwarinas’ yang sedang hebat menular dalam Pas sebenarnya.

Menurutnya lagi, helah menggunakan alasan wujudnya usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah helah yang amat licik, tanpa menyatakan itu adalah kenyataan dari Husam Musa semalam. Nampak amat jelas apa yang cuba disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat ini bahawa sudah wujud kem yang menentang keputusan Majlis Syura Ulamak tanpa rasa bersalah. Kalau dulu, kumpulan Ulamak inilah yang menafi sekeras-kerasnya kewujudan kumpulan Anwarinas dalam Pas, kini mereka sudah mula gelabah kerana gerakan ini sudah jauh meresap dan bertapak kukuh dalam Pas.

Perhatikan sahaja apa yang Hadi Awang bawa tidak disambut oleh Timbalannya sendiri, Mat Sabu dan lihat sahaja siapa yang sentiasa menyokong apa juga yang diperkatakan oleh Mat Sabu termasuk dalam isu “Kenyataan Presiden bersifat peribadi”Kita sama-sama tunggu dan lihat, nyawa golongan Ulamak dalam Pas bakal ditentukan pada pemilihan pucuk pimpinan akan datang. Silap-silap, Hadi Awang bakal diundurkan atau terpaksa diundurkan.

P/S ~ Kesimpulan, kenapa baru sekarang para ulama PAS merasakan ancaman 'Anwarinas' meresap di dalam PAS?...Selama ini PAS dan para ulamanya begitu percaya dan taksub dengan pemimpin PKR yang bernama Anwar Ibrahim. Haji Hadi sebagai Presiden PAS begitu menyanjung dan mempercayai Anwar dan berjuang bersama-sama demi untuk menjayakan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Kini, para ulama PAS mula sedar dan takut dengan ancaman 'Anwarinas' yang kini telah menetas di dalam PAS. Rasakan wahai PAS. Wasallam ~ IBM

 

JIKA BERLAKU PENCERAIAN TALAK 3 ANTARA PAKATAN RAKYAT ... PKR AKAN JATUH TERSUNGKUR BUKANYA PAS..

Pas Sanggah Kenyataan Mat Taib Bahawa Pas Akan Rugi Jika Keluar Pakatan

Kenyataan yang berbaur dendam terhadap umno yang dibuat oleh bekas menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib bahawa Pas akan mengalami kerugian besar jika sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat telah disanggah oleh beberapa pemimpin Pas.


Mat Taib yang juga ahli Pas seumur hidup sebelum itu berkata Pas tidak boleh bersandarkan kepada teriakkan Allahu Akbar sahaja, kerana menurutnya tanpa sokongan kaum cina Pas tidak akan menang dalam setiap pilihanraya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Temerloh YB Nasrudin Hasan dalam laman facebooknya yakin PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan oleh DAP dan PKR atau DAP dan PKR yang keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Jika benar Pas keluar daripada Pakatan sekalipun yang rugi, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kerugian yang amat sangat,

"Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu semata-mata. Sebahagian daripada undi Melayu masih kukuh bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah teruk. Pengundi lebih memilih umno, Pas dan pilihan terakhir mereka hanyalah PKR", dakwa Pas.

"Walaupun DAP dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi mereka akan kehilangan penyokong Melayu di seluruh negara. Contohnya seperti prkTeluk Intan apabila Pas kurang berkempen menyebabkan orang Melayu tidak menyokong DAP. 

"DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh pemimpin dan penyokong PAS. Bayangkan kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil masa 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia seperti yang mereka rancangkan sekarang", kata Pas lagi.


"Ketika itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga dah jadi mendiang. Buat Brother Anwar Bin Ibrahim, apa pula ruginya?Anwar akan jadi Almarhum tanpa sempat jadi Perdana Menteri Malaysia", dakwa Pas

Langkah Kajang punca kerosakan segala-galanya kononnya taktik politik terkini daripada pakar strategi parti pkr yang kini memakan diri.

Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar dan Mat Taib masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, TPM Anwar ketika itu telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.

PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin kononnya dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantu  Anwar Ibrahim.

Demikianlah besarnya pengorbanan PAS kepada masyarakat bukan Islam sedangkan semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.

Harus diingat DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di ceruk-ceruk, kampung-kampung. Walaupun DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.

Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan dalam Pakatan sengaja mahu meminggirkan PAS dan anggap Pas sebagai parti kampung yang layak berkempen untuk orang kampung sahaja.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...