TAHNIAH:WAKIL PAS BAKAL JADI MENTERI BESAR SELANGOR
Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor

Petaling
 Jaya – Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu
 apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis 
eksekutif untuk jawatan itu.
Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Surat
 daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar 
sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama 
calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid 
Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 
Mereka
 berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, 
menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai 
calon.
Pembantu
 kanan Hadi ketika dihubungi  untuk mendapatkan komen, tidak menafikan 
surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan 
parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.
“Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya,” katanya.
Surat
 itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang 
dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang
 telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden 
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk 
dipertimbangkan.
PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana. 
CAKAP MACAM SAKAI..
LIDAH DICIPTA UNTUK BERKATA BENAR BUKAN SEBALIKNYA..
KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU MELIHAT NASIB DIA SUATU MASA NANTI..
GOLONGAN ULAMA PAS MULA KHUATIR ANCAMAN 'ANWARINAS' DALAM PARTI
SUMBER : 
Dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, rakyat Malaysia boleh melihat Pas sebagai sebuah parti yang mempunyai pelbagai warna. Bermula
 dengan kenyataan awal Presiden Pas, Hadi Awang yang terang-terang 
menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, sokongan Dewan 
Ulamak dan juga sokongan padu dari Mursidul Am, Nik Aziz yang dilihat 
memberi impak besar kepada kredibiliti Pas itu sendiri dan akhirnya 
semua dilihat mencemar nama baik golongan Ulama dalam Pas bila terpaksa 
sepakat menyokong apa yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa Kepimpinan 
Pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Akibat
 kenyataan Hadi Awang yang tidak dihormati itulah maka imej golongan 
Ulama merudum, rosak teruk dan terus dikecam dengan label “U-Turn”.
 Bertambah malang, kesan dari kenyataan Hadi Awang tersebut, sudah 
kedengaran tohmahan kononnya kumpulan Hadi atau golongan Ulama dalam Pas
 mula bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor. Semalam, Husam Musa menempelak dengan keras tentang usaha kerjasama dengan UMNO ini. Husam
 menjelaskan UMNO sedang memancing PAS untuk bekerjasama di Selangor dan
 sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga 
dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan
 raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.
Tanpa menunggu
 masa yang lama, hari ini Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Ketua 
Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali dilihat 
cuba bersihkan kembali imej Dewan Ulamak. Melalui satu tulisannya dalam laman rasmi PAS semalam, “Ke mana PAS mahu dibawa”,
 Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata isu dua Adun Pas 
yang melanggar arahan parti begitu menguji kesabaran ahli Pas yang 
begitu menghormati adab berjemaah. Khairudin
 turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin kanan Pas yang dilihat 
tidak lagi menghormati keputusan Majilis Dewan SyuraUlama pada 6 Ogos 
2014 yang bersetuju mengekalkan Khalid selagi beliau tidak melanggar 
amanah yang diberi. Menurut
 Khairudin lagi, beberapa pemimpin kanan Pas yang turut berada dalam 
Jawatan Kuasa Pas Pusat dilihat begitu ghairah menyokong tindakan dua 
Adun tersebut sebagai tindakan yang amat mengjengkelkan. Apatah lagi ada
 yang menganggap mereka berdua sebagai ‘Wira Pakatan Rakyat’ kerana sokongan terhadap Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.
 Barangkali Khairudin sudah mula sedar akan kesahihan wujudnya ‘kumpulan Anwarinas’ dalam
 Pas maka beliau dengan sinis menempelak bahawa pujian kepada pembelot 
bakal menjadi contoh yang tidak baik dan akan menjadi ikutan yang buruk 
kepada semua ahli di masa akan datang. Lebih
 mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada sumber yang bersedia untuk 
membuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu 
pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. “Sangat
 jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela 
mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden 
dari belakang?” katanya. Dalam
 masa yang sama Khairudin mendakwa tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba 
mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke 
arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada ‘institusi Umno’ dalam Pas yang cuba mengaburi gerakan ‘Anwarinas’ yang sedang hebat menular dalam Pas sebenarnya.
Barangkali Khairudin sudah mula sedar akan kesahihan wujudnya ‘kumpulan Anwarinas’ dalam
 Pas maka beliau dengan sinis menempelak bahawa pujian kepada pembelot 
bakal menjadi contoh yang tidak baik dan akan menjadi ikutan yang buruk 
kepada semua ahli di masa akan datang. Lebih
 mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada sumber yang bersedia untuk 
membuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu 
pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. “Sangat
 jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela 
mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden 
dari belakang?” katanya. Dalam
 masa yang sama Khairudin mendakwa tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba 
mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke 
arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada ‘institusi Umno’ dalam Pas yang cuba mengaburi gerakan ‘Anwarinas’ yang sedang hebat menular dalam Pas sebenarnya.
Menurutnya
 lagi, helah menggunakan alasan wujudnya usaha terancang daripada 
setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, 
khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 
adalah helah yang amat licik, tanpa menyatakan itu adalah kenyataan dari
 Husam Musa semalam. Nampak
 amat jelas apa yang cuba disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama 
Pas Pusat ini bahawa sudah wujud kem yang menentang keputusan Majlis 
Syura Ulamak tanpa rasa bersalah. Kalau
 dulu, kumpulan Ulamak inilah yang menafi sekeras-kerasnya kewujudan 
kumpulan Anwarinas dalam Pas, kini mereka sudah mula gelabah kerana 
gerakan ini sudah jauh meresap dan bertapak kukuh dalam Pas.
Perhatikan
 sahaja apa yang Hadi Awang bawa tidak disambut oleh Timbalannya 
sendiri, Mat Sabu dan lihat sahaja siapa yang sentiasa menyokong apa 
juga yang diperkatakan oleh Mat Sabu termasuk dalam isu “Kenyataan Presiden bersifat peribadi”. Kita
 sama-sama tunggu dan lihat, nyawa golongan Ulamak dalam Pas bakal 
ditentukan pada pemilihan pucuk pimpinan akan datang. Silap-silap, Hadi 
Awang bakal diundurkan atau terpaksa diundurkan.
P/S ~ Kesimpulan, kenapa baru sekarang para ulama PAS merasakan ancaman 'Anwarinas' meresap
 di dalam PAS?...Selama ini PAS dan para ulamanya begitu percaya dan 
taksub dengan pemimpin PKR yang bernama Anwar Ibrahim. Haji Hadi sebagai
 Presiden PAS begitu menyanjung dan mempercayai Anwar dan berjuang 
bersama-sama demi untuk menjayakan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana
 Menteri. Kini, para ulama PAS mula sedar dan takut dengan ancaman 
'Anwarinas' yang kini telah menetas di dalam PAS. Rasakan wahai PAS. Wasallam ~ IBM
 

 
 
 


 
 
 
 

No comments:
Post a Comment