Ali seorang pemuda Muslim dan Alice gadis Kristian, Mereka dua pasangan kekasih. Mereka telah lama berpasangan, akhirnya mereka mahu mendirikan rumah tangga.
Ali menyatakan niatnya untuk berkahwin dengan Alice kepada keluarga Ali dan Ali membawa Alice berjumpa dengan ahli keluarganya.
Keluarga Ali bersetuju untuk merestui perkahwinan Ali dgn syarat Alice mesti memeluk agama Islam seperti yang ditetapkan syarak.
Alice menolak untuk memeluk islam dengan alasan "ALLAH kan tuhan yang sama?!Kenapa perlu tukar agama?!!tuhan saya ALLAH, tuhan awak ALLAH!!!"
Inilah yang bakal terjadi kita ada segelintir orang orang kononnya berfikiran cerdik ini, merelakan Kalimah ALLAH dibolehkan diguna oleh bukan islam!!!
Rakyat Indonisia Turut Berdoa Rayuan Khalimah Allah Makamah Malaysia
Permohonan Majalah Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah versi Bahasa Melayu merupakan agenda tersirat pihak missionary kristian mengikis syiar Islam di Malaysia.
Ketagihan tersebut nyata melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan
yang memaktubkan Islam adalah Agama Rasmi Malaysia sekaligus mencabar
kesabaran umat Islam.
Taktik dan strategi missionary kristian ini yang telah berjaya dilakukan
di negara jiran kita; Indonesia dan kini secara halus ia cuba dilakukan
di Malaysia.
PERTAMA, di Indonesia umat Islam di sana DIBINGUNGKAN dan DIKELIRUKAN
dengan penggunaan istilah-istilah bahasa Arab dan Islam oleh para
missionary kristian seperti perkataan kalimah ‘ALLAH”, makmum, jemaah,
doa, zikir, amal ibadat, sedekah jariah , ummat beragama, iman,
rohaniyah, Ruhul kudus dan sebagainya.
Missionary kristian turut mengubah corak dakwah mereka dengan menukar
waktu ibadah ‘Sunday Prayer’ kepada ‘Friday Prayer’ yang disebut sebagai
‘Ibadat Juma'atan’ yang sama waktunya seperti solat Jumaat bagi umat
Islam. Mereka turut mengalun kitab bible dalam bahasa Arab bagi menarik
minat pendengar. Ini bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa kristian
juga adalah agama samawi (langit) dan diturunkan lebih awal kepada orang
Arab. Jadi mengapa umat Islam tidak boleh menerima kristian kerana
masing-masing menyembah “ALLAH”?
KEDUA, umat Islam sering DIDOKTRIN dengan dakyah dan idea LIBERALISME,
KEBEBASAN serta HAK ASASI MANUSIA dalam setiap tindak-tanduk mereka.
Golongan sasaran adalah para mahasiswa dan golongan masyarakat bawahan
dengan tema kemiskinan rakyat, tekanan ekonomi dan kepincangan
pemerintahan. Mereka sering diupah untuk berdemonstrasi dijalanan
membuat kacau atau berwacana memprotes apajua dasar kerajaan.
KETIGA, ketika rakyat leka dengan rasa tidak puas hati membuak-buak
kepada pemerintah, pada masa itulah mereka diperkenalkan dengan
idea-idea kesaksamaan dan sama rata dimana hanya dengan idealisme ‘semua
dapat merasai benda yang sama tanpa mengira status ras dan agama’ maka
barulah akan wujud keadilan sosial. Hiburan-hiburan yang melampau
digunakan untuk melalaikan umat Islam dari ibadah wajib mereka.
KEEMPAT, ketika rakyat tidak lagi mahu mendengar apajua kebaikan yang
dilakukan pemerintah, ketika itulah jarum-jarum Kristianisasi mula
memasuki dan merasuk rakyat kononnya pemerintahan Islam banyak membawa
keburukan kepada rakyat dan negara. Kristian dipromosikan sebagai agama
penyelamat. Sedangkan Islam sebagai agama yang banyak bawa bencana di
dunia. Ketika ini idea Jesus Al Masih atau Mesiah Sang Penyelamat mula
dicanangkan sebagai bagi menyelamatkan kegawatan ekonomi dan politik
negara.
KELIMA, ketika keadaan rakyat yang semakin tertekan akibat kegawatan
ekonomi, mereka kurang menghiraukan soal-soal agama, kepentingan bangsa
mahupun kedaulatan negara. Ketika ini dakyah kristianisasi gereja akan
memujuk rakyat dengan pelbagai bantuan wang, makanan, khidmat pendidikan
dan aktiviti kemasyarakatan yang berselindung di sebalik
pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti-parti politik atas dasar
‘kepedulian bangsa’ dan ‘kebersamaan’. Dana asing ketika ini akan
mencurah-curah masuk dan promosi khidmat masyarakat tersebut diberikan
secara besar-besaran melalui pelbagai alternatif media.
Pihak missionary mendampingi golongan sasaran melalui kunjungan
agen-agen mereka ke masjid, surau, pesantren dan rumah-rumah kebajikan
antaranya melalui majlis berbuka puasa bersama, pemberian Al Quran,
sumbangan kewangan dan barang keperluan kepada ketua-ketua kampung,
anak-anak yatim serta ibu tunggal.
Para missionary kristian akan berpakaian dan berbicara sepertimana umat
islam berpakaian dan berbicara, bahkan mereka semakin berani membaca
ayat-ayat Quran dan hadis-hadis muktabar. Ketika ini ada segelintir umat
Islam tersentuh dengan budi baik pihak ini dan menyokong apajua
tindakan tersebut atas nama ‘kesatuan dan toleransi umat beragama’. Maka
acara bersama seperti doa, solat dan ibadah puasa pelbagai agama
dipromosikan dalam sesebuah acara. Idea-idea PLURALISME kian subur dan
giat dicanangkan oleh tokoh-tokoh Islam sendiri.
KEENAM, apabila masyarakat muslim mula terhutang budi pada
organisasi-organisasi gereja ini maka dakyah seterusnya adalah
memesongkan iman seseorang muslim dengan cara mendapatkan pengakuan
bahawa Islam adalah ajaran yang salah. Ketika ini apa jua berkaitan
Islam, Nabi Muhammad, Al-Quran, Puasa, Zakat dan Haji dianggap sebagai
ibadah sia-sia dan menyesatkan serta tidak diterima Jesus. Hati umat
yang telah kotor dan keliru akibat sumber makanan haram yang diterima
selama ini akan mudah dipengaruhi dakyah-dakyah kristian yang memujuk
ini.
KETUJUH, apabila seseorang yang didakyahkan semakin keliru, terhutang
budi dan mula meragui ajaran Islam, maka ketika ini mereka akan dipujuk
rayu oleh beberapa pastor-pastor ternama yang boleh berbicara dan
mengetahui selok belok Islam. Ketika ini acara brainwash atau cuci otak
dilakukan secara agresif yang akan menyaksikan si individu atau kumpulan
individu akan membuat ikrar untuk keluar dari Islam kerana tidak lagi
yakin pada Islam. Ketika inilah PEMURTADAN secara sedar dan separa sedar
berlaku.
KELAPAN, apabila diyakini seseorang individu atau kumpulan telah murtad
maka acara seterusnya mereka akan dikristiankan oleh Ketua Pastor
melalui upacara PEMBAPTISAN. Mereka dikehendaki meminum air ‘HOLY WATER’
atau upacara berendam di dalam air. Ketika itu iman Islam akan tercabut
dan sahlah seseorang itu menjadi kristian dan kafir kepada Islam.
Penganut Kristian baru ini seterusnya akan dilantik menjadi
pastor-pastor yang akan menyebarkan lagi dakyah kristian terhadap umat
Islam seterusnya.
Foto: Ibadah solat umat Islam ditiru untuk menggambarkan seolah-olah
agama lain juga menyembah Allah dengan cara yang sama. Kononnya Islam
telah mewarisi cara ibadah agama lain yang terlebih dahulu diturunkan
ALLAH