Lantang kritik Pas, Pondok Geting disita MDT
Akibat KELANTANGAN Abdullah Sa'amah MENGKRITIK PAS, Bangunan Lima Tingkat Di Pondok Geting DI SITA Majlis Daerah Tumpat
Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah
Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat
Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan
bertindak menyita Pondok Geting di sini.
Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama,
Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan
membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan
berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan
kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut
sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.
Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah
calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan
Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.
Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan
tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau
menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.
Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah
dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan
perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.
"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya
berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca
surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan
mereka yang terlibat diberikan hidayah.
"Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan
Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual
ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan
berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar.
Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau
berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500
kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.
Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu.
"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang
diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dahulu.
"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang
pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa
surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan
pembinaan.
"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT
menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya
mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.
sumber :
UTUSAN MALAYSIA
Kekejaman yang dilakukan Pas terhadap Ulamak Pondok! Ini yang dinamakan
parti Islam? Mereka menganiaya pada sesiapa pun yang menentang mereka!
Apakah itu ajaran Islam? Fikirkanlahh..
Beginilah keadaan bangunan tambahan
bagi Pondok Geting yang disita oleh Majlis Daerah Tumpat atas dakwaan
dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu, semalam.