Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 9, 2018

Macam-mcam kahkahkah!

DR.RADZI JIDIN (AKAUNTAN FORENSIK,HOBART)-DIALOG ISU NAJIB RAZAK...


KLVC: Laporan audit forensik dapati ada penipuan@ Gomen mesti matang


 

Felda menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan untuk melakukan semakan
perundangan ke atas dakwaan berlakunya penipuan dalam projek Kuala
Lumpur Vertical City (KLVC) berdasarkan laporan audit forensik ke atas
transaksi dan rekod berkaitan projek itu pada 2014.

“Laporan forensik audit menunjukkan berlakunya penipuan,” kata Pengerusi
Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Keputusan penubuhan jawatankuasa itu dibuat susulan persetujuan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan Jawatankuasa "Domestic
Enquiry" bagi mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor dalam laporan
audit forensik projek KLVC.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan semalam berkata
laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek KLVC menunjukkan
terdapatnya ketidakpatuhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga
kepentingan Felda.

“Jawatankuasa Siasatan Lembaga Felda ini akan dianggotai Ahli Lembaga
Felda dan dipengerusikan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB), Datuk Dr Ahmad Kushairi Din.

Jawatankuasa ini juga dibantu oleh sebuah firma undang-undang yang akan
dilantik oleh Felda untuk melakukan semakan perundangan berdasarkan
laporan audit forensik yang telah disiapkan,” katanya dalam sidang media
selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di
ibunegara malam tadi.

PEMUDA PPBM KELANTAN Hilmi Buat LAPORAN Kepada ROS!!!~ Sidang Media Khas...





PEMUDA PPBM KELANTAN Hilmi Buat LAPORAN Kepada ROS!!!~ Sidang Media Khas
Pemuda Utk Jawab Persoalan

PEMUDA PPBM KELANTAN
Siapa Mohamed Hilmi Che Ramli ? yang mengaku sebagai Ketua PEMUDA PPBM
KELANTAN & membuat laporan kepada ROS berkenaan PPBM..

cerita sebelumnya..

Seluruh bahagian Pemuda PPBM Kelantan kemuka aduan


Pak Ustaz PAS pun cakap bolak balik @ poningggg???


 

Antara isu yang menjadi bahan serangan pihak lawan kepada PAS ialah
pengakuan parti itu bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan
diberikan 1MDB.

Kenyataan itu dibuat ketika hampir semua parti pembangkang masih tidak
berpuas hati dengan apa saja maklumat yang diberikan oleh syarikat
pelaburan milik kerajaan berkenaan.

Tokoh PAS yang membuat perakuan bahawa parti itu berpuas hati - selepas
mengadakan pertemuan dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy - ialah
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malaysiakini berpeluang bertemu timbalan presiden PAS itu dan
bertanyakan soalan sama - benarkah beliau berpuas hati dengan penjelasan
Arul Kanda berkenaan?

Menurut Tuan Ibrahim apa yang berlaku ialah PAS berpuas hati dengan
penjelasan yang diberi, bukan apa yang berlaku pada 1MDB.

Mendakwa kenyataan itu disalah tafsir beliau berkata PAS konsisten
mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat
apa yang berlaku ke atas 1MDB.

BONGKAR:DEDAH GERAN HAK MILIK TANAH TANAH FELDA @ ORANG GOMEN KENA JAWAB


 

Kesemua Geran Tanah-Tanah FELDA Di Jalan Semarak Masih Hakmilik Pemaju

Saya masih berminat untuk meneruskan siasatan ke atas tanah-tanah
Felda di Jalan Semarak kerana saya percaya penyelesaian yang diumumkan
oleh Tan Sri Shahrir Samad hanyalah satu helah. Jika tanah-tanah ini
terus diserahkan kepada pemaju untuk dimajukan, peneroka-peneroka Felda
dan rakyat keseluruhannya akan kerugian besar.

Saya ingin kembali kepada titik mula isu ini, iaitu:
i. Tan Sri Shahrir Samad mula-mula mendedahkan perkara ini kerana
kata beliau, Felda tidak mahukan projek pembangunan yang melibatkan
pemaju dan hanya mahukan tanah-tanah itu kembali kepada Felda

ii. Selepas isu tanah-tanah Felda diambil tanpa pengetahuan
pengurusan Felda menjadi polemik sehingga hampir sebulan, pada 15
Januari 2018, Tan Sri Shahrir Samad sendiri memanggil sidang media
mengumumkan bahawa tanah-tanah itu telah kembali kepada Felda.

Ekoran dari sidang media 15 Januari 2018 itu, akhbar-akhbar utama melaporkan kononnya “Felda telah dapat kembali hak milik tanah-tanah (di Jalan Semarak)”.
Ini dilaporkan oleh akhbar-akhbar yang dikawal oleh Barisan Nasional, contohnya Utusan Malaysia:
02 - 08 - felda1
Untuk mengelakkan saya tersalah baca, saya juga menyemak akhbar-akhbar yang dilihat lebih beas, contohnya The Sun:
02 - 08 - felda2
Kedua-dua laporan dengan secara jelas menyebut bahawa Felda telah
mendapat kembali hak milik. Laporan The Sun (yang lebih bebas) dengan
lebih jelas menyebut bahawa “all of the property ownership letters have been registered back under Felda’s name” yang memberi maksud kesemua hak milik tanah itu telah didaftarkan kembali di atas nama Felda.

Saya telah membuat pelbagai siasatan dan telah berjaya mendapatkan
geran hak milik untuk kesemua 16 lot tanah Felda yang dipindahkan kepada
pemaju, Synergy Promenade Sdn Bhd. Semua geran ini diperolehi dengan
menjejaki nombor-nombor geran hak milik, yang seterusnya membolehkan
saya membeli setiap geran yang bernilai RM30 setiap satu.

Saya tunjukkan geran-geran ini setiap satu persatu seperti berikut:


Saya ingin menunjukkan beberapa persoalan nyata yang perlu dijawab
oleh Tan Sri Shahrir Samad ekoran dari sidang media beliau bertarikh 15
Januari 2018 kononnya Felda telah memperolehi kembali hak milik
tanah-tanah tersebut:

i. Tidak ada satu pun dari tanah-tanah itu yang telah dipindah milik
kembali kepada Felda. Setakat 31 Januari 2018 iaitu seminggu lalu ketika
geran-geran ini diperolehi, kesemua 16 lot tanah masih lagi milik
syarikat pemaju iaitu Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (Lot 390) dan
Synergy Promenade Sdn Bhd (15 lot yang lain)

ii. Apabila Tan Sri Shahrir mengumumkan pada 15 Januari yang lalu
kononnya Felda telah memiliki kembali hak milik, apakah maksud beliau
sedangkan geran-geran hak milik secara jelas menunjukkan ia masih lagi
hak milik pemaju?

iii. Apabila beliau dipetik oleh akhbar The Sun sebagai berkata “semua surat pemilikan tanah telah didaftarkan kembali atas nama Felda”,
surat apa yang dimaksudkan beliau? Satu-satunya instrumen undang-undang
yang diguna pakai adalah geran hak milik yang menunjukkan tidak ada
satu pun geran hak milik didaftarkan atas nama Felda

Lebih tenat lagi, saya ingin mengingatkan Tan Sri Shahrir bahawa
syarat nyata yang dimasukkan bagi geran hak milik tanah-tanah lot 4573,
4574, 9096, 14120 dan 22524 adalah bagi tujuan pejabat Felda sahaja,
seperti yang ditunjukkan oleh geran-geran lot 4573 dan 4574 di bawah
(boleh rujuk setiap geran yang disertakan bersama):

02 - 08 - felda3
02 - 08 - felda4
Maka, apabila pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd mahu membangunkan
menara-menara perniagaan dan kediaman mewah untuk dijual kepada orang
ramai, itu telah pun melanggar syarat-syarat nyata berhubung 5 lot tanah
yang diambil dari Felda itu.

Ini adalah soalan-soalan awal yang saya ingin tanyakan kepada Tan Sri Shahrir Samad agar beliau dapat menerangkan kepada rakyat.

Saya tahu bahwa tujuan sandiwara ini dimainkan adalah untuk
menunjukkan bahawa pengurusan Felda di bawah kepimpinan Tan Sri Shahrir
Samad tidak terlibat di dalam pelbagai urusniaga yang merugikan peneroka
Felda dan sedang berusaha menyelamatakan Felda. Ini bertujuan
meyakinkan peneroka Felda dan orang Melayu kononnya pelbagai isu yang
dibawakan oleh saya dan pimpinan Pakatan Harapan yang lain adalah tidak
benar.

Hakikatnya tidak ada satu pun lagi tanah-tanah itu yang diumumkan
“telah kembali” kepada Felda yang hak miliknya didaftarkan kembali atas
nama Felda. Jika saya tidak berusaha mendapatkan geran-geran ini, sudah
tentu peneroka akan tidur lena kerana percaya tanah-tanah itu kekal
dalam tangan Felda, sedangkan semua gerak hak milik menunjukkan ia telah
dipindahkan sepenuhnya kepada pemaju dan tidak satu pun yang
dikembalikan.

Saya akan terus menunggu jawapan dari Tan Sri Shahrir dan terus
berdebat dengan beliau melalui media sehinggalah tanah-tanah itu kembali
sepenuhnya kepada Felda, bukannya sandiwara yang dimainkan setakat ini.

RAFIZI RAMLI

AHLI PARLIMEN PANDAN

NAIB PRESIDEN KEADILAN

Wednesday, February 7, 2018

Bos Mydin: Terima kasih, tapi rakyat lebih tahu


Selepas dikritik, Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin mengucapkan 'terima kasih' kepada Tun Faisal Ismail Aziz kerana membuat analisis mengenai kerugian ditanggung hypermarketnya.
Ucapan berkenaan dibuat selepas pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu mengkritik kenyataan Ameer yang mengatakan rakyat tiada wang yang cukup untuk perbelanjaan runcit walaupun pertumbuhan dalam negara kukuh.
Ameer mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam temubual bersama radio BFM pada Isnin lalu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Faisal di atas analisisnya yang 'superb' mengenai kerugian Mydin," kata Ameer kepada Malaysiakini.
Bagaiamanpun Ameer berkata, segala yang dikatakannya dalam wawancara berkenaan adalah jujur.
Sehubungan itu, pemilik rantaian hypermarket popular itu meminta Tun Faisal bertanya kepada rakyat sendiri berhubung dakwaan berkenaan.
"Saya cadangkan supaya anda bertanya kepada rakyat untuk mendapatkan perspektif mereka (rakyat) memandangkan mereka lebih tahu," katanya.
Dalam kenyataan pada Isnin, Ameer menegaskan pada suku pertama, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat sebanyak 5.6 peratus manakala jualan runcit menyusut 1.2 peratus dan jualan hypermarket pula menguncup sebanyak 4.8 peratus.
"Saya rasa orang ramai tidak mempunyai wang," Ameer dipetik sebagai berkata.
Berikutan itu, Tun Faisal membidas kenyataan itu dengan mempertikaikan bagaimana Mydin merekodkan keuntungan RM30 juta serta rakyat tetap ke luar negara, mengerjakan umrah dan membeli kereta sekiranya mereka tidak memiliki wang mencukupi.
Tun Faisal turut mengandaikan dakwaan rakyat tiada wang itu salah sebaliknya Mydin yang kerugian kerana penetapan harga yang salah, kesilapan model perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia, kesilapan memilih segmen, kegagalan memenuhi citarasa segmen tersebut dan kos operasi yang tinggi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411363#c4dKm2TtxylFKH6c.99

Rakyat tiada wang: Fakta atau Auta @ TUN FAISAL ISMAIL AZIZ


ULASAN l Saya mendengar temubual stesen radio BFM dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin semalam.
Memang benar Ameer ada menyebut perkara sebegini. Walaupun itu hanya andaiannya berdasarkan aktiviti perniagaan hypermarket semata-mata. Tetapi tidak tepat jika dia menyimpulkan hanya kerana orang kurang berbelanja di hypermarket, maka ia menunjukkan rakyat Malaysia tiada wang.
Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bukan ditentukan hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara.
Misalnya, sektor pertanian menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2017; perlombongan dan kuari 0.5 peratus, pembuatan 5.5 peratus, pembinaan 7.6 peratus dan perkhidmatan 5.9 peratus.
Dalam sektor perkhidmatan pula, utiliti menyumbang 2.5 peratus; perniagaan borong dan runcit 6.5 peratus, makanan, minuman dan penginapan pula 7.6 peratus.
image: https://i.malaysiakini.com/1208/c6e9b0cae515dae9e4d6825380fcf687.jpeg
Malah dalam perniagaan borong dan runcit, bukan Mydin dan hypermarket sahaja yang menjadi penyumbangnya kerana sektor ini melibatkan pemain yang jauh lebih ramai.
Jumlah keseluruhan sumbangan seluruh sektor ini kemudiannya akan membentuk keseluruhan KDNK negara.
Walaupun pertumbuhan dalam subsektor hypermarket menguncup, Ameer ada menyebut bahawa selepas syarikatnya menjual Sam's Groceria, sejumlah pasar mini, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat secara besar-besaran, dan tidak mengambil pekerja baru serta tidak menaikkan gaji pekerja, baharulah syarikatnya memperolehi keuntungan semula sebanyak RM30 juta.
Jika rakyat Malaysia benar-benar tiada wang, bagaimana Mydin boleh merekodkan keuntungan RM30 juta? Apakah keuntungan ini hasil daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, China, Korea dan warga asing lain?
Angka tunjuk sebaliknya
Menurut laporan The Edge, Mydin Holdings mencatatkan kerugian pertama dalam tempoh enam dekad pada tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016, iaitu kerugian RM156.61 juta.
Menurut laporan itu lagi, alasan yang diberikan adalah ringgit yang melemah berbanding Dolar AS dan kesan pengembangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
The Edge juga menyebut pada Februari 2017, RAM Ratings menyatakan kerugian Mydin ini juga disebabkan respon yang lambat terhadap kesilapan penetapan harga barangan di pasar mini dan kedai serbaneka.
Ia tidak menyatakan rakyat Malaysia yang tiada wang sebagai puncanya.
Ada benarnya kenyataan ini kerana semakan The Edge terhadap Sams' Groceria Sdn Bhd menunjukkan syarikat itu mencatat kerugian bersih sebanyak RM27.49 juta dengan perolehan RM63.16 juta pada tahun kewangan 2016.
image: https://i.malaysiakini.com/1144/fccc4db7bd1300aff84e68c7656c179e.gif
Adakah Sam's Groceria rugi kerana rakyat tiada wang? ia adalah pasar raya premium yang mensasarkan golongan berpendapatan tinggi, dengan 60 peratus barangannya diimport.
Jika Sam's Groceria rugi, isunya bukan rakyat tiada wang tetapi kerana ia mensasarkan segmen yang salah atau gagal menarik segmen itu untuk berbelanja di situ.
The Edge turut melaporkan Mydin Holdings menjual MyMydin Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi 48 kedai serbaneka MyMydin kepada Jubilee Games Sdn Bhd. MyMydin merekodkan kerugian bersih RM16.64 juta dan kerugian terkumpul RM39.39 juta.
Jika benar rakyat Malaysia tada wang seperti didakwa Ameer, maka pemilik Jubilee sangat tidak cerdik kerana membeli 48 kedai serbaneka yang merekodkan kerugian.
Beli kereta, pergi melancong
Sebenarnya Ameer boleh saja mengandaikan rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan berhati-hati ketika berbelanja.
Mereka tidak membeli barang keperluan dengan banyak dan menyimpannya seperti dulu. Selain itu, persaingan semakin sengit dan rakyat akan berbelanja di premis yang menawarkan harga terendah.
Ketiga, rakyat tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak dan akan berjimat-cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak itu.
Perhatikan pasaran kereta yang semakin meningkat jualannya. Penjualan Perodua meningkat 2.4 peratus pada pertengahan tahun 2017, dan Honda serta Mercedes masing-masing meningkat 19 peratus dan 2.3 peratus pada tahun sama.
image: https://i.malaysiakini.com/1157/d9ffbbc6c457ca8f0a1bb898dff3e4f4.jpeg
Rakyat juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar sepanjang tempoh 2016-2017.
Jumlah rakyat yang melancong dan menunaikan umrah meningkat setiap tahun. Pelancong domestik berbelanja sebanyak RM66.5 bilion pada tahun 2016. Jumlah perbelanjaan rakyat di luar negara juga meningkat kepada RM43.4 bilion pada tahun sama, berbanding RM41.7 bilion pada tahun sebelumnya.
Jumlah rakyat yang menunaikan umrah juga meningkat, kepada 310,000 pada tahun 2016 daripada 80,000 pada tahun 2009.
Selepas mendengar wawancara BFM dengan Ameer secara penuh dan menyemak semula prestasi Mydin, soalnya bukan rakyat tiada wang.
Mydin rugi kerana penetapan harga yang salah, kesilapan model perniagaan (Kedai Rakyat 1Malaysia), kesilapan memilih segmen dan kegagalan memenuhi citarasa segmen tersebut, dan kos operasi yang tinggi.
Selepas Mydin memperbaiki kesilapan itu, mereka ternyata merekodkan keuntungan RM30 juta.
Malaysiakini dan portal berita propembangkang sudah dijangka akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan seperti ini. Hampir saja BFM berjaya melaga-lagakan Ameer dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Mujurlah Ameer bijak menjawab.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ adalah pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411273#oMTeP83EomLCri0I.99

Isu makam nabi: Bersangka baiklah dengan DS Najib - Fathul


Exco Agama Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata semua pihak harus bersangka baik dengan kenyataan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung lawatan ke makam Rasulullah di Madinah bulan lalu.
Ia berikutan kenyataan Najib bahawa beliau memasuki makam Rasulullah dan memberikan salam secara terus kepada baginda.
"Isu ini sangat kecil dan tak perlu diperbesarkan. Ia hanya tertumpu kepada penggunaan perkataan yang boleh diberikan tafsiran pelbagai.
"'Dalam makam' apa maksudnya? Tentunya Datuk Seri Najib tak bermaksud masuk dalam kubur nabi SAW. Itu mustahil. Sebaliknya beliau merujuk kepada masuk dalam kawasan makam yakni rumah Aisyah RA yang di dalamnya dikebumikan nabi SAW.
"Isu salam direct atau tidak; perlu diketahui bahawa berdasarkan hadis-hadis nabi SAW, salam ke atas nabi SAW akan sampai kepada baginda secara langsung tanpa perantara," katanya yang memetik hadis berkenaan perkara itu.


 
Justeru katanya dalam soal ini, semua pihak perlu bersangka baik dan tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap perdana menteri.
'Kesilapan manusiawi'
“Kesilapan manusiawi adalah satu hal normal. Moga Allah mengampuni kita semua,” kata Fathul melalui kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.
Najib melalui sebuah video berkata ketika mengerjakan ibadat umrah bulan lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud membenarkan beliau masuk ke dalam makam Rasulullah.
Najib berkata, beliau diberikan penghormatan istimewa itu untuk berada di pintu hijrah.
Selain itu Najib berkata, jika berada berhadapan makam, boleh memberikan salam terus kepada Rasulullah tanpa melalui malaikat.
“Yang kita biasa ziarah di luar, pintu hijrah. Saya niat di hati satu hari nak masuk pintu itu, Alhamdulillah tuhan makbulkan dapat masuk dalam makam Rasulullah.
“Ada ulama kata kalau di luar kita sampaikan salam pada Rasulullah melalui malaikat tetapi kalau di dalam depan makam, terus direct dengan Rasulullah,” kata Najib.
Isnin lalu seorang ustaz muda Abu Syafiq Al-Asy’ary mempersoalkan kenyataan Najib apabila berhujah makam Nabi Muhammad tidak pernah dimasuki oleh sesiapa sejak tahun 881 hijrah – hampir seribu tahun lalu.
Abu Syafiq ketika dihubungi Malaysiakini berkata tidak patut sekiranya Najib menggunakan makam nabi untuk tujuan politik.
Bangga Najib diberikan keistimewaan
Fathul turut berkata semua pihak harus berbangga dengan Najib kerana diberikan keistimewaan oleh Raja Salman berdasarkan hubungan erat kedua buah negara.
Beliau juga mengingatkan semua pihak yang memfitnah Najib sebagai seorang yang sombong dan takbur supaya beristighfar.
“Urusan hati adalah urusan Allah. Ia bukan kerja kita. Sepatutnya kita berbangga pemimpin no 1 negara kita diberikan keistimewaan tersebut kerana hubungan erat dua negara Malaysia-Saudi dan lebih khusus hubungan peribadi Datuk Seri Najib dan Raja Salman," katanya..
image: https://i.malaysiakini.com/1202/8371361d74177328108aa2cccd06e799.jpeg
Fathul turut berkata walaupun Pilihan Raya Umum akan berlangsung tidak lama lagi, isu itu tidak seharusnya dijadikan senjata untuk mengaibkan orang lain. “Walaupun pilihan raya makin dekat, ia sama sekali tidak menghalalkan kita untuk mengaibkan orang lain apatah lagi menegatifkan hal yang sangat positif. La hau la wa la quwwata illa billah,” katanya.
Pada 8 Januari lalu Najib dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi atas jemputan Raja Salman. Najib ketika mengerjakan ibadah itu sempat memuat naik gambar berada di hadapan pintu makam Rasulullah.
Selain membuat ziarah makam, beliau turut berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411414#owa0wEkFCUbt7D3h.99

Bongkar Kes NFC, YB Rafizi DiSabitkan Hukuman






 

Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjelaskan sekali lagi bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan komited untuk membantu kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam siri jelajahnya di setiap Parlimen.


Meskipun dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli masih mampu tersenyum.
Beliau tetap tenang walaupun menyedari hukuman itu bakal melenyapkan peluangnya untuk mempertahankan kerusi parlimen Pandan yang disandangnya.
Bagi Rafizi, peluang akan digunakan untuk berkempen membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN) lain menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.
"Saya menjangkakan yang saya akan didenda... mungkin saya dan Johari, (didenda) sejumlah RM1 juta, dan jika kami tidak dapat membayar jumlah itu, mungkin kami terpaksa menghabiskan masa dalam penjara.
image: https://i.malaysiakini.com/506/3508c6364e178359dd34740e350ecaf6.jpg
"Namun akhirnya kami dijatuhkan hukuman penjara, mungkin ada baik dari beberapa segi, dan penangguhan diberikan. Kamu boleh lihat saya tersenyum walaupun berdepan  menjalani hukuman penjara dua setengah tahun. "Sekarang saya boleh berkempen untuk calon lain," katanya kepada Malaysiakini selepas perbicaraan hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar hari ini memerintahkan Rafizi dan bekas kerani bank Johari Mohamad masing-masing dihukum 30 bulan penjara.
Katanya, pihak pendakwa telah membuktikan mereka melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dua sabitannya - satu lagi berkaitan dengan mendedahkan laporan audit 1MDB, yang menyaksikan beliau dijatuhi hukuman penjara 18 bulan - tidak sepatutnya dianggap tindakan jenayah.
Oleh itu, beliau berharap bahawa hukuman dan sabitan itu akan dibatalkan oleh mahkamah lebih tinggi.
image: https://i.malaysiakini.com/1150/6a972f29a354b4863750f213701ff776.jpeg
Sementara itu, Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad, yang hadir di mahkamah, berkata hukuman penjara 30 bulan adalah terlalu berat. "Ini langkah untuk menakut-nakutkan pemberi maklumat yang mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan jenayah kolar putih lain.
"Kita tidak boleh mengelakkan persepsi orang ramai terhadap undang-undang negara, kerana ia tidak melindungi rakyat yang baik tetapi melindungi penjenayah.
"Jika usaha untuk mencegah jenayah dianggap sebagai jenayah, maka negara itu dipimpin oleh penjenayah," katanya kepada Malaysiakini.
Turut hadir memberi sokongan adalah beberapa pemimpin PKR termasuk Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Wong Chen dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bagi Nurul Izzah beliau kecewa bahawa seorang lagi naib presiden PKR dijatuhi hukuman penjara, sambil menambah bahawa sejak pembentukan parti itu, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya terus dihumban.

Monday, February 5, 2018

Bekas penyokong PAS 'asak' Hadi kenapa diam isu 1MDB


 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa parti PAS
tidak pernah diam dalam mengkritik kerajaan berkaitan skandal 1MDB namun
berkata beliau menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara
tertutup.

“Isu 1MDB, isu FELDA kita sebut dalam Parlimen, kita minta Suruhanjaya
Siasatan Diraja kita bercakap, tetapi ucapan kita tidak disiarkan media.

“Kita juga berjumpa Najib. Kita berjumpanya tetapi tak minta projek
dengannya. Kita tak tegur dia di Parlimen sahaja tetapi kami juga kata
kepadanya secara bersemuka.

“Jika dia zalim, kita kata dia zalim. Kita tak takut. Dengan Mahathir
dulu kita kata macam tu juga,” kata Hadi kepada hadirin sesi dialog
terbuka NGO India di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.

Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang peserta
yang bertanya mengapa pemimpin parti Islam itu berdiam diri dalam isu
berkaitan Najib dan 1MDB.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...