Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 7, 2018

Rakyat tiada wang: Fakta atau Auta @ TUN FAISAL ISMAIL AZIZ


ULASAN l Saya mendengar temubual stesen radio BFM dengan Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pengarah urusan rantaian hypermarket popular Mydin semalam.
Memang benar Ameer ada menyebut perkara sebegini. Walaupun itu hanya andaiannya berdasarkan aktiviti perniagaan hypermarket semata-mata. Tetapi tidak tepat jika dia menyimpulkan hanya kerana orang kurang berbelanja di hypermarket, maka ia menunjukkan rakyat Malaysia tiada wang.
Peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bukan ditentukan hypermarket semata-mata, tetapi oleh banyak sektor dalam negara.
Misalnya, sektor pertanian menyumbang pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2017; perlombongan dan kuari 0.5 peratus, pembuatan 5.5 peratus, pembinaan 7.6 peratus dan perkhidmatan 5.9 peratus.
Dalam sektor perkhidmatan pula, utiliti menyumbang 2.5 peratus; perniagaan borong dan runcit 6.5 peratus, makanan, minuman dan penginapan pula 7.6 peratus.
image: https://i.malaysiakini.com/1208/c6e9b0cae515dae9e4d6825380fcf687.jpeg
Malah dalam perniagaan borong dan runcit, bukan Mydin dan hypermarket sahaja yang menjadi penyumbangnya kerana sektor ini melibatkan pemain yang jauh lebih ramai.
Jumlah keseluruhan sumbangan seluruh sektor ini kemudiannya akan membentuk keseluruhan KDNK negara.
Walaupun pertumbuhan dalam subsektor hypermarket menguncup, Ameer ada menyebut bahawa selepas syarikatnya menjual Sam's Groceria, sejumlah pasar mini, menghentikan operasi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), melaksanakan pemotongan kos yang sangat ketat secara besar-besaran, dan tidak mengambil pekerja baru serta tidak menaikkan gaji pekerja, baharulah syarikatnya memperolehi keuntungan semula sebanyak RM30 juta.
Jika rakyat Malaysia benar-benar tiada wang, bagaimana Mydin boleh merekodkan keuntungan RM30 juta? Apakah keuntungan ini hasil daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, China, Korea dan warga asing lain?
Angka tunjuk sebaliknya
Menurut laporan The Edge, Mydin Holdings mencatatkan kerugian pertama dalam tempoh enam dekad pada tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2016, iaitu kerugian RM156.61 juta.
Menurut laporan itu lagi, alasan yang diberikan adalah ringgit yang melemah berbanding Dolar AS dan kesan pengembangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
The Edge juga menyebut pada Februari 2017, RAM Ratings menyatakan kerugian Mydin ini juga disebabkan respon yang lambat terhadap kesilapan penetapan harga barangan di pasar mini dan kedai serbaneka.
Ia tidak menyatakan rakyat Malaysia yang tiada wang sebagai puncanya.
Ada benarnya kenyataan ini kerana semakan The Edge terhadap Sams' Groceria Sdn Bhd menunjukkan syarikat itu mencatat kerugian bersih sebanyak RM27.49 juta dengan perolehan RM63.16 juta pada tahun kewangan 2016.
image: https://i.malaysiakini.com/1144/fccc4db7bd1300aff84e68c7656c179e.gif
Adakah Sam's Groceria rugi kerana rakyat tiada wang? ia adalah pasar raya premium yang mensasarkan golongan berpendapatan tinggi, dengan 60 peratus barangannya diimport.
Jika Sam's Groceria rugi, isunya bukan rakyat tiada wang tetapi kerana ia mensasarkan segmen yang salah atau gagal menarik segmen itu untuk berbelanja di situ.
The Edge turut melaporkan Mydin Holdings menjual MyMydin Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi 48 kedai serbaneka MyMydin kepada Jubilee Games Sdn Bhd. MyMydin merekodkan kerugian bersih RM16.64 juta dan kerugian terkumpul RM39.39 juta.
Jika benar rakyat Malaysia tada wang seperti didakwa Ameer, maka pemilik Jubilee sangat tidak cerdik kerana membeli 48 kedai serbaneka yang merekodkan kerugian.
Beli kereta, pergi melancong
Sebenarnya Ameer boleh saja mengandaikan rakyat Malaysia sekarang lebih bijak dan berhati-hati ketika berbelanja.
Mereka tidak membeli barang keperluan dengan banyak dan menyimpannya seperti dulu. Selain itu, persaingan semakin sengit dan rakyat akan berbelanja di premis yang menawarkan harga terendah.
Ketiga, rakyat tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak dan akan berjimat-cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak itu.
Perhatikan pasaran kereta yang semakin meningkat jualannya. Penjualan Perodua meningkat 2.4 peratus pada pertengahan tahun 2017, dan Honda serta Mercedes masing-masing meningkat 19 peratus dan 2.3 peratus pada tahun sama.
image: https://i.malaysiakini.com/1157/d9ffbbc6c457ca8f0a1bb898dff3e4f4.jpeg
Rakyat juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar sepanjang tempoh 2016-2017.
Jumlah rakyat yang melancong dan menunaikan umrah meningkat setiap tahun. Pelancong domestik berbelanja sebanyak RM66.5 bilion pada tahun 2016. Jumlah perbelanjaan rakyat di luar negara juga meningkat kepada RM43.4 bilion pada tahun sama, berbanding RM41.7 bilion pada tahun sebelumnya.
Jumlah rakyat yang menunaikan umrah juga meningkat, kepada 310,000 pada tahun 2016 daripada 80,000 pada tahun 2009.
Selepas mendengar wawancara BFM dengan Ameer secara penuh dan menyemak semula prestasi Mydin, soalnya bukan rakyat tiada wang.
Mydin rugi kerana penetapan harga yang salah, kesilapan model perniagaan (Kedai Rakyat 1Malaysia), kesilapan memilih segmen dan kegagalan memenuhi citarasa segmen tersebut, dan kos operasi yang tinggi.
Selepas Mydin memperbaiki kesilapan itu, mereka ternyata merekodkan keuntungan RM30 juta.
Malaysiakini dan portal berita propembangkang sudah dijangka akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan seperti ini. Hampir saja BFM berjaya melaga-lagakan Ameer dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Mujurlah Ameer bijak menjawab.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ adalah pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411273#oMTeP83EomLCri0I.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...