Wak Long teringat semasa hari pertama persekolahan tahun 2010 pada 04 Januari 2010 beginilah ada diantara anak2 didik Wak Long bertrampilan pada tahun baru. Esok , 21 Februari 2010 .. akan ada lagikah anak didik Wak Long yang tidak peka akan trampilan diri yang pada hari pertama persekolahan .. setelah cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina..
Kemusykilan Wak Long .... siapa yang perlu dipertanggugjawaban sekiranya anak didik Wak Long berkasut kotor tidak berbasuh ... bersalut lumpur bertanah merah tanda megah aku anak ladang. Kasut berlubang-lubang , koyak . lusuh ..... bagai susahnya hidup kami ibarat, makan pagi kais pagi makan petang kais petang ..... begitu daif.
Atau tiada rasa tanggunjawab terhadap ketrampilan diri , meragut nilai-nilai murni yang diterapkan agar kita sentiasa menjaga kebersihan lagi suci dari segi rohani dan jasmani. Di manakah peranan ibu bapa agar anak2 sentiasa berdikari , keperihatinan ibu bapa terhadap anak2 yang merupakan amanah dari Yang Maha Esa ....
Wak Long termanggu ... tidak malukah , tidak hairankah atau buat-buat tak tahu jika kita tak sempurna di samping yang sempurna .... tentu cacat cela terserlah di depan mata.. Ibarat kera sumbang atau kerana setitik nila rosak susu sebelanga..
Tapi di sebalik kecacatan kasut oh kasut ... semangat jitu tanpa ada yang menghalang, tidak ada petuang , tiada rintangan untuk anak2 didik Wak Long menuntut ilmu tanpa jemu , tanpa malu walaupun kasut berlubang lusuh dan bersalut lumpur merah ... tanggungjawab kami menuntut ilmu walaupun kami tiada berkemampuan.