Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label ustaz azizan. Show all posts
Showing posts with label ustaz azizan. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Ust. Azizan

Yang di-Pertuan Agong ziarahi jenazah Ustaz Azizan

 

POKOK SENA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat menziarahi jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Dewan Kompleks PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, jam 4.05 petang tadi.

Tengku Bendahara Kedah turut menziarahi jenazah Allahyarham pada jam 3.50 petang.

Antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan para pemimpin PAS di semua peringkat.

Orang ramai turut berpusu-pusu memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disembahyangkan sebaik selesai solat Asar. -HD


 


AlFatihah..... Ribuan Tunai Solat Ustaz Azizan .

POKOK SENA: Ribuan rakyat  hadir menunaikan solat jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, dekat sini jam 4.15 petang tadi.
Solat jenazah dimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum, 17 km dari sini yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS,  Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.
Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di pekarangan Muassasah Darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.  
Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar di sisi ahli keluarganya dan pemimpin PAS Pusat dan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.
Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.
Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie dengan 14  anak. ~harakahdaily

Monday, February 11, 2013

Kerana kECELAKAAN Amanat Hj Hadi , PAS Kafirkan Azizan Razak Kerana 1M4U

Hot !!!! YB PAS DUN Kubang Rotan Kafirkan Azizan Razak Kerana 1M4U



Sebelum ini mahasewel Khalid Syiah telah mensialkan Azizan Razak di sebabkan Azizan Razak telah memberi sokongan kepada program My Beautyful Malaysia yang di anjurkan Kerajaan Pusat di seluruh Negara.

Namun apa yang Pisau Kedah nak berkongsi dengan anda semua adalah satu rakaman suara YB PAS Kubang Rotan, Nasir Mustafa yang telah mengkafirkan Azizan Razak kerana di sebabkan sokongan Azizan Razak kepada program tersebut.




                                   

VIDEO 1: RAKAMAN GROUP YB NASIR MUSTAFA HENTAM MB AZIZAN 
Pas Kedahdalam dilema , ahli semua kurang senang dengan kepimpinan yang ada. Ikuti rakaman perbualan group keyrod@kubangrotan yang di hostkan ole YB Nasir Mustafa ADUN Kubang rotan Parlimen Kuala Kedah. Keyrod@kubanrotan merupakan rangkaian radio komunikasi menggunakan applikasi zello yang akan digunakan utk tujuan komunikasi semasa pilihakraya akan datang.

Komen YB Nasir Mustafa : 

Lepas ni orang bawahan boleh sertai program yang menunjukan sokongan kepada UMNO. Kemudian pakai baju yang menunjukan sokongan pada UMNO. 

Tapi ayat last sekali tu yang tak boleh tahan.

Sembelihan orang UMNO tak boleh, sembahyang dengan orang UMNO pun tak boleh. Pakai baju UMNO serupa masuk UMNO, kapiaq juga la..

Ternyata dengan jelas komen Nasir Mustafa ni ianya di tuju kepada Azizan Razak.

Pisau Kedah tidak terkejut dengan kenyataan yang di beri Nasir Mustafa kerana Nasir Mustafa merupakan di antara individu yang bersama Phahrolrazi di dalam menjatuhkan Azizan Razak di Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...