Tuesday, 05 March 2013 15:00
Syafiq Syazwan
10.09 Pagi: Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.05 Pagi: Di Manila, pasukan polis dan wartawan
berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan
penunjuk perasaan akan tiba di sana.
9.41 Pagi: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan
bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie
Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet
pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia
dan bukan kumpulan Azzimudie.
Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas
bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 . Dalam pertempuran itu
1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh
tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.
9.37 Pagi: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15 Pagi: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari
medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi
menerima mangsa serangan tersebut.
9.11 Pagi: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54 Pagi: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu
ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan
mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat
itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45 Pagi: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan
kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang
memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah
cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8:30 Pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu.
Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat
dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
8.19 Pagi: Pasukan keselamatan telah melancarkan
serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad
Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam satu kenyataan hari ini.
8:18 Pagi: Letupan kedengaran berhampiran Kampung
Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam
7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di
udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk
kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah
kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh
bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing- masing dalam 5km dan 2km.
7:30 Pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort
Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah
7.00 Pagi: Beberapa jet pejuang melalui Kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
Alhamdulilah...semuanya
setakat ini boleh dianggap selesai..! Setakat ini juga dilaporkan TIADA
anggota keselamatan kita yang terkorban, sementara di pihak lanun
penceroboh belum dapat di pastikan berapa ramai yang mati terbunuh dan
yang menyerah diri..!
Lanun penceroboh yang mati dah dapat balasan sementara yang hidup juga pasti akan diberikan balasan..!
Kumpulan
bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia
dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi
Selasa, kata sumber polis.
Pasukan
keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila
mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100
lelaki bersenjata.
Mereka
adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai
Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu
untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan
kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan
untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah
gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang tentera negara melakukan
serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi
pertempuran itu.
Ketua
Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi Selasa bahawa
tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk
lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal dengan pemantauan oleh pihak polis dan tentera.
KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan
oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara
besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila
mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung
oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada
seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang
menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di
Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir yang dilanjutkan, yang
diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan
darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman
telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan
serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi
pertempuran itu.
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa
tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk
lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak
polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi
strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan
Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu
dikalahkan.
KPN: Tiada kecederaan atau kemalangan di kalangan pasukan keselamatan Malaysia.
Klik
SINI