Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, May 23, 2015

Tersungkurnya UMNO , parti Keramat Melayu kerana Kepimpinan Pantang diTEGUR

Pada pendapat kawe; tersungkurnya UMNO , parti keramat melayu gitu adalah kerana kepimpinan yang disokong oleh rakyat pantang diTEGUR sama ada kepimpinan diperingkat atasan,pertengahan mahupun di akar umbi. Bila diTEGUR cepatlah melatahnya.  
  
Yang MENEGUR dianggap musuh. Yang diTEGUR dianggap wira meskipun pelbagai cercaan. BERCAKARAN sesama sendiri menjadi asam garam ,rakyat mendokong merasa geram lagi meluat. GST, 1MDM dan apa-apa lagi tah... bukan salah rakyat yang mendokong kepimpinan pentadbiran Tapi salah kepimpinan pentadbiran yang didokong oleh rakyat...
  

 

Akhirnya rakyat yang menyokong dalam delima, "BENARKAH AKU APA YANG DISOKONG?"."SILAPKAH AKU MENYOKONG KAMU?"."MENGAPAKAH KAMU BEGITU JADINYA BILA AKU SOKONG".

Tun M Punca BN Tewas PRK Permatang Pauh
Menurut kajian Institut Darul Ehsan (IDE), serangan pelbagai isu oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak antara punca kekalahan BN pada PRK Permatang Pauh, lalu.


BN Gagal Takutkan Generasi Muda
Menurut kajian Institut Darul Ehsan (IDE), kempen BN gagal menakutkan pengundi di PRK Permatang Pauh  terutama generasi muda dengan wujudnya media baharu sekali gus  menyumbang kekalahan BN.Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata demikian menerusi pembentangan kajiannya berjudul ‘PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara’ di Unisel, hari ini.




Poster PKR Lebih Berkesan
Menurut kajian  Institut Kajian Sosial Universiti Selangor, elemen mesej dalam poster ketika menyampaikan maklumat antara faktor yang tidak boleh dipandang remeh ketika PKR memenangi PRK Permatang Pauh lalu. 
Ketua Program PhD, Dr Hamdan Mohd Salleh berkata demikian menerusi pembentangan kajiannya di forum  ‘PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara’ di Unisel, hari ini

  


Friday, May 22, 2015

PECAT NAJIB @ PECAT MUHYIDDIN @ LEMBAGA PENGARAH 1MDB???

Pecat Lembaga Pengarah 1MDB - Rakyat Malaysia Sokong Saranan Muhyiddin !

  

Tak sangka video Muhyiddin semalam jadi viral ! Tak sangka pulak video itu dirakam dalam majlis tertutup .... dah jadi kes lain pulak. Difahamkan Datuk Zahid sendiri sedang menjalankan siasatan dari sudut penyebaran rakaman majlis tertutup.

Itu masalah dalaman Umno .... biarlah mereka selesaikan. Tapi sekadar nak menyibuk sikit, komen saya - Ya, salah memang salah tapi ...... Eleh, bukannya besar pun kesalahan atau impak video itu. Muhyiddin sendiri kata, apa yang dipaparkan itu bukannya sesuatu yang baru. 

Kalau Deepak yang kantoi bayar hutang juta2 pada Bank Rakyat pun boleh dikaotim, apalah sangat kesalahan siperakam video itu

Lagipun jika dilihat dari satu sudut, video itu sekurang2nya telah memberi satu kesan positif kepada Umno di mata rakyat. Ramai yang melihat video itu merasa sedikit kelegaan kerana sekurang2nya ada juga pemimpin Umno yang berani bersuara demi kebenaran ! 

Apa yang disuarakan oleh Muhyiddin seharusnya disambut oleh kepimpinan Umno. Muhyiddin tidak kritik pun Najib, beliau hanya komen 1MDB. Saya percaya apa yang disebut oleh Muhyiddin tentang 1MDB dikongsi oleh ramai rakyat termasuk ahli Umno sendiri.

Dengan mengambil tindakan memecat Lembaga Pengarah dan mereka yang terlibat dalam membuat keputusan dalam 1MDB serta membuat laporan Polis, rakyat akan melihat Umno sebagai satu entiti yang berasingan dari 1MDB. Umno akan dilihat tidak berkompromi dengan sebarang salah laku, kronisma, rasuah, pecah amanah yang banyak dikaitkan dengan 1MDB.


Kerana SEKARANG, di mata rakyat semua benda negatif itu terpalit pada Umno dek keterujaan kepimpinan yang menyokong buta apa saja tindakan Presiden Umno yang kelihatannya begitu mempertahankan 1MDB.


Umno kena jarakkan diri dari 1MDB ...... bagi saya itu antara point utama ucapan Muhyiddin. Dan seterusnya, selesaikan masalah 1MDB  -

“Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut,”

persoalannya : mengapakah sekarang ? kenapa mesti dengan 1MDB?

Rakyat Malaysia menyokong saranan Muhyiddin ! 

Dan kalau boleh, bukan saja ahli lembaga Pengarah malah dengan ahli Lembaga Penasihat juga di pecat sama !  Kerana sebagai badan penasihat, mereka juga GAGAL memberi nasihat yang berkesan dalam memastikan perjalanan 1MDB tidak tersasar. 

  
Dimana duit samaada untung atau pembayaran oleh Petrosaudi disimpan? Kenapa tidak di simpan dalam negara kita sendiri? RM7-8 billion bukan sedikit jumlah

  
Gesaan Muhyiddin itu disokong oleh Syed Ali Cheras - KLiK dan juga Datuk Khairuddin -KLiK.

KLiK
Tidak timbul persoalan kononnya ada usaha mahu melagakan Najib dengan Muhyiddin melalui penyebaran video itu. Mana ada Muhyiddin kritik Najib ? Melainkan mereka yang sebut itu sendiri yang mahu menimbulkan persepsi negatif dan melagakan kedua pemimpin itu ! 

Orang tak terfikir pun perkara itu tapi mereka pula yang sengaja sumbat persepsi itu ke dalam minda rakyat.


Apapun, terpulang kepada kepimpinan Umno samada mahu mengambil kesempatan yang telah dibuka oleh Muhyiddin melalui penyebaran video itu untuk kembali bersama rakyat dalam isu 1MDB atau mahu terus dilihat sebagai bersekongkol dengan 1MDB.


PS - Jangan lupa sertai survey / poll yang saya lakukan untuk meninjau pandangan pembaca apakah anda Percaya atau Tidak Percaya kepada alasan Kesilapan yang diberikan dalam isu penukaran status dana Cayman yang disimpan di Singapura, yang dulunya dikatakan sebagai wang tunai tapi kini telah ditukar menjadi aset dalam bentuk Unit. KLiK. 

SUMBER :  http://dinturtle.blogspot.com/2015/05/pecat-lembaga-pengarah-1mdb-rakyat.html#
http://www.1mdb.com.my/bm/governance/lembaga-pengarah

JOHOR SENTIASA BERJATI JOHOR

JOHOR MESTI SENTIASA MENJADI JOHOR

 

Sememangnya semenjak zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, Johor sering mendapat layanan yang kurang menyenangkan dari pelbagai pihak. Ini bermula dari pertukaran pemerintahan dari dinasti Bendahara ke Temenggong dan hubungan baik dengan Ratu England seakan-akan menjadi tekanan kepada pemerintah lain. Johor melalui pemerintahan Sultan Abu Bakar mendahului negeri lain dengan pelbagai cara, contohnya Pemasyhuran Undang-undang Tubuh Kerajaan, Mahkota Kerajaan Negeri, Lawatan Diraja sama ada dalam atau luar Johor dan kemuncaknya adalah pengiktirafan dari Kerajaan Britain sebagai salah satu negara yang berdaulat.

Keberanian baginda belayar ke luar negara melawat negara-negara yang belum pernah di jejaki oleh bangsa Melayu dan melakukan sesuatu yang baru akhirnya membuka mata pemerintah negeri lain. Meskipun sudah berlalu 5 generasi Sultan Abu Bakar, semangat dan iltizam keturunan Diraja Johor untuk melakukan sesuatu yang baru tidak pudar. Dalam kancah bolasepak, melalui Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim baginda melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk memajukan bolasepak Johor mahupun di peringkat nasional.

Semenjak awal memegang tampuk pemerintahan PBNJ, baginda sememangnya tegas dalam melontarkan teguran. Adakalanya mengundang rasa tidak senang kepada pemimpin-pemimpin yang berada di tampuk pemerintahan FAM.

Meskipun dianggap 'Budak Mentah' oleh beberapa orang Tokoh Veteran, itu semua tidak mematahkan semangat Tunku Ismail untuk terus menyuarakan pendapat dan kritikan. Keberanian baginda melakukan rundingan persefahaman dan kerjasama bersama kelab-kelab terkemuka dunia seperti Borussia Dortmund, Valencia, River Plate yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kelab di negara ini. Ini sedikit sebanyak telah membuka mata peminat-peminat bolasepak negara yang yakin JDT kini adalah bersifat global.

"Apapun yang akan terjadi, saya berharap Johor Mesti Sentiasa Menjadi Johor."


------------

JOHOR MUST ALWAYS BE JOHOR

Ever since the ruling days of Sultan Abu Bakar, Johor has always been on the receiving end of unfavourable treatments. It started when the ruling power was transferred from Bendahara to Temenggong and Johor's good relationship with the Queen of England began to pressure other rulers. Thanks to the wisdom of Sultan Abu Bakar, Johor surpassed other states in various ways, including the introductions of the Johor State Constitution, the Johor State Crown and royal visits within and outside of Johor, and most crucially, the recognition of the British Empire as a sovereign state.

The late Sultan’s daringness to step outside Johor to explore countries that no other Malays had been to before and do new things opened the eyes of other state rulers. Although five generations have since passed, Sultan Abu Bakar’s enthusiasm and commitment to try new things have never faded and have been inherited by His Majesty’s descendants. In the world of football, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim has done everything that should be done to take Johor football to a higher level.

Ever since His Highness became the President of the Johor Football Association, he has never shirked from criticising whenever necessary. On several occasions, he has drawn a lot of flak from the higher-ups of the FAM.

Although he has been called ‘Budak Mentah’ by several veteran icons, it has not broken his spirit in voicing his opinions and criticism. Similar to the late Sultan Abu Bakar, his daringness to conduct negotiations and form partnerships with world-famous football clubs such as Borussia Dortmund, Valencia and River Plate were unprecedented and had never been achieved by any club in Malaysia. His decisiveness has more or less opened the eyes of all local football fans, who now consider JDT as a global club.

"Whatever happens, I hope Johor will always be Johor.”

Hidup Johor Demi Johor
#KepadaAllahKamiBerserah

Keraguan Terhadap Ikrar di Kalangan Pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO



MUHYIDDIN ATAU NAJIB TERPAKSA BERUNDUR

 

Mesyuarat  tergempar Majlis Kerja Tertinggi UMNO(MKT)  hendaklah dipanggil segera bagi mengesahkan ikrak taat setia kepada Presiden UMNO  Datuk Seri Najib dalam MKT baru-baru  ini berikutan dengan kenyataan terkini Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menimbulkan keraguan terhadap ikrak itu di kalangan pemimpin-pemimpin  UMNO dan ahli-ahli UMNO seluruhnya .


 Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang harus diambil demi masa depan parti, kerajaan dan negara.

Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan yang begitu jelas dihadapan beberapa pemimpin tertinggi Umno dan Kerajaan serta ratusan pemimpin akar umbi bahawa seluruh lembaga pengarah 1MDB harus dipecat dan 'POLIS dipanggil untuk menyiasat mereka'


Kepada mereka yang masih percaya bahawa masalah negara masakini ialah kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad, sila fikir semula. Ini adalah masalah besar yang akan membuat kita terjerumus dengan beban hutang yang jauh mengatasi kemampuan.

Tan Sri Muhyiddin jelas menampakan beliau   bersama dengan Mantan  Perdana Menteri Tun Dr.Mahthir tidak mahu  Najib  menunggu siasatan Ketua Juruaudit Negara ke atas 1MDB  malah sebaliknya  mahukan Anggota Lembaga Pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.

Mesyuarat tergempar ini  juga perlu diadakan bagi  membincangkan samada Tan Sri Muhyiddin wajar dipecat dari MKT seperti yang dilakukan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMMO terhadap Dr.Mahathir Mohamed pada 26 September 1969 setelah Tunku mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan  kesepaduan UMNO jika salah seorang iaitu  Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur.

Kenyataan Muhyiddin ini  walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah  serentak dengan pengumuman RM11  oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib  di Dewan Rakyat hari telah menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat dari RM11.
                                                                                                                        


Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan  dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.

Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan  tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir ,1MDB ,krisis politik dan ekonomi sekarang.

Pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB  tidak boleh di perkecilkan  kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia   telah  menimbulkan kegemparan dan meggoncang keyakinan dalam parti UMNO dan juga rakyat.

Muhyiddn tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir  yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin  bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Mahathir dan juga beberapa pihak bahawa  Najib tidak mahu dengar cakap orang.

Keraguan rakyat  terhadap kesepaduan  pucuk pimpinan  dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihanraya Umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak  melibatkan kestabilan  ekonomi negara dan juga masa depan UMNO.

sumber : 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...