Pecat Lembaga Pengarah 1MDB - Rakyat Malaysia Sokong Saranan Muhyiddin !
Tak sangka video Muhyiddin semalam jadi
viral ! Tak sangka pulak video itu dirakam dalam majlis tertutup ....
dah jadi kes lain pulak. Difahamkan Datuk Zahid sendiri sedang
menjalankan siasatan dari sudut penyebaran rakaman majlis tertutup.
Itu masalah dalaman Umno .... biarlah
mereka selesaikan. Tapi sekadar nak menyibuk sikit, komen saya - Ya,
salah memang salah tapi ...... Eleh, bukannya besar pun kesalahan atau
impak video itu. Muhyiddin sendiri kata, apa yang dipaparkan itu
bukannya sesuatu yang baru.
Kalau Deepak yang kantoi bayar hutang juta2 pada Bank Rakyat pun boleh dikaotim, apalah sangat kesalahan siperakam video itu
Lagipun jika dilihat dari satu sudut, video itu sekurang2nya telah memberi satu kesan positif kepada Umno di mata rakyat. Ramai yang melihat video itu merasa sedikit kelegaan kerana sekurang2nya ada juga pemimpin Umno yang berani bersuara demi kebenaran !
Apa yang disuarakan oleh Muhyiddin seharusnya disambut oleh kepimpinan Umno. Muhyiddin tidak kritik pun Najib, beliau hanya komen 1MDB. Saya percaya apa yang disebut oleh Muhyiddin tentang 1MDB dikongsi oleh ramai rakyat termasuk ahli Umno sendiri.
Dengan mengambil tindakan memecat
Lembaga Pengarah dan mereka yang terlibat dalam membuat keputusan dalam
1MDB serta membuat laporan Polis, rakyat akan melihat Umno sebagai satu
entiti yang berasingan dari 1MDB. Umno akan dilihat tidak berkompromi
dengan sebarang salah laku, kronisma, rasuah, pecah amanah yang banyak
dikaitkan dengan 1MDB.
Kerana SEKARANG, di mata rakyat semua benda negatif itu terpalit pada Umno dek keterujaan kepimpinan yang menyokong buta apa saja tindakan Presiden Umno yang kelihatannya begitu mempertahankan 1MDB.
Umno kena jarakkan diri dari 1MDB ...... bagi saya itu antara point utama ucapan Muhyiddin. Dan seterusnya, selesaikan masalah 1MDB -
“Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut,”
persoalannya : mengapakah sekarang ? kenapa mesti dengan 1MDB?
Rakyat Malaysia menyokong saranan Muhyiddin !
Dan kalau boleh, bukan saja ahli lembaga Pengarah malah dengan ahli Lembaga Penasihat juga di pecat sama ! Kerana sebagai badan penasihat, mereka juga GAGAL memberi nasihat yang berkesan dalam memastikan perjalanan 1MDB tidak tersasar.
Dimana duit
samaada untung atau pembayaran oleh Petrosaudi disimpan? Kenapa tidak di
simpan dalam negara kita sendiri? RM7-8 billion bukan sedikit jumlah
KLiK |
Orang tak terfikir pun perkara itu tapi mereka pula yang sengaja sumbat persepsi itu ke dalam minda rakyat.
Apapun, terpulang kepada kepimpinan Umno samada mahu mengambil kesempatan yang telah dibuka oleh Muhyiddin melalui penyebaran video itu untuk kembali bersama rakyat dalam isu 1MDB atau mahu terus dilihat sebagai bersekongkol dengan 1MDB.
PS - Jangan lupa sertai survey / poll yang saya lakukan untuk meninjau pandangan pembaca apakah anda Percaya atau Tidak Percaya kepada alasan Kesilapan yang diberikan dalam isu penukaran status dana Cayman yang disimpan di Singapura, yang dulunya dikatakan sebagai wang tunai tapi kini telah ditukar menjadi aset dalam bentuk Unit. KLiK.
SUMBER : http://dinturtle.blogspot.com/2015/05/pecat-lembaga-pengarah-1mdb-rakyat.html#
http://www.1mdb.com.my/bm/governance/lembaga-pengarah
No comments:
Post a Comment