Saturday, February 6, 2016
Tukar MB Kedah- Mukhriz Tun Mahathir Beri Penjelasan Mengapa Berlaku?
Ucapan Mukhriz Mahathir Yang Mungkin Menyebabkan Dia Disingkir Sebagai MB Kedah
Inilah Ucapan Mukhriz Mahathir Yang Mungkin Menyebabkan Dia Cuba Disingkir Sebagai MB Kedah.
Hidup dan mati kerana ALLAH Taala bukan kerana UMNO. Cubalah pecat Mukhriz Mahathir FC. tu pun kalau PM berani. Politician yg macam ni kita nak like emoticon. Pemimpin perlu dihormati, bukannya ditakuti.
Org macam Dato Mukhriz tak takut kena pecat dari jawatan yg dilantik.. itu bukan periuk nasi dia...
Jawatan DUN pula pilihan rakyat. Next PRU kalau dia bertanding bebas pon, rakyat tetap akan memilih pemimpin macam dia.
Masa Kedah jatuh kat tangan dia ni aku dah agak lama dah...sebelum jadi MB lagi dia ni memang ada kredibiliti, takde kontroversi mcm bapak dia dan adik-beradik dia...kalau org mcm ni yg rampas Kedah dari PR no wonder la dia menang...dia antara org yg bijak dan berani dlm UMNO...
ANTARA MUKHRIZ DAN 14 KETUA BAHAGIAN KEDAH, SIAPA YANG GAGAL?
Kumpulan yang mendesak penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah secara umumnya memberikan empat sebab asas mereka berbuat demikian.
Kumpulan itu dianggotai oleh 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah, kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baru yang diwakili oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian masing-masing dan ia diketuai oleh Ahmad Bashah Hanipah, Timbalan Pengerusi UMNO negeri serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Ahmad Bashah juga merupakan calon utama untuk menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Mukhriz disingkirkan.
Empat sebab yang disebut sebagai punca hilang keyakinan itu ialah kegagalan Mukhriz menyatupadukan parti, kekurangan perancangan strategik menghadapi pilihanraya akan datang, kegagalan memimpin serta menggerakkan jentera parti dan ketidakupayaannya mengurus pentadbiran negeri dengan berkesan.
Benarkah Mukhriz seorang pemimpin yang gagal atau kegagalan anak Tun Mahathir itu sebenarnya kerana beliau sentiasa disabotaj dan gagal diberi sokongan oleh semua pemimpin UMNO Kedah sendiri?
Bagaimanakah Mukhriz boleh berjaya jika beliau sepanjang masa disabotaj dan tidak diberi kerjasama atas faktor-faktor kepentingan peribadi yang berbagai di kalangan pemimpin UMNO bahagian dan wakil-wakil rakyat negeri itu?
Bukankah pentadbiran UMNO dan kerajaan merupakan suatu usaha kolektif yang bahu-membahu serta saling bekerjasama antara satu sama lain?
Apakah tindakan menyalahkan Mukhriz dengan melabelnya sebagai pemimpin yang gagal itu bertujuan melindungi kegagalan mereka sendiri yang hakikatnya lebih besar dan memalukan?
Apakah pula Ahmad Bashah yang mengetuai kumpulan mendesak penyingkiran Mukhriz itu benar-benar seorang pemimpin yang hebat, berjaya dan gemilang rekodnya?
Apa rekod dan pencapaiannya di Kedah sebelum ini, baik sebagai Exco mahukan pemimpin UMNO negeri?
Sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang ketika ini bertanggungjawab memainkan peranan meringankan beban kehidupan rakyat yang sarat dengan pelbagai isu kos ara hidup dan kenaikan harga barang, apa yang pernah kita dengar idea dan usahanya sejak memegang jawatan itu pada 2013 lalu?
Jika Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar menggantikan Mukhriz, adakah beliau mampu jadi lebih baik atau segala-galanya akan bertambah buruk lagi?
Kalaulah benar Mukhriz seorang yang gagal, bukankah sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian dan wakil rakyat Kedah yang ada sekarang adalah mereka yang menyebabkan negeri itu tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008 lalu?
Jika mereka sudah pernah ditolak pengundi pada 2008 dan BN berjaya mengambil alihnya kerana penonjolan Mukhriz sebagai calon Menteri Besar sebelum pilihanraya 2013 lalu, apakah muka-muka lama yang gagal itu boleh menjanjikan kemenangan dapat dikekalkan?
Selain itu, apakah muka-muka lama itu lebih bersih di mata pengundi Kedah daripada segala skandal dan kebejatan politik berbanding Mukhriz yang tidak pernah kita dengar sama sekali ada titik-titik hitam berkaitan diri dan pentadbirannya?
Ahmad Bashah, Mahadzir Khalid, Jamil Khir Baharom, Azeez Rahim, Johari Baharom dan lain-lain pemimpin Kedah di peringkat nasional yang sedang menekan Najib untuk memenuhi tuntutan mereka, apakah yang kalian mahu sebenarnya - mengukuhkan parti atau lebih melumpuhkannya? (SH 21/012016).
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2...

Friday, February 5, 2016
Apa pula tiada jemputan,ini surat jemputan dan perubahan tarikh ( MM menunjukkan Surat Jemputan )
Halau Mukhriz Untuk Memalukan Beliau Sebaliknya Rakyat Bersimpati
Surat yang bertarikh hari ini 29 Januari 2016 yang dialamatkan ke Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darulaman, Alor Setar hanya diserahkan kepada DS Mukhriz sewaktu beliau hadir di PWTC untuk mesyuarat MT hari ini.
Setiausaha Agung UMNO sepatutnya menyerahkan surat ini lebih awal jika benar mereka benar-benar jujur dan tidak bertujuan untuk memalukan Dato' Seri Mukhriz.
Tindakan ini tidak profesional malah seolah-olah cuba mempermainkan Dato' Seri Mukhriz.
Namun demikian, perkara sebaliknya berlaku apabila rakyat dan penyokong UMNO melahirkan rasa simpati terhadap Dato' Seri Mukhriz yang diperlakukan sedemikian rupa.
Lalu blog upahan dedak mula menyalahkan Dato' Seri Mukhriz yang dikatakan tidak dijemput tetapi datang untuk meraih simpati.
Berikut adalah surat jemputan terdahulu berkenaan pindaan tarikh mesyuarat. Surat tersebut tidak pula menerangkan bahawa Ahli Majlis Tertinggi yang turut hadir tidak dijemput.
Bab kelmarin kecoh Mukhriz di halau dari meeting MT. Mula admin rasa tak perlu nak jelas sebab game Najib memang tak cantik. Dah namanya pengecut.
Walau bagaimana ada satu tulisan dari Key Marzuki yang mencuit mata admin utk sama sama di kongsikan utk lebih memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam dewan meeting di tingkat 38 pwtc.
Kisahnya begini....
MB Kedah masuk bilik mesyuarat seperti biasa dan bersalaman dengan rakan2 MT.
Tetapi beliau agak terkejut kerana mendapati kerusi di tempat kebiasaan beliau duduk tiada.
Lalu beliau meminta Urusetia Persiapan sediakan kerusi untuknya.
Setelah duduk tiba2 Dato Raof datang dan berbisik padanya.
RAOF :Dato tak boleh hadiri mesyuarat ini
MM : kenapa pula,saya adalah MB.
RAOF : Tak boleh sebab tiada jemputan.
MM : Apa pula tiada jemputan,ini surat jemputan dan perubahan tarikh ( MM menunjukkan Surat Jemputan )
RAOF : Tidak,Ku Nan tak jemput Dato' dan telah di beritahu melalui telefon kepada Setiausaha Politik.
MM : Kenapa pula,saya di jemput,ini suratnya.
RAOF : Tunggu sebentar
( mengarahkan Surat di taip segera ) lalu menyerahkan kepada MM.
MM : Keluar dan beredar.
Ketika kejadian,PM masih di bilik menunggu dan belum masuk ke bilik mesyuarat.
Apabila MM beredar,barulah PM masuk dan mesyuarat pun mula berjalan.
Di sertakan surat jemputan awal dan surat kedua yang di buat secara AD HOC selepas meeting MT di jadual bermula.
Game pengecut Najib. Sebab malu nak tukar MB Kedah Jemaah Pemangku Sultan tolak 3-3 nama yang di persembah Najib. Tak puas hati sebab Istana sayang Mukhriz lalu di balas di KL.
Game tak gentle la lu Najib.

- Mahathir The Legend
- Mukhriz Mahathir FCWednesday, February 3, 2016
Mukhriz Umum Letak Jawatan MB Kedah. Berundur bukan bererti kalah. Syabas Datuk Mukhriz
Mukhriz Mahathir baru sahaja mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta dalam satu sidang media di Wisma Darulaman sebentar tadi.
Beliau bertindak demikian ekoran dari tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti Ketua-ketua Umno Bahagian dan juga krisis sokongan terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak.
Dimaklumkan bahawa SUK akan mengumumkan perlantikan Menteri Besar Kedah yang baru lebih kurang pukul 11 pagi nanti.
Umno akan berada pada kedudukan paling lemah selagi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai presiden, kata Datuk Seri Mukhriz
Mahathir.
Mukhriz berkata demikian dalam sidang media di Alor Setar bagi
mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, selepas
mendapat tekanan daripada Umno negeri itu.
"Saya minta maaf untuk mengatakan, selagi Najib masih ada, Umno akan
berada pada titik yang paling lemah ketika ini," katanya disambut
tepukan daripada penyokongnya.
"Skandal demi skandal, kita tidak boleh terima semua ini. Ini sudah
melampau. Ini trauma kita semua. Kita tidak boleh lagi merasa bangga
apabila kita ke luar negara," katanya.
Katanya, meskipun Umno memiliki tiga juta ahli, namun ia tidak bermakna
apabila mereka tidak boleh bersuara terhadap presiden parti itu.
Tambahnya, ia dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas
apabila parti itu menongkah tradisi dengan hanya membenarkan Najib untuk
berucap kepada perwakilan.
Manakala timbalan dan naib presiden tidak dibenar berucap seperti kebiasaan.
"Malah amalan kebudak-budakan itu apabila dalam (ucapan) mukadimah pun
tak disebut nama vip yang hadir termasuk Tun Mahathir, timbalan
presiden, naib-naib presiden. Sampai macam tu sekali disekat. Jadi itu
keadaan parti kita sekarang," katanya. - MK
SEBAB UTAMA MUKHRIZ MESTI DISINGKIRKAN SEGERA
Apakah sebab utama sebahagian besar anggota BN Dewan Undangan Negeri Kedah mahu MB Mukhriz disingkirkan sebelum sampai masanya. Kerakusan tindakan ini dengan alasan tipis menghina tidak sahaja kemampuan berfikir rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Kerakusan ini juga semakin mendedahkan kepada rakyat kerakusan politik Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga mencetuskan suatu krisis perlembagaan di negeri Kedah yang melibatkan Istana.
Ini adalah politik do or die bagi Najib dan juga penyokong-penyokong setianya di negeri Kedah.
Mukhriz mesti disingkirkan dengan pantas untuk menjamin kumpulan yang mahu menyingkirkannya tidak tersingkir dari pencalonan bagi DUN dan juga Parlimen Kedah dalam pilihanraya umum akan datang. Mukhriz pastinya tidak akan mengekalkan mereka.
Jika Mukhriz kekal sebagai MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah maka pastinya muka-muka lama dan tua ini tidak lagi berpeluang untuk menjadikan politik sebagai profesyen seumur hidup.Walaupun beliau tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ini (Kuasa pemutus di tangan Presiden) tetapi beliau sedang memantapkan kedudukan politiknya di kalangan pemuda yang sukar bagi Najib untuk menolak suaranya kelak.
Banyak pemuda UMNO Kedah yang secara diam-diam memberikan sokongan kuat kepada Mukhriz. Mereka telah sekian lama dinafikan peranan untuk turut memberi sumbangan menjalankan sebuah kerajaan negeri berjiwa rakyat yang dinamik,bervisi dan cekap. Mereka melihat pendekatan Mukhriz ke arah ini dan Mukhriz telah memberikan harapan baru kepada mereka.
Inilah yang ditakuti oleh kumpulan yang mahu menyingkirkan Mukhriz.
Kegagalan Mukhriz dalam menjalankan pentadbiran dan pengurusan politik negeri Kedah adalah kerana kumpulan ini menjadi duri dalam daging dan tidak membantu Mukhriz dalam melaksana visi dan perancangannya di Kedah. Mereka memburuk dan memperkecil rancangan Mukhriz untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim.
Mereka menjalankan kerja-kerja sabotaj dengan memburukkan Mukhriz di kalangan rakyat Kedah dan sekarang mereka menuding jari kepada Mukhriz untuk menutup kesilapan dan keburukan mereka sendiri.
Kepada rakyat Kedah, Mukhriz tidak lemah tetapi yang lemah adalah mereka yang mahu menyingkirkannya.
sumber zainudin maidin
Subscribe to:
Posts (Atom)