Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 15, 2018

Pidato presiden 2018 MAT SABU


 
Published on Dec 14, 2018

Konvensyen nasional 2018
Parti Amanah Negara
Ipoh ,perak
14-16 disember ..

Kredit video MEDIA OREN

'K'jaan akan jatuh, dimarahi, dihina bila perut rakyat lapar'


 
Published on Dec 15, 2018

Perwakilan AMANAH Gombak Nik Zin Raja Sulaiman hari ini mengingatkan kerajaan bahawa harga makanan keperluan asas yang tinggi akan membuatkan rakyat marah kepada kerajaan

Menurut Nik Zin kerajaan harus pelihara perut rakyat kerana jika tidak ia akan membuatkan rakyat mengamuk.

"Rakyat akan marah, mengamuk apabila perut dia lapar. Kita kena pelihara perut rakyat, kena bagi cukup makan kepada rakyat. Bukan makan mahal-mahal, makan ikan kembung pun cukup asalkan harga murah.

"Kita tidak mahu cakap pasal ekonomi berdegar-degar pasal bursa saham semua ini. Orang kampung tidak tahu semua ini. Orang kampung nak tahu kenapa harga ikan mahal, kenapa sayur mahal. Ini yang penting.

"Kita sebagai parti yang mendukung hasrat rakyat, menjaga kepentingan rakyat marhaen ni tolong," kata Nik Zin dalam ucapan di Konvensyen Nasional Amanah di Ipoh, Perak hari ini.

Friday, December 14, 2018

Jufazli Shi Ahmad-Fakta & Bukti Skandal Rasuah PAS Era Hadi Awang


 
Jufazli Shi Ahmad-Fakta & Bukti Skandal Rasuah PAS Era Hadi Awang

Umno hilang lagi 5 MP

Umno hilang lagi 5 MP

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 
Lima lagi anggota parlimen Umno bertindak keluar parti hari ini dan menjadi wakil bebas.
Mereka
ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latiff Ahmad (Mersing), Shahbudin
Yahaya (Tasek Gelugor), Hamzah Zainuddin (Larut) dan Mohd Fasiah Mohd
Fakeh (Sabak Bernam).


Terdahulu hari ini Anggota Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan dalam Umno.
Langkah
itu dibuat sehari selepas Anggota Parlimen Tanah Merah, Mas Ermieyati
Samsudin mengumumkan keluar parti dan menyertai Bersatu.
Kelmarin lima anggota parlimen dari Sabah turut mengiystiharkan keluar parti dan menjadi anggota bebas.
Perkembangan terbaru ini menyebabkan Umno kini memiliki 38 kerusi parlimen berbanding 54 yang dimenangi PRU lalu.
Sementara itu, Shahbudin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan beliau salah seorang daripada lima anggota parlimen yang keluar Umno hari ini.

"Ya, keluar (parti) bersama-sama dengan lima YB yang dalam senarai," kata Shahbudin.

Sebelum itu tersebar satu surat pemaklumkan keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.

Surat
yang ditandatangani keenam-enam anggota Parlimen terbabit mengumumkan
keputusan mereka untuk keluar parti berkuatkuasa 14 September.

 

Mat Sabu ingatkan Amanah jangan sampai mabuk kuasa


 

2018-12-14 13:31:51

Kekalahan
BN pada pilihan raya umum lalu boleh berlaku kepada Amanah jika
anggota-anggotanya 'mabuk' kuasa dan sombong dengan kedudukan mereka,
kata Mohamad Sabu.

"Kita sendiri menyaksikan bagaimana dengan
kekuasaan Allah, kerajaan Barisan Nasional yang begitu kuat dan berkuasa
sekian lama, akhirnya tumbang di tangan rakyat.

"Jadi tidaklah mustahil bagi kita yang baru bertunas untuk dijatuhkan pula oleh rakyat.

"Sedarlah, kekuasaan yang kita miliki hari ini bukanlah milik mutlak melainkan ia adalah pinjaman semata-mata," katanya.

Presiden
Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata demikian ketika
ucapan dasar pada konvensyen parti itu hari ini.

Memetik ayat
al-Quran, beliau mengingatkan perwakilan bahawa kuasa diberikan
merupakan ujian daripada Allah dan mereka perlu memikul beban amanah
serta tanggungjawab kepada rakyat.

Read more at https://www.kinitv.com/video/68645O74#e15YHOjMsEHY1DUI.99

Bantuan sara hidup diberi kepada petani, nelayan tidak lama lagi

Bantuan sara hidup diberi kepada petani, nelayan tidak lama lagi

Diterbitkan  | 
Dikemaskini
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) musim
tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil di negara ini dalam masa
terdekat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Salahuddin Ayub berkata bantuan itu akan turut diberikan kepada petani,
nelayan, penoreh getah termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (Felda).

Beliau berkata kabinet pada Rabu lepas telah
bersetuju menyalurkan bantuan tersebut selepas menerima laporan mengenai
keadaan golongan berkenaan yang terjejas pendapatan disebabkan musim
tengkujuh.

"Jumlah bantuan akan ditentukan oleh Kementerian
Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya
ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara
(Amanah) 2018 di sini hari ini.

Konvensyen tiga hari bermula hari
ini bertemakan 'Menggalas Amanah, Membina Negara', dihadiri 1,000
anggota perwakilan dari 156 kawasan sah berdaftar serta kira-kira 3,000
pemerhati dari dalam dan luar negara.

Ditanya sama ada bantuan itu
akan diberikan secara sekali sahaja, Salahuddin yang juga Timbalan
Presiden Amanah berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Terdahulu,
Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam pidato presiden berharap kerajaan
dapat mengembalikan BSH musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil di
negara ini.

Selain
itu, Mohamad juga berharap supaya kerajaan dapat menangani masalah
kejatuhan harga sawit yang memberi kesan besar kepada peneroka dan
pekebun kecil.

“Amanah akan terus komited memperjuangkan agar
kebajikan mereka lebih terpelihara di bawah pemerintahan kerajaan
Pakatan Harapan. Mereka inilah golongan yang paling terhimpit dengan
keadaan ekonomi semasa.

“Pengumuman terbaru kerajaan untuk
menaikkan harga lantai getah kepada RM2.50 sekilogram dan juga kenaikan
skim harga subsidi padi kepada RM360 bagi satu tan amatlah dihargai,”
katanya.

-- Bernama







Menteri agama nafi arah sekatan pada 10 penceramah

Menteri agama nafi arah sekatan pada 10 penceramah:

M Fakhrull Halim & Hariz Mohd  | 
Diterbitkan  | 

 
Menteri agama Mujahid Yusof menafikan senarai pengharaman
nama penceramah ke udara yang tular di media sosial semalam adalah
daripada pejabatnya.
Katanya, pejabatnya tidak mengamalkan sekatan
terhadap penceramah tertentu hanya kerana tidak sebulu, sebaliknya
lebih melihat tentang kandungan yang dibawa dalam ceramah atau kuliah.

“Setahu saya, dari pejabat saya tiada arahan yang menyekat mana-mana penceramah.

“Cuma
yang ada selama ini, kita menasihatikan penceramah yang hendak muncul
di TV atau program kita, mesti mematuhi tiga teras yang kita
perjuangkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tiga prinsip
yang dimaksudkan ialah prinsip rahmatan lil alamin (Islam sebagai rahmat
seluruh alam), maqasid syariah dan juga “modul Malaysia” yang
menekankan realiti Malaysia tidak sama dengan negara-negara lain seperti
Mesir dan Indonesia.

Dalam senarai tular itu, sepuluh nama
penceramah disenarai sebagai penceramah yang tidak digalakkan untuk ke
udara sama ada di TV atau radio bermula Januari tahun depan.

Sepuluh
penceramah berkenaan adalah Ahmad Dasuki, Kazim Elias, Samsul Debat, Dr
Riduan Tee, Abdullah Khairi, Norhafizah Muda, Azhar Idurs, Zamihan Mat
Zain, PU Amin dan PU Syed.

Apabila
dibangkitkan dakwaan tentang senarai itu sebagai cubaan menutup periuk
nasi penceramah berkaitan, Mujahid menjawab isu itu tidak sepatutnya
timbul.

“Bila cakap periuk nasi, maknanya dia menjaja agama untuk cari makan. Itu tak betul.

“Dia menyampaikan ilmu, dan tak timbul kita nak ganggu periuk nasi orang. Kalau agama, agamalah, bukan periuk nasi.

“(Malah) ada sesetengah ustaz yang (bagi kita) memberikan pandangan yang tidak baik, kita tak sekat mereka,” tambahnya lagi.

 

PANAS!!! Keadaan UMNO Tenat ''Mana Lokman Adam, Mana Tun Faisal Dalam Ke...


Mengejutkan!!! Zaharin Mohd Yasin DEDAH Zahid Hamidi Punca Beramai-Ramai...


wakil rakyat dan pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu sebagai tindakan bijak.

'Inilah fahaman yang akan bawa celaka pada bangsa itu!'


 
Hariz Mohd dan M Fakhrull Halim  | 
Diterbitkan  | 

 
KONVENSYEN AMANAH | PAS dan Umno
terpaksa menggunakan sentimen agama serta perkauman bagi memastikan
kelangsungan mereka, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurut
Mohamad, kedua-dua parti terbabit kini menunjukkan mereka tidak
keberatan jika amalan salah laku dan rasuah itu dilakukan orang Melayu.

Bagi mereka kata Mohamad individu terbabit perlu disokong kerana sebagai orang Islam mereka juga akhirnya akan ke syurga.

"Akhirnya penyamun pun kita kena sokong asal dia Melayu dan Islam.

"Inilah
pandangan yang akan bawa celaka kepada bangsa," katanya semasa
meyampaikan ucapan dasar di Konvensyen Amanah di Ipoh, Perak hari ini.

Amanah
ialah parti yang ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin kanan PAS
yang disingkirkan perwakilan pada 2015 kerana dianggap cuba merosakkan
parti berkenaan.

Semasa berlaku krisis dalaman PAS pelbagai
tuduhan dan label dikenakan ke atas tokoh seperti Mohamad dan lain-lain,
termasuk "jebon".

Kecam pengkhianat bangsa
PAS
ketika itu juga menegaskan parti itu akan menjadi bertambah kuat jika
memutuskan hubungan kerjasama dengan parti pembangkang lain.

Namun
PRU ke-14 lalu menyaksikan Amanah membentuk kerajaan bersama parti
komponan Pakatan Harapan manakala PAS bekerjasama dengan Umno.

Mohamad
yang juga menteri pertahanan berkata penyokong PAS dan Umno juga
ditanamkan kefahaman bahawa kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan
Islam tidak perlu disokong.

Alasannya: kerana pelaku itu bukan Islam mereka akhirnya akan masuk neraka juga.

Mohamad
juga menegur sikap orang Melayu yang masih berdiam diri apabila
pelbagai agensi yang ditubuhkan untuk membantu kaum itu dikhianati.

"Skandal
kewangan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam institusi-instusi
seperti Felda, Lembaga Tabung Haji, Felcra dan tentunya 1MDB sepatutnya
menjadi agenda besar pejuang-pejuang Melayu dan pemimpin-pemimpin Islam.


"Kita mengharapkan pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang
Melayu tampil ke hadapan, bersuara mengecam pengkhianatan ini dan
bersama-sama dengan kerajaan PH membuat perubahan untuk mengembalikan
hak rakyat dan sebahagian besarnya hak orang Melayu," katanya.

 

5 lagi akan keluar Umno hari ini – MP Tanah Merah

5 lagi akan keluar Umno hari ini – MP Tanah Merah:

Diterbitkan  | 






Anggota Parlimen Tanah Merah Ikhmal Hisham Abd Aziz yang baru
meninggalkan Umno pagi ini berkata selain beliau, lima lagi anggota
parlimen parti itu akan mengikut jejak langkahnya hari ini.

"Hari ini saya difahamkan ada selain dari saya lima lagi ahli parlimen yang akan mengumumkan keluar juga.

"Saya tak tahu dah keluar ke belum.

“Hari ini saya difahamkan ada enam ahli parlimen Umno (termasuk Ikhmal) yang akan umumkan mereka keluar daripada Umno," katanya.

Sidang media itu disiarkan secara langsung di Facebook Live.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusannya keluar Umno dan meletak jawatan sebagai ketua Umno di kawasan tersebut.


PANAS!!! Zaharin Dakwa Pemimpin UMNO Anggap UMNO Macam GRO ''Dah Lepas H...


Isa berdepan 10 pertuduhan

Isa berdepan 10 pertuduhan

Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Bekas Pengerusi Felda Tan Sri
Mohd Isa Abdul Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur
atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima
rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel
di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn
Bhd.

Bagaimanapun, Mohd Isa, 69, mengaku tidak bersalah selepas
kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa
mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama,
Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation
Sdn Bhd, yang diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah
amanah ke atas dana tersebut dengan meluluskan cadangan pembelian
Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160
juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan
itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah
Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan
pelaksanaan amanah itu yang mana Anggota Lembaga Pengarah Felda memberi
mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam
membuat keputusan pelaburan melibatkan projek bernilai RM100 juta ke
bawah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 50, Menara
Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini pada 29 April
2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika
sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-10, Mohd Isa
didakwa telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu
wang tunai, yang kesemunya berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan
Zaidel iaitu Anggota Lembaga Pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties
Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu
meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching oleh
pihak Syarikat FIC Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Dia
dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda,
Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC dekat sini antara 21 Julai 2014
dan 11 Dis 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A)
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau
nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit
kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar
Saifuddin Jaafar manakala Mohd Isa diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran
dan peguam Ridha Abdah Subri.

-- Bernama


Thursday, December 13, 2018

Umno sec-gen explains why Sabah reps may want to leave; Khairy dodges qu...


Published on Dec 11, 2018

Umno secretary-general Tan Sri Annuar Musa said Sabah Umno leaders could be reluctant to stay in the party due to the lack of funds, adding that the problems faced by the party in Sabah are complex and unique to Sabah’s politics.
The Ketereh MP said that at the Parliament lobby on Tuesday that he had a heart-to-heart talk with Sabah Umno and found out that among the reasons some leaders want to be with those in power for various reasons, including allocations and finances.
The Umno secretary-general said he would leave it to Sabah leaders to deliberate the matter, meanwhile Rembau MP Khairy Jamaluddin refused to comment on the issue.

BICARA KHAS BERSAMA PERDANA MENTERI, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD [10 DIS 2018]


Ini sebabnya SPV ambil alih aset TH

Ini sebabnya SPV ambil alih aset TH

Dr Zaharuddin Abd Rahman  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Saya akan cuba mengulas
berkenaan keperluan memindah aset tidak untung milik Tabung Haji (TH)
kepada syarikat tujuan khas (SPV) bagi tindakan jangka pendek dengan
bahasa mudah dan difahami orang awam.

Menurut standard laporan
kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika
nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara
berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. Bagaimanapun, menurut
Pricewaterhouse Coopers (PwC), TH sebelum ini menetapkan had ambang
(threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali
pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PwC berkata jika had ambang
ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak
RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut
diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

PwC
berkata tindakan menyembunyikan kerugian ini dengan tujuan menunjukkan
jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta
Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi. PwC
berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh
12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.

Bagi
menghadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, TH dilihat
berusaha mengemas kini aset tidak menguntungkan yang bernilai lebih RM
19.9 billion (berbanding asset yang bagus bernilai RM 57.1 bil). Ertinya
aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil
kepada TH bagi tahun kewangan terkini dan kewujudannya di dalam buku TH
hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan, TH yang akhirnya akan
menyekat pemberian dividen kepada pendeposit.

Maka bagi merawat
hal terbabit dengan segera, pihak TH memilih untuk memindahkan atau
menukarkan aset tidak untung ini (sebagaimana klasifikasi yang
ditetapkan oleh TH sendiri dan kaedah perakaunan) kepada SPV di bawah
Kementerian Kewangan.

Ini satu bail out
Ia
perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yang ingin membeli
aset kurang bagus itu pada waktu ini, maka Kementerian Kewangan adalah
entiti yang tepat mewakili kerajaan Malaysia bagi tujuan menerima
pemindahan dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan
saham keutamaan boleh tebus - Islamik (RCPS-I) untuk dimiliki oleh TH.

Pegangan
Sukuk bertempoh matang tujuh tahun terbabit akan memberikan jangkaan
pulangan sebanyak lima peratus setahun kepada TH berbanding aset tidak
bagus sedia ada yang tidak memberikan apa-apa. Bagaimanapun RCPS-I yang
bernilai RM 9.9 bilion tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi
sentiasa terbuka untuk ditebus kembali oleh TH. Jika digabungkan
kedua-duanya bererti untuk aset bernilai RM 19.9 bilion, TH bakal
mendapat pulangan 2.5 peratus setahun.

Saya juga tidak lihat
bagaimana mungkin Kementerian Kewangan akan ‘merampas’ aset tiada hasil
itu di masa akan datang, Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MOF Inc
membawa agenda kerajaan, berbeza dengan syarikat yang sifatnya hanya
mengejar keuntungan. Kecuali jika SPV di bawah MOF inc itu menjualnya
kepada pihak ketiga. itu pun perlu diputuskan oleh kerajaan dan bukannya
keputusan satu dua orang sahaja, khususnya jika aset terbabit adalah
aset strategik.

Semua wang pendeposit turut dijamin oleh
kerajaan. Sebenarnya kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan
‘hampir’ boleh dikatakan sedang ‘bail out’ TH melalui dua instrumen ini. Orang yang tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sebagai pelik.



Aset
tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua
kriteria. Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua
peratus dan bagi ekuiti, kemerosotan nilai melebihi 20 peratus. Justeru
jumlah nilai asset tersebut mencecah RM19.9 billion.
Sefaham
saya, tindakan pemindahan kepada SPV dan menerbit instrumen pelaburan
Sukuk dan RCPS-i tersebut boleh memberi kebaikan kepada TH.

Pertama,
ia menjadikan TH mungkin berpeluang mendapat keuntungan daripada
pegangan sukuk sebanyak lima peratus setahun berbanding terjerat dengan
aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti dengan
membesarkan jumlah impairment loss dalam laporan kewangan Tabung Haji.

Kedua,
ia memastikan TH mampu memberikan dividen kepada pendeposit kerana
tanpa pemindahan melalui terbitan dua instrumen patuh shariah itu, TH
akan dikira dalam keadaan defisit dengan liabilitinya melebihi aset
justeru - menurut aktanya - tidak boleh membayar dividen.

Jangan politik berlebihan
Adalah
hal biasa SPV di bawah MOF Inc bertindak untuk tujuan-tujuan spesifik
memegang aset kerajaan atau institusi kerajaan. Dulu pun kerajaan
merawat non-performing loans melalui Danaharta Nasional Bhd yang berfungsi seperti SPV pada waktu itu.

Kini
model yang digunakan dan dibentuk di bawah MOF ialah dengan mengambil
aset dengan ’bayaran’ sukuk dan RCPS-I sebagai balasan kepada TH. Ini
tidak bermakna aset itu dimiliki oleh menteri kewangan, timbalannya atau
mana-mana individu politik, tetapi dipegang oleh kerajaan Malaysia
sendiri. Mungkin menjadi sebahagan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
pada masa akan datang juga.

Sebaiknya isu ini tidak dipolitikkan
berlebih-lebihan (sedikit saja adalah natural kerana tiada apa yang
dapat lari dari politik) kerana pihak TH sedang berusaha sungguh-sungguh
membaik pulih lembaga itu yang sebelum ini dipegang oleh orang politik
(dari kalangan ahli Lembaga Pengarah) sehingga kelihatan wujud campur
tangan yang akhirnya mengurangkan kredibilitinya.

Semua ahli
lembaga pengarah TH hari ini bukan dari kalangan politik dan cadangan
pemindahan ke SPV di bawah MOF juga sefaham saya datang dari
perbincangan lembaga Pengarah, PwC dan pengurusan tertinggi sebelum
dibentang di Kabinet.

Sama-samalah kita berdoa agar tabung amanah
untuk tujuan mulia - menunaikan ibadah Haji - ini semakin baik. Sudah
tentu pihak pengurusan baru sedang melaksanakan tugasan sebaik mungkin
bagi mengembalikan zaman keuntungan TH, misalnya ketika tahun 2013
dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bilion setelah ditolak segala
liabiliti dan penyesuaian.

Jika
apa yang dijangka ini tidak berlaku dan TH menjadi semakin teruk dan
dicerobohi pula secara politik, maka bolehlah dianjurkan bantahan ala
Himpunan Kesyukuran Penolakan Icerd sekali lagi atau boleh juga diubah
kerajaan yang ada melalui PRU ke-15 kelak.


DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ialah presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), pakar
kewangan Islam dan profesor adjunct Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
Unisel. Rencana ini asalnya disiarkan pada akaun Facebook beliau.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Surat terbuka menteri kepada warga Lynas

Surat terbuka menteri kepada warga Lynas:

Yeo Bee Yin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

KATA MPl Ke hadapan warga kerja Lynas Malaysia yang dihormati,
Saya
membaca berita bahawa seramai 130 daripada kalangan kakitangan LAMP
telah datang ke parlimen untuk menggesa pihak kerajaan menyelamatkan
pekerjaan tuan-tuan dan puan-puan.
Saya memohon maaf kerana tidak
berada di situ untuk menerima memorandum tuan-tuan dan puan-puan kerana
saya kini berada di Katowice, Poland, menghadiri United Nation Climate
Change Conference of the Parties mewakili Malaysia dalam gerakan global
untuk menangani perubahan iklim dan kesannya.

Kalaulah saya tahu
lebih awal tuan-tuan dan puan-puan ingin datang dari Kuantan untuk
menyerahkan memorandum, saya akan meminta pegawai Kementerian berada di
parlimen untuk menerimanya.

Saya ingin menyatakan di sini, pihak kami telah pun menerima memorandum tersebut.

Saya
sangat mengerti perasaan susah hati jika hilang pekerjaan. Saya
dibesarkan dalam estet dan ibu saya hanyalah seorang kerani, maka saya
sangat memahami apa rasanya berpenat lelah mencari rezeki – nasi di
pinggan, bumbung untuk berteduh, baju di badan dan anak ke sekolah.

Berhubung keputusan Kementerian MESTECC minggu lepas, izinkan saya menjelaskan keputusan Kementerian:

1.
Terdapat dua residu utama terkumpul di Lynas Advanced Materials Plan
(LAMP) iaitu, Water Leached Purification Residue (WLP) sebanyak 451,564
tan metrik dan Neutralization Underflow Residue (NUF) sebanyak 1.113
juta tan metrik. (Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan biasa melihat
“bukit-bukit” residu ini di LAMP.)

2. Sehingga kini, tiada
penyelesaian untuk residu terkumpul yang disimpan di tapak penstoran
sementara dengan kaedah landfill terbuka.

3. Risiko berbahaya
terhadap masyarakat sekeliling dan alam sekitar bertambah dengan
peningkatan residu terkumpul kerana ia terdedah kepada ancaman bencana
alam seperti banjir besar.

4. Majikan anda telah dua kali
menyatakan komitmennya untuk mengeluarkan residu dari Malaysia. Jika
anda belum pernah melihat surat ini, saya lampirkan bersama surat aku
janji yang ditulis oleh Lynas Corporation Ltd, Australia (Lynas
Australia) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) bertarikh 23
Februari 2012 dan 6 Mac 2012. Memandangkan risiko berbahaya yang
meningkat dengan peningkatan residu terkumpul, tindakan ini adalah satu
keperluan.

5. Apakah kos kepada Lynas untuk membawa keluar residu
mereka daripada Malaysia? Menurut laporan Australian Financial Review
pada minggu lepas, kos kepada Lynas untuk membawa keluar residu ini
hanya AUD14 juta kerana sebahagian besar kos ini AUD46 juta boleh
dituntut melalui insurans mereka. Berbanding dengan untung syarikat
tersebut bagi tahun 2017-2018 yang mencecah AUD129 juta, ini hanya 10
peratus daripada untung Lynas. Jika kiraan tersebut tepat, ini bermakna
10 peratus daripada untung Lynas daripada operasi setahun yang lepas
sudah mampu untuk menghantar balik sisa yang terkumpul dalam enam tahun
operasi.

Laporan penuh Australian Financial Review boleh dibaca di sini.

6.
Lebih-lebih lagi, selepas pengumuman prasyarat dibuat oleh kementerian
ini pada minggu lepas, broker saham seperti UBS dan CLSA masih
menegaskan syor “beli” untuk saham Lynas. Broker UBS pula telah
meletakkan sasaran harga saham LYNAS setinggi AUD3.10, iaitu hampir dua
kali ganda daripada harga saham mereka sebelum pengumuman dibuat.

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini.

7.
Perkara (5) & (6) menunjukkan pihak pengurusan Lynas Malaysia
seolah-olah mementaskan sandiwara dengan pelbagai advertorial atau iklan
berbayar di akhbar serta sidang media untuk memberikan gambaran negatif
terhadap Kementerian tetapi hakikatnya pihak pengurusan Lynas Malaysia
hanyalah menjaga keuntungan syarikat dengan tidak memenuhi komitmen
mereka. Sebaliknya, sebagai seorang Menteri, saya bertanggungjawab
menjaga kepentingan awam dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
8.
Sesungguhnya saya tidak meminta lebih dari apa yang telah dijanjikan
oleh majikan tuan-tuan dan puan-puan pada 2012. Maka menjadi harapan
saya Lynas Malaysia menunaikan janji mereka secara ikhlas dan
bersungguh-sungguh dengan memulakan proses penghantaran keluar residu
WLP dari Malaysia.

9.
Saya juga berharap tindakan ini memberi mesej kepada anak cucu dan
generasi akan datang bahawa generasi ini telah melakukan yang terbaik
untuk memelihara tanah pusaka bertuah ini.


YEO BEE YIN ialah menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Mat Hassan: Kami rayu Dr M tak bubarkan Umno

Mat Hassan: Kami rayu Dr M tak bubarkan Umno

Lu Wei Hong  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Mohamad Hassan menjelaskan bahawa pertemuan beliau bersama empat
pemimpin Umno lain dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bukan bagi
membincangkan keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Sebaliknya,
kata timbalan presiden Umno itu, mereka merayu kepada Mahathir supaya
tidak membubarkan parti berkenaan, yang pernah dipimpinnya selama lebih
dua dekad.

"Ia hanya kunjungan hormat," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

"Tun M (Mahathir) kata Umno akan dibubarkan. Kami merayu kepadanya supaya tidak berbuat demikian," katanya.

Mohamad menyifatkan perjumpaan itu diadakan dalam suasana yang mesra.

"Tun menerima kami. Saya pernah bekerja di bawahnya. Belanja kami sate dan macam-macam.

"Dunia
ini bukan sahaja mengenai politik. Ia mengenai hubungan. Kami membuat
kunjungan hormat dan pada masa sama kami kata, 'tolong jangan bubarkan
Umno'. Dia janji tidak akan berbuat demikian," katanya.

Dalam hantaran di Facebook sebelum ini, wartawan veteran A Kadir Jasin mengesahkan gambar tular pertemuan perdana menteri dengan pemimpin Umno itu sebagai tulen dan berlangsung pada Oktober.

Selain Mohamad, antara yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah
bekas menteri wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas menteri kpdnkk
Hamzah Zainuddin, bekas menteri undang-undang Shahidan Kassim dan bekas
menteri pembangunan luar bandar Noh Omar.

[Baca berita penuh]


Jufazli Shi Ahmad-Kebodohan Najib Razak,Hadi Awang,Zahid Hamidi Dlm Skan...


 
Published on Dec 12, 2018

Jufazli Shi Ahmad-Kebodohan Najib Razak,Hadi Awang,Zahid Hamidi Dlm Skandal 1MDB & Tabung Haji

Gambar ini tulen, pada 22 Oktober atas permintaan pemimpin-pemimpin Umno terlibat

Gambar ini tulen, tapi...:

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Penasihat media perdana menteri A Kadir Jasin mengesahkan gambar
tular pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Umno sebagai tulen.

Katanya,
pertemuan itu berlaku pada 22 Oktober atas permintaan pemimpin-pemimpin
Umno terlibat, termasuk timbalan presidennya Mohamad Hasan.

"Perdana menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.

"Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun," kata tokoh wartawan itu.

Selain
Mohamad, turut hadir dalam pertemuan itu ialah bekas menteri wilayah
Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni
Hanadzlah, bekas menteri undang-undang Shahidan Kassim dan bekas menteri
pembangunan luar bandar Noh Omar.

Kadir juga tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang berharap sesuatu dari pertemuan dengan Mahathir itu.

"Mesti ada di kalangan mereka yang berharap pertemuan dengan Tun Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat.

"Tetapi mereka silap besar. Pada 15 November Adnan Mansor dituduh di mahkamah kerana rasuah.

"Jumpa PM perkara biasa. Keluar masuk parti pun perkara biasa juga. Tetapi jenayah tetap jenayah," katanya lagi.

Sementara
itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut mengulang tweet
gambar itu dengan kapsyen "pertemuan sekret (rahsia)".

Pertemuan sekret.

[��SIRI 7��] "TABUNG HAJI : MELAYU ROMPAK, CINA JUGA DIHEBOHNYA..."

"Meet Anwar" Di Universiti Putra Malaysia (UPM) - Dialog Mahasiswa


 


Published on Dec 11, 2018
UPM, Serdang 10/12/2018

Wednesday, December 12, 2018

Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji diarah bela diri @ PAS doakan keselematanmu

Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji diarah bela diri:

Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas ketua pegawai
eksekutif syarikat bersekutu Tabung Haji - TH Heavy Engineering Bhd
(THHE) - yang didakwa atas lima pertuduhan pecah amanah dan empat
pertuduhan pengubahan wang haram agar membela diri.

Hakim Mahkamah
Sesyen Rozina Ayob berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes prima
facie terhadap Nor Badli Munawir Mohamad Alias ​​Latfi, 52.

Nor
Badli, yang diwakili peguam Kitson Foong, memberitahu mahkamah bahawa
beliau akan memberi keterangan dengan mengangkat sumpah.

Sebelum ini dilaporkan Nor Badli didakwa dengan lima pertuduhan pecah amanah berjumlah RM2.57 juta lima tahun lalu.

Nor
Badli didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
TH Heavy Engineering Bhd untuk melakukan pecah amanah terhadap lima cek
bernilai RM400,000, RM570,000, RM430,000, RM600,000 dan RM575,800 setiap
satu antara April dan Oktober 2013.

Dia
didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat TH Heavy Engineering
Fabricators Sdn Bhd di Level 23, Tower B, Menara UOA di Bangsar, Kuala
Lumpur.

Dia juga menghadapi empat tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Bagaimanapun, perbicaraan dijalankan secara bersama di Kuala Lumpur.

Rozina menetapkan 13 Feb tahun depan bagi Nor Badli untuk memasuki pembelaan.


Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira

Pencarum TH, orang Islam patutnya kini lebih gembira:

Dr Zaharuddin Abd Rahman  | 
Diterbitkan  | 


   
ULASAN | Saya berpandangan agar
tidak tidak wajar berlebihan berpolitik dalam hal Lembaga Tabung Haji
(TH) ini kerana institusi itu menuntut tadbir urus yang professional
lagi kemas, melangkaui kepentingan politik kepartian.

TH adalah untuk semua umat Islam di Malaysia malah menjadi suri teladan (role model) di peringkat antarabangsa.

Meletakkan
TH di bawah pemantauan dan seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak
sama sekali patut dilihat negatif, apatah lagi mengaitkannya dengan
sentimen perkauman dan agama.

Atau kononnya untuk melemahkan TH.
Bahkan sebenarnya langkah itu adalah untuk meningkatkan daya saing,
integriti dan ketelusan, malah menguatkan TH.

BNM sudah lama
berfungsi dan berpengalaman meregulasi, memantau dan memastikan keutuhan
sesebuah institusi kewangan yang beroperasi di Malaysia.

Ia
mengamalkan tadbir urus dan perakaunan yang memenuhi syarat, malah
pemilihan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan lembaga pengarah setiap bank
juga perlu kelulusan dan tapisan kelayakan oleh BNM.

Justeru BNM
sangat berpengalaman dan pakar sejak sekian lama menjaga seluruh
institusi kewangan iaitu bank, insuran dan takaful.

Bertanggungjawab dan profesional
Sangat banyak syarat ketat - tapi perlu - dilaksanakan,. Contohnya memastikan institusi perbankan untuk "maintain high-quality loss-absorbing capital" yang terdiri daripada Common Equity Tier 1 (CET1), which comprises paid-up capital, retained earnings and disclosed reserves, iaitu mesti mencecah 7 peratus daripada keseluruhan banking institution’s risk-weighted assets.

Ia adalah peningkatan berbanding 2 peratus sebelumnya.

Ini semua penting bagi menjaga kelangsungan sesebuah bank.

Berdasarkan
kenyataan wakil TH, bukanlah keseluruhan agensi itu diletakkan di bawah
BNM seperti bank-bank komersial, sebaliknya hanya untuk sebahagian
aspek penting.

BNM diyakini sangat berpengalaman dan pakar dalam urus tadbir dan audit kewangan (governance and financial audit). Audit BNM ini kelak mungkin bakal merangkumi:

  1. Amalan perniagaan adil, bertanggungjawab dan profesional
  2. Dasar berhemah, pengurus dan penyeliaan risiko
  3. Peralatan untuk pengurusan krisis dan pencegahan
  4. Rangkaian keselamatan kewangan
  5. Pasaran kewangan yang teratur
  6. Patuh syariah
Justeru
tidak perlu risau sama sekali akan campur tangan orang bukan Muslim ke
atas TH kerana BNM bekerja dengan profesional berdasarkan Akta Bank
Pusat 2009 serta sudah seakan mempunyai autonomi daripada Kementerian
Kewangan dalam melaksanakan tugasnya.

Ia juga melangkaui politik
kepartian. BNM sendiri mempunyai Majlis Penasihat Syariah. TH pula -
sebagaimana dalam Akta Tabung Haji - tidak terikat dengan BNM seperti
bank-bank komersial.

Dikompromi orang politik
Lembaga
Pengarah TH adalah pihak yang mesti menentukan hala tuju dan strategi
terbaru badan itu. Mereka semua beragama Islam. Merekalah juga yang
mempunyai kuasa menentukan pelaksanaan bersama pengurusan kanan TH yang
lain, bukannya BNM.

BNM hanya bertindak sebagai auditor bagi sebahagian bidang yang diserahkan oleh TH.

Justeru,
Muslim dan semua pencarum TH patut lebih gembira apabila agensi itu
diletakan di bawah pemantauan BNM kerana ia bakal menjamin:

  • Tiada
    - atau sekurang-kurangkan minimum - isu salah tadbir urus berlaku pada
    masa akan datang, khususnya yang melibatkan kepentingan politik
    kepartian
  • Sebarang perubahan polisi tertentu yang menyalahi
    amalan pentadbiran kewangan sihat dan perakaunan yang betul akan cepat
    dapat dikenal pasti
  • Pengurusan risiko yang kemas lagi ketat bagi
    menjaga jangka hayat TH serta menghalang TH daripada melabur ke tempat
    berisiko tinggi. Sebelum ini aspek berkenaan mungkin telah dikompromikan
    dengan arahan ‘orang politik’.
Kesimpulannya, adalah bagus
TH diletak di bawah kawal selia BNM yang professional dan juga ketat
bagi aspek audit dan tadbir urus.

Menurut sumber berautoriti yang
saya saya perolehi, TH tetap di bawah kuasa langsung perdana menteri
dan menteri hal ehwal agama, bukannya BNM atau Kementerian Kewangan.


DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ialah presiden Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), pakar
kewangan Islam dan profesor adjunct Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
Unisel. Rencana ini asalnya disiarkan pada akaun Facebook beliau.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.



Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji @ 'Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah.'

Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji

Dr Ashraf Md Hashim  | 
Diterbitkan  | 


   
Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan
kita sayang kepada organisasi ni. Secara ringkas, saya simpulkan:

Lembaga
Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah
firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti
untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH).

Tiada
arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat
sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana
dalam laporan kewangan.

Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga
pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen. Boleh minta
dari mana-mana ahli parlimen terdekat.

"Kawal Selia" oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM).

Tiada dalam Akta Tabung Haji yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada bawah BNM.

Cuma
lembaga pengarah mahukan secara self regulated, dari segi urus tadbir,
untuk BNM buat audit ke atas operasi TH. Sebagaimana BNM buat audit ke
atas semua bank-bank komersial yang lain. Melalui audit tersebut, salah
silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.

Dalam bab
ini, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada
salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat
dilakukan.

Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Akta Bank Negara.

"Kawal
selia' ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan
dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.

Sepanjang
lebih kurang empat bulan saya dalam lembaga pengarah tabung haji, dengan
mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga yang hampir setiap minggu,
saya boleh sahkan bahawa tiada lansung campur tangan politik, Mujahid
Yusof, apatah lagi menteri kewangan.

Untuk makluman, sebelum
dilantik, ana telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi "berkenalan",
mereka maklumkan hasrat untuk melantik saya ke dalam lembaga pengarah TH
dengan mandat:

"Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah".

Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, ana bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli-ahli lembaga yang lain.

Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya.


PROF DR ASHRAF MD HASHIMAhli Lembaga Pengarah Tabung Haji
Ahli Komiti Shari’ah International Islamic Liquidity Management Cooperation
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Ahli Komiti Shari’ah Tabung Haji
Ahli Persatuan Perbankan Islam Malaysia
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Ada permintaan BERSATU masuk Sabah - Muhyiddin


 
Diterbitkan  | 


   
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan ada permintaan untuk
parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan
pemimpin kanan Umno negeri itu bertindak keluar parti.

Muhyiddin
yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan untuk Bersatu ke Sabah
bergantung kepada beberapa perkara dan memerlukan pertimbangan Parti
Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri
bawah bayu itu.

"Yang penting kita tidak mahu timbul pertembungan
kepentingan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan
sumbangan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin Kuala Lumpur
(TSMCG) kepada 10 badan amal, di Kuala Lumpur hari ini.

Umno
Sabah dilaporkan lumpuh apabila pengerusinya Hajiji Mohd Noor bersama
sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk
menjadi anggota politik bebas.

Hajiji yang juga ketua Umno Tuaran
berkata tindakan keluar parti berkuat kuasa hari ini melibatkan lima
anggota parlimen, sembilan Adun dan dua senator.

Mengulas
lanjut, Muhyiddin menyifatkan perkembangan itu sesuatu yang baik untuk
PH, khususnya apabila kesemua yang keluar parti itu menyatakan sokongan
kepada parti yang menjadi kerajaan pusat.

Terdahulu, Muhyiddin menyerahkan replika cek sumbangan daripada TSMTG berjumlah RM100,000 kepada wakil 10 badan amal.

Antaranya
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Pusat Jagaan Titian OKU
Normah Adlan, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Pusat
Kebajikan Singh Malaysia.

- Bernama


Rahman Dahlan: Ada masih tidak kena dengan Umno

Rahman Dahlan: Ada masih tidak kena dengan Umno:

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •  



  • Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan yang namanya tidak
    berada dalam senarai pemimpin dan wakil rakyat Umno Sabah yang bertindak
    meninggalkan parti itu secara beramai-ramai percaya tindakan
    rakan-rakannya itu adalah isyarat bahawa ada sesuatu yang masih tidak
    kena dengan Umno hari ini.

    Malah dalam beberapa hantaran di
    Twitter, timbalan ketua Umno bahagian Tuaran itu berkata, hala tuju Umno
    masih terumbang ambing dengan banyak isyarat daripada pelbagai pemimpin
    atasan yang mengelirukan akar umbi.

    “Hala tuju parti masih terumbang-ambing. Banyak isyarat yang datang dari pelbagai pihak atasan mengelirukan akar umbi.

    “Sekejap
    ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke tengah. Enam bulan berlalu, Umno
    masih tidak mampu untuk memberi isyarat yang jelas ke mana halatuju
    parti ini mahu dibawa,” ciapnya.

    Walaupun
    tidak menjelaskan peristiwa dan kejadian mana yang dirujuknya, namun
    sejak kebelakangan ini ada pihak yang mendakwa tindakan pemimpin atasan
    Umno, khususnya presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang cuba berbaik
    dengan pemimpin PAS menimbulkan keresahan di kalangan ahli Umno di
    Sabah.

    Menuding jari
    Sabtu
    lalu, Umno bergandingan dengan PAS bagi menjayakan himpunan membantah
    Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd) di
    Kuala Lumpur.

    “Dalam konteks Sabah, keunikan politiknya gagal
    dibaca oleh Umno pusat pasca PRU14. Tidak ada usaha libat urus atau
    engagement yang konsisten dan substantif sejak PRU14.

    “Sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, saya tidak terkejut dengan tindakan pemimpin-pemimpin kanan Umno Sabah yang keluar parti.

    “Saya tidak salahkan mereka. Itu hak mereka apabila mereka sudah menimbang semua aspek politik Sabah.

    “Selepas
    ini akan ramai menunding jari, namun tidak ramai yang akan mengaku
    bahawa kecelaruan hala tuju Umno adalah salah satu penyebab kenapa
    pemimpin Umno Sabah membuat keputusan untuk keluar dari Umno,” katanya.

    Umno Sabah lumpuh
    Umno
    Sabah hari ini lumpuh selepas hampir semua anggota jawatankuasa badan
    perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Hajiji Mohd Noor
    mengumumkan keluar parti.

    Hajiji yang juga Adun Sulaman, berkata
    semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan
    Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.

    Tindakan keluar parti
    yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan
    Adun dan dua senator, kata Hajiji yang juga adalah ketua Umno Tuaran.

    Lima
    anggota Parlimen itu ialah Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa
    (Sipitang), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan
    Rahim Bakri (Kudat), katanya.

    Selain Hajiji, lapan lagi Adun ialah
    Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk),
    Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih
    (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas).

    Dua senator Umno yang keluar parti pula ialah Ghani Yassin dan John Ambrose.

    Umno
    bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat,
    Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar,
    Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan,
    Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.

    Baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.


    UMNO/BN terus tersungkur di Sabah. Adakah ini termakan sumpah "cash is king" rejim DS Najib.

     

    Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno:

    Diterbitkan  | 
    Dikemaskini



    Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak adalah
    antara pemimpin Umno Sabah yang bertindak meninggalkan parti itu, petang
    tadi.

    Salleh adalah antara mereka yang lantang membela dan
    mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum BN dan Umno
    tumbang pada pilihan raya umum lalu.

    Najib melantik Salleh, yang
    adalah bekas ketua menteri Sabah, sebagai anggota kabinetnya pada tahun
    2015. Terdahulu beliau dilantik sebagai senator.

    Salleh hadir pada
    sidang akhbar di Kota Kinabalu petang ini bersama puluhan ahli parlimen
    dan Adun Umno Sabah yang mengumumkan keputusan mereka untuk menjadi
    wakil rakyat Bebas.

    Walau bagaimanapun, mereka yang meninggalkan
    Umno itu berjanji untuk menyokong Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Dr
    Mahathir Mohamad.

    Salleh adalah pengkritik lantang apabila Mahathir sering membidas Najib terutamanya, berhubung skandal 1MDB.

    Pada
    pilihan raya 9 Mei lalu, bekas menteri itu tewas di kerusi Parlimen
    Kota Belud dalam pertandingan empat penjuru. Kerusi itu dimenangi oleh
    Isnaraissah Munirah Majilis alias Fakharudy dari Parti Warisan Sabah.

    Sementara itu, Pandikar Amin Mulia, yang juga adalah Speaker Dewan Rakyat selama dua penggal, urut meninggalkan Umno Sabah.

    Menjelang pilihan raya umum 2018, Pandikar mengumumkan hasratnya mahu bertanding semula dan kembali aktif dalam politik.

    Namun, hasratnya tidak tercapai apabila beliau tidak dilantik sebagai calon.

    Umno
    Sabah hari ini lumpuh selepas hampir semua anggota jawatankuasa badan
    perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Hajiji Mohd Noor
    mengumumkan keluar parti.

    Pada sidang media di Kota Kinabalu,
    Hajiji yang juga Adun Sulaman, berkata semua ketua bahagian kecuali
    Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar
    parti.

    Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini
    melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan Adun dan dua senator, kata
    Hajiji yang juga adlah ketua Umno Tuaran.

    Lima anggota Parlimen
    itu ialah Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Azizah
    Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan Rahim Bakri (Kudat),
    katanya.

    Menurut Hajiji selain beliau, lapan lagi Adun ialah
    Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk),
    Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih
    (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas).

    Menurut Hajiji, dua senator Umno yang keluar parti ialah Ghani Yassin dan John Ambrose.

    Umno
    bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat,
    Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar,
    Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan,
    Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.

    Menurut Hajiji baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.

    Tindakan
    keluar parti itu turut melibatkan ketua Puteri semua Umno bahagian
    sementara Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata pemimpin
    sayap tersebut belum membuat keputusan.


    Muhyiddin: Status Taman Negara berbeza dengan tanah kesultanan


    Muhyiddin: Status Taman Negara berbeza dengan tanah kesultanan: .

    Geraldine Tong  | 
    Diterbitkan  | 
    Dikemaskini

    Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kedudukan
    Pulau Kukup sebagai Taman Negara yang diwartakan tidak sama dengan
    klasifikasi sebagai tanah kesultanan.

    Beliau berkata Enakmen Taman
    Negara Johor digubal ketika beliau menjadi menteri besar negeri itu
    antara 1986 hingga 1995, untuk melindungi semua taman negara di situ.

    "Ada
    keputusan daripada pihak tertinggi yang mengatakan kita akan
    menjadikannya taman negara. Tetapi ada perbezaan dengan apa yang saya
    buat ketika itu dengan apa yang berlaku sekarang. Statusnya sedikit
    berbeza.

    "Ia boleh kekal sebagai taman negara tanpa dibatalkan
    wartanya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling
    Jaya hari ini.

    "Tetapi untuk menukarnya kepada tanah kesultanan, statusnya sudah sedikit berubah.

    "Walaupun
    mereka mengatakan akan melakukan segalanya agar ia kekal sebagai taman
    negara, pemilikannya telah berubah," katanya lagi.

    Muhyiddin merayu agar Sultan Johor mengembalikan pewartaan Pulau Kukup sebagai Taman Negara.

    Beliau berkata jika pewartaan Pulau Kukup dikembalikan, semua orang boleh memasukinya tanpa memerlukan kebenaran pihak tertentu.

    Katanya, warta itu juga merupakan mekanisme yang lebih baik untuk mengekalkan pulau itu sebagai taman negara.

    "Apa-apa pun, ini adalah pandangan peribadi saya dan sebagai orang Johor, saya bukanlah orang luar," katanya lagi.

    Pulau
    Kukup yang terletak di Pontian adalah salah satu daripada sebilangan
    kecil lahan basah yang masih kekal asli di Asia Tenggara, dan satu
    daripada lima tapak Ramsar di Malaysia.

    Tapak Ramsar adalah lahan
    basah yang mempunyai kepentingan antarabangsa berdasarkan Konvensyen
    mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa PBB.

    'Hilang perlindungan undang-undang'

    Menurut
    laporan, kerajaan BN sebelum ini telah membatalkan pewartaan Pulau
    Kukup sebagai Taman Negara agar ia diklasifikasikan sebagai tanah
    kesultanan.

    Ini
    bermakna pulau itu hilang status di sisi undang-undang sebagai taman
    negara dan statusnya bergantung kepada Sultan Johor - pemilik kepada
    tanah kesultanan.

    Sebelum ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
    Dr Xavier Jayakumar berkata kabinet memutuskan pulau itu perlu kekal
    sebagai taman negara.

    Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan
    Ibrahim kemudian membidas Xavier, mengatakan 'orang luar' tidak perlu
    masuk campur dalam hal negeri itu.

    Dalam sidang media hari ini,
    Muhyiddin juga menjelaskan beliau mewujudkan Enakmen Taman Negar Johor
    untuk memastikan taman seumpama itu dijaga bawah Johor Land Corporation.

    "Jadi apabila saya dengar wartanya dibatalkan, saya berasa marah, untuk apa saja sebab (nyahwarta itu)," katanya lagi.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...