Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Friday, December 9, 2016

Che Det @ PEMBATALAN



Terbaru dari Che Det
PEMBATALAN
8 Dec 2016

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:
“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”
Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.
Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.
Sekian.
Terima Kasih.

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru, telah dibatalkan.
Rafidah bertanya sama ada kehadiran Dr Mahathir dianggap oleh pihak pihak tertentu akan mencemarkan majlis tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berpalit dengan skandal adalah yang sebenarnya membawa 'kesipuan', tetapi beliau tidak menamakan sesiapa.
"Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa "kesipuan" kepada apa jua majlis.
"Tidak begitu?" kata Rafidah dalam satu catatan di Facebook.
Dalam surat dari pemegang mohor raja-raja bertarikh 5 Disember, Dr Mahathir telah dimaklumkan bahawa jemputan kepada beliau telah ditarik balik untuk mengelak "kesipuan", kerana tempat duduk tidak disediakan untuknya.
Menurut Rafidah, Dr Mahathir telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh Yang di-Pertuan Agong dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput.

Friday, September 23, 2016

Tun Mahathir Menolak Hadiah Tanah di Putrajaya Semasa Meletak Jawatan PM

MEMPERTAHANKAN NAJIB 

Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on September 22, 2016

Hasil carian imej untuk tun mahathir letak jawatan



1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.
2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.
4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.
5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit.
9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.
15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.
16. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”. Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.
17. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.
18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.
19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?
20. Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.
21. Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.
22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.
23. Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.
24. Apakah sebabnya yang Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan pelawak Apandi.
25. Kenapakah undang-undang Negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.
26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.
27. Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.
28. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.

sumber : MEMPERTAHANKAN NAJIB 


Monday, August 12, 2013

Kenapa DULU Tun Mahathir Tidak Pilih Najib Untuk Gantinya Sebagai PM .... ( video )

Saya terjumpa satu video youtube lama bertarikh 5 Ogos 2008 dimana Tun Mahathir menjawab soalan yang diberikan secara berani dan direct kenapa beliau pilih PakLah dan bukannya Najib sebagai PM menggantikan tempatnya.

Saja suka-suka ..... apapun perlu diingat, kenyataan ini sudah berusia 5 tahun. Pandangan manusia berubah2 apalagi berkaitan politik.



KLiK ke Youtube 

Sunday, July 28, 2013

Ucapan kontroversi Ayahanda Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu. Apa yang Ayahanda Tun cakap itu adalah benar, jika diabaikan, nescaya harapan kita akan musnah! Berikut dipaparkan antara intipati ucapan beliau ........

UCAPAN KONTROVERSI TUN M YANG BENAR BELAKA...


Ucapan kontroversi Ayahanda Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Apa yang Ayahanda Tun cakap itu adalah benar, jika diabaikan, nescaya harapan kita akan musnah! Berikut dipaparkan antara intipati ucapan beliau ........



1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.


2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.


3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”


4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”


5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”


6 - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. “Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam” 


7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.


8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.


9 - “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.


10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” 


11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”


12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”


Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.


Pemimpin UMNO dan pemimpin Melayu.... ambillah iktibar daripadanya..... lakukan perubahan!!!!

Tuesday, April 30, 2013

PRU-13 Ceramah Umum : Jawapan Tun Mahathir Terhadap Pembangkang

"Tangkaplah Saya, Heretlah Saya Ke Mahkamah" - Dr Mahathir #TolakPR #PRU13 #Vote4BN 

KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

"Terkejut saya, pucat muka saya..." kata Dr Mahathir

 

Kalau Karpal Singh ingat dia boleh gempak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dia silap orang. Ini komen Dr Mahathir mengenai tindakan Karpal yang 'ugut' hendak penjarakan beliau jika pembangkang menang PRU ini.

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Semalam Karpal yang juga Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, Kuala Pilah, Isnin.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol Abu Samah Mahat.
 

Dalam artikel terbarunya LIBEL, Tun Mahathir telah menjelaskan pendirian tegasnya ketika menyahut cabaran Karpal yang mahu menyaman beliau sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa Lim Kit Siang sebagai RASIS.

Saya terjemahkan -

1 - Kit Siang ternyata telah belajar dari cara Anwar bila tidak dapat menjawab sebarang kritikan, senyapkan pengkritik dengan ancaman SAMAN sekiranya kritikan itu tidak ditarik balik. Proses perundangan yang lama mampu menyelamatkan Kit Siang dari perlu menjawab terus kritikan tersebut.

1. The DAP’s Kit Siang has learnt a lot from Anwar Ibrahim, the PKR leader. When unable to counter a critic, silence him by threatening to take libel action in court if the statement is not withdrawn. A long drawn hearing in the court with many postponements, will relieve Kit Siang from having to answer his critic.

2 -Sekarang dia hendak menyaman saya kerana menggelarnya sebagai RASIS. Saya sendiri telah digelar sebagai Rasis beratus kali ganda ! Namun saya tidak pernah menyaman sesiapa pun. Saya seorang ahli politik dan kita adalah sebuah negara demokrasi. Saya percaya kepada Kebebasan Bersuara. Jika musuh politik saya memanggil saya dengan gelaran, saya boleh saja balas atau saya boleh melakukan sesuatu untuk buktikan mereka salah.

2. Now he wants to sue me for calling him a racist. I have been called a racist and an ultra hundreds of times. I never sued anyone. I am a politician and ours is a democratic nation. I believe in free speech. If my political opponents call me names, I can reply or I can do something to prove them wrong.

3 - Saya digelar Ultra Melayu ketika menjadi TPM. Tapi waktu Pru 1999 , orang Melayu tidak menyokong saya. Undi kaum cina yang telah memberikan saya kemenangan 2/3 majoriti. Kebetulan pula, Kit Siang dan Karpal Singh, mereka yang paling lantang menggelar saya Melayu rasis, kalah ketika itu.

3. I was called a Malay ultra when I became the Deputy Prime Minister. Yet in the 1999 Elections the Malays did not support me. It was Chinese votes which gave me a two-thirds majority. Incidentally Kit Siang and Karpal Singh, the loudest in calling me a Malay racist, lost in that election.

4 - Saya ulangi Kit Siang adalah Rasis bila menggunakan slogan Malaysian Malaysia dan memperjuangkan Meritokrasi.

4. I reiterate that Kit Siang is racist when using the Malaysian Malaysia slogan and calling for meritocracy. 

5 - Dalam blog limkitsiang.com, satu artikel oleh penulis bernama Lee Hwa Beng ada menyatakan, " ini menunjukkan MCA menang kerusi2 dikawasan yang pelbagai kaum dimana terdapat kurangnya pengundi cina dan kalah dikawasan yang majoritinya orang cina.

5. In blog.limkitsiang.com an article by Lee Hwa Beng states “This shows MCA won mainly in mixed seats where there are fewer Chinese voters while it lost in the Chinese majority seats.

6 -Kita boleh buat kesimpulan yang MCA menang hasil sokongan orang Melayu bukannya undi orang cina."
Ayat itu berkaitan KAUM dan menafikan dakwaan kononnya soal kaum dan ugama tidak lagi menjadi isu dalam politik negara.

6. One can deduce therefore, that the MCA won with the support of Malay rather than Chinese votes.” It is all about race and it belies the claim that race and religion are no longer issues in Malaysian politics.

7 - Kesimpulan penulis itu adalah DAP menang hanya dikawasan yang majoritinya orang cina.

7. The conclusion of the writer is that the DAP won only where the Chinese are in the majority.

8 - MCA bukan bersifat perkauman kerana ia disokong oleh orang Cina, Melayu dan India. Jika DAP tidak memainkan KECINAANNYA, ia tidak boleh menang. Sebab itulah Kit Siang memilih Gelang Patah dimana 53% pengundinya adalah orang Cina. Sebaliknya, dengan memilih untuk bertaanding disitu Ghani akan membuktikan yang Cina Johor menghargai hubungan baik mereka dengan orang Melayu. Ini terbukti dimasa2 lalu dimana Johor telah menang 100%.

8. The MCA is not racial because it is supported by Chinese, Malays and Indians. If the DAP does not play on its Chineseness, it cannot win. That is why Kit Siang chooses Gelang Patah where 53% of the voters are Chinese. By contesting there, Ghani is going to prove that Johore Chinese care for the friendship with the Malays. This was so in the past, when the Barisan Nastional won in that constituency, when Johore scored 100% victories.

9 - Artikel Kit Siang mendakwa Gelang Patah sebagai contoh masyarakat majmuk Malaysia kerana memiliki 53% cina, 33% Melayu dan 12% India. Adakah ini benar2 contoh masyarakat majmuk Malaysia ? Malah Gelang Patah sendiri tidak mewakili kawasan2 lain di Johor apalagi Malaysia. Jika beliau dakwa ia sebagai contoh masyarakat bandar, saya akan setuju tapi pastinya bukan melambangkan contoh masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

9. Kit Siang’s article claims that Gelang Patah is a microcosm of Malaysian society, because it has 53% Chinese, 33% Malay and 12% Indian. Does this really represent a microcosm of Malaysian society? Gelang Patah is in fact not even the norm in Johore, much less in Malaysia. If he had said it is a microcosm of the urban society, I would agree, certainly not the racial mix and distribution in Malaysia.

10 - Dalam satu artikel di blog limkitsiang.com karya Sakmongkol, tajuknya sendiri sudah cukup memberi penjelasan.

10. In another of blog.limkitsiang.com article by Sakmongkol, the heading speaks for itself.

11 - Ia nyatakan - " Kepulangan Lim ke Johor menyemarakkan orang Cina "

11. It says “Lim’s return to Johore emboldens the Chinese.”

12 - Sekali lagi ia menekankan faktor KAUM, KECINAAN Gelang Patah yang menyebabkan Kit Siang memilih untuk bertanding di sana. Penulis menulis lagi " Kita  ( Kit Siang adalah DAP ) berpeluang menghapuskan MCA ( sebuah parti Cina yang percaya kepada perkongsian dengan kaum2 lain dalam BN ). Seterusnya beliau menyatakan ia bertujuan untuk menggantikan MCA sebagai parti pilihan orang Cina. Sekali lagi penekanannya adalah KAUM, atas dasar kaum cina semata2 bukannya sebagai rakyat Malaysia. MCA digambarkan sebagai balaci orang Melayu. Apakah DAP mahu menjadi TAIKO / TUAN pula dalam Pakatan ? Di Malaysia tidak ada satu kaum pun yang boleh memerintah negara berbilang kaum ini, melalui proksi atau sendirian.

12. Again the emphasis is on race, the Chineseness of Gelang Patah which causes Kit Siang to choose Gelang Patah. The writer went on to say that “We (Kit Siang is DAP”) have a chance to wipe out the MCA (a Chinese party which believes in kongsi with other races of the Barisan Nasional). Further it averred that the DAP does so to replace the MCA as the party of choice for the Chinese. Again the emphasis is racial, on the choice of the Chinese alone and not on Malaysians. MCA is pictured as the lackey of the Malays. What is the DAP going to be in Pakatan, the kingmaker, the master. In Malaysia no one race can rule this multiracial country, by proxy or otherwise.

13 - Seterusnya ia menulis, " Kepulangan Kit Siang ke Johor akan memberi makna dan tujuan kepada Cina Malaysia".

13. Further on it says, “Kit Siang’s return to Johore is giving meaning and purpose to the Malaysian Chinese.”


14 - Bagaimana dengan rakyat Malaysia yang lain ? Apakah mereka tidak penting ? Tidakkah kaum lain juga berhak berkongsi kuasa dan kekayaan negara berbilang kaum ini ?


14. What about other Malaysians? Don’t they count? Aren’t they deserving of a share in the power and the wealth of this multiracial nation?

15 - Dalam semua penulisan berkenaan Kit Siang, akan sentiasa ada rujukan kepada isu2 berkaitan kaum Cina. Isu2 Melayu seperti kemiskinan mereka dan keperluan Melayu untuk lebih terlibat dalam ekonomi negara langsung tidak mendapat perhatian atau sokongan dari Kit Siang.

15. In everything written about Kit Siang, there will always be reference to Chinese racial issues. Malay issues such as their poverty, their need to be more involved in the economy of the country, merit no analysis and support from Kit Siang.

16 - Sebab itulah saya menggelar Kit Siang sebagai RASIS. Saya tidak akan merasa tergugat dengan ancaman saman beliau. Ia tindakan yang tidak membebankan beliau dari segi kewangan.Waktu Anwar kalah dalam saman RM100juta terhadap saya, beliau hanya perlu bayar kos RM70,000. Tapi jika saya kalah, saya boleh jadi bangkrap.

16. That is why I called him a racist. I will not be intimidated by his threat to sue me. I know it is cheap for him. When Anwar lost in his RM100 million suit against me, he had only to pay cost of RM70,000. Had I lost I may be bankrupted.

17 - Karpal amat memahami perkara ini dan beliau juga arif dengan aksi tunda menunda kes dimahkamah. Prospek untuk menSENYAPkan saya pastinya kelihatan menarik dan bijak dari sudut politik. TAPI saya tidak akan mampu disenyapkan. Jika ahli politik takut untuk digambarkan sebagaimana diri mereka yang sebenar, lebih baik mereka pilih kerjaya yang kurang mencabar.

17. Karpal knows this very well and knows about delays in court proceedings. The prospect of silencing me must look very attractive and politically smart. But I will not be silenced. If politicians fear being painted in their true colour, then take up some less challenging jobs.

                              ****************

PS - Maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan saya.

Nah ! Tun Mahathir sudah berikan point2nya kenapa beliau menggelar Lim Kit Siang sebagai RASIS dan walaupun diancam dengan Saman oleh Karpal Singah, Tun bukan saja mengulangi dakwaan RASISnya terhadap Kit Siang malah -

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis". KLiK

Menarik untuk menanti reaksi Lim Kit Siang dan Karpal !



 

Sunday, April 21, 2013

VIDEO PERSPEKTIF POLITIK - Tun Mahathir Menyatakan Kebenaran Tentang Musuh Politiknya.

TUN M DI HARI PENAMAAN CALON DUN AYER HITAM !!! LIKE FATHER LIKE SON - BERJIWA RAKYAT !!!

Sempoi dan selamba je Tun Dr Mahathir lepak-lepak tepi longkang bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Benar-benar pemimpin berjiwa rakyat.
Tun Dr Mahathir di hari penamaan calon bagi memberikan semangat kepada Putera Bongsunya, Dato' Mukhriz yang dicalonkan bagi DUN Ayer Hitam.

PERSPEKTIF POLITIK - Tun Mahathir : Kenapa saya Pecat Anwar Ibrahim? 

 

PERSPEKTIF POLITIK - Tun Mahathir : Nik Aziz Cemarkan Dirinya Sendiri 

 

PERSPEKTIF POLITIK - Tun Mahathir : Cukuplah Wahai Lim kit Siang

 

PERSPEKTIF POLITIK - Zulkifli Noordin : Sejuta Risalah,Qardhawi Sokong Anwar jd PM?

 

PERSPEKTIF POLITIK - Bersama Dato Sidek Baba "Sebab Tinggalkan Anwar" Part-1

  

PERSPEKTIF POLITIK - Bersama Dato Sidek Baba "Sebab Tinggalkan Anwar" Part-2 

Cendiakawan tinggal Anwar tanpa paksaan . Tun Mahathir pun Kena Tipu!!!

Satu pendedahan yang menarik dari Tun Dr Mahatir buat rakyat Malaysia untuk memahami dan mengenali segala kisah silam yang membuatkan Tun Dr Mahathir sendiri terjebak tertipu dengan manusia pelbagai wajah yang bijak berdrama



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Bukan mudah untuk menyakinkan orang ini, sebenarnya saya sendiripun apabila diberi maklumat berkenaan Datuk Seri Anwar dengan moral rendah yang ada pada dirinya, saya pun sukar untuk mempercayai.

"Tetapi, apabila diberi keterangan, akhirnya saya terimalah laporan yang disampaikan kepada saya.

"Dr Sidek Baba mengambil masa yang lebih panjang, demikian juga dengan Dr Chandra Muzaffar dan Zulkifli Nordin, orang ini semua begitu dekat dengan Datuk Seri Anwar, ” katanya di PICC, Putrjaya 10 April


Monday, April 15, 2013

MARI KITA BERSELOKA BERSAMA TUN MAHATHIR... GELAK !GILA !GILO!BEB!!!

Kah Kaah Kaahh...! Sakit Perot Ketawa Tengok Video Klip Tun Dr M Belasah Nik Aziz


 
TUN M Bidas Nik Aziz " Solat UMNO Tak Dapat Pahala " 
 
 
Doa dan Harapan Tun M agar Mahfuz Omar sedar bahawa Pas Bukan Pejuang Islam yang sebenarnya.

Thursday, April 4, 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad Bersyukur Kepada Allah S.W.T , Cik Non dan Rakan-rakan sedar.

PRU-13: Pertandingan Parti Bukan Orang Perseorangan -- Tun M 

  

Perjumpaan Mohon Maaf Cikgu Non Serta Kepimpinan Ulama Pondok Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan semua pihak bahawa pilihan raya merupakan satu pertandingan antara parti bukan orang perseorangan kerana hanya parti yang menang boleh menubuhkan sesebuah kerajaan.
Sehubungan itu, kesetiaan kepada parti katanya, amat dituntut untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Saya nak ingatkan kepada semua pihak bahawa pilihan raya adalah pertandingan antara parti bukan antara orang perseorangan dan kalau nak tubuh kerajaan, ia mesti dipilih daripada parti yang menang.
“Jangan kira siapa jadi calon…kalau kita letak calon MCA, UMNO dan MIC mesti sokong dan kalau kita letak calon UMNO pula, MCA dan MIC juga mesti sokong untuk pastikan kemenangan BN.
“Apabila parti menang, kita dapat tubuh kerajaan…lebih kuat kerajaan itu, lebih baiklah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan ustaz pondok negara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pagi tadi.
Mengulas pembubaran Parlimen yang diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi, Tun Mahathir berkata, walaupun Parlimen dibubarkan kelmarin atau minggu lepas sekalipun, beliau yakin BN akan memenangi pilihan raya kali ini.
Namun, beliau berpendapat peluang mendapat majoriti 2/3 mungkin sukar sedikit tetapi mengakui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin meningkat.
“Ada bukti menunjukkan sokongan kaum Cina sudah berubah dan mereka kini bersedia berjumpa dan mendengar hasrat yang diutarakan pemimpin BN,” katanya lagi.
Sementara itu, beliau mencadangkan agar Lim Kit Siang agar bersara daripada arena politik dan memberi laluan kepada calon muda untuk bertanding PRU-13.
“Eloklah Kit Siang ikut teladan saya yang ambil keputusan bersara dengan letak jawatan pada 2003 meskipun ramai mengakui beliau adalah pemimpin yang berpengaruh.
“Tetapi apabila tiba masanya, dia kena tarik diri dan bagi peluang kepada orang muda untuk bertanding. Dia ingat dia nak tongkat langit, kalau dia tak ada, langit akan runtuh,” katanya lagi.
Untuk galeri gambar – KLIK SINI 

Tuesday, March 26, 2013

"Perang GERILA": Apa Kata Tun M...? kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat.

"Perang GERILA": Apa Kata Tun M...?


Pada tahun 1990, ketika saya bertemu kali pertama dengan Nelson Mandela selepas pembebasannya, perkara pertama yang beliau tanyakan kepada saya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis).
Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya, dan beliau diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan. Jadi bagaimana Malaysia mengalahkan gerila?
Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan gerila di Malaysia.
Pertama ialah keputusan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang dikawal. Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat.
Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia menguruskan gerila. Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di Malaysia berdasarkan kejahilan.
Ya, di Filipina, Moro menjalankan perang gerila selama beberapa dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan. Akhirnya, MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk wilayah tersebut.
Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan sedar bahawa perang gerila boleh terjadi. Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil dan selamat. Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan Suluk.
Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan. Benar terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda dan hati majoriti rakyat.
Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula orang-orang yang terdedah kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan kita mempunyai wang untuk melakukannya.
Dan yang paling penting adalah kita mempunyai pasukan keselamatan untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia.
Askar dan polis yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat terlatih dan dilengkapi dengan baik. Pasukan keselamatan Malaysia telah mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila.
Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka tidak berkesan. Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh. Ia hampir menjadi perang peribadi untuk mereka.
Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada 'anak-anak lelaki kita' yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah benar. Kematian dan kecederaan sebenar. Jika kita merasa selamat dan terjamin, jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati mempertahankan kita.
Jika mereka tiada, apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini juga. Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa kepastian mengenai keselamatan kita.
Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja. Ada yang bekerja untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak mengambil mudah. Lihatlah sekeliling kita, lihatkan Timur Tengah atau Asia Selatan atau Amerika Latin. Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan di Amerika dan Eropah.
Kemudian melihat semula ke dalam negara kita. Saya fikir terdapat banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan.-
Terjemahan Agenda Daily

Sunday, March 3, 2013

KENYATAAN TUN DR MAHATHIR TENTANG INSIDEN BERDARAH DI SABAH!

TERKINI! VIDEO KENYATAAN TUN DR MAHATHIR TENTANG INSIDEN BERDARAH DI SABAH! #LahadDatu 

 




Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan tiada pilihan lain kecuali melancarkan serangan balas terhadap penceroboh di Lahad Datu, dekat Sabah dan bersedia menghadapi kemungkinan serangan hendap yang berterusan di masa akan datang.

“Saya berpendapat kerajaan cukup berhati-hati dalam menangani isu ini dan berharap ia dapat diselesaikan tanpa pertumpahan darah.

“Tetapi malangnya berlaku pertumpahan darah dan usaha kerajaan kita tidak dihargai oleh penceroboh dari Sulu hingga sanggup membunuh anggota pasukan keselamatan negara.


“Sekarang ini, tiada jalan lain di pihak kerajaan selain melancarkan serangan balas supaya penceroboh dapat dihapuskan kerana mereka yang menyerang Sabah bukan kita yang menyerang mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Himpunan Rakyat anjuran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di Dataran Bagan Serai yang dihadiri hampir 13,000 rakyat jelata dari sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar.

Beliau berkata, isu ini tidak akan tamat begitu sahaja sebaliknya pihak penceroboh akan cuba melaksanakan serangan hendap di masa akan datang dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan.

Tambahnya, kerajaan perlu membuat persediaan awal untuk menghadapi serangan hendap yang berturut-turut selepas ini.

Katanya lagi, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu dihantar untuk mengawal kemasukan sebarang bot dari selatan Filipina seperti bahagian Tawi-tawi dan Jolo kerana penceroboh mungkin cuba menyeludup bekalan senjata.

Ditanya mengapa pasukan tentera tidak dikerah untuk menangani isu itu di peringkat mula, Mahathir berkata, dalam negara ini, soal keselamatan negara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ancaman dari luar dan dalam negara.

FOTO: ASP ZULKIFLI MAMAT DALAM KENANGAN !!! AL-FATIHAH !!!


Gambar arwah ASP Zulkifli (kiri sekali) bersama pasukannya. Arwah terkorban dalam jihad paling suci demi mempertahankan negara !!!

Al-fatihah...

“Pada mulanya kita lihat insiden di Lahad Datu ini bukan serangan luar kerana mereka berada dalam wilayah kita tetapi kini jelas serangan ini datang dari luar. Jusuteru itu, pihak tentera sudah diarah untuk mengambil bahagian,” katanya.

Beliau menambah lagi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebagai penghasut dengan menawarkan janji kepada rakyat Sabah dan Kesultanan Sulu bahawa mereka akan mendapat 20 peratus royalti minyak serta status wilayah autonomi kepada negeri berkenaan.

“Jadi mereka (kumpulan) ini yakin dan percaya akan dapat menawan Sabah dan menubuhkan wilayah autonomi yang akhirnya bakal mencetuskan perang di negara kita,” tegas beliau lagi.

Mantan Perdana Menteri itu juga berkata, pada awalnya kerajaan begitu berhati-hati dalam menangani isu berkenaan kerana ramai rakan dan ahli keluarga penceroboh berada di Sabah.

“Sebab itu, kita berhati-hati pada mulanya kerana mereka juga umat Islam dan kita tidak mahu tergesa-gesa bunuh orang Islam. Apabila mereka tunjuk niat jahat dengan menembak mati dua anggota polis kita, maka kita tidak boleh anggap ia peristiwa yang boleh diselesaikan menerusi rundingan.

“Tindakan keras yang mungkin sebabkan ramai anggota penceroboh terbunuh dan rakyat kita juga menjadi mangsa akan berlaku tetapi tindakan keras harus diambil,” katanya lagi. - Perak Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...