Kalau Karpal Singh ingat dia boleh gempak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dia silap orang. Ini komen Dr Mahathir mengenai tindakan Karpal yang 'ugut' hendak penjarakan beliau jika pembangkang menang PRU ini.
"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".
Semalam Karpal yang juga Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya.
Menurut Dr Mahathir Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.
"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.
"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, Kuala Pilah, Isnin.
Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu PAS juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.
"Dulu PAS kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.
Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol Abu Samah Mahat.
Dalam artikel terbarunya LIBEL, Tun Mahathir telah menjelaskan pendirian tegasnya ketika menyahut cabaran Karpal yang mahu menyaman beliau sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mendakwa Lim Kit Siang sebagai RASIS.
Saya terjemahkan -
1 - Kit Siang ternyata telah belajar dari cara Anwar bila tidak dapat menjawab sebarang kritikan, senyapkan pengkritik dengan ancaman SAMAN sekiranya kritikan itu tidak ditarik balik. Proses perundangan yang lama mampu menyelamatkan Kit Siang dari perlu menjawab terus kritikan tersebut.
1. The DAP’s Kit Siang has learnt a lot from Anwar Ibrahim, the PKR leader. When unable to counter a critic, silence him by threatening to take libel action in court if the statement is not withdrawn. A long drawn hearing in the court with many postponements, will relieve Kit Siang from having to answer his critic.
2 -Sekarang dia hendak menyaman saya kerana menggelarnya sebagai RASIS. Saya sendiri telah digelar sebagai Rasis beratus kali ganda ! Namun saya tidak pernah menyaman sesiapa pun. Saya seorang ahli politik dan kita adalah sebuah negara demokrasi. Saya percaya kepada Kebebasan Bersuara. Jika musuh politik saya memanggil saya dengan gelaran, saya boleh saja balas atau saya boleh melakukan sesuatu untuk buktikan mereka salah.
2. Now he wants to sue me for calling him a racist. I have been called a racist and an ultra hundreds of times. I never sued anyone. I am a politician and ours is a democratic nation. I believe in free speech. If my political opponents call me names, I can reply or I can do something to prove them wrong.
3 - Saya digelar Ultra Melayu ketika menjadi TPM. Tapi waktu Pru 1999 , orang Melayu tidak menyokong saya. Undi kaum cina yang telah memberikan saya kemenangan 2/3 majoriti. Kebetulan pula, Kit Siang dan Karpal Singh, mereka yang paling lantang menggelar saya Melayu rasis, kalah ketika itu.
3. I was called a Malay ultra when I became the Deputy Prime Minister. Yet in the 1999 Elections the Malays did not support me. It was Chinese votes which gave me a two-thirds majority. Incidentally Kit Siang and Karpal Singh, the loudest in calling me a Malay racist, lost in that election.
4 - Saya ulangi Kit Siang adalah Rasis bila menggunakan slogan Malaysian Malaysia dan memperjuangkan Meritokrasi.
4. I reiterate that Kit Siang is racist when using the Malaysian Malaysia slogan and calling for meritocracy.
5 - Dalam blog limkitsiang.com, satu artikel oleh penulis bernama Lee Hwa Beng ada menyatakan, " ini menunjukkan MCA menang kerusi2 dikawasan yang pelbagai kaum dimana terdapat kurangnya pengundi cina dan kalah dikawasan yang majoritinya orang cina.
5. In blog.limkitsiang.com an article by Lee Hwa Beng states “This shows MCA won mainly in mixed seats where there are fewer Chinese voters while it lost in the Chinese majority seats.
6 -Kita boleh buat kesimpulan yang MCA menang hasil sokongan orang Melayu bukannya undi orang cina."
Ayat itu berkaitan KAUM dan menafikan dakwaan kononnya soal kaum dan ugama tidak lagi menjadi isu dalam politik negara.
6. One can deduce therefore, that the MCA won with the support of Malay rather than Chinese votes.” It is all about race and it belies the claim that race and religion are no longer issues in Malaysian politics.
7 - Kesimpulan penulis itu adalah DAP menang hanya dikawasan yang majoritinya orang cina.
7. The conclusion of the writer is that the DAP won only where the Chinese are in the majority.
8 - MCA bukan bersifat perkauman kerana ia disokong oleh orang Cina, Melayu dan India. Jika DAP tidak memainkan KECINAANNYA, ia tidak boleh menang. Sebab itulah Kit Siang memilih Gelang Patah dimana 53% pengundinya adalah orang Cina. Sebaliknya, dengan memilih untuk bertaanding disitu Ghani akan membuktikan yang Cina Johor menghargai hubungan baik mereka dengan orang Melayu. Ini terbukti dimasa2 lalu dimana Johor telah menang 100%.
8. The MCA is not racial because it is supported by Chinese, Malays and Indians. If the DAP does not play on its Chineseness, it cannot win. That is why Kit Siang chooses Gelang Patah where 53% of the voters are Chinese. By contesting there, Ghani is going to prove that Johore Chinese care for the friendship with the Malays. This was so in the past, when the Barisan Nastional won in that constituency, when Johore scored 100% victories.
9 - Artikel Kit Siang mendakwa Gelang Patah sebagai contoh masyarakat majmuk Malaysia kerana memiliki 53% cina, 33% Melayu dan 12% India. Adakah ini benar2 contoh masyarakat majmuk Malaysia ? Malah Gelang Patah sendiri tidak mewakili kawasan2 lain di Johor apalagi Malaysia. Jika beliau dakwa ia sebagai contoh masyarakat bandar, saya akan setuju tapi pastinya bukan melambangkan contoh masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
9. Kit Siang’s article claims that Gelang Patah is a microcosm of Malaysian society, because it has 53% Chinese, 33% Malay and 12% Indian. Does this really represent a microcosm of Malaysian society? Gelang Patah is in fact not even the norm in Johore, much less in Malaysia. If he had said it is a microcosm of the urban society, I would agree, certainly not the racial mix and distribution in Malaysia.
10 - Dalam satu artikel di blog limkitsiang.com karya Sakmongkol, tajuknya sendiri sudah cukup memberi penjelasan.
10. In another of blog.limkitsiang.com article by Sakmongkol, the heading speaks for itself.
11 - Ia nyatakan - " Kepulangan Lim ke Johor menyemarakkan orang Cina "
11. It says “Lim’s return to Johore emboldens the Chinese.”
12 - Sekali lagi ia menekankan faktor KAUM, KECINAAN Gelang Patah yang menyebabkan Kit Siang memilih untuk bertanding di sana. Penulis menulis lagi " Kita ( Kit Siang adalah DAP ) berpeluang menghapuskan MCA ( sebuah parti Cina yang percaya kepada perkongsian dengan kaum2 lain dalam BN ). Seterusnya beliau menyatakan ia bertujuan untuk menggantikan MCA sebagai parti pilihan orang Cina. Sekali lagi penekanannya adalah KAUM, atas dasar kaum cina semata2 bukannya sebagai rakyat Malaysia. MCA digambarkan sebagai balaci orang Melayu. Apakah DAP mahu menjadi TAIKO / TUAN pula dalam Pakatan ? Di Malaysia tidak ada satu kaum pun yang boleh memerintah negara berbilang kaum ini, melalui proksi atau sendirian.
12. Again the emphasis is on race, the Chineseness of Gelang Patah which causes Kit Siang to choose Gelang Patah. The writer went on to say that “We (Kit Siang is DAP”) have a chance to wipe out the MCA (a Chinese party which believes in kongsi with other races of the Barisan Nasional). Further it averred that the DAP does so to replace the MCA as the party of choice for the Chinese. Again the emphasis is racial, on the choice of the Chinese alone and not on Malaysians. MCA is pictured as the lackey of the Malays. What is the DAP going to be in Pakatan, the kingmaker, the master. In Malaysia no one race can rule this multiracial country, by proxy or otherwise.
13 - Seterusnya ia menulis, " Kepulangan Kit Siang ke Johor akan memberi makna dan tujuan kepada Cina Malaysia".
13. Further on it says, “Kit Siang’s return to Johore is giving meaning and purpose to the Malaysian Chinese.”
14 - Bagaimana dengan rakyat Malaysia yang lain ? Apakah mereka tidak penting ? Tidakkah kaum lain juga berhak berkongsi kuasa dan kekayaan negara berbilang kaum ini ?
14. What about other Malaysians? Don’t they count? Aren’t they deserving of a share in the power and the wealth of this multiracial nation?
15 - Dalam semua penulisan berkenaan Kit Siang, akan sentiasa ada rujukan kepada isu2 berkaitan kaum Cina. Isu2 Melayu seperti kemiskinan mereka dan keperluan Melayu untuk lebih terlibat dalam ekonomi negara langsung tidak mendapat perhatian atau sokongan dari Kit Siang.
15. In everything written about Kit Siang, there will always be reference to Chinese racial issues. Malay issues such as their poverty, their need to be more involved in the economy of the country, merit no analysis and support from Kit Siang.
16 - Sebab itulah saya menggelar Kit Siang sebagai RASIS. Saya tidak akan merasa tergugat dengan ancaman saman beliau. Ia tindakan yang tidak membebankan beliau dari segi kewangan.Waktu Anwar kalah dalam saman RM100juta terhadap saya, beliau hanya perlu bayar kos RM70,000. Tapi jika saya kalah, saya boleh jadi bangkrap.
16. That is why I called him a racist. I will not be intimidated by his threat to sue me. I know it is cheap for him. When Anwar lost in his RM100 million suit against me, he had only to pay cost of RM70,000. Had I lost I may be bankrupted.
17 - Karpal amat memahami perkara ini dan beliau juga arif dengan aksi tunda menunda kes dimahkamah. Prospek untuk menSENYAPkan saya pastinya kelihatan menarik dan bijak dari sudut politik. TAPI saya tidak akan mampu disenyapkan. Jika ahli politik takut untuk digambarkan sebagaimana diri mereka yang sebenar, lebih baik mereka pilih kerjaya yang kurang mencabar.
17. Karpal knows this very well and knows about delays in court proceedings. The prospect of silencing me must look very attractive and politically smart. But I will not be silenced. If politicians fear being painted in their true colour, then take up some less challenging jobs.
****************
PS - Maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam terjemahan saya.
Nah ! Tun Mahathir sudah berikan point2nya kenapa beliau menggelar Lim Kit Siang sebagai RASIS dan walaupun diancam dengan Saman oleh Karpal Singah, Tun bukan saja mengulangi dakwaan RASISnya terhadap Kit Siang malah -
"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis". KLiK
Menarik untuk menanti reaksi Lim Kit Siang dan Karpal !
No comments:
Post a Comment