Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, May 4, 2013

PENYOKONG PAS BAGAI LEMBU DICUCUK HIDUNG @ BAGAIKAN KENA NASI KANGKANG - .Mustafa Mungkirir Janji, Tidak Lakukan Sumpah Laknat

PRU-13: Mustafa mungkir janji, tidak lakukan sumpah laknat


 
 MUSTAFA Ali (gambar atas) memberikan penjelasan mengenai VCD lucah yang dikaitkan dengan beliau ketika menyampaikan ceramah di Rusila, Marang malam tadi. (Gambar bawah) petikan rakaman video yang dimuatkan dalam VCD tersebut. - UTUSAN
MARANG 4 Mei - Seperti dijangka, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali malam tadi memungkiri janjinya untuk melakukan sumpah laknat berkaitan cakera padat video (VCD) seks yang dikaitkan dengannya.

Sebaliknya, beliau memberi alasan tindakan itu dibuat selepas mendapat nasihat dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tindakan beliau itu ternyata menghampakan para penyokong Pas yang hadir dalam satu majlis di dewan futsal bersebelahan Masjid Rusila di sini malam tadi yang mengharapkan beliau berbuat demikian bagi membersihkan namanya dan parti Pas.

Sebelum ini, Mustafa dikatakan berjanji untuk membuat lafaz sumpah laknat itu bagi membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan VCD seks yang tersebar luas dalam laman-laman blog dan internet.

"Saya telah hubungi Setiausaha Politik kepada Mursyidul Am dan Presiden Pas tentang hasrat itu dan hasil perbincangan akhirnya Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi memutuskan saya tidak perlu melakukan sumpah," katanya dalam ceramah tersebut.

Bagi menutup tanda tanya para penyokong Pas berhubung isu itu, Mustafa sebaliknya menyalahkan UMNO yang didakwa bertanggungjawab mengaitkan beliau dengan penyebaran VCD itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130504/px_08/PRU-13-Mustafa-mungkir-janji-tidak-lakukan-sumpah-laknat#ixzz2SOs2Dqv4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Video - Skandal Seks Mustafa Ali, Penceramah Terkenal Pas Istihar Undur

Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang juga penceramah popular tegar Pas, Ustaz Abdul Hamid Derani dilaporkan telah mengambil keputusan untuk mufaroqah (berpisah) daripada meneruskan perjuangan dengan Pas ekoran sangsi dengan sikap pimpinan parti itu apabila bersikap bisu berhubung video skandal seks Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan seorang wanita disebuah hotel yang tersebar baru-baru ini.
Beliau meminta supaya Mustafa segera membersihkan nama dengan membuat penafian menerusi sumpah laknat dan melaporkan fitnah itu kepada pihak polis sekiranya ia adalah fitnah, jika sebaliknya Mustafa perlu berundur demi menjaga nama baik sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, lebih-lebih lagi skandal ini melibatkan pimpinan tertinggi juga nombor 3 didalam Pas.
Hamid turut kesal dengan sikap pimpinan Pas yang tidak mengambil apa-apa tindakan dan seolah-olah menghalalkan perbuatan itu hanya kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi mereka.
Perkara itu katanya bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan beliau teramat kecewa dengan apa yang telah terjadi kerana tidak menyangka perkara seperti itu berlaku didalam sebuah parti yang sedang beliau perjuangkan Islam didalamnya.
Sementara itu Adun Pas Wakaf  Bharu penggal lalu Datuk Che Abdullah Mat Nawi mengesahkan mufaroqah itu dibuat oleh Hamid sebelum menyalahkan pihak Umno kerana mendakwa telah menahan dan memaksa Hamid untuk berbuat demikian.
Dakwaan pemimpin Pas itu seolah-olah membawa kita ke zaman purba seterusnya memaksa kita untuk percaya dengan tuduhan dangkal dan tidak bertamadun itu, tanpa memberikan sebarang bukti kukuh diatas dakwaan penahanan pejuang Islam yang lantang seperti Hamid, kita yakin dakwaannya itu tidak benar, dan sewajarnya ia disiasat serta diambil tindakan bagi membersihkan imej pihak polis dan kerajaan persekutuan. Anda Mampu Mengubahnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...