Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, January 19, 2013

Isu Kalimah Allah : Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir di dalam rancangan Detik Semasa terbitan islam4peace.net.

Penerangan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia. Disampaikan oleh Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir di dalam rancangan Detik Semasa terbitan islam4peace.net. Layari www.islam4peace.net untuk menjadi ahli web komuniti dakwah ini. 















MENGIKUT AMANAT HAJI HADI : Pas Akan Keluar Pakatan Rakyat? KALAU tak mahu Jadi KAFIR???




Dr.Haron Din (Timbalan Murshidul Am PAS) mengemukakan pandangan beliau berkenaan isu penggunaan kalimah Allah. Ikuti pandangan beliau.






Penerangan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia. Disampaikan oleh Ust Mohd Nazrul bin Abd Nasir di dalam rancangan Detik Semasa terbitan islam4peace.net. Layari www.islam4peace.net untuk menjadi ahli web komuniti dakwah ini.

[Pakatan Tolak Islam] Karpal harap Majlis Syura kaji semula pendirian (Isu Kalimah Allah)

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.
Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.
"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.
"Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini. 




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini.Beliau turut berkata isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan.

PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?

Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.

Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.

Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.

Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR.

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.

Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013.

"Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. 

Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.

Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti.

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.

Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Kalimah Allah Hak Esklusif Umat Islam

Paderi Indonesia Akui Kalimah Allah Hak Esklusif Umat Islam

Paderi Jahja Iskandar
Seorang paderi kristian di Indonesia mengakui bahawa kalimah Allah adalah hak esklusif Umat Islam.Peristiwa ini sangat menarik kerana sebelum ini pembangkang cuba mencanang bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah jika diterjemah ke dalam bahasa melayu.
Peristiwa ini bermula apabila Mufti Wilayah Persekutuan ,Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah berutus surat dengan seorang paderi di Indonesia yang menulis sebuah buku bertajuk "Mengapa Nama Yahweh Semakin Populer" yang menberi konotasi dan pandangan berkenaan kalimah Allah dalam agama krsitian.Datuk Wan Zahidi tertarik dengan pandangan paderi berkenaan dalam buku tersebut berkenaan isu kalimah Allah untuk agama kristian.
Paderi berkenaan berkata "kalimah Allah secara umum lebih banyak difahami dan berkonotasi sebagai nama diri tuhan atau sembahan yang khas untuk Islam"
Mufti Wilayah Persekutuan ,
Datuk Wan Zahidi Wan Teh
Lampiran daripada laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan
Seorang Paderi dari Indonesia Pdt. Jahja Iskandar Mth. mengakui bahawa kata “Allah” khas untuk umat Islam. Perakuan ini termuat dalam bukunya “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular” yang diterbitkan oleh Pt Abiyah Pertama Jakarta (hlm. 116). Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani ialah “Elohim” (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan “Elohim” ialah “Ilah” bukan “Allah”. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).

 2. Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh beliau telah menerbitkan KITAB SUCI Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan ini tidak lagi tertera nama “Allah” sebaliknya menggunakan “Elohim” sebagai nama sembahan orang Kristian. Menurut Pdt Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan Baru Al Kitab (PL & PB) oleh Lembaga Al Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta, Konferensi ini menetapkan bahawa Nama HUWA/HOEWA/JOHOEWA hendaklah digantikan dengan “TUHAN” (hlm. 109).

 3. Dalam suratnya kepada saya, beliau berharap agar KS-ILT dapat menjadi jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut penggunaan nama “Allah” oleh umat Kristian di Malaysia. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk datang ke Malaysia bagi memberi penjelasan jika diperlukan. 4. Dikemukakan di bawah ini lampiran-lampiran berikut : 

i) Pengenalan diri Pdt. Jahja Iskandar MTh.

 ii) Kulit Hadapan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular”

 iii) Halaman : 116, 144, 145, 127, 109 daripada buku di atas.

 iv) Salinan surat saya kepada Pdt. Jahja Iskandar MTh. Dan jawapan beliau.

 v) Halaman judul KITAB SUCI (ILT)

 vi) Halaman 1 kitab berkenaan.

 Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
28 Safar 1436/11 Januari 2013
Berikut merupakan hasil surat menyurat di antara Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh dengan seorang Paderi Kristian di Indonesia.


Surat balas daripada Paderi kepada Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Kalimah Allah - Keputusan Majlis Syura PAS Dipertikaikan oleh DAP dan PKR


Isu Kalimah Allah - Karpal Desak Hj Hadi kaji Semula Keputusan Majlis Syura

GEORGETOWN - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berharap pendirian Pas berhubung isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Beliau mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula pendirian Majlis Syura yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Karpal juga berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar selaras dengan keputusan yang telah dicapai Majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari lepas.

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu kalimah ALLAH dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena sambutan Hari Natal Disember lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas... dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas." - Bernama
Nantikan sekali lagi kenyataan tak konsisten Nik Aziz selepas gesaan Karpal ini.

KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI ULASAN YB AZMIN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin menggambarkan keangkuhan dan kebiadaban pemimpin PKR itu sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang Melayu. Tidak terfikir di kepala kita ada pimpinan Muslim yang latarbelakang keluarga begitu hampir kepada Islam mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadab seperti yang dipaparkan dalam media kelmarin.

Inti kenyataan beliau boleh disimpulkan seperti berikut :

1. Menyanggah keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi dalam struktur parti PAS berhubung dengan dasar-dasar parti;

2. Secara sombong dan bongkak memperakukan keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu ini.

Gambaran yang diberi seolah-olah Majlis Presiden menduduki tempat yang supreme yang tidak boleh digugat oleh mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat termasuk PAS. Supremacy ini seharusnya dipertahankan walaupun keputusan tersebut menyalahi peraturan agama Islam yang suci.

Kesucian itu termasuklah soal aqidah yang bagi orang PAS merupakan segala-galanya;

3. Kejahilan Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalamana mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai kalimah Allah mendahului keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama.

Dalam sistem parti PAS perkara-perkara pokok mengenai Islam semestinya mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama. Dalam kes ini apa yang berlaku adalah sebaliknya;

4. Azmin gagal memahami perasaan, citarasa, hatikecil dan komitmen ahli dan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian agama Islam dan biasanya akur dan patuh kepada keputusan-keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan pastinya Majlis Syura Ulama PAS;

5. Kenyataan Azmin tidak mungkin dapat meredakan keadaan. Ahli dan penyokong PAS yang sudah ditarbiah sedemikian rupa tidak mudah tunduk kepada mana-mana keputusan yang membelakangkan prinsip Islam.

Mereka tidak akan tunduk kepada mana-mana individu pimpinan yang diberi kata pemutus di dalam Majlis Presiden kecuali pimpinan PAS, yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam dan kalaupun Muslim amalan Islam mereka diragukan.





Saya ingin menarik perhatian semua pihak supaya merenungkan perkara-perkara berikut :

1. Apakah kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Ulama PAS yang telah sebulat suara menolak kalimah Allah untuk diguna pakai dalam Bible berversi Melayu?

2. Pada masa yang sama bagaimana pula status keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan?

3. Sehingga ini pimpinan PKR dan DAP kecuali Azmin belum memberi sebarang ulasan sedangkan kenyataan bersama Majlis Presiden Pakatan dikeluarkan oleh ketiga-tiga pimpinan utama. Dato Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR, Lim Kit Siang mewakili DAP dan Dato Seri Hadi Awang mewakili PAS.

4. Dikalangan saf pimpinan PAS sendiri diluar daripada Majlis Syura Ulama belum muncul lagi ulasan terhadap status kedua-dua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan Majlis Presiden Pakatan.

5. Adakah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat terus menidakkan kewujudan undang-undang, enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan? Jika keadaan ini berterusan seperti apa yang ada sekarang bermakna PAS dan Pakatan Rayat secara sewenang-wenangnya mencabul keluhuran undang-undang dan peraturan yang ada.

Gambaran yang ada dihadapan kita sekarang ialah pimpinan PAS bebas membuat keputusan mewakili parti dalam hal-hal yang menyentuh dasar dengan membelakangkan Majlis Syura Ulama.

Tidakkah ini akan mewujudkan precedent yang tidak sihat yang akan menggugat keutuhan parti itu. Majlis Syura Ulama barangkali perlu melihat semula perkara ini supaya amalan mengenepikan Majlis Syura tidak menjadi sesuatu yang boleh dilindungi dan dipertahankan.

Oleh kerana isu ini besar dan mempunyai implikasi yang mendalam terhadap aqidah umat maka wajib bagi semua pihak, PAS dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian yang muktamad terhadap isu yang masih tergantung-gantung ini.

Apakah Pakatan Rakyat mampu ke Putrajaya dengan isu-isu besar yang belum selesai termasuk isu yang dibincangkan ini?


 

Kerajaan Jepun CARI PENYEBAR FITNAH RM207 BILION

kawan copy aje artikel ini..

Nizar PANIK ... Kerajaan Jepun CARI PENYEBAR FITNAH RM207 BILION

| Saturday, January 19, 2013

Tuntutan RM207 Bilion Mangsa Perang : Jepun Desak Malaysia Siasat Penyebar Fitnah.

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Dakwaan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengenai pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu akhirnya mendapat maklum balas tegas dari Jepun .

Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah , kerajaan Jepun meminta Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu .

Perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan Jepun kepada Malaysia. Datuk Seri Ahmad Husni juga memaklumkan pihak yang terbabit juga telah memalsukan memo yang dikeluarkan pegawai perbendaharaan negara.

Nizar dalam laman 'twitter' beliau seolah-olah cuba memberikan respon berhubung perkara ini dengan mengeluarkan 'posting' yang dilihat agak terpesong dengan kenyataan asal beliau mengenai pampasan berjumlah RM 207 billion .

alt

Kenyataan 'twitter' Nizar langsung tidak menyebut berkenaan pampasan RM 207 billion tetapi mempersoalkan 'wang darah' yang dibayar oleh kerajaan Jepun digunakan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir untuk menubuhkan MISC.
Untuk rekod pada tahun 1967, kerajaan Malaysia yang pada ketika itu masih dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman , melalui perjanjian dengan kerajaan Jepun yang bersetuju memberi RM 25 juta kepada Malaysia untuk pembelian 2 buah kapal dagang dari negara Jepun. Pembelian kapal dagang ini merupakan titik tolak penubuhan syarikat perkapalan negara MISC.
Melalui perjanjian itu juga Malaysia dan Jepun bersetuju, pemberian RM 25 juta dalam bentuk 2 buah kapal dagang dari Jepun itu merupakan tuntutan yang terakhir . (rujukan penulisan Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya )"
 
Read More, KLPOS



Nizar Komunis ini cuba untuk lari dari bertanggungjawab mengeluarkan fitnah yang cukup jahat terhadap kerajaan dan Barisan Nasional.

Cuba lari ye Nizar Jamaluddin ...

Untuk memudahkan tugas Kerajaan Malaysia, Kementerian Kewangan untuk mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah bernama Nizar Jamaluddin, boleh ambil maklumat di sini



Klik, HARAKAHDAILY @ PENYEBAR FITNAH

22 Okt 2012

KUALA LUMPUR: Kerajaan BN dituntut supaya menjelaskan di manakah wang bernilai RM207 bilion yang telah diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada 30,000 pekerja buruh paksa pembinaan landasan keretapi dari tahun 1942 hingga 1946.

Ini kerana, walaupun telah diterima kira-kira 10 tahun lalu namun sehingga kini ia tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memberitahu Dewan Rakyat, beliau mempunyai dokumen yang mengesahkan kemasukan wang itu.

Yang mengejutkan, kata beliau, pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004.

Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu.

Tiada Wakil Melayu Dalam CEC DAP Setelah Nama Sebenar Zairil Khir Johari Di Dedahkan

PANAS !!! Tiada Wakil Melayu Dalam CEC DAP Setelah Nama Sebenar Zairil Khir Johari Di Dedahkan


Nama Sebenar
Tarikh Daftar 
Tarikh Pinda 
Nama Baru
Nama Ibu Sebenar
Nama Ayah
Sebenar
Negara Asal Lahir
Christopher Ross Lim
21.4.1997
23.6.1997
Zairil Khir Johari
Christine Lim @ Rose Christine Abdullah@Rose
Christine Khir Johari
Howard Lim
(Singapore)
Hawai, Amerika
Syarikat


Sehingga sekarang Zairil Khir Johari masih lagi mengambil sikap berdiam diri apabila ada pihak yang mendedahkan bahawa dia bukannya dari keturunan orang Melayu dan bukan anak kandung Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Benarkah nama sebenar Zairil Khir Johari adalah Christopher Ross Lim ??

Mengikut sumber maklumat yang Pisau Kedah perolehi, Zairil Khir Johari atau Christopher Ross Lim merupakan anak hasil perkhawinan  Christine Lim dengan Howard Lim. Kedua-dua pasangan terbabit merupakan warga Singapura.

Dari hasil perkongsian hidup di antara Christine Lim dengan Howard Lim, mereka di kurniakan seorang cahaya mata dan di beri nama Christopher Ross Lim.

Setelah berlaku penceraian di antara Christine Lim dengan Howard Lim, Tan Sri Mohamed Khir Johari telah  berkahwin dengan Christine Lim atau nama Islamnya Rose Christine Abdullah pada February 1996 dan anak Christine Abdullah dengan suami lama iaitu Christopher Ross Lim telah di bawa ke Malaysia untuk di Islamkan.

Pada 21/04/1997, Khir Johari dan Pasangannya Rose Christine Abdullah telah membuat pemohonan pertukaran nama Christopher Ross Lim kepada nama Islam iaitu Zairil Khir Johari dan pada 23/06/1997 pomohonan tersebut telah berjaya.

Dari apa yang kita lihat, Zairil Khir Johari bukannya dari kalangan orang Melayu kerana tiada setitik pun darah Melayu yang ada dalam tubuhnya.

Ini bermakna dalam kalangan Ahli Jawatankuasa DAP Pusat (CEC) . Tiada langsung wakil dari bangsa Melayu berada di dalam parti yang boleh dianggap parti rasist anti Bangsa Melayu.  


Friday, January 18, 2013

Ustaz Fathul Bari Kawin Lari Di Thailand ??? Jawapan daripada UFB..







USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA (CEO ILMU)
Tajuk: Menjawab Isu Nikah di Thailand
Tarikh: 18.01.2013

Video Link: http://www.youtube.com/watch?v=0kNOZkc-xbg

Tajuk: Abu Aqif Bengang Ustaz Fathul Bari Kawin Lari Di Thailand

Isu yang dimainkan oleh puak Neo Khawarij berkaitan UFB Kahwin dua:

01. Kawin Sorok - terjawab dalam video. Kalau menyorok, Tok Kadi nak nikahkan sapa.
02. Kawin lari - terjawab dalam video. Penat la lari. Kereta kan ada
03. Takut Bini - terjawab dalam video. Takut apa. Bini no 1 dia yang sain la
04. Takut Pak Mertua di Perlis - Pak mertua UFB org Terengganu la
05. Kenapa Daftar di Terengganu - terjawab dalam video. Bini dia orang Terengganu. Ape masalahnya daftar di Terengganu..? Terengganu tu Negeri sesat ke tak bleh daftar kat sana..??
06. Kenapa tak buat kenduri - buat la.. hang tak dijemput jgn kecik ati
07. Kenapa tak buat majlis besar-besaran di PWTC - terjawab dalam video. Banyak duit kau..??
08. Kenapa tak dihebahkan kepada umum - Ape plak tak hebah. UFB siap bawak bini no 2 dia pi ceramah la.
09. isi sendiri
10. isi sendiri

Kebenaran yang puak Neo Khawarij sorok:

01. Poligami kan sunnah. Kenapa memburukkan sunnah Nabi
02. Kenapa tak publish dokumen lengkap..??
03. Siapa yang sebarkan dokumen rahsia tersebut..??
04. Jabatan Agama Terengganu tidak amanah, tiada kredibiliti, makan gaji haram, sebar dokumen rahsia
05. UFB berhak saman Jabatan Agama Terengganu
06. UFB meneyerahkan dokumen tersebut kepada dua orang sahaja (nama dirahsiakan buat masa ini). Dua orang ini juga boleh disaman oleh UFB
07. Perkahwinan adalah sah seperimana juga telah disahkan oleh Yang Arif Dato Haji Ismail Yahya, Ketua Hakim Syarie Terengganu
08. Tindakan mempersoalkan tarikh daftar terjawab jika sesiapa mengikuti perjalanan video UFB
09. Adakah nikah terbatal jika lewat daftar nikah di Malaysia..??
10. UFB bernikah di tempat yang diiktiraf oleh Konsul Malaysia di Thailand. Tiada denda dikenakan terhadap UFB walau seposen sekaligus langsung tidak melanggar undang. Still taat pemerintah brader..
11. UFB berjaya mengislamkan seorang yang beragama Kristian yang mana patut dipuji. Bukan UFB cuba memurtadkan orang Islam, mengkafirkan orang Islam, atau beri laluan kepada orang Islam untuk murtad atau menyamaratakan agama macam Nurul Izzah dan bapanya Anwar Ibrahim cuba lakukan.
12. Bagaimana pula Nik Aziz, Hj Hadi & lain² pemimpin tertinggi PAS yang kahwin lebih dari satu. Perlukah saya dedahkan butir² mereka..??
13. UFB kahwin dengan anak dara. Bukan isteri orang jam 3 pagi di bilik hotel dan menipu dipukul seramai 20 orang seperti Badrul Amin
14. UFB juga bernikah secara sah. Bukan kena tangkap khalwat dalam tandas wanita di Masjid di Jambu Bongkok, Marang, Terengganu seperti Azhar Idrus. Bila dipanggil beri alasan ambil wuduk tapi ambil wuduk apa jam 1.00 pagi.
15. UFB cari anak dara, bukan balun bini orang macam Mat Sabu
16. UFB nikah secara sah di Thailand. Bukan macam Anwar Ibrahim berzina dengan China Doll di Malaysia juga di Thailand
17. Oh, Anwar Ibrahim juga pernah bernikah di Thailand
18. UFB nikah secara normal walaupun di Thailand. Bukan macam Adun Selising yang kantoi kena tangkap dalam gerabak keretapi
19. Sebelum saya lupa. Gigi bini UFB no 2  juga no 1 tak jongos macam blogger nenekkau. haha..
20. Nampak sangat puak Neo Khawarij ini IQ rendah dan semakin takut lagi gusar dengan UFB sampaikan isu peribadi yang sudah tentu UFB ada jawapannya pun mereka nak main. Gila tak cerdik korang ni..

* Dan kebenaran yang last yang mana puak Neo Khawarij tak mahu sebar adalah UFB beroleh Mumtaz dalam PhD beliau baru-baru ini. Tahniah Dr-UFB (ade kena mengena ke dengan isu nikah..?? haha..)

Nasihat Abu Aqif Kepada UFB:

1. Jangan layan isu ni ustaz. Nikah tu sah. Abis cerita. Ustaz teruskan dakwah.
2. Ustaz, tolonglah SAMAN Jabatan Agama Terengganu bersama dua orang yang ustaz maksudkan tu. Tak sabar saya nak tengok ustaz menang saman tu. Boleh hulur sikit kat saya beli camcoder power skit. Beli laptop ke dan lain² barang ^__^
3. Lain kali nak kawin ajak la saya sekali. Saya pun nak ^__^

Berikut adalh dokumen lengkap berkaitan pernikahan UFB di Thailand di mana terdapat dokumen yang secara sengaja disorok oleh puak Neo Khawarij. Kenapa sebar dokumen suku-suku. Dah la terima agama pun suku-suku. Dokumen nak sebar suku-suku.






Thursday, January 17, 2013

PKR TOLAK keputusan Majlis Syura Ulama PAS (Subhanallah)

[Pakatan Sosialis] PKR TOLAK keputusan Majlis Syura Ulama PAS (Subhanallah)

Antarapos.com - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa  menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.
"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.


Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama.
"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya.
Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu. 
"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.
Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.
"Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya.
Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi nahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
 

SOALAN : Zulkifli Nordin KEPADA Ahli Majlis Syura PAS

Ahli Majlis Syura ditampar Zulkifli Nordin!



Salam 2 all.

Teman mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang bermesyuarat semalam Ahad 01 Rabi'ul Awal 1434 bersamaan 13 Januari 2013 dan membuat keputusan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh dipakai oleh umat Islam, dan tidak boleh dipakai dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh non-Muslim.



Cuma beberapa persoalan yang timbul daripada keputusan ini iaitu:



1. Mengapa larangan hanya kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim dalam bentuk tulisan atau bercetak? Bagaimana dengan lisan, adakah ianya dibenarkan. Kalau alasan keputusan Syura adalah kerana kalimah ALLAH hanya khusus untuk Muslim, sudah pasti ianya tidak boleh digunapakai oleh non-Muslim dalam semua bentuk samada bertulis, bercetak mahupun lisan!



2. Mengapa Majlis Syura mengambil masa begitu lama untuk berbincang dan membuat keputusan? Setelah Guaneng mencetuskan isu ini mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible semasa perayaan krismas 25 Dis 2012, sudah lebih tiga minggu isu ini berlalu.



Sudah banyak bantahan dan protes dibuat oleh umat Melayu-Islam. Sudah berbuih mulut para ulama', termasuk Majlis Fatwa membuat bantahan terhadap kenyataan Guaneng itu, malah setelah Presiden PAS sendiri membuat kenyataan bersama DAP-PKR bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian, barulah Majlis Syura' nak berbincang dan membuat keputusan?



Adakah keputusan ini sekadar cuba mengalih kemarahan umat Melayu-Islam kepada kepimpinan PAS, atau untuk meraih sokongan dan undi umat Melayu-Islam yang semakin merosot kepada pembangkang termasuk PAS?



3. Mengapa Majlis Syura' tidak menasihatkan dan mengarahkan Presiden PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH?



4. Mengapa Majlis Syura' tidak menegur dan menasihatkan rakan sekutu PAS iaitu Anwar Ibrahim dan Guaneng supaya menghentikan polemik penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian ini? Dan menasihatkan mereka supaya menarik balik dan membatalkan cadangan itu?



5. Adalah jelas keputusan Presiden PAS bersetuju dan membuat kenyataan bersama Anwar dan Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dibuat tanpa merujuk kepada para ulama' dalam PAS dan Majlis Syura PAS. Sedangkan Majlis Syura' adalah badan tertinggi didalam hiraki kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal dasar dan hala tuju PAS.



Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini. Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS?



Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis Syura'.



Sebab itu teman mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan bersama DAP-PKR membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH tersebut.



Teman juga mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menegur dan menasihatkan GuanEng supaya menarik balik desakan untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH. Kalau Guaneng enggan, Presiden dan kepimpinan eksekutif serta Majlis Syura' PAS tidak ada pilihan selain daripada bermufaraqah dengan DAP-PKR.



Ini bukan soal siasah, ini soal aqidah! Ini bukan soal politik, ini soal iman! Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid! Ini bukan soal menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!



Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua. Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan teman sendiri!
Tq YB Kulim, moga disahut cabaran YB oleh kepimpuinan tertinggi PAS serta kepimpinan tinggi PAS membatal persetujuan DAP-PKR dalam membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah.

BEBAS PILIH AGAMA BAGI ORANG MELAYU : NURUL IZZAH SETANKAH???

Bukti Nurul Izzah Sokong Gejala Murtad 

 

Isu Murtad: Nurul Izzah Anwar VS UFB (Sarikata Bahasa Melayu) 


NURUL IZZAH "SETAN" - ZULKIFLI NORDIN JAWAB 1 

  

NURUL IZZAH "SETAN" - HASSAN ALI JAWAB 

  

Ulasan TGNA mengenai isu Nurul Izzah | 9 Nov 2012 


SOALAN BAWANI UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA !!! MEH BADUT RAKYAT JAWAB !!! WAJIB BACA !!

#LISTEN !!! SOALAN BAWANI UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA !!! MEH BADUT RAKYAT JAWAB !!! WAJIB BACA !!

Inilah akibatnya apabila muda-muda lagi sudah jadi KOMUNIS !!!

gambar di atas ketika Bawani bersama bapa "Komunis" yang pernah merobohkan dewan solat dan mengaji di Kota Damansara tahun 2009.masihkah anda ingat kejadian itu ??? kalau anda tak ingat

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA
apa pun semalam saya dah ceritakan isu sharifah berlawan dengan bawani,kepada yang belum baca lagi

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

kali ini saya akan jawab  isu pendidikan percuma.apa pun saya sambung balik peristiwa yang lepas.Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M),Sharifah Zohra Jabeen,semestinya tidak menjangkakan bahawa jemputan yang diterima beliau untuk menjadi moderator bagi satu forum di UUM beberapa hari lalu akan mengubah hidup beliau.Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut (Forum Wanita dan Politik) jadi,bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan para peserta.Namun,seorang pelajar,Bawani,bertindak mengajukan soalan kepada Sharifah pada saat-saat akhir forum dan enggan 'berhenti bercakap'.Tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki bahawa walaupun Sharifah tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku,Bawani mungkin telah membuat rancangan awal terhadap insiden tersebut.Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara.Namun,satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Sharifah.Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu,terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya.Namun,Bawani hanyalah seorang pelajar,seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah,penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar,Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain,termasuklah,terutamanya,kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan dan dalam kes ini,Sharifah.
Sharifah bagaimanapun,gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani.saya percaya bahawa Sharifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia.Sebagai moderator,Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan,beliau bertanggungjawab terhadap masa dan ketika itu,masa bagi forum tersebut telah tamat.saya faham bahawa bagi Sharifah,tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan.Namun,segalanya berubah dalam sekelip mata.anda dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang dalam masa sekelip mata,Sharifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan kononnya yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.Tiba-tiba,insiden tersebut bertukar menjadi isu politik,lengkap dengan elemen-elemen perkauman,pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'.saya pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan.Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara,mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan.
Namun,seperti apa yang saya katakan,Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif.Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.Nampaknya,Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini.Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba,Argentina dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma.Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma,kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat.Untuk memberikan pendidikan percuma,Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin.Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain.Selain itu,pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain.Argentina sebagai contoh,akibat daripada kemiskinan,masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalan 9:1.
hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi,selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah.Brazil juga memberikan pendidikan percuma,namun,kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi.Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma.Denmark sebagai contoh,walaupun memberikan pendidikan percuma,mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat.Turki dan Malaysia pula adalah sama,pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran.Jadi,kepada Bawani,saya mahu mencadangkan anda supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil.Jika anda berjaya,saya akan pastikan anda mendapat tempat di Kabinet dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian,barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero.
ADA BERANI BAWANI ???

RENUNG-RENUNGKAN 

PENGELUARAN AMANAT HAJI HADI ANTARA FITNAH & FAKTA !!!!


UMNO SEMAKIN GELISAH DENGAN PENGELUARAN ANTARA FITNAH & FAKTA !!!!



"AMANAT TUAN GURU HAJI HADI AWANG"
!!! ANTARA FITNAH & FAKTA !!!

Penulis yakin orang UMNO tidak akan membaca buku ini kerana dari awal hingga akhir buku ini boleh dikatakan menyindir dan memfitnah orang-orang UMNO-BN dan kerajaan yang memerintah. Biasalah perkara itu terjadi kerana sudah menjadi tabiat orang-orang PAS tidak boleh kalau tidak dapat menceritakan sesuatu yang negatif pasal orang lain kerana menganggap mereka adalah golongan "bersih" tidak terpalit dengan sebarang kesalahan dan kesilapan.

Buku ini sebenarnya amat menarik untuk dibincangkan kerana dihuraikan dengan ilmiah yang diselitkan dengan nas-nas dari al-Quran dan hadis. Namun disebalik huraian buku yang kononnya ingin memperjelas isu Amanat Haji Hadi yang dibuat di Kg. Banggol Peradong tahun 1981, terdapat banyak huraian yang dulunya ditohmah kepada UMNO-BN yang hari telah dan sedang dilakukan oleh PAS.


Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid".
 
  

 
 

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat, Prof Md Noor Deris : Nik Aziz Akur Selepas Diugut


Kalimah Allah: Nik Aziz Akur Selepas Diugut

Keputusan Majlis Syura PAS yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dipercayai diambil selepas beberapa anggota majlis itu memberi tekanan termasuk untuk keluar parti.

Pada mesyuaratnya di ibu pejabat PAS, Ahad lalu, beberapa anggota Majlis Syura didakwa memberi kata dua kepada pucuk kepemimpinan jika terus membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan PAS Pusat, Prof Md Noor Deris, berkata beliau menerima maklumat dalaman bahawa Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa menukar pendirian kerana desakan itu.
Md Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Ulama Veteran UMNO Kelantan berkata, tindakan Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang sebelum ini membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain didorong nafsu untuk mendapat pangkat dan kemenangan pilihan raya.






didorong nafsu untuk mendapat pangkat dan kemenangan pilihan raya.



gambar hiasan
Beliau berkata, tindakan itu jelas kepada masyarakat khususnya pengikut PAS untuk mengenali ciri-ciri was-was dalam perjuangan parti yang kini semakin terumbang ambing, sama ada mahu terus menurut kehendak DAP atau kembali ke pangkal jalan.

“Kedua-dua pemimpin ini lebih mengutamakan kehendak dan kepentingan DAP berbanding suara Majlis Syura, sekali gus menggambarkan mereka mengamalkan politik hipokrit yang bertopengkan Islam,” katanya.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya sempena Krismas lalu yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng mendapat bantahan pelbagai pihak, termasuk pihak Istana Selangor, namun pemimpin parti sekutu pembangkang termasuk Hadi, Mohamad Sabu dan Nik Aziz serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Guan Eng, malah berkata, kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata tindakan Nik Aziz dan Hadi yang awalnya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain disebabkan mengikut telunjuk Anwar.

Katanya, mereka meletakkan Majlis Syura lebih rendah daripada pakatan pembangkang apabila tidak menjadikan majlis itu sebagai rujukan dalam membuat keputusan khususnya berkaitan tahaluf siyasi pakatan.

“PAS dalam keadaan kelam kabut dari segi pemikiran dan hala tuju. Sepatutnya sebelum Nik Aziz dan Hadi mengeluarkan kenyataan, Majlis Syura perlu bermesyuarat,” katanya.

klik sini 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...